You are on page 1of 2

AMALAN TIDUR

Sahabatku…

sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana
usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmat-NYA. Bersyukurlah kerana terselamat daripada
kelalaian dan kelemahan tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka.
Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.
Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan
mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh
betapa SYUMULnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara
yang sebesar-besarnya.

Sahabatku

berwudhu'lah sebelum tidur.Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisi-NYA. Tetapi


jika tidurmu tanpa wudhu',Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan
syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak
berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak
perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal
mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat
dari kelalaian kita sendiri.

Sahabatku

tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan
hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang
diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi
yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan
fikiranmu mentafsirkannya.
Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib
sebagaimana dituntuti oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti
dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadilah mimpi sebagai mimpi dan
permainan tidurmu.

Sahabatku..

tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan
tenaga akan pulih kembali.Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu
akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan
tetapijangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian
kewarasan fikiran akan hilang.Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan
oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan
pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri
dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba
yang mencari keredhaan Tuhannya.

Sahabatku..

jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah
perbuatan syaitan.dirimu tidur terlalu lama upaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah
tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki
menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki
bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat
yang terselamat dari fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat
berkat.

Sahabatku..

ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia
adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang
matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang
menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.
Ketahuilah sayang…bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah
yang bernama manusia melakukannya, selagi itu pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi
mereka memperdaya : iaitu berkeinginan makan, berkeinginan terhadap perempuan dan
berkeinginan untuk tidur selagi itulah tidak ada kegagalan untuk mereka. Kita semua tidak akan
terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan
Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang
mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali menyombong diri….

'Selamat malam Sahabatku'

You might also like