You are on page 1of 1

1.

PERATURAN AM KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA


o Sentiasa memberi perhatian yang munasabah kepada keselamatan diri sendiri dan rakan
sekerja.
o Sentiasa bekerjasama dengan penyelia dan pengurus anda dalam aspek keselamatan.
o Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat dan pastikan anda
tidak mengusik/menganggu peralatan keselamatan (alat pengesan gas, kon dan sebagainya).
2.
o Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat
selepas digunakan.
o Jangan menggunakan mesin, peralatan atau bahan kimia kecuali anda telah dilatih
menggunakannya dengan betul dan selamat. Sentiasa rujuk kepada penyelia ada sekiranya ada merasa
ragu-ragu tentang penggunaannya.
o Sentiasa meneliti arahan yang terdapat di pelekat bahan kimia untuk memastikan apakah
langkah-langkah keselamatan
o yang perlu diikuti semasa penggunaan bahan tersebut. Contohnya cara perlindungan dan
pengudaraan, rujuk kepada Data
3.
o Keselamatan Bahan Kimia (MSDS) sekiranya timbul keraguan.
o Sentiasa memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang dibekalkan semasa anda
menjalankan tugas berdasarkan  peraturan yang telah ditetapkan. 
o Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun serta bebas dari bahaya
tersadung dan kelicinan dengan mengekalkan kekemasan di tempat kerja. Semua barangan hendaklah
disusun di tempatnya. Bersihkan tumpahan, jika berlaku, dengan segera.
4.
o Sentiasa mengangkut, mengangkut, meletak, menarik dan menolak dengan cara yang
selamat mengikut panduan dan tata amalan di dalam manual keselamatan. Jangan memaksa diri dan
dapatkan pertolongan sekiranya perlu.
o Gunakan pisau secara betul dan selamat. Jangan tinggalkan pisau merata-rata jika tidak
digunakan, letak di tempat yang selamat. 
o Berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik. Jangan sesekali membuat kerja-kerja elektrik
kecuali anda telah dilatih berbuat demikian. Elektrik boleh membunuh.
5.
o Pandu kenderaan dengan cermat di tempat kerja terutama apabila masuk dan keluar dari
tempat tersebut. Jangan sesekali memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sentiasa mengambilkira
keselamatan pejalan kaki dan juga kenderaan lain. 
o Elakkan bahaya dengan menjaga keselamatan diri semasa bertugas. Apabila bertugas
berhampiran kenderaan dan mesin bergerak, jangan sesekali menyalahgunakan keberanian, ia boleh
menyebabkan kehilangan nyawa.
o Jangan sesekali menganggu mereka yang sedang memberi tumpuan kepada kerja. Tunggi
sehingga waktu yang sesuai dan selamat untuk mereka memberi perhatian kepada anda.
6.
o Jangan datang ke tempat kerja sekiranya anda dipengaruhi oleh kesan dadah. Maklumkan
kepada penyelia anda sekiranya ada masih berada di bawah pengawasan doktor. 
o Jangan berlari di tapak kerja atau di tempat kerja. Berjalanlah dengan pantas bila perlu.
Berjalan dengan perlahan di permukaan lantai yang licin. Sentiasa melihat ke hadapan dan pastikan arah
tuju anda.
o Sentiasa berwaspada terhadap apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan kemalangan.
Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada penyelia anda
7.
o Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. Apa
yang dianggap sebagai gurauan kadangkala boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.

You might also like