You are on page 1of 6

Dalam tugasan ini, tiga jurnal telah dipilih:

i) Using Action Research to Develop Preservice Teachers' Confidence, Knowledge and


Beliefs 
ii) How Action Research Can Compliment Formal Language Teacher Education about
Technology 
iii) Mock Interview Strategy: An Action Research Study to Administrator and Teacher
Candidates' preparation for Interview Field Experience

Secara ringkas rumusan bagi setiap jurnal penyelidikan (i), (ii) dan (iii) adalah seperti di
bawah:

Using Action Research to Develop 


Jurnal (i):Using Action Research to Develop Preservice Teachers' Confidence,
Knowledge and Beliefs (Menggunakan kajian tindakan untuk memperkembangkan
keyakinan, ilmu dan kepercayaan para guru pelatih) 

Sampel 
Sampel kajian ini adalah 10 orang guru sains pelatih yang terlibat dalam sebuah projek
penyelidikan (Case It!) yang telah dibiayai oleh National Science Foundation.

Setting 
Kajian ini adalah di sekolah menengah dan juga universiti tempatan.

Prosedur kajian 
-Guru sains pelatih diminta untuk menjadi peserta seminar mingguan di mana mereka
perlu membaca literatur mengenai simulasi multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran sains, membiasakan diri dengan beberapa jenis perisian komputer yang
digunakan dalam Case It!. Mereka juga kemudiannya telah diberi peluang untuk
menjalankan kajian (secara pemerhatian dan pengumpulan data) di sebuah sekolah
menengah.

-Dalam tempoh dua tahun seminar yang mereka jalani, guru-guru ini terlibat secara
langsung dalam membentuk instrumen yang digunakan dalam kajian. Instrumen yang
dimaksudkan termasuklah soal-selidik, pembentukan indikator bagi penilaian poster-
poster Web dan kualiti persidangan melalui Internet.

-Dalam seminar tersebut, mereka menganalisis data-data yang telah dikumpul daripada
tahun-tahun lepas secara berkumpulan bagi meningkatkan pengalaman mereka dalam
cara pengkodan data-data temubual, menilai poster-poster Web dan mengkodkan
interaksi daripada persidangan-persidangan Internet.
-Pada tahun pertama, guru-guru ini mengumpul dan menganalisis data setelah projek
selesai dijalankan. Mereka telah menganalisis 30 poster Web, 60 persidangan Internet,
dan temubual dengan 49 orang pelajar sekolah dan kolej.

-Pada tahun kedua, para penyelidik tersebut memutuskan untuk menumpukan kajian
mereka hanya kepada para pelajar sekolah menengah, dan mereka melibatkan 17
orang pelajar daripada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

-Data diluaskan lagi pada tahun kedua tersebut dengan menganalisis kes ke atas para
pelajar sekolah menengah. Pemerhatian dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua
orang penyelidik. Mereka merakamkan pemerhatian dan refleksi mereka secara
elektronik dalam satu laman perbincangan menggunakan perisian Blackboard. Ruang
perbincangan ini disertakan satu forum bagi tujuan pemerhatian terhadap kelas secara
keseluruhannya (mengenai apa yang pelajar dan guru lakukan ketika dalam kelas), 8
forum untuk pemerhatian dari 8 kumpulan sekolah menengah, dan satu forum untuk
penyelidik membincangkan refleksi, pemerhatian dan persoalan yang ingin mereka
utarakan. Setiap guru pelatih diperhatikan dan mereka diminta untuk menulis dua kajian
mengenai 4 orang pelajar sekolah menengah setelah beberapa pemerhatian dijalankan.

-Kajian kes juga memasukkan apa yang dipelajari dan tidak oleh para pelajar
menengah tinggi yang terlibat dalam kajian, cabaran dan halangan buat pelajar dan
guru serta sejauh mana keberkesanan projek multimedia dalam meningkatkan dan
mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar. Kajian kes juga melibatkan ringkasan
temubual guru-guru pelatih tersebut dengan para pelajar menengah, ringkasan dari
poster Web pelajar dan sesi persidangan serta pemerhatian yang telah direkodkan.
Dalam erti kata lain, dalam kajian ini penyelidik merefleksikan apa yang telah mereka
peroleh selama tempoh penyelidikan tersebut.

-Pada tahun pertama persidangan internet adalah di antara pelajar universiti dan pelajar
sekolah menengah di United State, manakala pada tahun kedua penyelidikan
persidangan diluaskan kepada para pelajar universiti tahun pertama di England dan
pelajar menengah di Australia. Kesemua para pelajar yang telah dilibatkan mengambil
jurusan biologi.

Pengumpulan data
-Pengumpulan data terbahagi kepada dua peringkat iaitu tahun pertama dan tahun
kedua. Pada tahun pertama, guru sekolah menegah menjalankan kajian ini sebagai
projek extra credit manakala pada tahun kedua mereka telah menyertakannya sebagai
satu bahagian daripada kurikulum pembelajaran. Pada tahun pertama, kajian
difokuskan secara lebih global, dalam pengumpulan data mengenai keseluruhan kelas
sekolah menengah tinggi. Data juga telah dikumpulkan dari pelajar kolej dalam bab
pengenalan biologi (yang terangkum dalam kursus biologi) yang menggunakan projek
internet berasaskan multimedia bagi berkomunikasi dengan pelajar sekolah menengah
tinggi.
Analisis data
-Analisis data adalah berdasarkan Keyakinan, Pengetahuan, Kepercayaan para guru.

-Pengukuran terhadap keyakinan dan pengetahuan guru dalam kandungan bioteknologi


dan penggunaan multimedia dalam pembelajaran dijalankan melalui set soal-selidik
yang dijawab oleh para guru di awal dan akhir seminar.

-Pengukuran terhadap kepercayaan para guru pula dinilai melalui esei dan refleksi yang
diberikan oleh para guru tersebut di akhir seminar.

Jurnal (ii): How Action Research Can Compliment Formal Language Teacher
Education 
(Sejauh mana kajian tindakan boleh melengkapkan pendidikan guru bahasa yang
formal)

Sampel
Sampel dalam kajian ini adalah guru bahasa Inggeris yang tidak mendapat latihan
khusus ketika mengikuti program pengajian Diploma Pendidikan.

Setting
Setting kajian adalah sekolah rendah.

Prosedur
Prosedur dan pengumpulan data kajian pada kali ini adalah seperti yang berikut:

Temubual
Temubual dijalankan terhadap para guru dan pelajar mengenai pandangan mereka
mengenai pengajaran bahasa Inggeris menggunakan teknik penceritaan. Setiap
temubual mengambil masa kira-kira 10 minit. Temubual ini melibatkan 25 orang guru
bahasa Inggeris dan tiga orang pelajar yang telah dipilih berdasarkan tahap
penguasaan bahasa Inggeris mereka (seorang tinggi, sederhana dan rendah).

Pemerhatian
-Pemerhatian dijalankan terhadap 25 pengajaran yang mana setiap satunya mengambil
masa 70 minit. Antara yang diperhatikan sepanjang proses pemerhatian dijalankan
adalah metod guru mengajar, interaksi yang wujud dalam kelas dan respons para
pelajar.
-Sebelum dan selepas menjalankan kajian, penyelidik perlu berjumpa dan mengadakan
sedikit perbincangan dan temubual dengan para guru yang mengajar. Perjumpaan ini
adalah bagi:

Sebelum pengajaran; untuk memperoleh latar belakang guru dan pengalaman


mengajar bahasa Inggeris, cara mengajar, dan sedikit pandangan mengenai bahasa
Inggeris.
Selepas pengajaran; untuk memperoleh respons guru mengenai pengalaman beliau
mengintegrasikan teknik penceritaan dalam menyampaikan pengajaran.

Jurnal
Penyelidik diminta untuk menghasilkan 25 jurnal laporan berdasarkan pemerhatian
yang telah dijalankan. 

Analisis data
-Analisis data adalah berdasarkan pendekatan triangulasi.

Jurnal (iii): Mock Interview Strategy: An Action Research Study to Administrator and
Teacher Candidates' preparation for Interview Field Experience.(Strategi Mock
Interview: Suatu kajian tindakan untuk calon para guru dan pentadbir sebagai
persediaan untuk memperoleh pengalaman lapangan sebenar) 

Sampel 
Sampel kajian yang terlibat adalah graduan yang mempunyai pengalaman sebagai
seorang guru dan prasiswazah (calon guru) fakulti pendidikan 

Proses kajian
Proses 1 : 
-Pelajar pascasiswazah mengkaji proses interview, berlatih membina soalan dan saling
menemubual antara satu sama lain
-Pelajar prasiswazah belajar bagaimana untuk melalui proses interview dengan
membaca soalan-soalan interview, penglibatan di dalam kelas, perbincangan, latihan
menulis resume. Mereka diberi soalan-soalan yang sering ditanya.
Proses 2 :
-Mock interview. Sampel pascasiswazah menjadi mereka yang menemubual manakala
sampel prasiswazah menjadi mereka yang ditemubual

Setting kajian
Setting bagi kajian ini di universiti
Pengumpulan data
-Data diperoleh dari pelajar pascasiswazah dikumpulkan melalui ‘mock interview night’
1) Dialog dan permainan peranan dalam mengajar dan mempraktikkan proses
temubual di dalam kelas
2) Refleksi dalam permainan peranan temubual dengan kumpulan
3) Pemerhatian terhadap persembahan dalam mock interview night 
4) Survei dan soal-selidik 

-Data juga dikumpulkan melalui pelajar prasiswazah mengenai aspek yang perlu diikuti
dalam mock interview night tersebut.
1)Pemerhatian dalam mock interview night
2)Tinjauan skala dan soalan terbuka untuk guru

Analisis data
-Analisis data dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara seperti yang berikut;
1) Keputusan tinjauan skala
2) kemahiran yang diperlukan dari orang yang menemubual
3) Kemahiran yang diperlukan dari orang yang menjalankan temubual
4)Persepsi efikasi-kendiri terhadap proses temubual yang dilalui
5)Meningkatkan keberkesanan mock interview night

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Berdasarkan ketiga-tiga jurnal ini, dapat diperhatikan terdapatnya beberapa persamaan


dan juga perbezaan . Antara persamaan dan perbezaan yang dikenal pasti adalah
seperti berikut:

Perbezaan:

1-Pelbagai peringkat 
Berdasarkan kepada ketiga-tiga jurnal tersebut, dapat diperhatikan kajian tindakan yang
dijalankan terdiri daripada pelbagai peringkat pendidikan iaitu pendidikan rendah,
menengah dan universiti.

2- Proses yang berbeza


Kajian yang dijalankan juga berdasarkan kepada proses yang berbeza berdasarkan
aspek yang ingin dikaji.

3-Objektif yang berbeza


Ketiga-tiga jurnal ini memfokuskan kepada aspek yang berbeza iaitu jurnal yang
pertama lebih memfokuskan kepada untuk meningkatkan konsep kendiri para guru,
jurnal yang kedua lebih kepada untuk menilai sejauh mana kajian tindakan dapat
membantu meningkatkan pendidikan guru dalam bahasa yang formal dan jurnal yang
ketiga lebih kepada persediaan guru untuk meningkatkan kemahiran interview.

4.- Analisis data


Pendekatan analisis data yang berbeza juga dapat diperhatikan. Ini mungkin melihat
kepada kesesuaian kepada aspek kajian yang ingin dikaji.

Persamaan:

1-Melibatkan guru dan institusi pendidikan


Walaupun ketiga-tiga kajian tindakan tersebut melibatkan setting yang berbeza, tetapi
kesemuanya melibatkan institusi pendidikan yang terdiri daripada guru Sains pelatih,
guru bahasa Inggeris yang tidak mendapat latihan khusus serta guru pra dan pasca
siswazah. 

2-Kesemua untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan 


Walaupun ketiga-tiga jurnal ini memfokuskan kajian pada aspek yang berbeza, tetapi
ketiga-tiganya adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan seperti
untuk memperkembangkan keyakinan, ilmu dan kepercayaan para guru ,melengkapkan
pendidikan guru dengan bahasa yang formal dan jurnal yang ketiga untuk memberikan
peluang para guru untuk memperoleh pengalaman lapangan sebenar dalam interview. 

3-Satu kajian yang praktikaluntuk dijalankan

Ketiga-tiga kajian tindakan yang dijalankan adalah suatu yang praktikal dan boleh
disesuaikan dengan pelbagai situasi.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jurnal ini menggunakan pendekatan kajian tindakan


dalam penyelidikan masing-masing. Kajian yang dijalankan memerlukan penyelidik
memainkan peranan yang aktif bukan sahaja sebagai seorang penyelidik tetapi juga
sebagai sampel kajian.

You might also like