You are on page 1of 20

PENGUMUMAN KEPUTUSAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2009

11 MAC 2010

Pendahuluan

Saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya

saya diberi kesempatan untuk mengumumkan keputusan peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 pada hari ini. Keputusan ini

diumumkan serentak di seluruh negara. Calon-calon boleh

mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai

jam10.00 pagi pada hari ini. Bagi calon-calon persendirian, keputusan

mereka akan dihantar kepada mereka melalui pos oleh Jabatan

Pelajaran Negeri masing-masing. Bagi calon-calon yang tidak dapat

mengambil sendiri keputusan peperiksaan mereka, pihak sekolah

hendaklah memberi kemudahan kepada waris untuk mendapatkan

keputusan berkenaan bagi pihak calon.

1
Saya gembira memaklumkan bahawa pada keseluruhannya pencapaian

calon pada kali ini amat membanggakan, melebihi pencapaian tahun

sebelumnya. Pencapaian calon meningkat dari segi peratusan bilangan

memperolehi sijil, cemerlang A+, A dan A- dan lulus semua mata

pelajaran yang diduduki.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009

Dalam tahun 2009, seramai 465,853 orang calon telah mendaftar untuk

menduduki peperiksaan ini berbanding 442,936 orang calon pada tahun

2008, pertambahan bilangan calon sebanyak 5.2%. Perincian jenis

calon yang menduduki peperiksaan adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 Calon yang Mendaftar Peperiksaan SPM 2009

Jenis Calon Bilangan Peratus (%)


Calon Sekolah KPM 406,420 87.2
Calon MRSM dan Sekolah
7,071 1.5
Kementerian Pertahanan
Calon Sek. Men. Agama Negeri 8,765 1.9
Calon Sek. Men. Agama Rakyat dan
11,036 2.4
Sek. Swasta
Calon Persendirian Perseorangan 32,561 7.0
Jumlah Keseluruhan 465,853 100

2
Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan telah disediakan untuk

mengendalikan peperiksaan ini. Pengendalian peperiksaan ini

melibatkan 21,730 pemeriksa dan 23,864 petugas peperiksaan.

Peperiksaan bertulis SPM 2009 telah dijalankan dari 18 November

hingga 16 Disember 2009. Sejumlah 103 mata pelajaran telah

ditawarkan kepada calon SPM 2009. Perincian bilangan calon mengikut

bilangan mata pelajaran yang diduduki adalah seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2 Bilangan Calon Mengikut Bilangan Mata Pelajaran


Diduduki

Bilangan
Bilangan Mata Pelajaran Diduduki Peratus
Duduki
6 5,621 1.3
7 24,404 5.6
8 80,551 18.4
9 160,027 36.6
10 117,550 26.9
11 38,685 8.9
12 8,746 2.0
Lebih daripada 12 1,246 0.3
Jumlah Duduki 436,830 100.0

Daripada sejumlah 465,853 orang calon yang mendaftar untuk

menduduki peperiksaan SPM 2009, seramai 228,323 (49.0%) adalah

calon lelaki manakala 237,530 (51.0%) adalah calon perempuan.

Perbezaan yang hampir serupa seperti tahun 2008 di mana daripada

3
442,936 orang calon pada tahun 2008, seramai 216,721 (48.9%) adalah

calon lelaki dan 226,215 (51.1%) adalah calon perempuan.

Penggredan Baru SPM

Mulai tahun 2009, penggredan baru telah diperkenalkan dalam

peperiksaan SPM untuk membezakan pencapaian calon yang

memperolehi keputusan yang cemerlang tertinggi. Melalui sistem ini,

pencapaian calon dilaporkan secara lebih terperinci melalui gred-gred

berikut:

Jadual 3 Perbandingan Gred Baru dengan Gred Lama

Gred Baru Gred Lama


A+ (Cemerlang Tertinggi)
(Super Distinction)
A (Cemerlang Tinggi)
1A Cemerlang
(High Distinction)
(Distinction)
A- (Cemerlang)
2A
(Distinction)
B+ (Kepujian Tertinggi)
3B
(Super Credit)
B (Kepujian Tinggi)
4B
(High Credit)
Kepujian
C+ (Kepujian Atas)
5C (Credit)
(Upper Credit)
C (Kepujian)
6C
(Credit)
D (Lulus Atas)
7D
(Upper Pass) Lulus
E (Lulus) (Pass)
8E
(Pass)
G (Gagal) Gagal
9G
(Fail) (Fail)

4
Bagi calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM

tetapi tidak hadir semasa peperiksaan tersebut, T (Tidak Hadir) akan

dicatatkan pada slip keputusannya sebagai pernyataan pencapaian

calon itu. Walau bagaimanapun, pernyataan ini tidak akan dicatatkan

dalam sijil. Untuk pengetahuan umum, bermula SPM 2009, keputusan

Gagal (G) akan dicatatkan dalam slip keputusan dan sijil. Hal ini

bertujuan untuk membezakan antara calon yang hadir tetapi gagal

dengan calon tidak hadir atau tidak menduduki sesuatu mata pelajaran.

Selaras dengan perubahan gred dalam peperiksaan SPM mulai tahun

2009, nilai bagi semua gred purata juga telah diubahsuai dengan

mengambil 0.00 sebagai nilai gred purata tertinggi dan 9.00 sebagai nilai

gred purata terendah. Calon yang memperoleh A+ bagi semua mata

pelajaran yang diduduki bolehlah dianggap memperoleh gred purata

keseluruhan 0.00 manakala calon yang memperoleh gred G bagi semua

mata pelajaran yang diduduki memperoleh gred purata keseluruhan

9.00. Begitu juga dengan nilai gred purata sekolah dan gred purata

nasional, nilai tertinggi dan terendah iaitu antara 0.00 hingga 9.00.

Sukacita saya memaklumkan bahawa semasa mesyuarat penentuan

standard SPM 2009, pakar-pakar pentaksiran dari luar negara seperti

daripada Cambridge International Examinations (CIE) dan London

5
Chambers of Commerce and Industry (LCCI) telah dijemput bersama.

Proses ini penting bagi tujuan penandaarasan dan penjaminan kualiti di

peringkat antarabangsa.

Pencapaian Calon SPM 2009

Pada keseluruhannya, pencapaian calon sekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dalam SPM 2009 adalah membanggakan.

Seramai 364,046 (90.8%) calon berjaya mendapat sijil SPM berbanding

347,443 (90.8%) pada tahun 2008. Walaupun peratusannya adalah

sama, tetapi terdapat pertambahan calon seramai 16,603. Pencapaian

ini adalah stabil seperti mana pencapaian tahun sebelumnya. Gred

Purata Nasional (GPN) SPM 2009 meningkat kepada 5.34, berbanding

GPN SPM 2008 iaitu 5.51.

Seramai 199,155 (49.6%) calon lulus semua mata pelajaran yang

diambil berbanding 181,419 (47.4%) pada tahun 2008. Daripada jumlah

itu, seramai 68,131 (17.0%) calon sekolah KPM berjaya mendapat

sekurang-kurangnya gred C semua mata pelajaran yang diduduki dalam

SPM 2009 berbanding 60,902 (15.9%) pada tahun 2008. Pencapaian ini

menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Walau bagaimanapun

bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G agak meningkat

6
iaitu seramai 4,626 (1.15%) pada tahun 2009 berbanding 2,589 (0.67%)

pada tahun 2008.

Pencapaian calon perempuan masih mengatasi pencapaian calon lelaki

iaitu sebanyak 0.85 mata diukur daripada nilai GPN masing-masing.

Nilai GPN calon perempuan ialah 4.94 mata manakala nilai GPN calon

lelaki ialah 5.79 mata. Daripada 7,987 calon cemerlang, seramai 3,304

(41.37%) adalah calon lelaki berbanding 4,683 (58.63%) adalah calon

perempuan.

Pencapaian Calon Cemerlang

Penggredan baru SPM telah dapat memperincikan lagi kecemerlangan

calon apabila diperkenalkan gred yang lebih tinggi daripada gred 1A.

Gred A+ ialah gred Cemerlang Tertinggi yang mana calon-calon yang

memperoleh gred ini adalah merupakan mereka yang berada dalam

kumpulan skor mata pelajaran 90% ke atas, berbanding calon-calon

yang lain.

Sukacita saya maklumkan, seramai 7,987 (1.99%) calon yang

memperoleh gred cemerlang (A+, A dan / atau A-) semua mata

pelajaran yang diduduki. Daripada jumlah itu seramai 214 (0.05%) calon

7
sekolah KPM telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+)

semua mata pelajaran yang diduduki. Seramai 41 orang calon lagi

adalah merupakan calon persendirian, calon sekolah swasta dan calon

sekolah-sekolah tajaan agensi selain KPM. Sebagai perbandingan, pada

tahun 2008 seramai 6,277 (1.6%) calon sahaja yang memperoleh gred

cemerlang. Angka-angka ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti

sebanyak 1710 (27.24%). Perincian bilangan calon mendapat gred

cemerlang semua mata pelajaran yang diduduki ditunjukkan dalam

Jadual 4 berikut:

Jadual 4 Bilangan Calon Sekolah KPM Cemerlang


Mengikut Bilangan Mata Pelajaran Diduduki

Bilangan Semua Mata


Kombinasi
Mata Pelajaran Pelajaran
A+ / A / dan / atau A-
Diduduki A+

7 - 2
8 - 14
9 51 1,700
10 79 3,052
11 59 2.230
12 19 599
13 3 119
14 1 39
15 2 13
16 - 4
17 - 1
Jumlah 214 7,773
JUM. BESAR 7,987

8
Pencapaian Calon Mengikut Lokasi

Pada keseluruhannya, pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan

luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun

sebelumnya. Pencapaian calon bandar dan luar bandar bagi tahun ini

telah meningkat berbanding tahun 2008. Hal ini dapat dilihat daripada

Jadual 5 yang menunjukkan bahawa pencapaian calon semakin baik

berbanding tahun sebelumnya bagi calon di bandar dan luar bandar.

Jadual 5 Pencapaian Calon Mengikut Lokasi Bandar dan Luar


Bandar

Bil. Mengikut Peratus Mengikut Jurang


Lokasi Lokasi Bandar &
Pencapaian Calon Tahun Luar
Luar Luar Bandar
Bandar Bandar
Bandar Bandar (%)
Cemerlang Semua 2008 4,750 989 2.7 0.5 2.2
Mata Pelajaran 2009 5,942 1,243 3.2 0.6 2.6
Beza 1,192 254 0.5 0.1 0.4
Sekurang-kurangnya 2008 38,691 16,184 22.5 8.6 13.9
Kepujian Semua Mata 2009 43,040 18,790 23.5 9.5 14.0
Pelajaran Beza 4,349 2,606 1.0 0.9 0.1
Lulus Semua Mata 2008 91,721 74,372 53.4 39.5 13.9
Pelajaran 2009 101,259 82,770 55.4 42.0 13.5
Beza 9,538 8,398 2.0 2.5 -0.5

Jadual 6 Perbandingan Pencapaian Calon Bandar dengan


Luar Bandar Mengikut Nilai GPN

Tahun Bandar Luar Bandar Jurang


2008 5.18 5.95 0.77
Nilai GPN
2009 4.98 5.82 0.84
Beza -0.20 -0.13 0.07

9
Jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar terdapat sedikit

peningkatan sekiranya diukur dari bilangan calon cemerlang dan

bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian semua mata

pelajaran. Walau bagaimanapun, sekiranya diukur dari nilai GPN, jurang

perbezaan antara bandar dengan luar bandar semakin berkurang iaitu

sebanyak 0.07 mata.

Pencapaian Sekolah

Selaras dengan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Negara (National

Key Result Area - NKRA), sukacita saya maklumkan pencapaian

sekolah-sekolah di seluruh Malaysia berdasarkan Gred Purata Sekolah

(GPS) mengikut kategori seperti berikut:

Jadual 7 Pencapaian Sekolah Berdasarkan Gred


Purata Sekolah (GPS)

Kategori Sekolah GPS Bilangan Sekolah (%)


Cemerlang
0.00 – 2.25 66 (3.1%)
(Excellence)
Baik
2.26 – 4.50 278 (13.0%)
(Good)
Memuaskan
4.51 – 6.75 1,654 (77.2%)
(Moderate)
Berpotensi
6.76 – 9.00 143 (6.7%)
(Potential)
Jumlah 2,141

10
Dari Jadual 7 di atas dapat dirumuskan bahawa sebahagian besar

sekolah-sekolah di Malaysia adalah berada dalam kategori sekolah

Cemerlang, Baik dan Memuaskan. Hanya sebanyak 143 (6.7%)

sekolah dalam kategori Berpotensi. Ini menunjukkan usaha KPM untuk

meningkatkan prestasi sekolah berjaya dilaksanakan. Saya percaya

semua pihak yang terlibat khususnya para pemimpin sekolah berkenaan

masih boleh menambahbaik pencapaian sekolah mereka seperti

sekolah-sekolah yang lain di masa hadapan.

Prestasi Mata Pelajaran

Saya amat berpuashati dengan prestasi kesemua mata pelajaran yang

ditawarkan kepada calon SPM 2009. Prestasi kebanyakan mata

pelajaran pada kali ini membanggakan. Saya yakin prestasi ini akan

dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Saya akan melaporkan

prestasi mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM 2009 mengikut

empat kategori pelaporan keputusan, iaitu Cemerlang, Kepujian, Lulus,

Gagal dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

Dari segi kualiti, sebanyak 37 mata pelajaran telah menunjukkan

peningkatan prestasi yang tinggi melebihi 3% untuk gred cemerlang A+,

A atau A-. Sebanyak 42 mata pelajaran telah menunjukkan prestasi

11
yang stabil iaitu peningkatan atau penurunan kurang daripada 3% untuk

gred cemerlang A+, A atau A-. Sebanyak 9 mata pelajaran telah

menunjukkan penurunan prestasi yang agak ketara iaitu melebihi 3%

untuk gred-gred yang sama.

Dari segi kuantiti pula, sebanyak 7 mata pelajaran telah menunjukkan

peningkatan prestasi melebihi 3% calon lulus. Sebanyak 80 mata

pelajaran telah menunjukkan prestasi stabil iaitu peningkatan atau

penurunan kurang dari 3% calon lulus. Sebanyak 4 mata pelajaran telah

menunjukkan penurunan prestasi yang agak ketara iaitu melebihi 3%

calon lulus. Prestasi kesemua 103 mata pelajaran SPM 2009

ditunjukkan secara terperinci dalam lampiran 1.

Prestasi Mata Pelajaran Mengikut Lokasi Bandar dan Luar Bandar

Jurang perbezaan pencapaian antara calon bandar dan luar bandar

telah dapat dirapatkan dari segi prestasi beberapa mata pelajaran teras

iaitu Bahasa Inggeris, Science dan Pendidikan Moral. Walau

bagaimanapun usaha untuk merapatkan jurang prestasi antara bandar

dan luar bandar ini perlu dipergiatkan lagi terutamanya bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Mathematics dan Pendidikan Islam.

12
Jadual 8 menunjukkan perbandingan peratus lulus mata pelajaran teras

mengikut lokasi bandar dan luar bandar yang dimaksudkan.

Jadual 8 Perbandingan Peratus Lulus Mata Pelajaran Teras


Mengikut Lokasi Bandar - Luar Bandar

Perbezaan
Pencapaian % Lulus % Lulus % Lulus
Tahun
Calon Bandar Luar Bandar Bandar -
Luar Bandar
Bahasa 2008 90.4 90.2 0.2
Melayu 2009 90.6 90.2 0.4
Beza 0.2 0 0.2
Bahasa 2008 81.4 65.3 16.1
Inggeris 2009 83.0 67.2 15.8
Beza 1.6 1.9 -0.3
Mathematics 2008 81.1 72.6 8.5
2009 81.8 72.6 9.2
Beza 0.7 0 0.7
Science 2008 90.4 91.2 -0.8
2009 90.2 90.7 -0.5
Beza -0.2 -0.5 -0.3
Sejarah 2008 71.9 68.2 3.7
2009 73.0 68.6 4.4
Beza 1.1 0.4 0.7
Pendidikan 2008 91.0 87.1 3.9
Islam 2009 90.8 86.5 4.3
Beza 0.2 -0.6 0.4
Pendidikan 2008 77.5 72.6 4.9
Moral 2009 80.3 75.5 4.8
Beza 2.8 2.9 -0.1

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa


Inggeris (MBMMBI)

Peningkatan dalam prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris dalam peperiksaan SPM 2009 membuktikan bahawa mutu

pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran mata pelajaran telah


13
dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat dari prestasi

bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang mencatatkan kenaikan dari

segi kualiti di mana peratus calon yang mendapat gred cemerlang pada

tahun 2008 ialah 25.4% berbanding 31.3% pada tahun 2009 walaupun

peratus kelulusan bagi tahun 2008 dan 2009 adalah sama iaitu

sebanyak 90.8%. Begitu juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris yang

telah mencatatkan kenaikan iaitu 75.6% berbanding 73.9% pada tahun

lalu. Walau bagaimanapun kerajaan sedang berusaha ke arah

memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris

agar prestasi kedua-dua mata pelajaran ini dapat dipertingkatkan.

Jadual 9 Peratus Lulus Bahasa Melayu dan


Bahasa Inggeris 2008-2009

Bilangan Peratus
Mata Pelajaran Tahun
Lulus Lulus

Bahasa Melayu 2008 347,443 90.8


2009 364,046 90.8
Beza 16,603 0
Bahasa Inggeris 2008 282,471 73.9
2009 302,501 75.6
Beza 20,030 1.7

Maklumat ini memberi keyakinan kepada kita bahawa guru-guru telah

melaksanakan tangggungjawab mereka dalam pengajaran di peringkat

sekolah dengan berkesan dan murid-murid pula telah mendapat

pengalaman pembelajaran yang bermakna.

14
Pengantarabangsaan SPM

Kerjasama LP dengan Cambridge International Examinations (CIE),

United Kingdom diadakan untuk mendapatkan sijil GCE O-Level bagi

calon yang berjaya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 dengan

sekurang-kurangnya mendapat gred 6C. Sijil tersebut diiktiraf oleh

European Qualification Framework. Pengiktirafan ini membolehkan

calon lepasan SPM diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi di

luar negara.

Pada tahun 2009, sebilangan besar calon telah berjaya memperoleh Sijil

GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 mengikut Sukatan Pelajaran

daripada Cambridge International Examinations (CIE) iaitu seramai

97,341 (24.3%) orang berbanding 87,383 (22.9%) iaitu kenaikan

sebanyak 9,958(1.4%). Daripada jumlah itu, 15,289 (3.8%) orang calon

berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 (3.3%) iaitu

satu kenaikan sebanyak 2,644 (0.5%). Jumlah ini menunjukkan

peningkatan yang sangat baik dari segi bilangan calon yang mendapat

Sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berkenaan. Saya juga

memaklumkan bahawa pihak CIE masih menggunakan penggredan

lama dalam GCE O-Level iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9U.

15
Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan lulus

dengan baik mata pelajaran tersebut akan mendapat pengiktirafan

antarabangsa iaitu Level 2 Sijil London Chambers of Commerce and

Industry (LCCI) oleh Educational Development International (EDI) dan

pengecualian menduduki Certified Accounting Technician One (CAT 1)

oleh The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

England.

Pencapaian calon dalam LCCI dilaporkan oleh pihak EDI berdasarkan

pencapaian calon dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan mata

pelajaran Bahasa Inggeris 1119 GCE O-Level. Calon yang berjaya

memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C dalam Bahasa Inggeris 1119

GCE O-Level akan dicatatkan di dalam sijil LCCI sebagai Pass, Credit

atau Distinction dalam Bahasa Inggeris. Manakala calon yang

memperoleh 7D, 8E atau 9G dalam Bahasa Inggeris 1119 GCE O-Level

akan dicatatkan sebagai Pass, Credit atau Distinction dalam Bahasa

Melayu.

Daripada 95,537 orang calon yang menduduki mata pelajaran Prinsip

Perakaunan dalam peperiksaan SPM 2009, seramai 57, 412 (60.1%)

orang calon telah berjaya memperoleh Sijil LCCI daripada Educational

16
Development International (EDI), England. Perincian pencapaian calon

yang mendapat Sijil LCCI adalah seperti dalam Jadual 10.

Jadual 10 Peratus Sijil London Chambers of Commerce


and Industry (LCCI)

Pencapaian Bil. calon Peratus

Distinction dalam Bahasa Inggeris 15.805 16.5


Credit dalam Bahasa Inggeris 5.135 5.4
Pass dalam Bahasa Inggeris 3.610 3.8
Distinction dalam Bahasa Melayu 9.586 10.0
Credit dalam Bahasa Melayu 10.739 11.2
Pass dalam Bahasa Melayu 12.537 13.1
Jumlah Berjaya Mendapat Sijil 57, 412 60.1

Calon Berkeperluan Khas

Seramai 538 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan telah

menduduki peperiksaan SPM 2009 berbanding 481 calon pada tahun

2008. Daripada jumlah itu, seramai 251 (51.9%) calon berjaya mendapat

sijil SPM berbanding 208 (47.8%) pada tahun 2008. Seorang calon

rabun penglihatan telah berjaya mendapat 4 A+, 3 A, 4 A- daripada

sebelas mata pelajaran yang diambil manakala seorang lagi mendapat

4 A+, 3 A, 3 A- daripada sepuluh mata pelajaran yang mereka ambil.

Terdapat juga dua orang calon yang mengalami pelbagai kecacatan

17
berjaya memperoleh pencapaian cemerlang. Kedua-duanya mendapat

8 A+, 2 A daripada sepuluh mata pelajaran yang diambil.

Rumusan

Pengiktirafan antarabangsa dan pencapaian yang baik di kalangan

calon, menunjukkan bahawa sistem pendidikan dan pentaksiran di

Malaysia bertaraf tinggi. Pengurangan jurang pencapaian antara bandar

dengan luar bandar pula menunjukkan bahawa negara kita

mengamalkan dasar memberi peluang pendidikan yang sama rata untuk

semua lapisan masyarakat selari dengan konsep ‘Satu Malaysia –

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

KPM berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi

akademik untuk memenuhi agenda dan misi nasional serta Wawasan

2020. Maklumat di atas juga sangat baik untuk memacu kejayaan

khususnya dalam pendidikan di masa hadapan selaras dengan

kehendak NKRA.

18
Penutup

Saya, mewakili para pendidik dan petugas peperiksaan dari seluruh

negara ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon

yang telah menunjukkan kecemerlangan, walaupun semasa

peperiksaan berlangsung kita telah diuji dengan beberapa kejadian

seperti banjir dan kebakaran bangunan sekolah. Alhamdulilah, kita telah

dapat mengatasi semua masalah tersebut dan peperiksaan SPM 2009

telah dilalui oleh semua calon dengan sempurna, berkat sumbangan

dan pengorbanan petugas peperiksaan yang menjalankan tugas mereka

dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.

Bagi calon yang telah berjaya dengan cemerlang, kita mendoakan agar

mereka dapat meneruskan budaya kecemerlangan itu. Saya juga

berbangga kerana para guru telah mendidik dan membimbing calon

sehingga mereka memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Kepada yang kurang berjaya pula, anggaplah kegagalan itu sebagai

satu cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan yang lain pada

masa akan datang.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih

dan penghargaan kepada ibu bapa, guru, pemimpin sekolah dan

19
masyarakat yang terus menerus menunjukkan minat dan keprihatinan

terhadap pendidikan serta memberi sumbangan yang tidak terhingga

nilainya terutama pendidikan di peringkat sekolah.

Kepada pihak media yang tidak kurang pentingnya dalam memainkan

peranan meningkatkan pencapaian murid dalam pendidikan, saya

mengharapkan agar peranan ini dapat terus dipertingkatkan demi

kepentingan para pelajar kita.

Kepada warga Lembaga Peperiksaan dan semua petugas yang terlibat

dalam pelaksanaan SPM 2009, saya mengucapkan tahniah dan terima

kasih yang tidak terhingga kerana peperiksaan SPM telah dapat diurus

dan dikendalikan dengan sempurna.

Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
11 Mac 2010

20

You might also like