You are on page 1of 4

Mellisa Abdullah Hussain

Mellisa yang baru pulang dari pejabat surat khabar berasa tidak tenteram setelah bertemu dengan Syahid. Peristiwa
itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam, iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan
kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mellisa dan Hisyam selalu bermain bersama-sama. Hisyam pernah
menyatakan niatnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila dia sudah besar nanti. Malangnya, Hisyam telah terkorban
dalam peristiwa 13 Mei.
Peristiwa hitam itu sukar dikikis daripada ingatan Mellisa. Oleh itu, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai
latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Segala persoalan yang bermain dalam fikirannya
tentang rusuhan kaum itu semakin jelas setelah dia menyiapkan tesis setebal 215 muka surat itu. Mellisa
membuat penyelidikan terperinci tentang faktor-faktor yang mencetuskan rusuhan kaum di negara ini. Daripada
kajiannya, Mellisa mendapati bahawa peristiwa 13 Mei itu berpunca daripada tindakan penjajah yang
menjalankan dasar devide et empera, iaitu memisahkan kaum mengikut geografi. Misalnya, orang Melayu
dibiarkan hidup di kampung-kampung, orang Cina ditempatkan di bandar-bandar, manakala orang India pula
dibiarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Dasar itu telah mengakibatkan polarisasi kaum yang semakin lama
semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Selain itu, Mellisa menemu bual mangsa-mangsa
yang terlibat dalam rusuhan kaum itu untuk mengetahui kisah sebenar di balik peristiwa berdarah tersebut.

Hubungan Mellisa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun,


keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid. Syahid merasakan dirinya
dipermain-mainkan oleh Mellisa. Mellisa telah menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia kerana dia lebih sayang
akan negara dan bangsanya. Mellisa tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang di negara ini.

Tema
Cerpen ini mengutarakan tema tentang cinta suci dan semangat kental seorang gadis yang terpisah daripada kekasihnya
yang berlainan bangsa akibat rusuhan kaum.

Persoalan
1. Sejarah indah dalam hidup sukar dilupakan dan memberikan kesan yang mendalam pada diri.
2. Pengorbanan demi cinta suci terhadap negara.
3. Korban persengketaan antara kaum di Malaysia.
4. Tanggungjawab semua pihak dalam usaha mengekalkan keamanan dan keharmoman negara.
5. Perbezaan kelas sosial yang mewujudkan jurang perbezaan antara kaum.

Watak dan Perwatakan


Mellisa
1. Mellisa gadis Cina yang lincah, suka bercakap, dan bersikap terbuka.
2. Mellisa seorang yang terpelajar, iaitu lulusan universiti. Dia memiliki Ijazah Sarjana.
3. Mellisa mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mellisa sanggup menjadi tentera demi perasaan cintanya akan
tanah air. Dia juga sanggup menjadi tentera kerana tidak mahu peritiwa 13 Mei yang menyebabkan pertumpahan
darah antara kaum berulang lagi.
4. Mellisa penyayang. Dia amat menyayangi Hisyam, kawannya semasa kecil.
5. Mellisa memiliki daya ingatan yang tinggi kerana dapat mengingati peristiwa lama dengan baik. Mellisa masih ingat
akan kenangan semasa dia bermain dengan Hisyam walaupun ketika itu dia baru berusia lima tahun. Selain itu,
Mellisa juga ingat akan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah meragut nyawa Hisyam dan
ibunya.
1. Mellisa berpendirian tegas. Dia sanggup meninggalkan Syahid demi cita-citanya.

Hisyam
1. Hisyam berketurunan Minang.
2. Hisyam amat menyayangi Mellisa. Buktinya, Hisyam pernah memberitahu Mellisa bahawa dia ingin berkahwin
dengan Mellisa apabila dia sudah besar nanti.
3. Hisyam mempunyai cita-cita yang tinggi. Hisyam pernah memberitahu Mellisa bahawa dia mahu menjadi peguam
atau askar.
4. Hisyam warak dan rajin pergi ke masjid.
5. Hisyam anak yang baik dan rajin. Setiap pagi dia menolong ibunya menjaja nasi lemak dan kuih koci.
6. Hisyam berani. Hisyam telah menumbuk seorang anak Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

Syahid
1. Syahid pengarang syarikat surat khabar.
2. Syahid berani. Dia berani memikat Mellisa.
3. Wajah Syahid seiras wajah Hisyam.
4. Syahid pandai bercerita.

Farid
1. Farid seorang yang terpelajar.
2. Farid pernah menjadi pensyarah Mellisa.
3. Farid seorang yang penyabar.
4. Farid berbadan kurus dan sederhana tinggi serta berkulit cerah.

Latar
Latar Tempat
Antara latar tempat yang digambarkan dalam cerpen ini termasuklah di pejabat Syahid, di rumah Mellisa, di Kampung
Baru, di kawasan sawah padi, dan di kawasan rumah setinggan.

Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, pada hari Sabtu, iaitu semasa Mellisa dan Syahid makan bersama,
dan semasa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Latar Masyarakat
1.Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Misalnya, Mellisa gigih mengumpulkan bahan untuk kajiannya, iaitu
tentang rusuhan kaum yang berlaku di negara ini.
2.Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan. Misalnya, Hisyam dan ibunya tinggal di rumah setinggan.
4.Masyarakat berbilang bangsa yang dipisahkan oleh geografi. Misalnya, orang Melayu tinggal di kampung-kampung,
orang Cina tinggal di bandar-bandar, manakala orang India tinggal di kebun-kebun getah.
5.Masyarakat Cina yang berkawan baik dengan masyarakat Melayu. Misalnya, Mellisa berkawan baik dengan
Hisyam dan wanita Cina berkawan baik dengan Jamilah.

Plot
Binaan Plot
1. Pada awal cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Mellisa, iaitu gadis Cina yang berusia dalam lingkungan
lewat 20-an.
1. Pada tahap perkembangan cerita, Mellisa mengimbau peristiwa semasa di pejabat Syahid, peristiwa dia dan Hisyam
sewaktu dia berumur lima tahun, dan peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Mellisa terpikat
oleh keterampilan Syahid yang banyak menyamai Hisyam.
2. Pada puncak atau klimaks cerita ini digambarkan bahawa Mellisa berjaya menyiapkan tesis latihan ilmiahnya
tentang faktor-faktor berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969 di negara ini.
2. Plot memasuki tahap peleraian apabila Melisa menyertai angkatan tentera dan memeluk senjata M 16nya.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan peristiwa pertemuan Syahid dengan Mellisa buat kali pertama. Contohnya:
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara
manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai
kawan kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman. (hal. 153)
2. Teknik dialog
Dialog antara Mellisa dengan Farid. Contohnya:
"Tadi," ujar Farid setelah diam sejurus. "aku libat kau dengan Syahid bukan main intim. "
"Dia macam mahu memikat batiku, " jawabnya sambil lewa. "Aku pun tertarik padanya. (hal. 157)
3. Teknik monolog
(a) Melisa bermonolog selepas dia bertemu dengan Syahid.
Contohnya:
Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. (hal. 154)
(b) Mellisa bermonolog bahawa dia sedar cintanya pada Syahid tidak akan kekal lama. Contohnya:
Cinta ini tidak akan lama, katanya di bawah sedarnya. (hal. 167)
4. Teknik imbas kembali
Mellisa mengimbas kembali kenangan semasa dia bermain dengan Hisyam. Contohnya:
Mereka main masak-masak. Hisyam lebih tua beberapa tahun daripadanya. Dia senang dengan Hisyam kerana
Hisyam pandai mengambil hatinya dan sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk. Hisyam akan pergi mencari
bahan-bahan untuk dimasak. Dia jadi tukang masak olok-olok. Isteri olok-olok. Setelah itu mereka makan bersama-
sama. Hisyam selalu berkata masakannya sedap. Hatinya pun kembang apabila dipuji serupa itu. (hal. 159)
5. Teknik saspens
(a) Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya tentang punca-punca
berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Contohnya:
Mengapa terjadi rusuhan? Mengapa orang yang tinggal di dalam sebuah negara yang aman tiba-tiba bangkit
merusuh dan berbunuh-bunuhan? Mengapa orang Cina mesti membunuh orang Melayu, dan mengapa orang
Melayu mesti membunuh orang Cina? Mengapa? (hal. 162)
(a) Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya tentang sebab Mellisa
terpaksa meninggalkan Syahid sedangkan hubungan mereka berdua sudah semakin akrab. Contohnya:
Bermula dari makan Siang hari Sabtu itu, perhubungannya dengan Syahid menjadi semakin akrab. Syahid
seorang pemuda yang peramah. Mereka berdua begitu gembira seperti sepasang merpati yang terbang di langit
lepas. Tetapi seperti yang sudah diduga, dia telah direntap bangun daripada alam mimpinya oleh tugas negara yang
penting. Dia terpaksa meninggalkan Syahid tanpa pesan. (hal. 170)

Gaya Bahasa
1. Simile. Contohnya:
(a) Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam... (hal. 155)
(b) Farid tersenyum macam mengejek... (hal. 157)
(c) Kampung itu pun seperti sudah tidak ada orang. (hal. 160 – 161)
(a) ....mulutnya terasa seperti terbakar. (hal. 170)
2. Peribahasa. Contohnya:
(a) tidak sebulu (hal. 156)
(b) keras kepala (hal. 156)
(c) bertegang urat leher (hal. 156)
(d) tidak sampai hati (hal. 164)
(a) pagi-pagi buta (hal. 164)
(e) tidak lari gunung dikejar (hal. 167)
3. Personifikasi. Contohnya:
(a) ...belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya (hal. 160)
(b) ...kakinya sudah mengajaknya pulang. (hal. 165)
(c) ...angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya (hal. 166)
4. Sinkope. Contohnya:
(a) Dia macam mahu memikat hatiku. (hal. 157)
(b) Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau. (hal. 158)
6. Penggunaan kata bahasa asing.
(a) Penggunaan kata bahasa Inggeris. Contohnya: cauvinis (hal. 165), tape (hal. 166)
(b) Penggunaan kata bahasa Cina. Contohnya: tay sah, im boey, suak ean oh (hal. 165)
7. Metafora. Contohnya:
(a) Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu ber
punca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. (hal. 164)
(b) ...dia telah direntap bangun daripada alam mimpinya... (hal. 170)
8. Repitisi. Contohnya:
(a) Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. (hal. 155)
(a) Mengapa terjadi rusuhan? Mengapa orang yang tinggal di dalam sebuah negara yang aman tiba-tiba bangkit
merusuh dan berbunuh-bunuhan? Mengapa orang Cina mesti membunuh orang Melayu, dan mengapa orang
Melayu mesti membunuh orang Cina? Mengapa? (hal. 162)

Nilai
1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Mellisa sayang akan Hisyam, kawannya semasa kecil.
2. Nilai kesetiaan. Contohnya, Mellisa masih setia terhadap Hisyam walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia.
3. Nilai kegigihan. Contohnya, Mellisa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan latihan
ilmiahnya.
1.Nilai keikhlasan. Contohnya, keikhlasan penting dalam hubungan sesama manusia tanpa mengira kaum dan
keturunan. Misalnya, wanita Cina ikhlas membantu Jamilah sehingga dia cedera dan tunangnya terkorban dalam
peristiwa 13 Mel.
5. Nilai cinta akan negara. Contohnya, Mellisa sanggup berkorban untuk negara dan bangsa dengan
meninggalkan kemewahan hidup dan cintanya.
6. Nilai berani. Contohnya, Hisyam berani menumbuk anak orang Inggeris
yang memegang tangan Mellisa.
7. Nilai tidak berdendam. Contohnya, wanita Cina tidak berdendam
terhadap orang Melayu walaupun tunangnya telah dibunuh oleh
orang Melayu dalam rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Pengajaran
1. Kita haruslah sedar bahawa perbalahan antara kaum hanya mengundang musibah. Contohnya, rusuhan kaum
yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah banyak mengorbankan nyawa.
2. Kita haruslah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Mellisa gigih dalam mengumpulkan maklumat
untuk menyiapkan tesisnya.
3. Kita mestilah mempunyai semangat nasionalisme yang kuat. Contohnya, Mellisa sanggup meninggalkan Syahid
demi cintanya kepada negara.
1. Janganlah berdendam sesama manusia. Contohnya, wanita Cina tidak berdendam terhadap orang Melayu walaupun
tunangnya telah dibunuh oleh orang Melayu dalam rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mel 1969.

You might also like