You are on page 1of 2

Permarkahan dan Markat

Pemarkahan dan Markat 

A. Pengenalan 
Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan
dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang
boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah
mengikuti topik ini, anda akan dapat: 
i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan, 
ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah, 
iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan, dan
iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam pemarkahan. 

B. Tujuan Pemarkahan 
Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru
mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan
pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh.
Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru.
Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha. 
Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak
mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian
tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek
tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan
implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak,
disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu
sumber untuk mendapatkan maklumat. 
Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar?
Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya” kepada soalan
sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun
mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentangpencapai an pelajar

C. Kepentingan Pemarkahan 

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada
beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh
itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung
kepada prestasi mereka di sekolah. 
Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada
anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon
biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama
lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan
juga ibu bapa mereka. 
Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada 
kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. 
Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat
objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah
diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat
bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga. 

D. Asas Pemberian Markah. 

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu
yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi
yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya? 
Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan
baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti? 
Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya,
markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor
lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan sebagainya
sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain
daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

You might also like