You are on page 1of 19

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0            Pengenalan

Perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi  oleh


perkembangan sains luar  negara khususnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada
mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja.Aktiviti
amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali
sahaja. Perubahan telah berlaku  selepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit
buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah mengejutkan
Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan
tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry
Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan
sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses aktiviti
eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM
2004)          

               Perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum


sains moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish
Integreted Science.  Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan
dalam pengajaran sains sebagai satu proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh pelajar- pelajar di Malaysia tetpi
merupakan masalah sejagat. Perbincangan International Congres on Mathematics
Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan PME (International Group on
Psychology of Mathematic Education). Perbincangan lanjut juga telah dibuat oleh
Krantz (1993). Tall (1991), Nesher & Kilpatrick (1990), Sharma (1989,1990) ,
Datta & Scarfpin (1983). Penelitian dan pencarian factor mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya menentukan kejayaan di dalam
subjek ini seringa diperbincangkan.

          Subjek sains  merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia.


Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting
dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Salah tanggapan pelajar yang
mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah  dan sukar untuk
memahaminya. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu
menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan
alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami
kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada  pemerhatian kita.

          Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan
bergantung penuh kepada buku teks antara factor  yang dikenalpasti menyebabkan
pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai
kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih
menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa
memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar  yang tidak boleh
berfikir secara kritis dan kreatif. (Mohamad Khatim, 2001)Pengajaran dan
pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan
manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran
memerlukan kefahaman  konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih
memahami masalah ini.

          Pendidikan sains dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi
dan jasmani. Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam
kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21
ini, perubahan dunia dalam semu bidang memberi makna bahawa kita harus
memperkenalkan isi  kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Tanpa
sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita
melakukkannya. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan
keseronokan mengajar dan belajar. (Shukor,2001)

          Daripada  kajian menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam
pemahaman konsep  dan keseronokan untuk belajar. Oleh itu untuk mencapai
matlamat wawasan 2020 guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.Guru perlulah meningkatkan ilmu pengatahuan sejajar dengan
perkembangan semasa. Ini penting agar guru lebih yakin dalam pengajaran dan
ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman.
Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat
menjalankan tugas- tugas rutinnya dengan baik,  Oleh yang demikian guru terpaksa
menambahkan ilmunya sepanjang masa (Omardin Ashaari 1999)

1.1 Latar Belakang Kajian.

         

          Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM
mempunyai matlamat membina masyarakat saintifik yang progresif. Sesuai dengan
sifat sains sebagai satu proses, penekanan kepada kaedah pengajaran sains adalah
sangat penting. Matapelajaran sains merangkumi Sains Teras, Kimia, Fizik,
Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang sesuai
samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. Mengajar sains adalah
seperti mengajar  mengenai sesuatu yag wujud disekeliling kita. Manusia
mempunyai perasaan ingin tahu lebih – lebih lagi terhadap apa sahaja yang ada di
sekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan
menggunakan pengetahuan  tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri
ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan.

          Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains. Bertolak


daripada perasaan inilah, sains berkembang pesat. Ini jugalah strategi yang perlu
diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran
dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi
focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Hasil kajian
menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding
pedekatan tradisional yang berpusatkan guru.

          Brunner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat
membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental
(struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan
pembentukan pengalaman dan membolehkan individu ‘melangkau melebihi
maklumat yang diberikan (Beyond the information given) Hasil daripada
pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery
Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna
tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka
fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang
interaksi mereka dengan objek dan idea. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali
berasas inkuiri penemuan di ketengahkan bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
          Jika sistem pendidikan dahulu dan sekarang dapat digabungkan kerjaya akan
menjadi lebih baik, disamping  menambahkan lagi kaedah- kaedah pengajaran
yang terkini agar ia dapat diserap kedalam system pendidikan sekarang. (Nik Azis
Nik Pa, 1992). Pembelajaran  amali berupaya membantu pelajar membina
pengetahuan sendiri. Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan
yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru. Oleh itu , kegiatan hans-on dan minds- on telah disepadukan. Kaedah ini juga
dapat membantu pendidik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang
analitik, kritis , inovatif dan kreatif.Selain itu , tugasan amali juga biasanya
dijalankan secara berkumpulan yang mengalakan perasaan positif serta saling
menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri dan menurut kajian , ini
menunjukan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan
psikologi pelajar.

1.2           Pernyataan Masalah

         

Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam
melaksanakan kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan
kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak &
rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan
Amir 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar
kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti
pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya
dan sehingga kini masih  ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk
and Talk”. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan
bantu mengajar. Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang  boleh
meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran
sepnjang hayat. Oleh itu kaedah “Chalk and Talk” digunakan kerana ia lebih
menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.

Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992).
Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 %
daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, 
kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak
dan  keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guru-guru yang pernah
mengikuti kursus  orientasi KBSM. 

Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak  bermakna
(Ibrahim 1994).  Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-
hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi
1999; Omar 1994; Amin 1993).  Keadaan ini tentunya akan  melahirkan pelajar
yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu
menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran
berkaitan sains (Tengku Zawawi 1997). Oleh itu satu kaedah pendekatan
pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran
dan pembelajaran

          Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang berminat subjek
sains adalah kerana tanggapan yang negatif terhadap subjek itu sendiri.  Pelajar
menyatakan bahawa subjek sains adalah satu subjek yang sangat susah. Tanggapan
ini dibuat adalah berdasarkan kegagalan generasi terdahulu. Kini dengan adanya
kaedah inkuiri, salah tanggapan itu dapat diperbetulkan. Tanggapan ini tidak boleh
diterima lagi memandangkan subjek sains adalah berpusatkan pelajar dan seperti
yang diketahui banyak kajian yang menyatakn pembelajaran yang berpusatkan
pelajar boleh menghasilkan pemahaman yang lebih baik dan pencapaian yang
memuaskan. Oleh kerana pendekatan lama kurang memberi kesan maka guru perlu
menggunakan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat pelajar.

          Dalam beberapa kajian, menunjukan bahawa matlamat kumpulan dan


individu memberi impak yang positif terhadap pencapaian mereka. Kaedah
pembelajaran inkuiri yang melibat secara langsung individu  dalam aktiviti atau
eksperimen sains akan mempertingkatkan keyakinan diri, menggalakan integrasi
kumpulan dan membina perasaan positif diri dalam pembelajaran.

          Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sekolah-sekolah menunjukan para


pelajar tidak didedahkan dengan kaedah pembelajaran inkuri yang sebenar, kajian
untuk menilai kesan pembelajaran inkuiri di sekolah amat sesuai dilaksanakan
untuk melihat perubahan pencapaian pelajar di sekolah selepas perlaksanaan
pendekatan pembelajaran inkuiri.

1.3           Kerangka konseptual

1.4            Tujuan Kajian

         

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sama ada penggunaan kaedah
Pembelajaran Inkuiri dalam pembelajara Sains Tingkatan satu dapat :

1.     Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar secara signifikan berbanding


dengan kaedah tradisional
2.     Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tanpa mengira jantina
berbanding dengan kaedah tradisional

3.     Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar yang mempunyai tahap


kecerdasan yang berbeza berbanding dengan kaedah tradisional

4.     Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam  topic pengembangan


haba                pembelajaran   inkuiri  penemuan berbanding dengan
kaedah tradisional

1.4           Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan tujuan kajian, pengkaji telah


mengenalpasti beberapa persoalan kajian antaranya :

1.     Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran


pengembangan haba tingkatan satu menggunakan kaedah Pembelajaran
Inkuiri berbanding kaedah tradisional.

      2.  Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam


pembelajaran 

            pengembangan haba tingkatan satu tanpa mengikut jantina menggunakan


kaedah

             pembelajaran Inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional.

       3.  Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam


pembelajaran
             pengembangan haba tingkatan satu di kalangan pelajar yang mempunyai
tahap

             kecerdasan  yang beza menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri


berbanding

              kaedah tradisional.

       4.          Bolehkah mereka berfikir pada tahap yang tinggi menggunakan
kaedah Pembelajaran Inkuiri untuk menyelesaikan masalah.

5.     Sejauh manakah kaedah Pemebelajaran Inkuiri berbanding dengan


kaedah tradisional dapat memberi ransangan pembelajaran dan
meningkatkan motivasi pelajar yang terlibat. 

1.5           Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian, beberapa hipotesis kajian turut diuji :

Ho. 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian


pelajar di antara pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri
berbanding dengan kaedah tradisional.

Ho 2  : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian


pelajar tanpa mengira jantina yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri
berbanding kaedah tradisional

Ho 3  : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian


pelajar di antara pelajar kecerdasan rendah  yang mengikuti kaedah
pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional
Ho 4  : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian
pelajar di antara pelajar kecerdasan sederhana  yang mengikuti kaedah
pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional

Ho. 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian


pelajar di antara pelajar kecerdasan tinggi  yang mengikuti kaedah
pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional

1.6           Kepentingan Kajian

          Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak
KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk
terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Diharap
dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti
pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah
Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi
peluang dan pengalaman  kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan
mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri.

          Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada
guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini.
Kepada pihak PPD dan JPN  akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal
dan melaksanakan pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya
untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain amnya.
          Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang
modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan
Pembelajaran Inkuiri.

1.7 Batasan Kajian

          Kajian ini meninjau keberkesanan kaedah inkuiri khususnya amali dalam
matapelajaran sains tingkatan satu melalui topic pengembangan haba. Kajian ini
hanya terbatas bagi pelajar dua kelas yang terpilih iaitu seramai 80 pelajar yang
terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan. Kajian ini juga terbatas
di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, Kedah
Darul Aman.Tempat kajian dipilih berdasarkan kekangan masa dan pengurusan.

1.8 Definisi Istilah

Meningkatkan :          Meninggikan kedudukan, memperhebatkan, meninggikan ke


tahap

                             yang lebih tinggi. ( Kamus Dewan Edisi Kedua )

Pencapaian :           Prestasi, apa yang dicapai atau diperolehi. ( Kamus Dewan ).

                             pencapaian dalam kajian ini merujuk kepada prestasi atau 

                             yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan pos.

Pelajar Tingkatan Satu : Pelajar yang belajar dalam tingkatan satu peringkat
menengah

                             rendah.


Kaedah Inkuiri Penemuan : Salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang
disusun

                             khas supaya sesuatu yang ditujukan kepda pelajar akan menjadi

                             cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara

                             lebih mendalam. ( Mohd.Zamri Sabran, 1994).

1.9 Kesimpulan                  

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Inkuri


penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk “Pengembangan Haba”
mata pelajaran Sains KBSM tingkatan satu. Para pelajar akan dapat melaksanakan
aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih efektif.

        

         

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

          Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud
disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih- lebih lagi terhadap
apa saja yang ada disekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia
suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup.
Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa kepada penemuan demi penemuan.
Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan
dalam proses mencari  jawapan ataupun penemuan. Mencari jawapan dalam sains
melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif. Konstruktif merujuk
bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima
pengetahuan orang.

2.2.  Pembelajaran inkuiri.

         Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang


mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur.
Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang
diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh
kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang  beranggapan bahawa beluncas
(larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi
kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan
hipotesisnya. Ujikajinya telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi
kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu
berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakan hipotesis itu menunjukan
bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula
berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin
1985).

        

          Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah 


yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi
cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna
menggunakan kaedah inkuri –penemuan dalam pengajaran akan membolehkan
pelajar mengambil peranan  matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka
amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang  mencari dan menemukan fakta
melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar
seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya,
kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini
ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui
sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran
inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur.
(Martin 1985)

2.3 Tinjauan kajian lepas.

          Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan semasa mereka.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat,
membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental
(struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan
pembentukan pengalaman yang membolehkan individu “melangkau maklumat
yang diberikan” Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan
pembelajaran penemuan.

          Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna
tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka
fahami sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan
perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan
mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah
mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat
meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.

          Menurut Zahari (1992) , Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang
diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang
disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian.
Pelajar- pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan
mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,
1991; Burden dan Byrd, 1994)

          Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul
dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila
seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia
belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna
proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek
dan kaedah yang dijalankan.

          Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang
mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan.
Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan
itu sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi
dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi
Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia
kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak
mempunyai minat.
Kesimpulan

          Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan


pengajaran dan pembelajaran  yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai
tajuk  yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian
oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar
adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam
bidang tertentu.

BAB  3

METODOLOGI   KAJIAN

3.1 Pengenalan

          Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi
yang digunakan untuk mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah
pengajaran. Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat
pengumpulan data hingga keperingkat penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini
bertujuan utuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah inkuiri  dalam topic pengembangan haba tingkatan satu
sains.

3.2 Reka bentuk kajian.

          Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan


skor.

Menurut  Majid (1993), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka


sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai.Best dan Kahn (1998) pula
menyatakan bahawa kajian deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa
sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan keadaan atau perhubungan, pendapat pada
proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang dibangunkan. Ini disokong oleh
Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam usaha menguji
hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap
perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap, maklumat
demografi, suasana dan prosedur.

          Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Selepas ujian pra
pengkaji menyusun semula pelajar agar tahap pencapaiannya adalah sekata .Pelajar
yang mendapat gred A, akan dibahagikan kepada dua kumpulan satu kumpulan
eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Begitu juga dengan pelajar gred B, C, D,
dan E. Selepas itu kumpulan eksperimen akan diberikan amali dengan kaedah
inkuiri tetapi kumpulan  kawalan  akan diajar menggunakan kaedah biasa yang
digunakan oleh guru sebelumnya.Setiap kumpulan akan diajar tentang topic
pengembangan  haba. Selepas itu ujian pos akan dijalankan. Soalan bagi ujian pos
adalah sama dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. Soalan-
soalan  bagi soalan pra dan pos diambil daripada buku- buku rujukan yang sedia
ada. Graf bar digunakan untuk   membandingkan keputusan skor ujian pra dan
ujian pos. Perbandingan skor diambil kira untuk mengukur tahap kefahaman
pelajar.

3.3 Populasi dan sample.

          Kajian ini dijalankan keatas 80   pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah
Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.Mereka terdiri
daripada 40 lelaki dan 40 perempuan. Jumlah sample diambil daripada 2 kelas
yang berbeza yang telah dibahagikan dalam kumpulan selepas ujian pra.
3.4 Instrumen Kajian

          Dalam kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat
pelajar, 2 kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang maklumat pelajar
mengandungi maklumat tentang latar belakang sample kajian. Maklumat yang
dikehendaki meliputi nama , jantina bangsa dan markah ujian bulan lepas.Kertas
ujian pra dan pos pula mengandungi 20 soalan objektif dan 2 soalan ujikaji yang
mengandungi 4 pilihan jawapan.Susunan soalan bagi ujian pra dan pos akan
diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya. 2 Soalan ujikaji
adalah soalan bercorak struktur yang akan menguji tahap kefahaman pelajar.

3.5 Prosedur Analisis Data

          Menurut Majid (1994) Pemprosesan data merupakan teknik untuk


pengumpulan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang
diperolehi adalah bahan mentah seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan
maklumat yang berguna. Data – data yng diperolehi dianalisis menggunakan
perisian ‘Statistical For Social Science’ (SPSS) For Windows Release
10.0.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan .Penganalisis data dibuat
berdasarkan hasil pembelajaran topic pengembangan haba.Statik deskriptif
dilakukan dengan menentukan min  dan peratusan untuk  dibuat perbandingan
diantara ujian pra dan ujian pos.. Perbandingan  juga dibuat antara pelajar lelaki
dan perempuan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbadingan
ini dimasukan kedalam graf bar agar lebih jelas lagi.

         

3.6 Kesimpulan
          Akhir sekali , rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan
yang diperolehi. Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk
membuat kajian termasuklah rekabentuk kajian,populasi dan sampel , instrumen
kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data. Diharapkan data- data yang
diperolehi boleh membantu pengkaji bagi menentukan keberkesanan kaedah
inkuiri melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan pembelajaran.

You might also like