You are on page 1of 3

ANATOMI DAN FISIOLOGI JANTUNG

JANTUNGKU: Jantung merupakan organ yang


berotot pejal dan mempunyai empat ruang dimana
saiznya menyamai saiz penumbuk individu berkenaan.
Ianya terletak di dalam bahagian dada, diantara dua
paru-paru, dan dibawah tulang rusuk kiri.

Fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh
bahagian tubuh. Tugas ini dilakukan dengan menguncup sebanyak 60 hingga 90
kali bagi setiap minit. dengan setiap penguncupan ruang jantung akan mengepam
darah samada ke venrikel atau salur darah arteri. dalam masa 24 jam jantung
anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak
beribu batu di dalam sistem saluran darah. 

CARA JANTUNG BEKERJA: Pusingan jantung bermula dibahagian


kanan jantung. Salur darah vena[vena kava bawah] menyalurkan semula aliran
darah yang rendah kandungan oksigen ke dalam ruang atrium kanan. Aliran
darah tadi akan mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan di mana ia
kanan dipam ke dalam sistem saluran darah paru-paru melalui arteri pulmonari
di mana ia akan menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang
tinggi kandungan oksigen ini akan memasuki jantung semula dimana ia akan
mengalir ke dalam atrium kiri melalui dua pasang vena pulmonari setiap pasang
dari paru-paru kanan dan kiri. Daripada atrium kiri darah tadi akan memasuki
ventrikel kiri dan dipam keluar ke dalam aorta untuk penyaluran kesetiap
bahagian badan manusia.

INJAP-INJAP JANTUNG: Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh


bahagian yang membentuk injap-injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi
aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala
dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran
balik.

Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak
di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun
atau kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri
dan ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap
bikuspid kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.

Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-
injap tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah
di dalam setiap ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan 
darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari
yang memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah
kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.

JANTUNG BERDENYUT: Jantung anda mempunyai sistem arus


elektrik yang meransang jantung untuk menguncup atau berdenyut. Setiap
denyutan bermula dengan ransangan elektrik yang berasal dari bahagian khas di
dalam atrium kanan yang dipanggil odus sinoatrial ataupun nodus SA. Nodus SA
ini merupakan pencetus atau suis semulajadi jantung. Ia menerima maklumat
daripada otak dan pusat-pusat kawalan lain di dalam sistem saraf yang
mengarahkannya menyesuaikan kadar denyutan jantung yang optima bergantung
keppada keperluan badan manusia. Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus
SA ia akan mengalir kepada atrium-atrium yang menyebabkan mereka
menguncup dan mengepam darah masuk ke dalam ventrikel di bawah. Ransangan
elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu kumpulan sel khusus yang dikenali
sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV. Dari sini ransangan tadi akan
mengalir laju keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian His, cabang kiri dan
kanan [kesemuanya adalah sistem aliran rangsangan elektrik jantung]. Otot-otot
jantung menguncup dan jantung berdenyut akibat daripada ransangan-ransangan
ini. Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung menguncup  dan jantung berdebyut
akibat daripada ransangan-ransangan tadi dan 
ianya berlaku teramat pantas.

ALIRAN DARAH KORONARI: Jantung juga mempunyai sistem


aliran darahnya sendiri yang berfungsi memberikan bekalan darah kepada otot-
otot jantung. Ianya terdiri daripada arteri koronari kanan dan kiri. Arteri koronari
kanan muncul daripada aorta dan mengelilingi bahagian kanan lekukan
atrioventrikular dan menyalurkan darah kepada atrium kanan dan ventrikel
kanan dan sebahagian pembahagi[septa] belakang. Arteri koronari kiri juga
muncul daripada aorta. Bahagian permulaannya arteri kiri koronari utama dan
menjadi arteri kiri bawah dan arteri sirkumfleks. Kesemuanya menyalurkan darah
bahagian atrium kiri dan ventrikel kiri dan sebahagian pembahagi depan.

You might also like