You are on page 1of 4

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen-komponen utama sistem kardiovaskular……

(a) Jantung

Organ yang penting menegpam darah ke seluruh tubuh untuk


membekalkan oksigen dan nutriesn.
Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari
satu paun.
Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri,
ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

(b) Darah

Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk
eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung dalam plasma.
Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri
daripada eritrosit.
Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa
normal. Seorang dewasa yang beratnya 70kg, mempunyai kira-kira 5-6
liter darah.

(c) Salur darah

Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.


Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari
jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

Fungsi sistem kardiovaskular…...

Sistem respiratori membantu membekalkan oksigen dan mengkumuhkan


karbon dioksida karbin dioksida dari darah. Sistem peredaran mengangkut
oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon
dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.
Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen masuk ke dalam
paru-paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen ini akan disimpan
sementara dalam alveolus. Jantung mengepam darah nyahoksigen ke
paru-paru melalui kitaran pulmonari. Gas-gas oksigen dan karbon
dioksida meresap melintasi membrane alveolus dan kapilari. Karbon
dioksida dihembus keluar dari paru-parumelalui salur pernafasan. Oksigen
yang melintasi membran alveolus dan kapilari akan meresap ke dalam
darah. Darah beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri
untuk diagihkan kepada sel-sel tisu badan.
Keluaran jantung (Ǭ)……

Keluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh
ventrikel kiri dalam satu minit.

Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut:

Ǭ = KDJ x IS
Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu Strok

Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit.


Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar
denyutan jantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh
faktor-faktor seperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan
jantung rehat individu yang aktif adalah rendah berbanding dengan
individu yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan
mengira bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri
radius semasa individu berada dalam keadaan rehat.

Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isipadu ini
disukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besar
berbanding isipadu strok perempuan.

Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah


agak besar pada individu yang berbaring berbanding dengan individu
yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem
kardiovaskular.
16
Contoh:
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak
72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70ml ialah 5L/ min.
Ǭ = KDJ x IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L / min

You might also like