Professional Documents
Culture Documents
Sebelum kita bermula, fikirkan tentang guru-guru yang dianggap tidak baik. Mengapa
kamu tidak anggap mereka sebagai guru yang baik? Apakah aspek-aspek pengajaran
yang kamu ingin mengalami? Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru hari
ini? Seperti mana yang dikatakan oleh Albert Einstein bahawa “it is the supreme art of
the teacher to awaken joy in creative expression and knowledge” dan Cicerio yang
setuju bahawa “not only is there an art in knowing a thing, but also a certain art in
teaching it”, mari kita meneroka seni mengajar dengan memahami konsep-konsep
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran tanpa pemikiran adalah satu kerugian dari segi usaha; pemikiran tanpa
pembelajaran membahayakan
(i) pembelajaran mereflekkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia
tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus
dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku.
Sebagai contoh, walau pun anda tidak tahu lokasi kafeteria kampus, anda tidak
bermotivasi untuk pergi jika anda tidak lapar.
Bagaimana hasil rujukan anda di perpustakaan? Jika anda telah membaca dengan
teliti, kebanyakan buku akan menekankan bahawa pembelajaran adalah lebih kurang
kekal. Ini disebabkan pembelajaran adakala tidak dapat diakses seketika waktu
(sementara) manakala pihak lain akan mengatakan bahawa pembelajaran adalah
tidak kekal jika tidak diberi pengukuhan, dendaan dan pelaziman/pembiasaan. Jika
pembelajaran adalah kekal, kita tidak dapat mengingat sesuatu, bukan kerana hilang
tetapi disebabkan gangguan, penyekatan dan sistem penyimpanan yang lemah. Oleh
yang demikian, kita boleh rumuskan bahawa pembelajaran adalah lebih kurang kekal.
1.2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran
· Pembelajaran akan berlaku apabila ugutan terhadap diri amat minima. Individu
mengambil peluang untuk belajar supaya merangsangkan diri
· Pembelajaran pengetahuan baru harus dibina pada struktur pengetahuan sedia ada
yang telah dibentukkan.
Pembelajaran formal merujuk kepada satu sistem pendidikan yang dimaktubkan dan
disusun secara sistematik mengikut umur kanak-kanak sekolah. Semua pelajar
mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama tanpa mengambil kira akademik
atau ko-kurikulum dan diajar oleh individu yang terlatih. Ia bertujuan mengembang
domin kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Oleh itu, ia merangkumi pendidikan
daripada sekolah rendah ke peringkat menengah. Penilaian diberi tekanan dan ujian dan
peperiksaan ditadbirkan secara bulanan serta akhir semester atau tahun.
Pembelajaran tak formal yang dikuasai melalui pendedahan dengan alam sekeliling,
contohnya media massa (radio, televisyen, surat khabar), lawatan sambil belajar;
interaksi dengan rakan sebaya. Pembelajaran tak formal berlaku secara tak sengaja
dan ia bukan sesuatu yang dirancang terlebih dahulu.
Pembelajaran bukan formal merujuk kepada pembelajaran yang dikuasai melalui kursus
pendek, seminar, kuliah, bengkel dan forum. Tambahan pula, pembelajaran bukan
formal merupakan satu aktiviti pendidikan sistematik dan dan terancang serta
ditadbirkan di luar sistem persekolahan formal. Penilaian dalam bentuk ujian dan
peperiksaan tidak diberi tekanan.
Latihan
(1)
1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama seorang
guru yang efektif?
2. Buat refleksi terhadap satu pembelajaran dan berikan satu contoh bagaimana
pembelajaran boleh berlaku.
1.4 Rumusan
Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan
Bower, G.H. & Hilgard,E.R. (1981). Theories of Learning. Englewood Cliffs: Prentice-Hall,Inc
Rujukan
Dembo, M.H. ( 1977). Teaching for Learning. Santa Monica: Goodyear Pub. Co.
Slavin, R.E. (1991). Educational Psychology: Theory into Practice. New Jersey: Prentice Hall, Inc
Dalam topik ini, tiga model pembelajaran akan dibincangkan. Model-model pengajaran
mengandungi model ekspositori, model pemerosesan maklumat dan model inkuiri.
Aspek-aspek dan ciri-ciri setiap model akan diterangkan dan implikasinya terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran.
Maka, bagaimanakah bahan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang tersusun dan
bersekuen? Ausubel mencadangkan penggunaan pengurusan grafik (penyusun awal)
pada awal pengajaran. Beliau percaya bahawa pembelajaran optimum berlaku apabila
terdapat satu pelengkap antara skema pelajar dengan bahan yang hendak dipelajari.
Apakah sebenarnya penyusun awal? Ia merupakan suatu pernyataan awalan tentang
suatu hubungan atau suatu konsep peringkat tinggi yang luas untuk merangkumi
semua maklumat yang berikutnya.
Ingatan deria menyimpan rangsangan (bau, bunyi dsbnya) dalam masa yang singkat
dan ia mempunyai kapasiti yang besar. Walau bagaimanapun, maklumat sensori hanya
ada selama antara satu atau tiga saat sahaja. Selepas sensasi deria didaftarkan, ia
dialih ke ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek boleh menyimpan jumlah
maklumat yang terhad pada jangka masa singkat. Ia menyimpan maklumat daripada
daftar sensori yang dipilih oleh otak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan lepas.
Berapa banyak yang dapat disimpan oleh ingatan jangka pendek? Kapasiti sebenarnya
terhad kepada 5 hingga 9 unit maklumat baru. Ini kerana kita perlu mengulangi
maklumat-maklumat tertentu. Jika tidak, maklumat –maklumat baru akan menolak
maklumat-maklumat baru yang lain keluar daripada ingatan aktif. Satu lagi faktor yang
mempengaruhi ingatan jangka pendek ialah tempoh masa. Maklumat hanya boleh
disimpan sekurang-kurangnya selama 20 saat tanpa praktis (rehearsal)
Akan tetapi, kita berkecenderungan untuk lupa apa yang telah dipelajari. Mengapa ini
boleh berlaku? Maklumat dalam ingatan aktif boleh hilang atau dilupai akibat pereputan
(decay). Melebihi 20 saat tanpa latihan ( rehearsal) akan menyebabkan maklumat baru
dilupai dan melebihi 5-9 unit pasti juga terdapat beberapa daripada maklumat dilupai.
Tempoh masa juga menyebabkan ingatan kita menjadi lemah. Sebagai contoh, jika
anda tidak melatih semula nombor telefon tersebut, pereputan akan berlaku dan
nombor telefon dikeluarkan daripada ingatan aktif kita.
Akhir sekali, kita akan bincang tentang ingatan jangka panjang. Ini merupakan stor
maklumat yang kekal. Sebagai contoh, anda boleh mengingat nombor telefon rumah
anda kerana ia disimpan secara kekal dalam ingatan jangka panjang anda.
Ingatan jangka panjang mempunyai suatu kapasiti yang tidak terhad dan sekiranya
maklumat berada dalam ingatan jangka panjang, ia tetap di situ secara kekal. Apabila
anda mengingat kembali maklumat semasa peperiksaan, anda mungkin ragu-ragu
tentang kekekalan maklumat. Sebenarnya, maklumat memang ada di situ, namum,
kesukaran mengingat kembali ialah retrieval.
Berapakah bilangan kategori dalam ingatan jangka panjang? Daripada gambarajah 1,
anda boleh senaraikan tiga kategori, iaitu ingatan semantik, ingatan episodik dan
ingatan procedural . Ingatan semantik merupakan ingatan untuk maklumat lisan atau
makna. Ingatan ini boleh disimpan sebagai imej dan skemata. Ingatan episodik
merupakan ingatan untuk peristiwa-peristiwa, maklumat yang berkait dengan tempat
dan masa tertentu, dan ia membolehkan kita mengetahui aturan sesuatu. Sebagai
contoh, salah satu plot dalam filem, masa menonton dan kumpulan rakan-rakan yang
menonton bersama anda adalah sebahagian daripada ingatan episodik. Ingatan
procedural adalah ingatan bagi cara membuat sesuatu. Ia mengambil masa yang lebih
panjang untuk belajar sesuatu prosedur. Akan tetapi, setelah dipelajari, pengetahuan ini
akan kekal dalam ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang. Sebagai contoh,
setelah anda belajar bagaimana menunggang basikal, anda tidak akan lupanya.
Kapasiti
Tempoh
Lupaan
Kini, anda harus ketahui bahawa model pemerosesan maklumat memberi kita pelan
bagaimana minda memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Model
ini telah mendorong Gagne untuk menyimpulkan sembilan peringkat pengajaran dan
beliau membentuk peristiwa pengajaran untuk mengakomodasikan setiap peringkat
(Gagne,1965). Model pemerosesan maklumat memberi pengertian kepada keadaan
kognitif proses pemikiran manusia.
2.3 Model Inkuiri
· Guru kimia memberi pelajar sejenis bahan dan meminta mereka menguji secara
saintifik untuk menentukan kandungan bahan
· Guru fizik menyoal pelajar ” Adakah baik untuk terus membentuk dan membina loji
kuasa nuklear?”
Merujuk kepada setiap situasi di atas, guru sains mewujudkan satu situasi dalam bilik
darjah yang mana pelajar dikehendaki membentuk idea-idea sendiri, menyatakan
pendapat sendiri terhadap isu penting atau mencari jawapan sendiri. Dalam setiap
situasi di atas, pelajar digalakkan menyoal, menganalisis spesimen atau data,
memperoleh rumusan, membuat inferens atau menjana hipotesis. Dalam kes yang
sedemikian, pelajar sebenarnya merupakan ahli inkuiri, iaitu penyelesai masalah. Inilah
intisari model pengajaran inkuiri. Sebenarnya, apakah model inkuiri?
Model inkuiri merupakan penemuan terpandu. Salah satu kekuatan model ini ialah
kedua-dua kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama. Langkah-
langkah inkuiri mengikut model pemikiran reflektif oleh John Dewey. Langkah – langkah
yang biasa digunakan termasuk:
(b) Penyiasatan
Pada peringkat ini, pelajar mula memilih cara penyiasatan yang sesuai: pemerhatian,
temubual, tinjauan, eksperimen, tinjauan literatur, pencarian data sedia ada, analisis
matematik dan sebagainya. Pelajar akan mengumpul maklumat, menyelidik resos,
mengkaji, merancang satu eksperimen, memerhati atau menemuduga. Mereka
memilih alat mengukur, rekabentuk sampelan, dan prosedur kawalan. Peringkat
pengumpulan maklumat merupakan proses terangsang kendiri dan dijalankan oleh
pelajar.
( c) Analisis
Apabila maklumat telah dikumpul, pelajar mula menganalisis dan membuat pertalian.
Mereka akan meneroka dan menghuraikan data. Data yang dianalisis akan di
sintesiskan dan pengetahuan baru dibentukkan. Pelajar melalui proses mencorak
pemikiran baru yang signifikan, idea-idea dan teori-teori di luar pengalaman sedia ada.
(d) Komunikasi
Pada peringkat ini, pelajar menerangkan idea-idea dan mengongsi idea dengan orang
lain. Mereka menyoal tentang pengalaman-pengalaman dan penyiasatan mereka.
Pelajar akan membanding nota dan membincang tentang rumusan yang dibuat.
(e) Mempertimbangkan
Refleksi pada peringkat ini mengambil sedikit masa untuk mengimbas balik persoalan,
proses penyiasatan dan rumusan yang dibuat. Pelajar menyoal soalan-soalan baru dan
membentuk pemikiran baru/inkuiri berdasarkan keputusan/rumusan. Adakah satu
penyelesaian diperolehi? Adakah soalan baru timbul? Apakah soalan-soalan yang
wujud? Dan proses akan bermula sekali lagi.
Kini, anda harus faham prosedur asas yang diperlukan untuk melaksanakan proses
inkuiri. Model inkuiri Suchman memberikan peristiwa berfokuskan masalah. Apabila
peristiwa dipersembahkan, guru harus pastikan pelajar memahami masalah sebenar.
· Semasa inkuiri berpandu, guru memberi data dan pelajar disoal untuk membantu
mereka memperoleh jawapan, rumusan, generalisasi atau penyelesaian secara
induktif
· Pendekatan inkuiri berpandu secara khusus dan inkuiri tidak berpandu akan
melibatkan perbincangan dan sesi persoalan, perbincangan berpandu atau
terkawal, pendekatan-pendekatan mengkaji, projek dan projek penyelidikan
Latihan (2)
Tugasan kelas adalah untuk membincang satu topik dalam bidang pengajaran anda. Bagaimana
anda mengemukakan maklumat dengan menggunakan prinsip-prinsip pengajaran ekspositori
agar pelajar boleh mengingat topik dengan mudah.
2.4 Rumusan
Topik ini membincangkan tiga model pengajaran. Sekarang, mari kita merumuskan ciri-
ciri utama dalam setiap model:
Joyce, B & Weil, M. (1980). Models of Teaching. New Jersey: Prentice Hall
Rujukan
Slavin, R.E. (1991). Educational Psychology: Theory into Practice. New Jersey: Prentice Hall, Inc
Berhenti sejenak dan membuat refleksi tentang pendekatan, strategi-strategi, kaedah dan teknik
yang digunakan untuk membantu anda memahami pengajaran semasa anda berada di sekolah.
Adakah terdapat pendekatan, strategi-strategi, kaedah-kaedah dan teknik yang menarik minat
anda dan mengapa?
Terdapat banyak pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran
mereka. Beberapa daripada pendekatan dan strategi adalah berpusatkan pelajar
manakala ada yang berpusatkan guru. Ada strategi yang induktif manakala ada pula
yang deduktif. Mari kita sama-sama membincangkan pendekatan dan strategi-
strategi.tersebut :
Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang
berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung
bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga
bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh
termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.
Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenalpasti
sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyata beberapa ciri? Sekarang, mari kita
melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini.
Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada
bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian
sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna untuk
menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, pengajaran
fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan
konsep, perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan membezakan fakta daripada
pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatan pengajaran eksplisit adalah
berguna.
Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru
akan dapat mengenal pasti ciri-ciri berikut:
Apakah yang anda faham dengan strategi berpusatkan pelajar? Strategi berpusatkan
pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang
diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Ada sedikit kecenderungan terhadap
pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994).
Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di
mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat
menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka
belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik
darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.
Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan
dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk
memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik
darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit.
Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan pelajar
membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit
tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak
diperlihatkan oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk
mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada
dirinya.
Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan
beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit
termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah
praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar
karangan dan menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ?
Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir
dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal
pasti konsep-konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-
pengalaman yang bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka
untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.
Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik
darjah yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :
Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku,
blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat
akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan
bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang
belajar secara individu dapat belajar.
Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang
digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan.
Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam pembelajaran
berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan
pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pita. Bahan yang lebih
canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom,
multimedia, kumpulan perbincangan komputer, dis video interaktif, bahan dalam laman
web, telekonferens, konferens video dan telematiks.
Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi
keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar
mengikut kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan
mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir.
Setelah membaca ketiga-tiga strategi pengajaran, cuba bezakan strategi berpusatkan guru dan
strategi berpusatkan pelajar.
Dalam pendekatan ini, guru menyediakan banyak contoh yang mempunyai konsep dan
peraturan yang sama. Walau bagaimana pun, peraturan konsep tidak dinyatakan secara
eksplisit. Pelajar akan cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberikan pada
akhir pelajaran.
Melalui penyoalan, guru dapat mencungkil daripada pelajar atribut-atribut kritikal dan
atribut-atribut bukan kritikal yang menjadi ciri penting dan tidak penting konsep tersebut.
Melalui latihan ini, pelajar seharusnya mula memahami konsep yang ada persamaan
pada semua contoh-contoh yang diberikan. Dalam proses tersebut, guru menunjukkan
contoh dan bukan contoh bagi konsep yang sama pada pelajar-pelajar.
Pelajar boleh (a) menyatakan perkaitan yang ditemui (dalam pengajaran berpandu) atau
(b) menyatakan perkaitan yang mereka temui, dengan memberi peluang untuk mencari
kelainan daripada kumpulan lain seperti mana yang diperlukan (seperti dalam
pembelajaran tidak berpandu). Di bawah ini, diberikan contoh bagaimana pendekatan ini
digunakan dalam bilik darjah.
Pertamanya, guru menunjukkan contoh-contoh bentuk segi empat sama seperti meja
atau lain-lain objek dalam bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dan
boleh dijadikan sebagai bahan sokongan matematik.
Selepas itu, pelajar dengan bimbingan guru akan mengenal pasti ciri yang boleh
menunjukkan objek tersebut sebagai segi empat sama:(a) objek tersebut mempunyai
empat sisi dan (b) kesemua sisi objek tersebut adalah sama ( contoh semua sisi
berukuran 10 inci panjang atau 5 inci dll)
Guru kemudian mencungkil atribut bukan kritikal sesebuah segi empat sama (iaitu
bentuk bukan kritikal dan tidak penting selagi ia memenuhi ciri-ciri yang lain. Ini
bermakna ia boleh dalam bentuk 2 atau 3 dimensi; saiz dan berat tidak penting kepada
peraturan konsep dan sebagainya).
Pada tahap ini, pelajar sepatutnya dapat mengenal pasti peraturan konsep yang
ditunjukkan. Guru seterusnya menunjukkan contoh-contoh lain iaitu bentuk empat segi
sama dan mencampurkan contoh-contoh tersebut dengan bentuk segi empat tepat
(bukan contoh). Pelajar sepatutnya dapat menyatakan perbezaan bentuk-bentuk
tersebut.
Sekiranya pelajar tidak menguasai apa yang diajar, guru seharusnya meminta pelajar
menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati sepanjang
tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.
(Rujukan: http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/deduct.html)
Guru kemudiannya akan menunjukkan contoh dan bukan contoh tentang konsep yang
sama kepada pelajar. Pelajar mesti mengkategorikan contoh-contoh dan bukan contoh
(yang tidak menunjukkan ciri penting peraturan konsep) dengan menerangkan mengapa
ia sepadan atau sebaliknya dengan peraturan konsep yang dibincangkan. Mari kita
gunakan contoh yang mudah untuk menunjukkan penggunaan kaedah pengajaran ini.
Dengan bimbingan guru, pelajar akan mengenal pasti akan ciri-ciri yang perlu ada pada
(critical attributes)sesebuah objek berbentuk empat segi sama; iaitu (a) objek tersebut
mempunyai empat segi sama; (b) keempat empat sisi objek adalah sama (ia itu semua
mempunyai sisi berukuran 10 inci panjang,atau 5 inci, dsbnya)
Guru kemudian dapat mencungkil atribut bukan kritikal sesebuah bentuk empat segi
sama (iaitu bentuk tidak kritikal atau tidak penting selagi ia dapat memenuhi ciri-ciri
yang lain). Ini bermakna ia boleh berbentuk 2 atau 3 dimensi, saiz dan berat tidak
penting kepada peraturan konsep dan sebagainya.
Dengan contoh yang diberikan, anda seharusnya dapat membezakan kaedah
pengajaran deduktif dan induktif. Sila buat catatan perbezaan kedua-dua kaedah.
Oleh yang demikian ada guru-guru yang elak daripada menggunakan kaedah tidak
langsung bagi mengurangkan kandungan intelek dalam pengajaran mereka dan
memberi pelajar peluang untuk bertutur dalam bahasa yang diajar. Walau bagaimana
pun ‘kaedah langsung’ tidak dapat memberikan jumlah kontak pertuturan aktif
sebagaimana diperlukan oleh pelajar untuk mula berfikir dalam bahasa tersebut.
Seseorang yang mempelajari bahasa kedua perlu ada pengetahuan tentang tatabahasa
sesuatu bahasa bagi meningkatkan perkembangan penguasaan lisannya.
(Sumber:http://www.aber.ac.uk/~mflwww/seclangacq/langteach8.html)
(i) Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat
daripada banyak bidang sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu
luas sehinggakan perkaitan yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang
matlamat yang lebih besar dan minat pelajar.
Masa Mengkaji
Masa kini: silam contoh-
Masyarakat contoh dari
hasilan
Sepanjang sejarah
sejarah yang
Manusia tinggal
diminati
bersama
Teknologi
maklumat
membawa
kesan kpd
masyarakat.
Masyarakat
Bagaimana
mereka
berubah Masyarakat
Biologikal
Keluarga
berbeza Haiwan yang tinggal
Sistem sokongan
adalah berbeza
bersama
(iv) Rancang aktiviti : Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema,
gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-
pelajar ke arah pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk memilih pembelajaran mereka.
Pembelajaran masteri memerlukan perancangan daripada guru yang luas dan teliti,
pengurusan dan pengujian diagnostik. Tugasan dan aktiviti alternatif perlu disediakan
atau dikembangkan oleh guru bagi memenuhi keperluan individu pelajar.
Jadi, apakah peranan guru dalam kaedah bersepadu ini? Peranan utama guru ialah
untuk menentu dan menyediakan persekitaran di mana pelajar dapat menjalankan
aktiviti pelajaran mengikut minat, keperluan, kebolehan, personaliti dan motivasi mereka.
Persekitaran tersebut sepatutnya bebas daripada tekanan dan kondusif.
Guru perlu merancang dan membimbing penerokaan pelajar tanpa menyekat inisiatif
mereka. Guru perlu menyediakan pelbagai pilihan bahan pembelajaran dengan teliti
untuk kegunaan pelajar, diguna untuk membina dan memanipulasi, diuji,diteroka dan
difikirkan oleh pelajar. Untuk menggalakkan proses pembelajaran, guru perlu sama-
sama menjadi pelajar.
Dalam pendekatan ini, sumber pengajaran perlu digunakan. Contoh pelbagai bahan
pengajaran yang boleh digunakan ialah:
Kurikulum infusi ialah pendekatan pendidikan yang menggunakan isu sebenar sebagai
konteks bagi pengajaran kemahiran akademik dan pengetahuan. Ia juga dikenali
sebagai kurikulum bersepadu.
Untuk membezakan kedua-duanya, mari kita lihat bagaimana proses infusi dan
kesepaduan digunakan untuk program pendidikan mengatasi konflik, terutama di
sekolah-sekolah di Amerika. Di sekolah-sekolah yang melaksanakan program
mengatasi konflik, infusi dan kesepaduan biasanya digunakan apabila membincangkan
kesepaduan kurikulum.
Infusi boleh dijelaskan sebagai pengajaran dan pemodelan bagi mengatasi konflik
sepanjang budaya persekolahan seseorang. Dalam hal ini, infusi merupakan satu
matlamat jangka panjang yang melibatkan gambaran menyeluruh. Ramai guru berbuat
demikian dengan mengajar dan memodelkan bahan seberapa yang boleh jika diberi
kurikulum dan struktur bilik darjah terlebih dahulu. Matlamat mereka adalah untuk
membantu sekolah menjalankan secara komprehensif ,sistematik dan terancang.
Sekolah boleh memulakannya dengan kesepaduan disiplin yang mudah dan seterusnya
beralih kepada corak kesepaduan yang lebih lengkap dan kompleks kerana mempunyai
masa, minat dan sumber.
Infusi adalah matlamat jangka panjang untuk mengubah ‘the ways things are’ di sekolah,
ia perlu diserapkan dalam semua aspek kehidupan di sekolah. Walaupun kesepaduan
memerlukan kerja yang banyak dan komitmen daripada guru dan pentadbir di sekolah.
Ia adalah lebih lengkap dan lebih berpusatkan pelajar jika dibandingkan dengan
penyerapan. Kedua-dua strategi adalah baik untuk digunakan di sekolah-sekolah
bergantung kepada situasi dan keperluan dalam melaksanakan program mengatasi
konflik.
Cuba renung..
Apakah perbezaan antara penyerapan dan kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi mengatasi konflik ?
Kita telah pelajari pelbagai pendekatan pengajaran dan sekarang kita akan beralih pula
kepada pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. Terdapat banyak teknik boleh
digunakan untuk guru menyampaikan pengetahuan dan kemahiran secara berkesan.
Sebagai guru, kita hendaklah tahu memilih teknik-teknik yang paling berkesan untuk
menghasilkan satu pengajaran yang bermakna.
Apakah yang anda faham tentang pembelajaran koperatif? Ia merupakan satu strategi
pengajaran yang berjaya dimana kumpulan-kumpulan kecil, terdiri daripada pelajar
berlainan kebolehan menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan
kefahaman mereka tentang sesuatu mata pelajaran. Setiap ahli kumpulan adalah
bertanggungjawab bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk membantu ahli-ahli
kumpulan untuk belajar agar mewujudkan iklim kejayaan.
· Jigsaw II digunakan bersama bahan naratif untuk tahun 3-12. Setiap ahli kumpulan
bertanggungjawab untuk mempelajari sebahagian topik yang spesifik. Setelah
berjumpa dengan ahli-ahli kumpulan lain yang juga pakar dalam bahagian yang
sama, pakar-pakar ini akan kembali ke kumpulan untuk membentang dapatan
mereka. Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyoal tentang kesemua topik.
3.2.2 Kaedah Kolaborasi
Kolaborasi juga dapat melibatkan sedikit variasi kaedah pengajaran yang lain. Salah
satu contoh ialah syarahan yang diubahsuai, di mana pelajar dilibatkan secara aktif
dalam menyelesaikan masalah semasa di dalam kelas dan memberi peluang untuk
membimbing pelajar dalam penyelesaian masalah. Dalam kelas yang lebih besar , guru
selalu menggunakan pembelajaran kolaboratif dengan meminta pelajar penyelesaian
sesuatu masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berebincang cara
menyelesaianya dengan seluruh kelas – begitu juga dalam membuat demontrasi atau
ujikaji; ia adalah lebih berkesan atau efektif sekiranya pelajar diminta menceritakan atau
mengaplikasikan apa yang telah dilihat satu dengar di dalam kumpulan. Ataupun setelah
pelajar selesai membaca atau selesai menganalisa sesuatu konsep yang spesifik, guru
boleh meminta mereka menerangkan bagaimana perubahan-perubahan dalam satu set
pembolehubah akan mempengaruhi pembolehubah-pembolehubah yang lain. Sebagai
contoh, “Adakah teori perkembangan kognitif Piaget akan berbeza jika beliau mengkaji
kanak-kanak dari budaya bukan Barat selain daripada anaknya sendiri? ” Malahan,
dalam bidang-bidang yang mempunyai konsensus sama, aktiviti-aktiviti jenis ini akan
dapat membina keyakinan dan mengalih fokus daripada percubaan-percubaan
algoritmik untuk mendapatkan jawaban kepada strategi dan heuristik yang penting
dalam menyelesaikan masalah yang berkesan.
Apakah ciri-ciri umum kelas kolaboratif? Ia mempunyai empat ciri umum. Ciri pertama
dan kedua berkaitan dengan menukar corak hubungan antara guru dan pelajar. Ciri
yang ketiga adalah berkaitan dengan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran. Ciri
keempat pula adalah berkaitan dengan komposisi bilik darjah kolaboratif.
Metafora untuk bilik darjah kolaboratif ialah perkongsian maklumat. Guru mempunyai
pengetahuan yang baik tentang isi kandungan, kemahiran dan pengajaran dan
menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar. Walau bagaimanapun guru
kolaboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati daripada
pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan budaya yang dibawa oleh pelajar ke dalam
situasi pembelajaran.
Dalam kelas kolaboratif, guru berkongsi kuasa dengan pelajar-pelajar secara spesifik.
Dalam kebanyakan bilik darjah tradisional, guru bertanggungjawab untuk menentukan
matlamat, membentuk tugasan-tugasan pembelajaran dan menilai apa yang dipelajari.
Perbezaan antara guru-guru kolaboratif dan guru-guru tradisional ialah guru kolaboratif
akan meminta pelajar menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja yang diajar
menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang dapat memenuhi minat dan
matlamat pelajar yang berbeza, dan menggalakkan pelajar untuk menilai apa yang
dipelajari. Guru kolaboratif menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan sendiri,
memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran mereka
menghormati satu sama lain,dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi.
Guru akan membantu pelajar mendengar pelbagai pendapat, menyokong pengetahuan
dengan bukti, melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog
yang terbuka dan bermakna.
Apabila pengetahuan dan kuasa dikongsi bersama antara guru dan pelajar, maka
peranan guru akan lebih menekankan pembelajaran perantaraan. Perantaraan yang
berjaya dapat membantu pelajar untuk menghubungkan maklumat baru dengan
pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang lain dapat membantu pelajar
mencari jalan penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar
bagaimana untuk belajar. Guru sebagai perantara akan menyesuaikan tahap maklumat
dan sokongan bagi memaksimakan kebolehan untuk menjalankan tanggungjawab
untuk belajar. Ciri ini adalah merupakan ciri penting dalam kelas kolaboratif.
Perspektif, pengalaman dan latar belakang semua pelajar adalah penting untuk
memperkayakan pembelajaran dalam bilik darjah. Pembelajaran di luar bilik darjah
memerlukan pemahaman pelbagai perspektif. Maka adalah penting untuk memberi
peluang kepada pelajar melakukan ini dalam pelbagai konteks di sekolah. Dalam bilik
darjah kolaboratif yang terlibat dengan kurikulum berfikir, setiap orang belajar daripada
orang-orang lain, dan tidak ada pelajar yang seharusnya disekat peluang untuk
memberi sumbangan dan menghargai sumbangan orang lain.
Oleh itu, ciri yang penting di dalam bilik darjah kolaboratif ialah pelajar-pelajar tidak
diasingkan mengikut kebolehan yang sepatutnya, pencapaian,minat atau ciri-ciri lain.
Pengasingan melemahkan kolaborasi dan menghalang, dengan tidak memberikan
peluang kepada pelajar untuk belajar daripada rakan-rakan serta belajar bersama-sama
mereka.
3.2.3 Kaedah Kelas dan keseluruhan kelas.
Struktur pelajaran yang hendak diajar mestilah jelas supaya pelajar dapat memahami isi
kandungan pelajaran dengan mudah dan dapat pula mengaitkannya dengan apa yang
mereka tahu.
Guru perlu memulakan pengajaran dengan membuat ulangkaji latihan tentang apa yang
telah dipelajari pada pelajaran yang lepas. Contohnya, meneliti kerja rumah yang
diberikan. Selain itu, mereka perlu menyatakan dengan jelas objektif pengajaran ( hari
ini kita akan belajar tentang……..) atau menulisnya di papan hitam atau di atas carta flip.
Semasa pengajaran, guru perlu memberi penekanan kepada isi-isi penting supaya
pelajar tidak hilang punca; guru perlu menunjukkan dengan jelas peralihan antara
bahagian-bahagian pelajaran (topik baru atau latihan tajuk yang lepas).
Di akhir pengajaran, guru-guru perlu membuat ringkasan atau lebih baik lagi dengan
meminta pelajar meringkaskan isi-isi penting sekali lagi.
Untuk pengajaran jenis ini dijelaskan dengan jaya, guru-guru perlu menyampaikan
maklumat secara jelas dan bersemangat dengan :
(a) memberi fokus pada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan
penggunaan frasa yang kabur;
(c) menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran hendaklah
disampailkan dalam langkah-langkah kecil mengikut tahap pelajar dan
kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar ke langkah yang seterusnya;
(d) menjadikan penyampaian anda tentang sesuatu topik sejelas mungkin dengan
menggunakan model yang sesuai seperti:
Teknik-teknik berikut akan membantu guru mengajar dengan lebih jelas menggunakan
kaedah keseluruhan kelas.
· Pemetaan konseptual: Ini ialah kerangka yang boleh diberikan kepada pelajar
sebelum topik pengajaran disampaikan. Guru akan menyediakan gambarajah
ringkasan dengan mengaitkan bahagian-bahagian topik yang berbeza dengan
struktur yang sedia ada (skema). Ia dapat membantu pelajar menyimpan,pakej dan
mengekalkan konsep dan menghubungkait pengajaran-pengajaran yang lain. Anda
akan dapati cara ini berguna apabila mengajar topik-topik yang kompleks yang
mengambil beberapa sesi pengajaran untuk dihabiskan.
Cuba renung
a. Fikir sejenak dan cuba bezakan antara kaedah koperatif dan kolaboratif.
b. Dalam kaedah keseluruhan kelas, apakah di antara model yang digunakan untuk
menyampaikan sesuatu topik sejelas mungkin ?
Biasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar
pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai
kadar pembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama.
Sebagai contoh, kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu
projek dalam tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut.
Sebaliknya, kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi
pada kadar yang berlainan.
Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya bergerak
daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain untuk membimbing dan
menyelia mereka sekiranya perlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk
meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan
bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan. Guru juga
sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap
kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk memotivasikan pelajar berusaha
untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik boleh dipamerkan dalam kelas.
Cuba renungkan kembali.
Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajar
digalakkan. Bolehkah anda senaraikan beberapa kelemahan pengajaran kumpulan? Bandingkan
jawaban dengan rakan anda.
Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan
ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia membawa makna yang berbeza
kepada orang yang lain. Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai
pembelajaran mengikut kadar individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap
orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar
bekerja untuk mencapai matlamat yang sama, tetapi ada yang mencapai matlamat
dengan lebih awal. Pengajaran jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah
mustahak dan penting.
Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masing-
masing tetapi juga memilih (selalunya dengan bantuan guru) matlamat yang spesifik dan
tugasan individu. Sebagai contoh, pelajar dan guru akan menentukan objektif
pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk
mencapai objektif. Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan
tanggungjawab,memenuhi kehendak-kehendak tertentu, membolehkan penjadualan
yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan.
Untuk mewujudkan iklim yang positif guru perlu mewujudkan perasaan saling
mempercayai yang dapat menyokong dan menggalakkan perasaan dihormati dan
terbuka dalam perkongsian idea, pendapat, sikap dan tingkah laku. Iklim ini dapat
diwujudkan dengan memberi peluang-peluang kepada pelajar bekerja dengan satu
sama lain, menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan menerima idea-
idea yang bernas dan isi-isi yang menarik dan bersifat terbuka, bertindak balas positif
terhadap kritikan.
Guru juga boleh membentuk sumber-sumber dalam bilik darjah untuk menyediakan
pelbagai genre dan perspektif, untuk mengguna dan membina daripada artifaks,
budaya dari rumah dan masyarakat pelajar dan untuk menguruskan pelbagai aktiviti
pembelajaran. Dengan itu, kelas kolaboratif selalunya mempunyai pelbagai projek dan
sudut-sudut aktiviti menggunakan objek-objek biasa bagi mewakili maklumat berkaitan
nombor (numerical) dengan cara yang bermakna dan untuk menjalankan ujikaji yang
dapat menyelesaikan masalah sebenar. Bilik darjah ini juga mempunyai pelbagai
variasi ,majalah, jurnal,surat khabar,pita audio dan video yang membolehkan pelajar
mengalami dan menggunakan pelbagai media untuk menyampaikan pelbagai idea.
Sebagai contoh, dalam konferen video 1, ditunjukkan konsep penyiasatan sains
menggunakan bahan-bahan seharian seperti kertas dan penyedut minuman yang
terdapat disekeliling mereka.
Cara lain guru menjalankan pembelajaran kolaboratif ialah untuk mewujudkan bilik
darjah yang mempunyai struktur sosial yang pelbagai dan fleksibel untuk menggalak
jenis tingkah laku bilik darjah yang difikirkan sesuai untuk komunikasi dan kolaborasi di
kalangan pelajar-pelajar. Struktur ini adalah peraturan-peraturan dan standard tingkah
laku, memenuhi beberapa fungsi dalam interaksi kumpulan dan mempengaruhi sikap
kumpulan. Peraturan-peraturan bergantung pada konteks bilik darjah. Oleh itu, guru
selalunya memperkembangkan secara kolaboratif dengan pelajar dan mengkaji semula
atau menukarkannya seperti mana yang diperlukan. Contoh-contoh peraturan ialah
memberi peluang untuk mengambil bahagian, menghargai komen-komen orang lain dan
membahaskan idea-idea. Contoh fungsi-fungsi pengalaman ialah : bertanya untuk
mendapatkan maklumat, menjelaskan, meringkaskan, menggalakkan dan melegakan
tekanan. Untuk memudahcarakan interaksi kumpulan yang berkualiti tinggi, guru
mungkin perlu mengajar dan pelajar perlu berlatih peraturan-peraturan dan fungsi-fungsi
untuk interaksi kumpulan.
Jika anda baru dalam pemudahcaraan, cuba fikirkan prinsip-prinsip asas yang anda perlu
tahu. Bagaimanakah anda memudahcara ?
Adakah anda berjaya menyenaraikan beberapa prinsip? Bandingkan nota yang akan
dikongsi dengan anda. Saya percaya anda akan dapat menyenaraikan beberapa prinsip
dengan betul. Prinsip-prinsip tersebut ialah :
Secara ringkasnya fasilitator seharusnya melibatkan pelajar secara aktif dalam proses-
proses yang boleh menggerakkan pembelajaran, menghabiskan kandungan yang
bersesuaian dan mengaplikasikan kemahiran interpersonal yang baik.
Mari kita lihat langkah-langkah yang diambil oleh guru semasa menjalankan sesi
perbincangan dalam bilik darjah. Ini akan lebih jelas lagi kepada anda tentang
bagaimana untuk menjalankan sesi perbincangan.
Ada guru yang tidak memahami tentang persediaan yang perlu dalam perbincangan.
Ramai guru mengandaikan yang kita boleh masuk ke bilik darjah dan memulakan
perbincangan yang bermakna. Mereka beranggapan bahawa dengan adanya
kefahaman asas sesuatu pelajaran, mereka dapat bergantung kepada pelajar mereka
untuk mengisi masa selama 40 atau 50 minit dengan soalan dan jawapan. Walau
bagaimana pun, sesuatu perbincangan yang baik memerlukan peranan awal dan kajian
semula isi kandungan.
b. Putuskan banyak mana masa diperlukan.
Adakah anda mahu perbincangan ini diadakan pada masa rehat lima minit dalam
syarahan? Dua minit pada permulaan pengajaran untuk memastikan mereka membaca
tugasan yang diberi atau adakah anda akan menggunakan keseluruhan waktu
mengajar untuk pelajar memperkembangkan idea mereka? Kesemua di atas adalah
sesuai, bergantung kepada matlamat perbincangan tersebut.
Mengetahui kandungan untuk diajar tidak mencukupi. Menamakan bab yang akan
dibaca oleh pelajar juga tidak mencukupi. Sekiranya anda berfikir “ saya mahu pelajar
tahu “ anda belum lagi memikirkan dengan cukupnya apa yang perlu diajar. Anda
seharusnya dapat menyatakan dengan jelas apa yang dapat dilakukan oleh pelajar
dengan matlumat atau idea. Sebagai contoh, dalam kelas falsafah dimana pelajar telah
membaca satu bab tentang epistemologi atau teori pengetahuan anda mungkin
mahukan pelajar anda membahaskan tentang epistemologi yang telah mereka baca.
Ini tidak boleh dikatakan sebagai perbincangan. Oleh itu, berikan kepada pelajar anda
permasalahan untuk diselesaikan, tugasan untuk disiapkan, penilaian yang perlu
dicapai, dan keputusan yang di ambil atau satu senarai untuk direkacipta.
Banyak aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam bilik darjah. Anda perlu memilih
aktiviti yang membantu pelajar mencapai matlamat yang anda telah tetapkan untuk
perbincangan. Semakin spesifik anda memberikan tugasan, semakin besar
kemungkinan pelajar anda akan berjaya melakukannya. Beberapa tugasan yang boleh
diberikan adalah seperti berikut iaitu ‘Think – pair – share’, sumbang saran, kumpulan
buzz (berfikir secara berpasangan dan berkongsi), menganalisis kes , main peranan dan
konferens media. Beberapa teknik ini dijelaskan dalam artikel laman web ini.
· Mengikut saiz: Dua hingga enam orang dalam satu kumpulan adalah ideal.
Kumpulan yang lebih kecil (2 -3 orang) adalah lebih baik untuk tugasan yang
mudah untuk mencapai persetujuan. Pelajar juga di dapati akan bercakap
(mengeluarkan pendapat) dalam kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan lebih
besar (4-5 orang) adalah lebih baik untuk tugasan-tugasan yang lebih kompleks
dan memerlukan pencetusan idea yang banyak.
· Mengikut tempoh: Untuk aktiviti ini dan untuk sepanjang semester. Berhentikan
perbincangan kumpulan semasa mereka sedang giat berbincang; lain kali,
mereka akan melipat gandakan usaha. Kumpulan jangka masa panjang
memberi pelajar peluang untuk menggunakan kemahiran kolaboratif dan
menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan ahli-ahli kumpulan. Akan tetapi,
kadang kala mereka akan merasa bosan dengan satu sama lain.
Anda boleh menggunakan debriefing untuk membetulkan fakta-fakta yang salah. Anda
boleh menyumbangkan isi-isi yang penting yang telah ditinggalkan oleh pelajar. Anda
boleh memilih seorang dari setiap kumpulan untuk membuat laporan. Anda seharusnya
memaklumkan tentang perkara ini terlebih dahulu. Ini akan membuatkan setiap ahli
dalam kumpulan merasa bertanggungjawab. Anda tidak perlu mendengar laporan dari
setiap kumpulan tetapi pilih beberapa kumpulan secara rawak. Apabila idea dari
kumpulan mula bertindih, anda perlu memberhentikan sesi laporan tersebut.
i. Memudahcarakan Perbincangan.
· Wujudkan iklim selamat supaya pelajar berasa selesa dengan satu sama lain
dan selamat dari perasaan buruk sangka bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Tiada siapa mahu perkataan/percakapan mereka ditolak. Pelajar juga peka
terhadap apa yang mereka fikir tentang apa yang kita mahu. (Contoh: adakah dia
mahu berbincang atau bermonolog ? Adakah dia hendak mempertahankan
pendapat dan berasa marah apabila seseorang tidak bersetuju dengan
pendapatnya?) Pelajar anda akan cuba membaca fikiran anda supaya mereka
dapat memberikan tindakbalas yang sewajarnya. Anda perlu bersikap peka
terhadap klu yang anda berikan kepada mereka.
· Sekiranya pelajar tidak gembira atau tidak boleh berbincang secara kumpulan, cuba
tempatkan mereka dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menjawab soalan.
Kemudian, minta beberapa kumpulan untuk melaporkan kesimpulan mereka kepada
kelas. Anda juga boleh meminta pelajar menulis untuk satu atau dua minit,
kemudian adakan perbincangan. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berfikir
tentang isu tersebut secara persendirian sebelum dibincangkan. Dengan ini, pelajar
merasa penting untuk berkongsi idea-idea yang tercatat.
· Sekiranya ada satu atau dua orang pelajar menguasai perbincangan, anda mungkin
perlu mengambil salah satu pendekatan berikut. Sama ada anda boleh
menggunakan komen-komen mereka untuk dibincangkan bersama dalam kelas
(Anda telah mengemukakan isi yang baik, mungkin ada yang ingin komen) atau pun
menerima komen-komen tersebut serta berpeluang untuk dibincangkan dengan
lebih lanjut (idea-idea ini perlu diberikan lebih perhatian,mungkin kita boleh
bincangkan selepas kelas)
· Sekiranya perbincangan terhenti, cuba bertenang. Ini bukan bererti anda telah
gagal. Ini mungkin bererti topik tersebut kehabisan idea atau pelajar perlu berhenti
sebentar untuk mencerna apa yang mereka dengar. Sekiranya hentian tersebut
terlalu kerap, anda perlu memberi perhatian kepada jenis-jenis topik yang dipilih.
Biasanya tidak memadai dengan adanya topik, anda perlu sediakan soalan-soalan
yang terbuka sebelum ke kelas. Anda juga secara tidak disedari menghentikan
perbincangan apabila cuba mendominasikan perbincangan dan bukannya
memudahcarakannya.
· Ramai guru tidak sabar menunggu jawapan selepas memberi soalan kerana bilik
darjah yang senyap menimbulkan kerisauan yang tinggi pada guru. Kajian
menunjukkan bahawa purata masa menunggu ialah 0.9 saat. Cuba kita kira secara
perlahan sehingga 10 setelah mengemukakan soalan yang anda sendiri ingin
memberi respons. Pelajar juga tidak suka bilik darjah yang senyap. Apabila mereka
merasa yakin yang anda akan memberikan mereka masa untuk memikirkan
jawapan, mereka akan melibatkan diri dengan lebih bebas.
· Sekiranya pelajar hanya bercakap dengan anda dan tidak bercakap dengan rakan-
rakannya, ini mungkin bermakna anda terlalu memberikan perhatian kepada pelajar
yang bercakap. Anda boleh membantu pelajar bercakap sesama mereka dengan
menggunakan gerak mata anda, iaitu dengan melihat pelajar lain dalam bilik darjah.
Ini akan menggalakkan pelajar yang sedang bercakap berbuat demikian juga.
· Sekiranya terdapat pelajar yang jarang atau tidak bercakap, cuba lihat sama ada
mereka berasa malu, keliru atau tidak berminat. Perhatikan petanda-petanda yang
menunjukkan mereka mungkin ingin bercakap ( “ Alan, anda nampaknya tidak begitu
bersetuju dengan idea Dan. Apakah pendapat anda?”) Walau bagaimanapun
jangan memalukan seseorang pelajar semasa meminta mereka melibatkan diri.
Anda mungkin perlu bercakap dengan pelajar tersebut untuk mengatakan kehendak
anda sebelum atau selepas kelas.
· Sekiranya anda kehabisan bahan sebelum selesai sesi pengajaran, minta pendapat
pelajar tentang tajuk-tajuk yang diminati untuk dibincangkan. Kalau tidak, lepaskan
mereka awal. Jangan biarkan mereka menunggu semata-mata hanya kerana waktu
pengajaran belum habis.
· Sekiranya timbul perbahasan tentang sesuatu isu, anda perlu memudahcara. Tugas
utama anda ialah memastikan perdebatan tersebut berfokus kepada isu. Jangan
biarkan ia menjadi terlalu peribadi dalam apa jua keadaan. Jangan lupa meminta
bukti dan alasan, tetapi jangan mengejek/perli.
(Diubah suai dengan kebenaran Middendorf dan Kalish,1994)
Cuba fikirkan sejenak tentang teknik ini bagaimanakah teknik tunjukcara berbeza dari
syarahan? Perbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajar–pelajar
mendengar manakala tunjukcara pula memerlukan pelajar–pelajar memerhati. Dalam
proses tunjukcara, terdapat komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat
daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk
memerhatikan proses, ,maklumat atau idea. Biasanya ia adalah interaktif kerana guru
dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif.
Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara
berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk
kemahiran mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan
tunjuk cara dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut
dengan teliti, membuat latihan tunjukcara, membina kerangka untuk mengadakan
tunjukcara, memastikan semua pelajar dapat melihat tunjukcara, memperkenalkan
tunjukcara untuk mendapatkan perhatian, menyoal serta menggalakkan penyoalan dan
merancang aktiviti susulan mengenai tunjukcara tersebut.
Cuba renung
Adakah anda fikir pengajaran topik Sains “menyedia dan menguji ciri-ciri kandungan hidrogen”
paling baik diajar secara tunjukcara atau secara penerangan ? Sila berikan alasan anda :
TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian
masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Ketiga-tiga objektif
itu menentukan:
· Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa, dan
diagnosis – menentukan teras masalah atau konflik dan andaian-andaian yang
mengekalkannya.
· Apa yang hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi
untuk mendapatkan apa yang diingini – preskripsi, membuat keputusan dan
perkembangan penyelesaian.
· Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik
yang boleh menjelaskan apa yang perlu berlaku dan menyelaraskan usaha
kumpulan untuk melaksanakan strategi – merancang, pembinaan pasukan.
Pada bila-bila masa masalah seseorang berdepan dengan masalah, penyelesaian
biasanya berkaitan dengan satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di atas.
3.2.10 Simulasi
Apakah kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu teknik mengajar dalam bilik
darjah? Kelebihannya yang utama ialah pertama, pembelajaran berlaku dalam keadaan
selamat. Ini amat penting apabila melibatkan bahaya terhadap nyawa dan kesihatan.
Kita boleh melihat kelebihan penggunaan alat simulasi dalam melatih juruterbang, dan
model gigi yang digunakan semasa melatih doktor pergigian.
Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan,
berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar. Kaedah ini berkesan
apabila penyeliaan dalam situasi sebenar adalah mustahil. Contohnya penyelia tidak
berupaya memberhentikan perkembangan sesuatu peristiwa untuk membuat analisis.
Ketiga, dalam simulasi, pelajar boleh mencuba semula sekiranya percubaan pertama
mereka gagal. Berdasarkan situasi kehidupan seharian, peristiwa yang berlaku dalam
situasi yang sama tidak akan berulang.
1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas
2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pilih pelajar yang
sesuai untuk berlakon
3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi
4. Pastikan pelajar memberi perhatian semasa simulasi
5. Adakan perbincangan dan rumusan selepas simulasi
Simulasi memakan masa. Guru memerlukan masa yang lama dan persediaan yang rapi untuk
mencari bahan yang diperlukan. Cuba gunakan teknik ini dalam beberapa sesi pengajaran anda.
Kongsi pengalaman anda.
Bagaimanakah kita melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan? Mari kita lihat
langkah-langkahnya:
· Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
· Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka dan
tangannya
· Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai
· Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya atau
membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita
· Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.
iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu
3.2.12 Sosio-drama
Sosio drama adalah satu bentuk main-peranan atau penambahbaikan secara dramatik
(dramatic improvisation). Aktiviti ini memberikan pelajar identiti baru yang sementara
dalam situasi terpelihara. Ini memberi peluang pelajar melahirkan perasaan dan
pemikiran yang sebenar. Teknik ini memberi peluang kepada pelajar menyuarakan
pendapat yang bertentangan mengenai sesuatu isu.
Bagaimanakah ia dilaksanakan?
Sebarang situasi konflik, benar atau yang mungkin berlaku, boleh digunakan untuk
teknik ini. Mulakan dengan aktiviti-aktiviti yang berstruktur. Jelaskan peranan setiap
watak. Pada peringkat awal, pilih pelajar yang tidak bermasalah sebagai pelakon.
Hentikan aktiviti ini apabila ia sudah tidak lagi memberikan faedah. Satu cara untuk
menyeronokkan lagi aktiviti tersebut ialah dengan menambahkan watak-watak baru
semasa aktiviti sedang berlangsung. Anda boleh juga membenarkan pelakon-pelakon
menambah watak jika perlu, atau menukar watak yang sedang mereka lakonkan.
Setelah selesai sesi main-peranan, perbincangan dalam kumpulan besar atau kecil
amat bermakna. Soalan-soalan yang dicadangkan ialah:
3.2.13 Projek
Apakah kaedah projek? Projek ialah kajian mendalam tentang aspek kehidupan
sebenar yang sesuai dengan perhatian dan kebolehan kanak-kanak. Projek boleh
dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Kanak-kanak daripada pelbagai
peringkat umur boleh mengambil bahagian.
Kanak-kanak akan bermain dan meneroka serta melibatkan diri dalam projek. Hasil
projek kanak-kanak yang lebih tua menjadi pelengkap kepada program pengajaran yang
sistematik.
Apakah kepentingan menggunakan projek? Pertama, projek memperkayakan aktiviti
kanak-kanak seperti permainan dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan
cara ini, projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan di luar
sekolah. Kedua, projek memberi peluang kanak-kanak yang lebih tua menjalankan
kajian sendiri dalam sains dan kajian sosial serta membentangkan dapatan mereka
dalam pelbagai cara. Ketiga, kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan
kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.
Apabila memilih topik untuk satu-satu projek, kita mesti memberi perhatian kepada
kriteria-kriteria berikut:
Setelah membaca criteria di atas, anda akan dapat memilih topik yang baik untuk
sebarang projek yang anda ingin melaksanakan pengajaran. Projek yang berjaya
memberi peluang tersendiri kepada kanak-kanak untuk menunjukkan kefahaman
mereka dalam pelbagai cara. Dalam melaksanakan projek, pelajar boleh melukis,
mewarna, berbincang, melakonkan, menulis, mengumpul data, mengira, mengukur,
meramal, membina model, melukis rajah dan graf, merekod pemerhatian, membaca
untuk mendapat maklumat dan keseronokan, menyanyi dan bermain muzik.
Projek terdiri dari tiga fasa. Pelajar boleh membuktikan kefahaman mereka pada
peringkat awal kajian, semasa kajian dilaksanakan dan semasa mebuat refleksi.
Fasa 2. Pelajar mendapat pengalaman baru melalui penyelidikan, melukis dan merekod
dapatan berdasarkan pemerhatian, membina model-model, meneroka, meramal,
membuat eksperimen dan mereka, bincang dan lakonkan. Projek dalam pelbagai
peringkat dan berjangka masa lebih panjang dilaksanakan dalam fasa ini.
Fasa 3. Pelajar menilai hasil kerja mereka, merumuskan dan mengolahnya semula
untuk dibentangkan kepada pihak lain sebagai hasil kelas. Mereka juga melaksanakan
lebih banyak kerja-kerja imaginatif untuk menghasilkan kerja yang lebih asli dan
berbentuk personal.
Berdasarkan pendekatan projek yang pernah anda jalankan, tentukan sama ada anda telah
mematuhi fasa-fasa berbeza yang telah dicadangkan dalam model projek.
3.2.14 Lawatan Pendidikan atau Lawatan Luar
Lawatan luar merujuk kepada kaedah memberi pengalaman sebenar kepada pelajar. Ia
beza dengan lawatan biasa di mana lawatan luar dibuat untuk satu lokasi sahaja.
Lawatan pendidikan yang terancang ini bertujuan untuk membuat pemerhatian secara
terus. Dalam lawatan ini, kita perlu berhenti beberapa kali dan membuat pemerhatian. Ia
boleh merangkumi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang lain seperti
demonstrasi, perbincangan kumpulan, temuduga, kajian kes atau penghakiman.
Perbincangan berikut boleh diaplikasikan kepada lawatan biasa atau lawatan lapangan.
Ciri-ciri utama dan kebaikan lawatan luar adalah:
Apabila menggunakan kaedah ini, kita perlu mempunyai senarai semak untuk menilai
lawatan tersebut. Tiga peringkat penilaian adalah:
(a) Perancangan
(b) Persediaan
· Adakah peserta tahu apa yang perlu dicari? Adakah bertanya soalan-soalan
yang bermakna?
· Adakah arahan diberi untuk membuat pemerhatian yang berguna? Adakah
peserta-peserta membuat pemerhatian tersebut?
· Adakah kumpulan peserta diurus dan diselia dengan baik semasa lawatan?
· Adakah peluang diberikan untuk pembelajaran yang aktif (latihan)?
· Adakah para peserta mencatat nota untuk rujukan masa akan datang?
· Adakah perbincangan kumpulan dijalankan pada masa-masa yang sesuai?
· Adakah kesimpulan dibuat selepas perbincangan?
· Adakah sikap yang berhemah dan penghargaan ditunjukkan kepada tuan rumah
dan orang-orang sumber?
· Adakah teknik pembelajaran/pengajaran lain lebih berkesan daripada lawatan?
( d) Susulan
3.2.15 Inkuiri-penemuan
Inkuiri, seperti mana kaedah penemuan, membenarkan pelajar melibatkan diri dalam
proses penemuan. Ini dilakukan dengan membolehkan mereka mendapatkan jawapan
atau membuat kesimpulan daripada soalan-soalan atau permasalahan-permasalahan
yang dikemukakan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis.
Kaedah inkuiri adalah penemuan terbimbing. Salah satu kekuatan kaedah ini adalah
kedua-dua kandungan pelajaran dan proses penyelidikan diajar secara serentak.
Pernahkah anda dengar tentang John Dewey? Sebenarnya,langkah-langkah inkuiri
mematuhi model pemikiran reflektif John Dewey. Langkah-langkah itu merangkumi (i)
mengenal pasti dan menjelaskan masalah, (ii) membentuk hipotesis, (iii) mengumpul
data, (iv) menganalisa dan mentafsir data untuk menguji hipotesis dan (v) membuat
kesimpulan.
3.2.16 Modul
Pengajaran menggunakan modul adalah satu pendekatan yang terbukti berkesan dalam
proses pembelajaran pelajar. Pelajar diberi modul dan perlu membaca serta memahami
konsep. Seterusnya pelajar akan melaksanakan aktiviti yang diberikan, di dalam atau di
luar bilik darjah. Dia melakukannya mengikut kadar yang sesuai dengannya. Dia belajar
secara persendirian mengikut gayanya yang tersendiri. Guru memudahcara
pembelajaran melalui perundingan. Kaedah ini disesuaikan dengan keupayaan
pembelajaran pelajar, minatnya dan pengetahuan sedia ada pelajar tersebut. Modul
pembelajaran kendiri ini adalah cara terbaik seorang guru membimbing pelajarnya
meningkatkan kefahaman baru dan verifikasi konsep-konsep.
Ada penulis mungkin mencadangkan bahagian penting tertentu dalam modul yang mana
kita tidak masukkan. Guru boleh mengubah suai sesuatu modul asalkan sesuai dengan
keperluan dan kebolehan pelajarnya. Modul perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Pendahuluan
Ini memberikan gambaran apa yang akan dipelajari dari modul tersebut. Ia mungkin
berbentuk rasional atau pengenalan. Perkara yang dinyatakan dalam bahagian ini
termasuk kepentingan modul tersebut dan kaitannya dengan keadaan persekitaran.
Ia mengandungi 10-item ujian aneka pilihan yang dikelolakan dan diperiksa sendiri. Ia
bertujuan untuk mengetahui kesediaan pelajar melaksanakan tugas yang telah
disediakan.
(c ) Objektif.
Ini menyatakan apa yang pelajar boleh lakukan setelah selesai mempelajari modul itu.
Untuk mencapai objektif yang dinyatakan, satu senarai rujukan perlu disediakan.
Contohnya buku, majalah, surat khabar dan lain-lain media pengajaran.
Ini merujuk kepada aktiviti yang akan pelajar lakukan seperti menjalankan eksperimen,
menyelesaikan masalah dan membuat pemerhatian di luar bilik darjah.
Ia diberi di akhir setiap aktiviti. Ia bertujuan memastikan objektif yang ditetapkan telah
tercapai.
Ujian ini ditadbirkan selepas tugasan pembelajaran dalam modul dilaksanakan. Pelajar
dibenarkan mempelajari modul seterusnya setelah memperolehi skor minima yang
ditetapkan.
Guru juga perlu membantu pelajar memeriksa ujian-kendiri pada akhir modul. Kemajuan
pelajar boleh diketahui. Sekiranya mereka telah menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang dikehendaki, mereka boleh segera meneruskan pembelajaran menggunakan
modul berikutnya.
Pernahkah anda menggunakan modul sebagai satu kaedah pengajaran di bilik darjah?
Jika pernah, apakah kelebihan menggunakannya? Fikir dan bandingkan jawapan anda
dan rakan anda. Kita akan bincangkan kelebihan-kelebihan penggunaan modul.
Pertamanya, masa yang tidak digunakan untuk pengajaran boleh digunakan untuk
membuat pemerhatian yang signifikan/penting terhadap tingkah laku pelajar ketika
melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Keduanya, guru berperanan sebagai
pemudahcara/fasilitator dan pembimbing, bukan sebagai penyampai maklumat dan
akhirnya modul yang baik akan menjamin kelancaran urutan aktiviti dan penemuan
faktor dan maklumat yang berjaya apabila selesai dibuat.
Apakah kelebihan dan kelemahan menggunakan modul dari perspektif pelajar? Modul
ini adalah mengikut kadar kebolehan pelajar. Pelajar akan dapat menjadualkan
pembelajarannya mengikut masa yang paling sesuai untuk dirinya. Selain itu, ia
berbentuk arahan kendiri dan dengan itu pelajar akan dapat memilih mod
pembelajarannya seperti menjalankan eksperimen sendirian atau dalam kumpulan.
Dengan cara ini, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Di akhir modul
terdapat penilaian kendiri di mana pelajar mendapat maklum balas tentang
pencapaiannya. Ini akan memaklumkan pelajar tentang perkembangan
pembelajarannya.
Kelemahan modul adalah ia digunakan untuk pengajaran berpusatkan individu. Oleh itu,
interaksi pelajar dan guru adalah terhad. Ia lebih kepada interaksi sehala antara pelajar
dan modul. Oleh kerana pelajar boleh memilih mod pengajaran sendiri, ia mungkin
memilih kaedah yang pasif. Maka perkembangan kemahiran manipulatif mungkin
diabaikan.
Pelajar lembam mungkin membentuk perasaan tidak cekap atau rendah diri. Perkara-
perkara ini mesti dipertimbangkan pada peringkat awal. Galakan perlu diberikan untuk
memotivasikan pelajar supaya meneruskan tugasan mereka.
Sejauh manakah modul itu memberi kesan terhadap proses pembelajaran? Apakah
pandangan penyelidik berhubung dengan keberkesanan modul-modul dalam
pembelajaran? Rata-rata mereka menunjukkan dapatan yang berbeza-beza.
Dari kaca mata pelajar, kelebihan kaedah ini adalah isi kandungan pelajaran
dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil, oleh itu ia mudah difahami. Ia
memudahkan ulangan bahagian-bahagian tertentu yang perlu dipelajari semula atau
dinilai semula. Pendekatan modul membolehkan seluruh program pembelajaran disusun
secara logik dan rapi berbanding mengguna kaedah pengajaran secara tradisional.
Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan modul sebagai satu bentuk pengajaran.
Berikan contoh-contoh.
Latihan (3)
5.3 Rumusan
Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang
telah dipelajari.
· Beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran telah dibincangkan. Ini
termasuk pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan
berpusatkan sumber. Kaedah pengajaran yang dibincangkan ialah kaedah
induktif dan deduktif, kaedah eklektik dan bersepadu. Teknik-teknik
pengajaran termasuk pengajaran secara individu dan berkumpulan, kaedah
koperatif dan kolaboratif, perbincangan, tunjuk cara, penyelesaian masalah,
simulasi, projek, lawatan luar dan penggunaan modul.
· Strategi berpusatkan guru memerlukan guru menyampai dan mengarahkan
pemikiran serta penyertaan pelajar dalam pembelajaran.
· Strategi berpusatkan pelajar merujuk kepada pelajar yang bertanggung
jawab dan melibatkan diri dalam pembelajaran
· Strategi berpusatkan sumber memerlukan penggunaan lebih banyak bahan-
bahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru
· Pendekatan pengajaran induktif menggunakan contoh-contoh untuk
menjelaskan dan membuat generalisasi tentang peraturan konsep
· Pendekatan pengajaran deduktif bermula dengan memberikan peraturan
konsep. Seterusnya contoh-contoh diberikan untuk membuktikan
peraturan/prinsip-prinsip
· Pendekatan pengajaran eklektik adalah gabungan pelbagai kaedah
pengajaran.
· Unit-unit bertema adalah interdisiplin, aktiviti pembelajaran dirangka
berdasarkan tema
· Pembelajaran masteri menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan
kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang lebih kecil
· Kaedah pengajaran bersepadu menyelaraskan program pengajaran supaya
pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dikaitkan
antara satu sama lain.
· Pendekatan infusi menggunakan isu-isu dalam kehidupan harian sebagai
konteks mengajar kemahiran dan pengetahuan akademik
· Kaedah koperatif merupakan strategi yang melibatkan kumpulan kecil
bekerjasama semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
· Pembelajaran kolaboratif bantu meningkatkan pembelajaran individu melalui
proses kumpulan. Pelajar berinteraksi, berbincang dan meneroka bersama.
· Pengajaran kumpulan mementingkan interaksi sosial
· Pengajaran berpusatkan individu adalah pembelajaran berkadar kendiri
· Pemudahcaraan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelajar
bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dan idea
· Perbincangan melibatkan perbualan antara guru dan pelajar atau antara
pelajar dalam kumpulan kecil
· Tunjuk cara membolehkan pelajar membuat pemerhatian terhadap bahan
konkrit dan bagaimana ia berfungsi
· Penyelesaian masalah digunakan untuk membina penyelesaian terhadap
masalah dan untuk tujuan pemudahcaraan
· Pengajaran dalam kumpulan merangsangan penglibatan pelajar dalam
pembelajaran
· Simulasi membolehkan pelajar membuat latihan untuk menguasai kemahiran
atau mempelajari sesuatu prinsip.
· Projek adalah kajian mendalam tentang topik dalam kehidupan sebenar
Rujukan
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.
Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational
Inc.
th
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4 Edition. New Jersey:
Merrill Prentice Hall.
Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.
Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.
Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.
http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/technks.html)
http://www.teachernet.gov.uk/professionaldevelopment/opportunities/nqt/behaviourmanagement
/wholeclassteaching/)
http://www.toceducationalforall.com
http://www.ed.gov/pubs/OR/ConsumerGuides/cooplear.html
http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.html#group
http://www.upd.edu.ph/~ismed/elink/ismed6.htm#intro
TOPIK 4
Merancang Untuk Mengajar
Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan
untuk merancang dalam kehidupan anda. Contohnya, merancang untuk melanjutkan
pelajaran anda atau merancang untuk bercuti. Ada juga pengalaman yang tidak
memerlukan perancangan. Anda boleh membahagikan pengalaman anda ke dalam dua
kategori iaitu merancang dengan baik dan kurang merancang dedngan baik. Apakah
ciri-ciri biasa yang terdapat dalam pengalaman yang dirancang dengan baik?
Sekarang fikirkan mengenai kemahiran merancang. Adakah anda seorang yang suka
merancang ? Adakah anda memikirkan tentang setiap langkah dalam sesuatu aktiviti?
Apakah tugas yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru sebelum memberi arahan?
Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and Lampert
(1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar disekolah-sekolah. Perancang
yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar
yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang produktif. Marilah kita melihat bagaimana guru merancang
pengajarannya. Sebelum guru merancang, beliau patut ikuti prinsip merancang
pengajaran:
Peringkat ini memberi tumpuan kepada matlamat umum dan idea untuk pengajaran.
Secara umum, guru perlu memperkembangkan keperluan dan keutamaan pelajar.
Dalam menentukan apa yang diajar, guru seharusnya mengikut prinsip-prinsip seperti di
bawah:
Cuba renung
Adakah anda mengikuti prinsip di atas apabila anda merancang untuk mengajar ? Apakah
prinsip-prinsip yang anda patut ikut apabila menyediakan untuk mengajar dalam bilik darjah?
Setelah anda membuat keputusan tentang apa yang hendak diajar, langkah seterusnya
ialah merancang cara yang berkesan untuk mengajar isi kandungan yang dipilih. Ia
berkaitan dengan perancangan prosedur pengajaran, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta cara untuk membolehkan pelajar mencapai objektif pengajaran.
Antara garis panduan ialah:
Apabila merancang prosedur pengajaran guru perlu memilih strategi dan kaedah yang
boleh meningkatkan pembelajaran. Bolehkah anda fikir beberapa cara yang boleh
digunakan untuk membolehkan pelajar belajar dengan berkesan? Marilah kita membaca
mengenai garis panduan untuk memudahcara pembelajaran.
Fikirkan
Pengurusan masa dalam bilik darjah oleh guru akan memainkan peranan dalam
menentukan kecekapan pelajar .tanpa membuang masa dan penglibatan pelajar dalam
pelajaran boleh dimaksimakan sekiranya aktiviti diuruskan dengan baik.
Latihan
Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru bincangkan prinsip-prinsip yang anda gunakan
apabila anda merancang untuk mengajar. Beri contoh-contoh. Semak jawapan dengan rakan-
rakan anda
4.2 Rumusan
Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita
membuat ringkasan isi penting dalam topik ini.:
Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.
Cole,P.G. & Chan,L.K.S.(1987). Teaching Principles and Practice. New York: Prentice Hall
Rujukan
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey:
Merrill Prentice Hall.
Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.
Mok, S.S. (2003). An Education Course for KPLI (Theme 2). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.
http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.html#group
TOPIK 5 Merancang Untuk Pengajaran
Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda alami sepanjang hayat yang
memerlukan perancangan. Adakah anda telah membuat perancangan yang baik ? Sila
buat refleksi mengenai kemahiran merancang anda. Adakah anda merupakan seorang
yang suka merancang?. Adakah anda fikir bahawa sikap anda terhadap perancangan
boleh mempengaruhi pengajaran dan keperluan perancangan anda sebagaimana yang
diperlukan oleh guru ? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang
diperlukan untuk pengajaran. Ini termasuklah membuat analisis kurikulum, sukatan
pelajaran, persediaan rancangan sepanjang tahun dan penggal serta rancangan
mengajar. Kita juga akan membincangkan bagaimana guru membuat keputusan tentang
apa yang hendak diajar berdasarkan kepada kurikulum, isi kandungan yang hendak
diajar, skedul kerja dan persediaan mengajar.
Apa yang patut dilakukan oleh guru bila merancang pengajaran? Salah satu tugasan
perancangan yang penting untuk guru adalah untuk menganalisis kurikulum untuk mata
pelajaran yang akan diajar. Semua kurikulum adalah dirancang oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) dan tugasan untuk guru ialah untuk menyalurkan isi
kandungan yang terdapat di dalam kurikulum dalam masa yang diperuntukkan.
Contohnya sukatan pelajaran Bahasa Malaysia telah menyenaraikan kemahiran yang
hendak dicapai oleh pelajar untuk tahap satu dan tahap kedua di peringkat sekolah
rendah. Objektif dan kemahiran yang hendak dicapai pada setiap tahap akan memberi
kesan terhadap perancangan untuk mengajar dalam dua cara. Ia menyediakan suatu
konteks kepada guru untuk mengetahui apa yang telah didedahkan kepada pelajar dan
ini membolehkan guru tersebut membuat keputusan tentang apa yang hendak diajar
dan juga apakah tahap-tahap yang sepatutnya guru mengajar. Objektif ini boleh
membantu guru mengetahui aras pencapaian yang sepatutnya diharapkan daripada
pelajar dengan menunjukkan apa yang semua pelajar akan belajar dalam negara ini.
Apabila menganalisis sukatan pelajaran, guru dinasihatkan untuk merujuk kepada buku
panduan guru untuk setiap mata pelajaran. Buku panduan itu telah disediakan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran
menetapkan objektif untuk negara. Walau bagaimanapun sebahagian pelajar tidak
dapat mencapai semua pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Oleh itu sekolah
yang terlibat perlu menganalisis kurikulum untuk membuat keputusan apakah yang
terbaik untuk pelajar mereka.
Sila renungi sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang anda mengajar untuk tahap 1/ 2 KBSR. Apakah
jenis soalan yang akan anda kemukakan dan sila jawab bersama rakan sejawat sebelum melaksanakan
sukatan pelajaran di sekolah anda?
Rancangan kerja ialah satu perancangan yang menentukan apa yang akan diajar untuk
satu semester/ tahun dan dalam cara mana ia akan diajar. Rancangan kerja perlu
berdasarkan kepada objektif yang ditentukan di dalam sukatan pelajaran untuk
sepanjang tahun persekolahan.
(a) Tentukan jumlah minggu mengajar untuk setiap semester dan darabkan dengan
jumlah minit yang diperuntukkan untuk setiap minggu.
(b) Terjemahkan sukatan pelajaran dan rujuk kepada buku panduan yang terdapat
bersama buku sukatan pelajaran.
(c) Dalam urutan isi kandungan yang hendak diajar, kriteria yang perlu diambil kira
adalah tahap berkaitan dengan kesukaran belajar, jenis kemahiran yang perlu
diajar, perkaitan antara unit-unit pembelajaran.
· Penggunaan sukatan pelajaran, buku teks, buku lembaran kerja dan garis
panduan yang terdapat di atas untuk dibahagikan kepada jumlah tema atau tajuk
yang hendak diajar
· Penggunaan inventori kemahiran, isi kandungan untuk setiap topik
· Buat keputusan terhadap urutan yang bersesuaian untuk mengemukakan tema
tersebut
· Membuat keputusan tentang jumlah masa yang anda gunakan dengan baik bagi
setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira cuti umum dan cuti sekolah
Perancangan unit ialah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan beberapa prinsip
yang tersusun. Sukatan pelajaran KBSR dan buku panduan mengkhususkan jumlah
topik yang sesuai untuk pelajar. Dalam perancangan sesuatu unit, topik umum dan
topik-topik kecil didalamnya dikenal pasti. Pada asasnya, unit merupakan selonggok isi
kandungan dan kemahiran yang berkaitan digabungkan bersama dalam cara yang logik.
Perancangan unit berhubung kait dengan pelbagai matlamat, isi kandungan dan aktiviti
yang difikirkan oleh guru. Ia menentukan kelancaran beberapa siri pengajaran
sepanjang beberapa hari, minggu atau mungkin juga beberapa bulan.
Sebagai seorang guru, mengapa anda perlu ada perancangan unit? Ramai antara kita
tidak boleh mengingati tentang urutan aktiviti untuk beberapa hari atau minggu.
Kebiasaannya, kita perlu menulis rancangan unit dengan lebih terperinci. Perancangan
unit berfungsi sebagai peta yang menghubungkan beberapa pengajaran dan memberi
idea kepada guru, pelajar dan orang lain tentang perlaksanaan pengajaran itu.
Cuba renungkan apa yang anda tulis didalam perancangan unit. Adakah ia berhubung
kait dengan pelbagai matlamat, isi kandungan dan pelbagai aktiviti yang anda akan
mengajar? Ia sebenarnya menentukan perlaksanaan keseluruhan beberapa siri
pengajaran selama beberapa hari, minggu dan juga beberapa bulan.
Banyak dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pelajar mendapat manafaat dan
menghargai jika struktur pengajaran itu baik.
Persediaan mengajar tidak ditulis untuk guru membacanya dalam bilik darjah. Ia
digunakan untuk menstruktur pengajaran dan membantu dalam kelancaran dan
penyampaian pengetahuan terutamanya apabila sesuatu telah berlaku untuk menarik
perhatian orang lain termasuklah guru tersebut.
Persediaan mengajar adalah satu proses pemikiran. Pada asasnya proses pemikiran ini
boleh diselesaikan dalam empat bahagian.Pertama, tentukan kurikulum tersebut iaitu
apa yang pelajar akan belajar, apa yang boleh mereka lakukan selepas sesuatu aktiviti
atau lembaran kerja selesai. Kedua, tentukan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum
bermulanya pelajaran yang boleh menuju kepada kurikulum baru hari tersebut. Ketiga,
tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk membantu pelajar untuk belajar kurikulum
baru itu. Keempat, tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai hasil
pembelajaran pelajar.
5.4.1 Format Penulisan
Terdapat pelbagai jenis format yang boleh digunakan untuk menulis persediaan
mengajar. Format yang paling berguna adalah mudah untuk diikuti dan berstruktur
dengan baik. Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah semasa dalam
bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru. Ia boleh diikuti dan digunakan dengan
pantas oleh guru jika sekiranya terdapat gangguan.
Berikut adalah salah satu jenis kerangka format untuk menulis persediaan mengajar:
Mata pelajaran :
Kelas :
Tarikh :
Masa :
Bil. Pelajar dalam kelas :
Tajuk :
Kemahiran :
Pengetahuan sedia ada :
Hasil pembelajaran :
Nilai :
Sumber pengajaran/pembelajaran :
Catatan Refleksi:
Pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan relevan, pengalaman atau
pengetahuan di mana pelajar mesti tahu atau boleh lakukan supaya berjaya dalam
pelajaran. Maklumat ini berguna untuk membantu guru menentukan tahap kesukaran
hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan bahan sumber yang digunakan.
Objektif tingkah laku menentukan kriteria untuk sebarang aktiviti penilaian yang akan
digunakan dalam bilik darjah. Seperti yang kita tahu, tanpa objektif tingkah laku, adalah
sukar untuk menentukan secara tepat sesuatu pelajaran dijangka tercapai. Objektif
tingkah laku merupakan fokus dalam sesuatu persediaan mengajar.
Untuk menulis objektif tingkah laku, anda perlu bermula dengan kefahaman tentang isi
kandungan tertentu yang ada kaitan dengan objektif. Kefahaman tentang pelbagai cara
untuk mempelajari isi kandungan patut dijadikan matlamat kepada guru dan pelajar. Ini
bermaksud guru dan sesiapa sahaja yang menyediakan objektif sebagai sebahagian
daripada persediaan mengajar atau dokumen kurikulum dan panduan perlu mempunyai
pengetahuan yang lebih isi kandungan yang sesuai.
Menulis beberapa objektif yang terdapat dalam lingkungan isi kandungan yang tidak
mempunyai ketekalan secara dalaman atau luaran dengan lingkungan isi kandungan
adalah membuang. Walau bagaimanpun, tujuan ini bukanlah untuk menyelidiki bidang
ketekalan kurikulum tetapi lebih kepada mengemukakan beberapa petunjuk untuk
membantu guru baru menulis objektif yang lebih. Oleh, marilah kita mulakan.
Objektif tingkah laku mengandungi elemen seperti berikut:
Atas permintaan pelajar ini akan........ ( ini bermaksud pelajar itu diberi
permintaan secara lisan atau bertulis untuk melakukan sesuatu).
Diberi....... ( beberapa objek fizikal ) pelajar ini akan ( ini bermaksud pelajar ini
sebenarnya diberi sesuatu seperti peta, beberapa masalah mengenai hasil
darab, satu keratan penulisan sastera dan lain-lain yang mempunyai kaitan
dengan perlakuan tingkah laku yang diharapkan).
Dalam dua contoh di atas, tidak disentuh tentang huraian mengenai pengajaran
yang mendahului tingkah laku itu. Arahan yang menjurus kepada tingkah laku itu
sepatutnya tidak dimasukkan dalam objektif sebenar. Arahan yang menjuruskan
pelajar untuk mencapai sesuatu objektif adalah satu isu yang lain. Di sini kita
hendak menumpukan perhatian dalam menghuraikan keadaan di mana tingkah
laku yang diharapkan boleh berlaku.
2. Kata kerja Tingkah Laku ( perkataan perbuatan yang bermaksud tingkah laku
pelajar yang boleh diperhatikan)
Semasa di sekolah rendah, kita belajar yang kata kerja ialah kata perbuatan.
Dalam objektif tingkah laku, kata kerja adalah kata perbuatan tetapi ia adalah
kata perbuatan yang istimewa. Kata kerja dalam objektif tingkah laku ialah kata
perbuatan yang membawa maksud tingkah laku yang boleh diperhatikan.
Sebagai contoh, walaupun kita sebagai guru berkehendakkan pelajar kita
menghargai sesuatu atau yang lain adalah mustahil untuk kita melihat bila
pelajar kita “menghargai sesuatu”. Memahami ialah suatu kata hikmat yang
membawa maksud apa yang kita mahu pelajar kita lakukan tetapi kita tidak dapat
melihat konsep “memahami”. Langkah terbaik yang boleh dilakukan ialah
membuat inferen yang pelajar itu menghargai atau memahami sesuatu
berdasarkan apa yang pelajar itu lakukan atau berkata dalam situasi terkawal.
Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja tingkah laku? Jawapannya adalah
mudah. Kata kerja tingkah laku ialah satu perkataan yang bermaksud perbuatan
yang boleh diperhatikan atau pembinaan sesuatu produk yang boleh
diperhatikan. Kata kerja seperti mengenal pasti, nama dan keterangan adalah
tingkah laku kerana anda boleh memerhatikan perlakuan atau mengenal pasti
hasil tingkah laku, menamakan atau menerangkan. Beberapa kata kerja
terkandung dalam frasa yang menjelaskan sesuatu maksud tingkah laku yang
spesifik.
Sebagai contoh, sesuatu objektif mungkin terdapat dalam bentuk; dalam senarai
100 nombor yang disusun secara meningkat ( keadaan/conditions ) , pelajar
boleh mengenal pasti (kata kerja) sekurang-kurangnya sembilan nombor
perdana dalam (kriteria).
Adakah anda sedar yang objektif tidak menjelaskan secara khusus bilangan
sembilan nombor yang mana, dan meletakkan syarat sekurang-kurangnya
sembilan nombor yang minima. Cara di mana pelajar mengenal pasti sembilan
nombor utama yang minima tidak dinyatakan. Ini sebenarnya ditentukan dalam
penilaian. Pelajar boleh membulatkan nombor, menonjolkan, melukis garisan
pada nombor tersebut dan sebagainya.
Ini juga bermaksud pelajar berkenaan dikira betul sekiranya ia berjaya mengenal
pasti lebih daripada sembilan nombor yang betul tetapi tidak dinyatakan tentang
butiran samada ia boleh diterima atau mengenal pasti sembilan nombor dengan
betul dan satu atau lebih yang salah. Mengikut objektif, ia boleh diterima dengan
membulatkan nombor-nombor dan masih juga memenuhi kehendak objektif itu:
2-3-5-7-11-13-17-19-23-24-26, sebab terdapat sembilan nombor betul, dan 2 (
24-26) salah. Sekiranya pelajar itu mesti mengenal pasti hanya nombor utama,
objektif itu perlu diubahsuai untuk memenuhi syarat tersebut.
Sebagai kesimpulan, penulisan objektif tingkah laku yang baik adalah intipati sesuatu
persediaan mengajar. Jika objektif yang anda buat adalah sukar dan kabur, adalah
mustahil untuk dinilai keseluruhan persediaan mengajar yang anda hasilkan
berdasarkan objektif yang kurang tepat. Sebelum anda mula menulis sesuatu objektif,
peruntukan sedikit masa untuk memikir tentang apa yang anda sedang terangkan dan
pastikan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan.
Setiap kali anda menulis objektif tingkah laku, tanya diri anda soalan ini. “Adakah objektif
ini jelas dan menerangkan hasil pembelajaran yang dikehendaki?”. Sekiranya anda
boleh mencari kelemahan dalam memenuhi syarat objektif tersebut, objektif itu perlu
ditulis semula. Belajar untuk menulis objektif tingkah laku yang menghuraikan apa yang
anda hendak dan ini memerlukan kesabaran dan amalan. Pastikan anda mendapat
sebanyak mungkin maklum balas tentang usaha anda.
Dalam bahagian ini kita akan menghuraikan dengan ringkas kemahiran berfikir yang
digunakan dalam pengajaran. Sebagai contoh, pelajar mungkin perlu menggunakan
kemahiran berfikir melalui satu pengurusan grafik untuk menjelaskan kebaikan dan
kelemahan antara pengangkutan udara dengan pengangkutan darat sebagai dua jenis
pengangkutan.
5.4.3 Nilai
Nyatakan nilai itu samada secara implisit dan eksplisit yang anda harap pelajar boleh
mencapainya diakhir sesi pengajaran. Berikan satu huraian yang ringkas bagaimana
anda boleh membuat pemerhatian mengenai nilai semasa melakukan kerja ketika
pengajaran anda. Jika kebersihan adalah nilai yang anda ingin terapkan di kalangan
pelajar, pastikan anda menyebutnya dalam pengajaran tersebut di mana pelajar anda
perlu membersihkan sudut pembelajaran mereka.
Dalam bahagian persediaan mengajar ini, anda perlu senaraikan semua bahan dan
peralatan yang akan digunakan oleh guru dan pelajar serta bagaimana
menggunakannya.
5.4.5 Penyampaian
Set induksi adalah bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Tujuan utama set induksi ialah untuk mengalakkan pelajar untuk memebri
penumpuan terhadap pembelajaran topik yang baru, untuk menarik minat dan perhatian
mereka terhadap penyampaian berikutnya. Biasanya masa yang diperuntukkan untuk
set induksi adalah pendek dan jarang mengambil masa lebih daripada lima minit.
Pernahkah anda menggunakan set induksi sepanjang pengalaman mengajar anda? Berikan
beberapa contoh set induksi yang pernah anda laksanakan. Apakah kesannya terhadap
pelajaran anda?
Dalam bahagian persediaan mengajar ini, anda perlu senaraikan semua bahan dan
peralatan yang akan digunakan oleh guru dan pelajar serta bagaimana ia boleh
digunakan. Anda juga perlu menghuraikan bagaimana anda boleh menentukan
sejauhmana pelajar telah mencapai objektif pengajaran. Pastikan yang latihan penilaian
dihubungkan secara terus dengan tingkah laku objektif pengajaran diperingkat
permulaan persediaan mengajar tersebut.
Catatan reflektif perlu ditulis selepas sesuatu pengajaran. Anda harus beri perhatian
terhadap komponen utama persediaan mengajar, memberi perhatian terhadap kekuatan
dan bahagian yang perlu dibaiki. Tentukan di sini bagaimana anda rancang untuk
mendapatkan maklumat yang boleh digunakan untuk perancangan akan datang. Idea
yang baik adalah untuk menganalisis perbezaan antara apa yang anda kehendaki
(objektif) dan apa yang telah dicapai ( keputusan penilaian).
Ringkasnya, guru yang berjaya sebenarnya adalah seorang perancang dan pemikir
yang baik. Mereka tidak memperolehinya dengan mudah. Jalan menuju kejayaan
memerlukan komitmen dan amalan terutamanya kemahiran yang melibatkan rancangan
pengajaran, pelbagai aktiviti dan pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah. Merancang
pengajaran adalah satu kemahiran asas yang mesti diperkembangkan oleh guru
walaupun implementasi kemahiran ini dalam pengajaran sebenar mengambil masa yang
agak lama.
Latihan (4)
1. Sila tulis lima objektif tingkah laku tentang sesuatu topik daripada mata pelajaran major
anda. Adakah ia memenuhi tiga elemen yang dibincangkan di atas?
2. Bincangkan kepentingan persediaan mengajar.
5.5 Rumusan
Anda telah sampai ke bahagian akhir topik ini. Marilah kita mengingati apa yang anda
telah pelajari:
Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan
Rujukan
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.
Cole,P.G. & Chan,L.K.S. (1987). Teaching Principles and Practice. New York: Prentice Hall Inc.
Edmund T. Emmar (1994). Classroom Management for Secondary School. 3th Edition. N.J: Allyn
& Bacon
Graham Pike & David Selby (1988). Global Teacher. London: Hodder & Stoughton
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey:
Merrill Prentice Hall.
Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.
Mok, S.S. (2003). An Education Course for KPLI (Theme 2). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.html#group
Tamat ,bye …