P. 1
Konsep_Pengajaran

Konsep_Pengajaran

|Views: 1,527|Likes:
出版社:Nora Fiza

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Nora Fiza on Dec 13, 2010
著作権:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2013

pdf

text

original

Sections

Pengajaran ;

TOPIK 1

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang guru-guru yang dianggap tidak baik. Mengapa kamu tidak anggap mereka sebagai guru yang baik? Apakah aspek-aspek pengajaran yang kamu ingin mengalami? Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru hari ini? Seperti mana yang dikatakan oleh Albert Einstein bahawa it is the supreme art of the teacher to awaken joy in creative expression and knowledge dan Cicerio yang setuju bahawa not only is there an art in knowing a thing, but also a certain art in teaching it , mari kita meneroka seni mengajar dengan memahami konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran.

1.1

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran boleh dihuraikan sebagai memberi arahan-arahan

Perlakuan dalam pengajaran

kepada atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran

merupakan suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.

Kebolehan untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran pelajar dan mereka bentuk pelajaran-pelajaran yang eksplisit adalah garis pemisah antara seorang profesional dari seorang sukarela, atau sesiapa yang mengajar. Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

· · · · · ·

melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja berkongsi pengetahuan membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional

· ·

menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai Mereka bentuk suatu kesedaran dan penghargaan potensi diri (Evans &

Brueckner,1992) Sekarang kita beralih perhatian kepada konsep-konsep asas pembelajaran. Berhenti dan reflek tentang apa yang dikemukakan oleh Confucius:

Berhenti dan Reflek

Pembelajaran tanpa pemikiran adalah satu kerugian dari segi usaha; pemikiran pembelajaran membahayakan

tanpa

Apakah itu pembelajaran? Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika

perubahan tingkah laku tidak

dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan sementara seperti letih lesu, mabuk,

respons subjek, kematangan atau keadaan

desakan dan sebagainya (Bower dan Hilgard, 1981)

Sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Akibat akibat pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh

diperlihatkan. Selepas pembelajaran, pelajar berkebolehan untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak dapat buat sebelum pembelajaran berlaku. Biasanya perubahan tingkah laku disebabkan oleh pengalaman atau amalan. Tingkah laku verbal manusia merupakan minat utama dan kita boleh menentukan sama ada perubahan tingkah laku telah berlaku. Sebagai contoh, perubahan daripada da-da kepada bapa

membolehkan kita membuat inferen bahawa pembelajaran telah berlaku. Untuk perubahan ini benar-benar merupakan pembelajaran, perubahan mesti melalui pengalaman iaitu, interaksi antara seseorang dengan alam sekeliling; perubahan

disebabkan oleh kematangan seperti bertumbuh lebih tinggi dan perubahan sementara akibat daripada penyakit, kecederaan, keletihan, tekanan emosi atau kelaparan

diketepikan daripada definisi umum pembelajaran.

Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:

(i) pembelajaran mereflekkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku.

Sebagai contoh, walau pun anda tidak tahu lokasi kafeteria kampus, anda tidak bermotivasi untuk pergi jika anda tidak lapar. (ii) perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak

sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baru, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan. Sebagai contoh, lupa cerita sesuatu filem

seketika adalah antara contoh mengenai aspek ketidaktetapan pembelajaran. (iii) perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan

pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh itu, anda akan berhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persoalan Adakah pembelajaran itu kekal?

Bagaimana hasil rujukan anda di perpustakaan? Jika anda telah membaca dengan teliti, kebanyakan buku akan menekankan bahawa pembelajaran adalah lebih kurang kekal. Ini disebabkan pembelajaran adakala tidak dapat diakses seketika waktu

(sementara) manakala pihak lain akan mengatakan bahawa pembelajaran adalah tidak kekal jika tidak diberi pengukuhan, dendaan dan pelaziman/pembiasaan. Jika pembelajaran adalah kekal, kita tidak dapat mengingat sesuatu, bukan kerana hilang

tetapi disebabkan gangguan, penyekatan dan sistem penyimpanan yang lemah. Oleh yang demikian, kita boleh rumuskan bahawa pembelajaran adalah lebih kurang kekal. 1.2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran

Bagaimana seseorang belajar? Bagaimana baik sesuatu pembelajaran dikuasai dan berada dalam keadaan kekal? Terdapat beberapa prinsip yang perlu kita mengambil kira mengenai pembelajaran. prinsip asas pembelajaran. Mari kita menumpukan perhatian kepada beberapa

·

Manusia

mempunyai potensi untuk pembelajaran. Semua manusia ingin tahu

mengenai dunia mereka dan mereka ingin berkembang dan belajar. Potensi ini dan keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan; · Pembelajaran signifikan berlaku apabila isi kandungan dianggap sebagai relevan dan penting untuknya · Pembelajaran akan berlaku apabila ugutan terhadap diri amat minima. Individu mengambil peluang untuk belajar supaya merangsangkan diri · Pembelajaran signifikan dikuasai secara eksperiential. Pelajar diberi pengalaman hands-on atau mempunyai konfrontasi eksperiential dengan masalah praktikal yang merupakan mod untuk merangsang pembelajaran · Pembelajaran dipermudahcara apabila pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Pelajar memilih tuju hala sendiri, menemui resos pembelajaran memperoleh

sendiri, membentuk masalah dan membuat keputusan untuk pembelajaran optimum ·

Pembelajaran adalah proses pembelajaran aktif dan suatu keterbukaan yang berterusan untuk mengalami proses perubahan

· ·

Kunci pembelajaran ialah motivasi Pembelajaran pengetahuan baru harus dibina pada struktur pengetahuan sedia ada yang telah dibentukkan.

1.3 Jenis Pembelajaran

Terdapat tiga jenis pembelajaran. Ia terdiri daripada pembelajaran formal, tidak formal dan bukan formal. Kita akan bincang setiap jenis pembelajaran. 1.3.1 Pembelajaran Formal

Pembelajaran formal merujuk kepada satu sistem pendidikan yang dimaktubkan dan disusun secara sistematik mengikut umur kanak-kanak sekolah. Semua pelajar mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama tanpa mengambil kira akademik atau ko-kurikulum dan diajar oleh individu yang terlatih. Ia bertujuan mengembang domin kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Oleh itu, ia merangkumi pendidikan

daripada sekolah rendah ke peringkat menengah. Penilaian diberi tekanan dan ujian dan peperiksaan ditadbirkan secara bulanan serta akhir semester atau tahun.

1.3.2

Pembelajaran Tak Formal

Pembelajaran tak formal yang dikuasai melalui pendedahan dengan alam sekeliling, contohnya media massa (radio, televisyen, surat khabar), lawatan sambil belajar;

interaksi dengan rakan sebaya. Pembelajaran tak formal berlaku secara tak sengaja dan ia bukan sesuatu yang dirancang terlebih dahulu.

1.3.4

Pembelajaran Bukan Formal

Pembelajaran bukan formal merujuk kepada pembelajaran yang dikuasai melalui kursus pendek, seminar, kuliah, bengkel formal merupakan satu aktiviti dan forum. Tambahan pula, pembelajaran bukan pendidikan sistematik dan dan terancang serta

ditadbirkan di luar sistem persekolahan formal. Penilaian dalam bentuk ujian dan peperiksaan tidak diberi tekanan.

Latihan

(1)
1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama seorang guru yang efektif? 2. Buat refleksi terhadap satu pembelajaran dan berikan satu contoh bagaimana pembelajaran boleh berlaku.

1.4

Rumusan · Pengajaran adalah satu cara memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar; · Pengajaran adalah memimpin, mengarah, memudahcara, mengasuh dan

merancang pembelajaran pelajar; · Pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku yang agak kekal; · Pembelajaran mereflek satu perubahan berpotensi sesuatu tingkah laku; · Perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak semestinya kekal; · Perubahan-perubahan dalam tingkah laku boleh disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran; · Terdapat tiga jenis pembelajaran iaitu pembelajaran formal, tak formal dan bukan formal;

Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas Bower, G.H. & Hilgard,E.R. (1981). Theories of Learning. Englewood Cliffs: Prentice-Hall,Inc BPG. (2002) Educational Resource Book Rujukan Dembo, M.H. ( 1977). Teaching for Learning. Santa Monica: Goodyear Pub. Co. Slavin, R.E. (1991). Educational Psychology: Theory into Practice. New Jersey: Prentice Hall, Inc Travers,J.F. et al (1993). Educational Psychology: Effective Teaching, Effective Learning.

TOPIK 2

MODEL-MODEL PEMBELAJARAN

Dalam topik ini, tiga model pembelajaran akan dibincangkan. Model-model pengajaran mengandungi model ekspositori, model pemerosesan maklumat dan model inkuiri. Aspek-aspek dan ciri-ciri setiap model akan diterangkan dan implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Model Pengajaran Ekspositori

Mengikut pandangan

Ausubel mengenai pembelajaran,

seseorang menguasai

pengetahuan melalui penerimaan berbandingkan penemuan. Konsep, prinsip prinsip dan idea-idea dikemukakan dan difahamkan, bukan ditemui. Semakin tersusun dan tertumpu sesuatu persembahan, semakin lengkap seseorang individu dapat belajar. Ausubel menegaskan tentang pembelajaran bermakna iaitu maklumat lisan(verbal), idea-idea dan hubungan antara idea-idea. Dalam pendekatannya terhadap

pembelajaran, guru mempersembahkan bahan dalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen. Pelajar menerima bahan berguna dalam cara yang berkesan.

Untuk Ausubel, pembelajaran

berkembang secara deduktif, iaitu daripada umum

kepada spesifik dan bukan secara induktif.

Maka, bagaimanakah bahan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang tersusun dan bersekuen? Ausubel mencadangkan penggunaan pengurusan grafik (penyusun awal) pada awal pengajaran. Beliau percaya bahawa pembelajaran optimum berlaku apabila terdapat satu pelengkap antara skema pelajar dengan bahan yang hendak dipelajari. Apakah sebenarnya penyusun awal? Ia merupakan suatu pernyataan awalan tentang suatu hubungan atau suatu konsep peringkat tinggi yang luas untuk merangkumi

semua maklumat yang berikutnya. Fungsi penyusun awal adalah menyediakan scaffolding atau sokongan untuk konseptual antara bahan baru dan

maklumat baru. Ia sebenarnya satu jambatan pengetahuan pelajar semasa.

Biasanya buku teks mempunyai pandangan umum

untuk mengarah perhatian kita kepada apa yang penting dalam bahan yang akan dikemukakan; menonjolkan hubungan antara idea yang akan dikemukakan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang sedia ada dalam ingatan. dan

Terdapat dua kategori dalam penyusun awal. Apakah

kategori-kategori tersebut?

Secara umumnya, penyusun awal terdiri daripada dua kategori iaitu komparatif dan ekspositori. Penyusun komparatif merangsang skema sedia ada (Woolfolk, 2004). Penyusun ini mengingatkan kepada kita apa yang telah dipelajari yang mungkin kita tidak sedar kerelevanannya. Secara bandingan, penyusun ekspositori menyediakan maklumat baru yang pelajar perlu untuk memahami maklumat akan diterima.

Bagaimana anda menggunakan pendekatan ekspositori dalam pengajaran anda? Berikut adalah langkah-langkah suatu pelajaran ekspositori. Langkah-langkah adalah:

1. Kemukakan penyusun awal 2. Kemukakan kandungan dari segi persamaan dan perbezaan dengan

menggunakan contoh-contoh spesifik 3. Bincang dan kaitkan kandungan kepada penyusun awal

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peringkat-peringkat dalam pengajaran ekspositori Ausubel?

2.2 Model Pemerosesan Maklumat

Pandangan model pemerosesan maklumat

terhadap ingatan

bergantung kepada

komputer sebagai model. Seperti komputer, otak menerima data, menyimpan data, mengeluarkan data untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai data. kawalan yang

Keseluruhan sistem

dipandu sedemikian oleh proses-proses

menentukan bagaimana dan bila maklumat menyalur melalui sistem. Maka, model pemerosesan maklumat menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman

manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data,

menyedari masalah dan menjana penyelesaian konsep dan bahasa untuk

kepada masalah dan membentuk Ada beberapa model yang

menyampaikannya.

membekalkan pelajar dengan maklumat dan konsep; ada menekankan pembentukan konsep dan pengujian hipotesis oleh pelajar; dan yang lain pula menjana pemikiran kreatif. Ada beberapa model direkabentuk untuk merangsang kebolehan intelek umum. Kebanyakan model pemerosesan maklumat amat berguna untuk mengkaji diri dan masyarakat serta mencapai matlamat peribadi dan sosial pendidikan. Sekarang kita akan melihat kerangka yang menggabung idea-idea model pemerosesan maklumat.

Gambarajah 1 : Model Pemerosesan Maklumat

Bagaimana ingatan pemerosesan maklumat

berfungsi? Kesemua jenis rangsangan

dari alam sekitar akan diterima oleh reseptor (bahagian tubuh badan yang menerima maklumat sensori) Sebagai contoh, apabila anda sentuh tangan anda, reseptor deria akan mengesan sensasi tersebut. Sensasi ini disimpan secara sementara di ingatan deria.

Ingatan deria menyimpan rangsangan (bau, bunyi dsbnya) dalam masa yang singkat dan ia mempunyai kapasiti yang besar. Walau bagaimanapun, maklumat sensori hanya ada selama antara satu atau tiga saat sahaja. Selepas sensasi deria didaftarkan, ia dialih ke ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek boleh menyimpan jumlah

maklumat yang terhad pada jangka masa singkat. Ia menyimpan maklumat daripada daftar sensori yang dipilih oleh otak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan lepas.

Berapa banyak yang dapat disimpan oleh ingatan jangka pendek? Kapasiti sebenarnya terhad kepada 5 hingga 9 unit maklumat baru. maklumat-maklumat tertentu. Ini kerana kita perlu mengulangi maklumat baru akan menolak

Jika tidak, maklumat

maklumat-maklumat baru yang lain keluar daripada ingatan aktif. Satu lagi faktor yang mempengaruhi ingatan jangka pendek ialah tempoh masa. Maklumat hanya boleh disimpan sekurang-kurangnya selama 20 saat tanpa praktis (rehearsal)

Bagaimana maklumat disimpan dalam ingatan aktif? Seseorang harus mengulangi maklumat tersebut sendiri. Satu cara yang lain ialah menyimpan maklumat dalam ingatan aktif dengan menghubungkaitkannya dengan sesuatu yang sudah diketahui. Chunking merupakan satu cara mengelompokkan data-data ke dalam unit-unit yang lebih besar dan bermakna. Sebagai contoh, nombor telefon sebanyak 8 digit boleh dikelompokkan kepada 4 chunk iaitu, dari 77275241 kepada 77-27-52-41. Ini bermaksud 4 chunk berbandingkan 8 digit. Cuba ingat sekuen nombor kedua-dua cara untuk

menentukan cara manakah yang lebih berkesan?

Akan tetapi, kita berkecenderungan untuk lupa apa yang telah dipelajari. Mengapa ini boleh berlaku? Maklumat dalam ingatan aktif boleh hilang atau dilupai akibat pereputan (decay). Melebihi 20 saat tanpa latihan ( rehearsal) akan menyebabkan maklumat baru dilupai dan melebihi 5-9 unit pasti juga terdapat beberapa daripada maklumat dilupai.

Tempoh masa juga menyebabkan ingatan kita menjadi lemah. anda tidak melatih semula nombor telefon

Sebagai contoh, jika berlaku dan

tersebut, pereputan akan

nombor telefon dikeluarkan daripada ingatan aktif kita. Akhir sekali, kita akan bincang tentang ingatan jangka panjang. Ini merupakan stor maklumat yang kekal. Sebagai contoh, anda boleh mengingat nombor telefon rumah anda kerana ia disimpan secara kekal dalam ingatan jangka panjang anda.

Ingatan jangka panjang mempunyai suatu kapasiti yang tidak terhad dan sekiranya maklumat berada dalam ingatan jangka panjang, ia tetap di situ secara kekal. Apabila anda mengingat kembali maklumat semasa peperiksaan, anda mungkin ragu-ragu tentang kekekalan maklumat. Sebenarnya, maklumat memang ada di situ, namum, kesukaran mengingat kembali ialah retrieval.

Berapakah bilangan kategori dalam ingatan jangka panjang? Daripada gambarajah 1, anda boleh senaraikan tiga kategori, iaitu ingatan semantik, ingatan episodik dan ingatan procedural . Ingatan semantik merupakan ingatan untuk maklumat lisan atau makna. Ingatan ini boleh disimpan sebagai imej dan skemata. Ingatan episodik

merupakan ingatan untuk peristiwa-peristiwa, maklumat yang berkait dengan tempat dan masa tertentu, dan ia membolehkan kita mengetahui aturan sesuatu. Sebagai contoh, salah satu plot dalam filem, masa menonton dan kumpulan rakan-rakan yang menonton bersama anda adalah sebahagian daripada ingatan episodik. Ingatan procedural adalah ingatan bagi cara membuat sesuatu. Ia mengambil masa yang lebih panjang untuk belajar sesuatu prosedur. Akan tetapi, setelah dipelajari, pengetahuan ini akan kekal dalam ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, setelah anda belajar bagaimana menunggang basikal, anda tidak akan lupanya.
Berhenti sejenak dan Semak Kefahaman Anda Rumuskan komponen yang pelbagai dalam ketiga-tiga stor ingatan

Ingatan Deria

Ingatan Jangka Pendek

Ingatan Panjang

Jangka

Kapasiti

Tempoh Lupaan

Kini, anda harus ketahui bahawa model pemerosesan maklumat memberi kita pelan bagaimana minda memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Model

ini telah mendorong Gagne untuk menyimpulkan sembilan peringkat pengajaran dan beliau membentuk peristiwa pengajaran untuk mengakomodasikan setiap peringkat (Gagne,1965). Model pemerosesan maklumat memberi pengertian kepada keadaan kognitif proses pemikiran manusia.

2.3

Model Inkuiri

Perhati situasi-situasi berikut: · Seorang guru membawa pelajar-pelajar dalam lawatan sambil belajar untuk mengumpul daun-daun daripada berbagai jenis pokok. Pelajar dikehendaki mewujudkan satu sistem klasifikasi untuk daun-daun. Guru kimia memberi pelajar sejenis bahan dan meminta mereka menguji secara saintifik untuk menentukan kandungan bahan Guru fizik menyoal pelajar Adakah baik untuk terus membentuk dan membina loji kuasa nuklear?

· ·

Merujuk kepada setiap situasi di atas, guru sains mewujudkan satu situasi dalam bilik darjah yang mana pelajar dikehendaki membentuk idea-idea sendiri, menyatakan pendapat sendiri terhadap isu penting atau mencari jawapan sendiri. Dalam setiap situasi di atas, pelajar digalakkan menyoal, menganalisis spesimen atau data, memperoleh rumusan, membuat inferens atau menjana hipotesis. Dalam kes yang

sedemikian, pelajar sebenarnya merupakan ahli inkuiri, iaitu penyelesai masalah. Inilah intisari model pengajaran inkuiri. Sebenarnya, apakah model inkuiri?

Model inkuiri merupakan penemuan terpandu. Salah satu kekuatan model ini ialah kedua-dua kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama. Langkahlangkah inkuiri mengikut model pemikiran reflektif oleh John Dewey. Langkah yang biasa digunakan termasuk: · · · · · Kenal pasti dan menjelaskan masalah Membentuk hipotesis Mengumpul data Analisis dan interpretasi data untuk menguji hipotesis Membuat rumusan Proses Inkuiri belajar dan langkah

2.3.1

Apabila menggunakan proses inkuiri, ia memberi peluang pelajar

mempraktik kemahiran berkait dengan pemikiran kritis. Kita harus ingat bahawa inkuiri selalu dan harus menuju kepada pewujudan idea-idea baru. Sekarang, kita akan

membincangkan rangka asas apa yang dimaksudkan dengan proses inkuiri:

(a ) Mengenalpasti Masalah Ia bermula dengan keinginan untuk menemui sesuatu. Pelajar digalakkan menemui masalah dalam situasi sebenar dan keperluan manusia. Soalan-soalan yang bermakna dirangsangkan oleh naluri ingintahu mengenai pengalaman sebenar. Pelajar mula mendefinisi dan menghuraikan soalan pada peringkat ini adalah: soalan yang dituju kepada mereka. Contoh-contoh

Dari mana asalnya anak ayam? Mengapa bulan bertukar bentuk?

Sepanjang peringkat ini, soalan-soalan ditafsir semula dan soalan-soalan akan mengalih tumpuan ke peringkat seterusnya, iaitu penyiasatan. (b) Penyiasatan

Pada peringkat ini, pelajar mula memilih cara penyiasatan yang sesuai: pemerhatian, temubual, tinjauan, eksperimen, tinjauan literatur, pencarian data sedia ada, analisis matematik dan sebagainya. mengkaji, merancang memilih satu Pelajar akan mengumpul maklumat, menyelidik resos, eksperimen, memerhati atau menemuduga. Mereka sampelan, dan prosedur kawalan. Peringkat

alat mengukur, rekabentuk

pengumpulan maklumat merupakan proses terangsang kendiri dan dijalankan oleh pelajar.

( c) Analisis

Apabila maklumat telah dikumpul, pelajar mula menganalisis dan membuat pertalian. Mereka akan meneroka dan menghuraikan data. Data yang dianalisis sintesiskan dan pengetahuan baru dibentukkan. akan di

Pelajar melalui proses mencorak

pemikiran baru yang signifikan, idea-idea dan teori-teori di luar pengalaman sedia ada.

(d) Komunikasi Pada peringkat ini, pelajar menerangkan idea-idea dan mengongsi idea dengan orang lain. Mereka menyoal tentang pengalaman-pengalaman dan penyiasatan mereka.

Pelajar akan membanding nota dan membincang tentang rumusan yang dibuat. (e) Mempertimbangkan

Refleksi pada peringkat ini mengambil sedikit masa untuk mengimbas balik persoalan, proses penyiasatan dan rumusan yang dibuat. Pelajar menyoal soalan-soalan baru dan membentuk pemikiran baru/inkuiri berdasarkan keputusan/rumusan. Adakah satu penyelesaian diperolehi? Adakah soalan baru timbul? Apakah soalan-soalan yang

wujud? Dan proses akan bermula sekali lagi.

Kini, anda harus faham prosedur asas yang diperlukan untuk melaksanakan proses inkuiri. Model inkuiri Suchman memberikan peristiwa berfokuskan masalah. Apabila peristiwa dipersembahkan, guru harus pastikan pelajar memahami masalah sebenar.

Terdapat beberapa pendekatan inkuiri yang mungkin boleh digunakan: ·

Semasa inkuiri berpandu, guru memberi data dan pelajar disoal untuk membantu mereka memperoleh jawapan, rumusan, generalisasi atau penyelesaian secara induktif

·

Pendekatan inkuiri tidak berpandu atau terbuka berkehendakkan pelajar bertanggungjawab untuk meneliti data, objek, atau peristiwa; penyiasatan biasanya dijalankan secara individu

·

Pendekatan inkuiri berpandu secara khusus dan inkuiri tidak berpandu akan melibatkan perbincangan dan sesi persoalan, perbincangan berpandu atau terkawal, pendekatan-pendekatan mengkaji, projek dan projek penyelidikan

Latihan (2)

Tugasan kelas adalah untuk membincang satu topik dalam bidang pengajaran anda. Bagaimana anda mengemukakan maklumat dengan menggunakan prinsip-prinsip pengajaran ekspositori agar pelajar boleh mengingat topik dengan mudah.

2.4 Rumusan Topik ini membincangkan tiga model pengajaran. Sekarang, mari kita merumuskan ciriciri utama dalam setiap model: · · · · Model ekspositori menegaskan bahawa orang memperoleh pengetahuan

melalui resepsi dan pembelajaran lisan yang bermakna Penyusun awal dicadangkan sebagai pernyataan pengenalan atau gambaran umum semua maklumat yang akan diajar. Penyusun awal memberi sokongan untuk maklumat baru Langkah-langkah dalam pengajaran ekspositori adalah: kemukakan penyusun awal, kemukakan kandungan dari segi persamaan dan perbezaan dengan menggunakan contoh-contoh dan menghubungkait kandungan kepada penyusun awal · · · · · Model pemerosesan maklumat memperlihatkan ingatan manusia sebagai menerima data, menyimpan data, mengeluar dan memodifikasikan data Ingatan deria menerima maklumat dan memindah ke ingatan jangka pendek Ingatan jangka pendek menyimpan maklumat seketika sahaja dan mempunyai kapasiti antara 5-9 unit maklumat baru selama 20 saat Ingatan jangka panjang merupakan stor maklumat kekal dan ia tidak mempunyai had dalam kapasitinya Model inkuiri ialah penemuan berpandu di mana langkah-langkah utama ialah mengenal pasti dan menjelaskan masalah, membentuk hipotesis, mengumpul data dan membuat rumusan · Proses inkuiri mengandungi proses membentuk masalah, menyiasat,

menganalisis, komunikasi dan mempertimbangkan sebelum membuat rumusan

atau mereflek masalah

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas Joyce, B & Weil, M. (1980). Models of Teaching. New Jersey: Prentice Hall BPG. (2002) Educational Resource Book Rujukan Slavin, R.E. (1991). Educational Psychology: Theory into Practice. New Jersey: Prentice Hall, Inc Travers,J.F. et al (1993). Educational Psychology: Effective Teaching, Effective Learning. Madison: WCB Brown & Benchmark Pub. Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

TOPIK 3

Pendekatan dan Strategi Pengajaran

Berhenti sejenak dan membuat refleksi tentang pendekatan, strategi-strategi, kaedah dan teknik yang digunakan untuk membantu anda memahami pengajaran semasa anda berada di sekolah. Adakah terdapat pendekatan, strategi-strategi, kaedah-kaedah dan teknik yang menarik minat anda dan mengapa?

3.1

Pendekatan dan Strategi Pengajaran

Terdapat banyak pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka. Beberapa daripada pendekatan dan strategi adalah berpusatkan pelajar manakala ada yang berpusatkan guru. Ada strategi yang induktif manakala ada pula yang deduktif. Mari kita sama-sama membincangkan pendekatan dan strategistrategi.tersebut :

3.1.1

Strategi Berpusatkan Guru

Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga bergantung termasuklah kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.

Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenalpasti sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyata beberapa ciri? Sekarang, mari kita melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini.

Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna untuk

menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, pengajaran fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan

konsep, perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan membezakan fakta daripada pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatan pengajaran eksplisit adalah berguna.

Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah

mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru akan dapat mengenal pasti ciri-ciri berikut: · · · · · ·

guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran; pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas; buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas; setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru; meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur; pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

Bolehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran harian anda. Adakah anda menggunakan pendekatan ini ? Sekarang, berhenti sejenak dan fikir.

Berhenti dan Berfikir

Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pendekatan berpusatkan guru?

3.1.2

Strategi berpusatkan pelajar

Apakah yang anda faham dengan strategi berpusatkan pelajar? Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Ada sedikit kecenderungan yang

terhadap

pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994).

Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat

menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk

memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit

tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif,mewujudkan

motivasi,memperkembangkan peribadi dan dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi. Ada pendapat menyatakan strategi ini tidak dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan yang memerlukan pemikiran tahap rendah.

Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan dan menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ?

Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalamanpengalaman yang bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.

Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar : · · · · · ·

Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas. Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil. Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru. Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara individu atau di dalam kumpulan Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.
(http://www.arts.nie.edu.sg/ell/PeterT/Personal/Teachercentred%20learning.html)

3.1.3

Strategi pengajaran berpusatkan bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang

belajar secara individu dapat belajar.

Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan

pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pita. Bahan yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, dis video interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks. Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir.

Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah : · · · · ·

membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat; membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk

dikemukakan; mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan; memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

Cuba buat renungan

Setelah membaca ketiga-tiga strategi pengajaran, cuba bezakan strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan pelajar.

3.1.4

Pendekatan Pengajaran Induktif

Dalam pendekatan ini, guru menyediakan banyak contoh yang mempunyai konsep dan peraturan yang sama. Walau bagaimana pun, peraturan konsep tidak dinyatakan secara eksplisit. Pelajar akan cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberikan pada akhir pelajaran. Melalui penyoalan, guru dapat mencungkil daripada pelajar atribut-atribut kritikal dan atribut-atribut bukan kritikal yang menjadi ciri penting dan tidak penting konsep tersebut.

Melalui latihan ini, pelajar seharusnya mula memahami konsep yang ada persamaan pada semua contoh-contoh yang diberikan. Dalam proses tersebut, guru menunjukkan contoh dan bukan contoh bagi konsep yang sama pada pelajar-pelajar. Dalam pendekatan jenis ini, pelajar-pelajar mesti mengkategorikan contoh-contoh dan bukan contoh-contoh (yang mana tidak menunjukkan ciri mustahak untuk peraturan konsep) dengan menerangkan mengapa contoh-contoh tersebut sepadan atau tidak dengan peraturan konsep yang mereka temui. Pelajar boleh (a) menyatakan perkaitan yang ditemui (dalam pengajaran berpandu) atau (b) menyatakan perkaitan yang mereka temui, dengan memberi peluang untuk mencari kelainan daripada kumpulan lain seperti mana yang diperlukan (seperti dalam pembelajaran tidak berpandu). Di bawah ini, diberikan contoh bagaimana pendekatan ini digunakan dalam bilik darjah. Pertamanya, guru menunjukkan contoh-contoh bentuk segi empat sama seperti meja atau lain-lain objek dalam bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dan boleh dijadikan sebagai bahan sokongan matematik. Selepas itu, pelajar dengan bimbingan guru akan mengenal pasti ciri yang boleh menunjukkan objek tersebut sebagai segi empat sama:(a) objek tersebut mempunyai empat sisi dan (b) kesemua sisi objek tersebut adalah sama ( contoh semua sisi berukuran 10 inci panjang atau 5 inci dll) Guru kemudian mencungkil atribut bukan kritikal sesebuah segi empat sama (iaitu bentuk bukan kritikal dan tidak penting selagi ia memenuhi ciri-ciri yang lain. Ini

bermakna ia boleh dalam bentuk 2 atau 3 dimensi; saiz dan berat tidak penting kepada peraturan konsep dan sebagainya).

Pada tahap ini, pelajar sepatutnya dapat mengenal pasti peraturan konsep yang ditunjukkan. Guru seterusnya menunjukkan contoh-contoh lain iaitu bentuk empat segi sama dan mencampurkan contoh-contoh tersebut dengan bentuk segi empat tepat (bukan contoh). Pelajar sepatutnya dapat menyatakan perbezaan bentuk-bentuk tersebut.

Sekiranya pelajar tidak menguasai apa yang diajar, guru seharusnya meminta pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya. (Rujukan: http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/deduct.html) 3.1.5 Pendekatan Pengajaran Deduktif

Dalam pendekatan pengajaran deduktif, guru memulakan pengajaran dengan memberi peraturan konsep atau pernyataan yang menunjukkan bukti peraturan konsep. Guru akan mencungkil daripada pelajar tentang atribut-atribut kritikal dan atribut-atribut bukan kritikal yang merupakan ciri penting dan tidak penting sesuatu konsep.

Guru kemudiannya akan menunjukkan contoh dan bukan contoh tentang konsep yang sama kepada pelajar. Pelajar mesti mengkategorikan contoh-contoh dan bukan contoh (yang tidak menunjukkan ciri penting peraturan konsep) dengan menerangkan mengapa ia sepadan atau sebaliknya dengan peraturan konsep yang dibincangkan. Mari kita gunakan contoh yang mudah untuk menunjukkan penggunaan kaedah pengajaran ini.

Dalam kaedah pengajaran ini, guru mengemukakan peraturan konsep dengan menyatakan sebuah empat segi sama sebagai suatu objek yang mempunyai sisi yang sama. Kemudian guru menunjukkan contoh-contoh objek empat segi sama yang terdapat dalam bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki atau yang dapat digunakan sebagai bahan sokongan matematik.

Dengan bimbingan guru, pelajar akan mengenal pasti akan ciri-ciri yang perlu ada pada (critical attributes)sesebuah objek berbentuk empat segi sama; iaitu (a) objek tersebut mempunyai empat segi sama; (b) keempat empat sisi objek adalah sama (ia itu semua mempunyai sisi berukuran 10 inci panjang,atau 5 inci, dsbnya)

Guru kemudian dapat mencungkil atribut bukan kritikal sesebuah bentuk empat segi sama (iaitu bentuk tidak kritikal atau tidak penting selagi ia dapat memenuhi ciri-ciri yang lain). Ini bermakna ia boleh berbentuk 2 atau 3 dimensi, saiz dan berat tidak penting kepada peraturan konsep dan sebagainya.

Dengan contoh yang diberikan, anda seharusnya dapat membezakan kaedah pengajaran deduktif dan induktif. Sila buat catatan perbezaan kedua-dua kaedah. 3.1 6 Pendekatan Pengajaran Eklektik

Pendekatan eklektik ialah kombinasi mana-mana satu kaedah pengajaran,seperti kombinasi pendekatan induktif dan deduktif. Dalam pengajaran bahasa asing, ramai guru menggunakan kombinasi kaedah langsung(direct) dan kaedah tidak langsung.

Sebagai contoh, dalam pengajaran tatabahasa, guru boleh menggunakan kaedah tatabahasa . Kaedah ini akan memudahkan guru tetapi pendekatannya adalah terlalu intelektual. Bagi pelajar yang sederhana, ini mungkin akan mematikan semangat

pelajar untuk mempelajari sesuatu bahasa dan memberinya peluang yang sedikit untuk menguasai penggunaan bahasa tersebut yang dianggapkan lebih berguna kepadanya. Pelajar tersebut tidak akan dapat pengertian sebenar tentang peraturan tatabahasa kecuali dia telah menguasai aspek lisannya.

Oleh yang demikian ada guru-guru yang elak daripada menggunakan kaedah tidak langsung bagi mengurangkan kandungan intelek dalam pengajaran mereka dan

memberi pelajar peluang untuk bertutur dalam bahasa yang diajar. Walau bagaimana pun kaedah langsung tidak dapat memberikan jumlah kontak pertuturan aktif

sebagaimana diperlukan oleh pelajar untuk mula berfikir dalam bahasa tersebut.

Seseorang yang mempelajari bahasa kedua perlu ada pengetahuan tentang tatabahasa sesuatu bahasa bagi meningkatkan perkembangan penguasaan lisannya.

(Sumber:http://www.aber.ac.uk/~mflwww/seclangacq/langteach8.html)
3.1.7 Pendekatan Tematik Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit daripada tema (Guillanme, 2000) Contoh-contoh tema untuk pelajar yang lebih muda ialah rumah dan untuk pelajar yang lebih dewasa pula temanya adalah penemuan-penemuan atau saling bergantungan . Konsep daripada pelbagai bahagian

dalam mata pelajaran wujud dan dikaitkan dengan penggunaan tema .Unit-unit tematik selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih beberapa perbincangan individu dan kumpulan kecil akan mewujudkan rasa kepunyaan dan kemasyarakatan apabila pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi dapatan mereka. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit tematik : (i) Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan minat pelajar. (ii) Membina jaringan perancangan: carta peta semantik Membuat sumbangsaran untuk membina

yang meneroka pelbagai contoh bagaimana timbulnya

tema tersebut.

Masa kini: Masyarakat Sepanjang sejarah

Masa silam

Manusia tinggal bersama
Teknologi maklumat membawa kesan kpd masyarakat.

Mengkaji contohcontoh dari hasilan sejarah yang diminati

Masyarakat

Bagaimana mereka berubah Keluarga berbeza
Sistem sokongan adalah berbeza

Masyarakat Biologikal Haiwan yang tinggal bersama

Contoh Perancangan Web (Ubahsuai daripada Guillaume, 2000: 30)

Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata pelajaran tradisional seperti matematik atau kajian sosial; ia seharusnya tidak terkongkong dengan pemikiran tertumpu secara tradisional. Membuat

jaringan bersama rakan akan menghasilkan pemikiran yang divergen. (iii) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak. Ini termasuk bahan-bahan untuk seni,sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-bahan teknologi dan bahan-bahan untuk masyarakat. (iv) Rancang aktiviti : Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajarpelajar ke arah pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pembelajaran mereka.

3.1.8

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri ialah kaedah pembelajaran individu yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipelajari. Ia dibentuk bagi membolehkan pelajar mencapai objektif pengajaran dan memberikan masa yang mencukupi untuk pelajar berbuat demikian. Model masteri memastikan kebanyakan pelajar akan mencapai tahap

penguasaan kerana tempoh masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar menerima pengajaran yang disasarkan, latihan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan yang tradisional serta pemulihan dan pengayaan secara individu. Bagaimanakah guru menjalani pengajaran menggunakan pendekatan masteri? Mulamula guru akan mendiagnosis kebolehan pelajar dan kemudiannya memberikan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Pembelajaran masteri yang dikembangkan oleh

Bloom ( Burden dan Byrd, 1976) memberi penekanan terhadap; (a) masa fleksibel yang distrukturkan dengan isi kandungannya, (b) pengajaran diagnostik/preskriptif dan (c) kejayaan menyempurnakan semua objektif oleh semua pelajar. Pengajaran yang sesuai dan masa adalah dua bahagian penting dalam pembelajaran masteri.

Selepas itu, guru yang menggunakan pembelajaran masteri akan menguruskan pengajaran tersebut dengan cara yang tepat, menyampaikan maklumat dan kemahiran mengikut pola, menentukan tahap peningkatan setiap pelajar, memaklumkan kepada pelajar tentang kemajuan mereka, membantu pelajar mengatasi masalah dengan cara membimbing dengan pengajaran tambahan atau latihan dan memberikan pengayaan tambahan kepada pelajar yang dapat menguasai bahan dengan tepat. Pembelajaran masteri memerlukan perancangan daripada guru yang luas dan teliti, pengurusan dan pengujian diagnostik. Tugasan dan aktiviti alternatif perlu disediakan atau dikembangkan oleh guru bagi memenuhi keperluan individu pelajar. 3.1.9 Kaedah Pengajaran Bersepadu program

Kaedah pengajaran bersepadu adalah satu cara untuk menguruskan

pengajaran agar mata pelajaran dan kemahiran yang terasing dalam kurikulum dapat dikaitkan antara satu sama lain. Mata pelajaran dan kemahiran diajar, diaplikasikan dan dengan baik dalam konteks beberapa aktiviti, projek atau tema yang dipilih. Kaedah pengajaran ini menjadikan topik pembelajaran sebagai pusat kesepaduan kurikulum bertujuan untuk mewujudkan kesepaduan dalam pengalaman persekolahan pelajar. Bentuk kurikulum bersepadu ini hampir sama dengan pengajaran unit. Kaedah ini mempunyai perkaitan yang kuat dengan kaedah inkuiri, berbentuk kendiri, mempunyai persekitaran pembelajaran yang kurang berstruktur dan berorientasikan penyelesaian masalah. Apabila guru bercadang untuk menggunakan kaedah kurikulum bersepadu, keseluruhan bilik darjah perlu dirancang selaras dengan falsafah yang menjadi asas kepada kaedah pengajaran ini.

Buat penyelidikan perpustakaan tentang pendekatan bersepadu. Buat catatan tentang tujuan kaedah pengajaran bersepadu.

Sekarang, bagaimanakah hasil penyelididkan perpustakaan anda ? Adakah anda dapat menyenaraikan beberapa tujuan utama kaedah pengajaran bersepadu? Bandingkan catatan anda dengan tujuan-tujuan kaedah pengajaran bersepadu berikut.

Tujuan kaedah pengajaran bersepadu: · · Mengajar pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang berdikari. Membantu pelajar untuk memahami dan menghargai sejauhmana pembelajaran sekolah saling berkaitan dan tidak diasingkan kepada mata pelajaran dan kemahiran tertentu. · · Menekankan proses pembelajaran bertentangan dengan isi kandungan dan kemahiran yang spesifik. Menggunakan nilai-nilai sosial dalam pembelajaran di mana pelajar digalakkan bekerjasama dengan orang lain. Jadi, apakah peranan guru dalam kaedah bersepadu ini? Peranan utama guru ialah untuk menentu dan menyediakan persekitaran di mana pelajar dapat menjalankan aktiviti pelajaran mengikut minat, keperluan, kebolehan, personaliti dan motivasi mereka. Persekitaran tersebut sepatutnya bebas daripada tekanan dan kondusif. Guru perlu merancang dan membimbing penerokaan pelajar tanpa menyekat inisiatif mereka. Guru perlu menyediakan pelbagai pilihan bahan pembelajaran dengan teliti untuk kegunaan pelajar, diguna untuk membina dan memanipulasi, diuji,diteroka dan difikirkan oleh pelajar. Untuk menggalakkan proses pembelajaran, guru perlu samasama menjadi pelajar.

Sebaliknya

peranan

pelajar

yang

terlibat

dalam

proses

pembelajaran

perlu

bertanggungjawab menggerakkan aktiviti untuk pembelajaran mereka. Pelajar juga perlu bekerjasama dan bekerja dalam suasana harmoni dengan pelajar-pelajar lain dalam aktiviti pembelajaran dan projek. Mereka dikehendaki bertanya apa sahaja soalan pilihan mereka dan mendapatkan apa jua sumber data.

Dalam pendekatan ini, sumber pengajaran perlu digunakan. Contoh pelbagai bahan pengajaran yang boleh digunakan ialah: · ·

bahan-bahan yang biasa digunakan: buku ,filem,gambar,peta dan sebagainya. bahan-bahan lain: motor elektrik, penanda besi, komputer, peralatan sains, kit pembinaan, artifek bersejarah, sumber-sumber seni alat muzik dan bahan audiovisual.

·

Apa saja yang membolehkan pelajar membina, meneroka dan memanipulasi boleh juga digunakan.

3.1.10

Pendekatan Infusi

Kurikulum infusi ialah pendekatan pendidikan yang menggunakan isu sebenar sebagai konteks bagi pengajaran kemahiran akademik dan pengetahuan. Ia juga dikenali sebagai kurikulum bersepadu.

Untuk membezakan kedua-duanya, mari kita lihat bagaimana proses infusi dan kesepaduan digunakan untuk program pendidikan mengatasi konflik, terutama di sekolah-sekolah di Amerika. Di sekolah-sekolah yang melaksanakan program mengatasi konflik, infusi dan kesepaduan biasanya digunakan apabila membincangkan kesepaduan kurikulum.

Infusi boleh dijelaskan sebagai pengajaran dan pemodelan bagi mengatasi konflik sepanjang budaya persekolahan seseorang. Dalam hal ini, infusi merupakan satu

matlamat jangka panjang yang melibatkan gambaran menyeluruh. Ramai guru berbuat demikian dengan mengajar dan memodelkan bahan seberapa yang boleh jika diberi kurikulum dan struktur bilik darjah terlebih dahulu. Matlamat mereka adalah untuk membantu sekolah menjalankan secara komprehensif ,sistematik dan terancang.

Kesepaduan pula digunakan untuk menjelaskan satu cara strategik menyepadukan mata pelajaran (isi kandungan) dan tema-tema. Ia membantu pelajar membuat

perkaitan antara disiplin. Kesepaduan dalam hal ini merupakan satu strategi yang kukuh dalam matlamat infusi.

Apakah jenis-jenis kesepaduan? Mari kita tumpukan kepada 5 jenis kesepaduan. Lima Jenis Kesepaduan · · ·

Kandungan/ Mata pelajaran Disiplin Selari

Asas pengetahuan yang nyata /unit kemahiran

menentukan masa pelajaran antara unit-unit mereka bentuk 2-3 disiplin yang membawa kepada

Disiplin yang pelbagai

pemusatan · · Antara-Disiplin Kesepaduan pusat pengurusan menggunakan semua disiplin. Isu-isu berpusatkan pelajar.

Sekolah boleh memulakannya dengan kesepaduan disiplin yang mudah dan seterusnya beralih kepada corak kesepaduan yang lebih lengkap dan kompleks kerana mempunyai masa, minat dan sumber. Infusi adalah matlamat jangka panjang untuk mengubah the ways things are di sekolah, ia perlu diserapkan dalam semua aspek kehidupan di sekolah. Walaupun kesepaduan memerlukan kerja yang banyak dan komitmen daripada guru dan pentadbir di sekolah. Ia adalah lebih lengkap dan lebih berpusatkan pelajar jika dibandingkan dengan penyerapan. Kedua-dua strategi adalah baik untuk digunakan di sekolah-sekolah bergantung kepada situasi dan keperluan dalam melaksanakan program mengatasi konflik.

Cuba renung..

Apakah perbezaan antara penyerapan dan kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi konflik ?

Kita telah pelajari pelbagai pendekatan pengajaran dan sekarang kita akan beralih pula kepada pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. Terdapat banyak teknik boleh digunakan untuk guru menyampaikan pengetahuan dan kemahiran secara berkesan. Sebagai guru, kita hendaklah tahu memilih teknik-teknik yang paling berkesan untuk menghasilkan satu pengajaran yang bermakna. 3.2 3.2.1 Kaedah dan Teknik Kaedah Koperatif

Apakah yang anda faham tentang pembelajaran koperatif? Ia merupakan satu strategi pengajaran yang berjaya dimana kumpulan-kumpulan kecil, terdiri daripada pelajar berlainan kebolehan menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan

kefahaman mereka tentang sesuatu mata pelajaran. Setiap ahli kumpulan adalah bertanggungjawab bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk membantu ahli-ahli kumpulan untuk belajar agar mewujudkan iklim kejayaan.

Mengapa guru menggunakan kaedah koperatif untuk mengajar? Peningkatan dalam pencapaian akademik, tingkahlaku dan kehadiran, keyakinan diri dan motivasi dan rasa suka terhadap sekolah dan rakan-rakan sedarjah adalah antara hasil penggunaan kaedah koperatif. Kaedah pembelajaran koperatif adalah agak mudah dan tidak mahal untuk dilaksanakannya.

Bagaimanakah kaedah koperatif dapat digunakan dalam pengajaran? Berikut adalah antara beberapa strategi yang boleh digunakan dalam mana-mana mata pelajaran, kumpulan tanpa menggunakan kurikulum khas: ·

Penyiasatan kumpulan dibentuk bagi menekankan kemahiran pemikiran aras tinggi, seperti menganalisis dan menilai. Pelajar akan bekerja untuk menghasilkan projek kumpulan yang menjadi pilihan mereka.

·

STAD (Student Teams-Achievement Divisions) digunakan dalam gred/tahun 2-12 Pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan akademik ditempatkan dalam kumpulan 4 atau 5 orang untuk belajar apa yang telah diajar oleh guru dan untuk membantu setiap ahli mencapai tahap pencapaian yang tertinggi. Pelajar kemudiannnya diuji secara individu. Kumpulan akan menerima sijil atau pengiktirafan lain berdasarkan kemajuan kesemua ahli kumpulan .

·

Jigsaw II digunakan bersama bahan naratif untuk tahun 3-12. Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk mempelajari sebahagian topik yang spesifik. Setelah berjumpa dengan ahli-ahli kumpulan lain yang juga pakar dalam bahagian yang sama, pakar-pakar ini akan kembali ke kumpulan untuk membentang dapatan mereka. Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyoal tentang kesemua topik.

3.2.2

Kaedah Kolaborasi Pembelajaran kolaborasi merupakan satu lagi

Apakah pembelajaran kolaborasi?

kaedah pembelajaran yang boleh membantu guru dan pelajar mencapai matlamat spesifik. Namun begitu, ramai guru tidak begitu faham apa yang dimaksudkan secara tepat pembelajaran kolabolatif. Aktiviti kolaboratif terdiri daripada kumpulan kecil pelajar bekerja bersama-sama dalam sesuatu waktu pengajaran sehinggalah kepada projek kumpulan semasa cuti semester,dengan variasi pelbagai antara kedua-ekstrim. Pembelajaran kolaboratif mempunyai andaian tertentu tentang apa itu pengajaran, pembelajaran dan bentuk pengetahuan. Yang paling utama ialah andaian bahawa pengetahuan diwujudkan melalui interaksi dan tidak dipindahkan oleh guru kepada pelajarnya. Oleh itu, secara logiknya aktiviti-aktiviti pengajaran dibina berdasarkan latar belakang pengetahuan yang ada pada pelajar, pengalaman dan kefahaman. Peranan guru ialah untuk mewujudkan konteks dimana pelajar dapat menghasilkan bahan sendiri melalui proses penemuan yang aktif. Pemikiran kritikal, pemahaman konseptual, pengekalan maklumat dalam jangka masa panjang dan kepuasan pelajar yang tinggi. Ia juga memberi peluang kepada pelajar pelajar di dalam bilik darjah yang besar untuk berinteraksi dalam kumpulan kecil dan ia juga menyediakan pelajar untuk menghadapi kehidupan sebenar.

Bagaimana ia dijalankan? Dalam bilik darjah kolaboratif, guru-guru menggalakkan pelajar untuk berinteraksi, berbincang, meneroka dan berfikir bersama-sama.

Kadangkala guru-guru kolaboratif juga mengajar. Walau bagaimanapun sebahagian besar masa di dalam bilik darjah digunakan untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti kumpulan kecil. Memudahcara penguasaan dan pencapaian pelajar adalah lebih penting daripada menghabiskan bahan pengajaran.

Kolaborasi juga dapat melibatkan sedikit variasi kaedah pengajaran yang lain. Salah satu contoh ialah syarahan yang diubahsuai, di mana pelajar dilibatkan secara aktif dalam menyelesaikan masalah semasa di dalam kelas dan memberi peluang untuk membimbing pelajar dalam penyelesaian masalah. Dalam kelas yang lebih besar , guru selalu menggunakan pembelajaran kolaboratif dengan meminta pelajar penyelesaian sesuatu masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berebincang cara menyelesaianya dengan seluruh kelas begitu juga dalam membuat demontrasi atau

ujikaji; ia adalah lebih berkesan atau efektif sekiranya pelajar diminta menceritakan atau mengaplikasikan apa yang telah dilihat satu dengar di dalam kumpulan. Ataupun setelah pelajar selesai membaca atau selesai menganalisa sesuatu konsep yang spesifik, guru boleh meminta mereka menerangkan bagaimana perubahan-perubahan dalam satu set pembolehubah akan mempengaruhi pembolehubah-pembolehubah yang lain. Sebagai contoh, Adakah teori perkembangan kognitif Piaget akan berbeza jika beliau mengkaji kanak-kanak dari budaya bukan Barat selain daripada anaknya sendiri? Malahan,

dalam bidang-bidang yang mempunyai konsensus sama, aktiviti-aktiviti jenis ini akan dapat membina keyakinan dan mengalih fokus daripada percubaan-percubaan algoritmik untuk mendapatkan jawaban kepada strategi dan heuristik yang penting dalam menyelesaikan masalah yang berkesan.

Apakah ciri-ciri umum kelas kolaboratif? Ia mempunyai empat ciri umum. Ciri pertama dan kedua berkaitan dengan menukar corak hubungan antara guru dan pelajar. Ciri yang ketiga adalah berkaitan dengan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran. Ciri keempat pula adalah berkaitan dengan komposisi bilik darjah kolaboratif.

a. Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan pelajar Metafora untuk bilik darjah kolaboratif ialah perkongsian maklumat. Guru mempunyai pengetahuan yang baik tentang isi kandungan, kemahiran dan pengajaran dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar. Walau bagaimanapun guru kolaboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati daripada pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan budaya yang dibawa oleh pelajar ke dalam situasi pembelajaran. b. Perkongsian kuasa antara guru dan pelajar Dalam kelas kolaboratif, guru berkongsi kuasa dengan pelajar-pelajar secara spesifik. Dalam kebanyakan bilik darjah tradisional, guru bertanggungjawab untuk menentukan matlamat, membentuk tugasan-tugasan pembelajaran dan menilai apa yang dipelajari.

Perbezaan antara guru-guru kolaboratif dan guru-guru tradisional ialah guru kolaboratif akan meminta pelajar menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja yang diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang dapat memenuhi minat dan

matlamat pelajar yang berbeza, dan menggalakkan pelajar untuk menilai apa yang dipelajari. Guru kolaboratif menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan sendiri, memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran mereka menghormati satu sama lain,dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi. Guru akan membantu pelajar mendengar pelbagai pendapat, menyokong pengetahuan dengan bukti, melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog yang terbuka dan bermakna. c. Guru sebagai Perantara Apabila pengetahuan dan kuasa dikongsi bersama antara guru dan pelajar, maka

peranan guru akan lebih menekankan pembelajaran perantaraan. Perantaraan yang berjaya dapat membantu pelajar untuk menghubungkan maklumat baru dengan pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang lain dapat membantu pelajar

mencari jalan penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Guru sebagai perantara akan menyesuaikan tahap maklumat dan sokongan bagi memaksimakan kebolehan untuk menjalankan tanggungjawab

untuk belajar. Ciri ini adalah merupakan ciri penting dalam kelas kolaboratif. d. Pengumpulan pelajar secara heterogen Perspektif, pengalaman dan latar belakang semua pelajar adalah penting untuk

memperkayakan pembelajaran dalam bilik darjah. Pembelajaran di luar bilik darjah memerlukan pemahaman pelbagai perspektif. Maka adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar melakukan ini dalam pelbagai konteks di sekolah. Dalam bilik darjah kolaboratif yang terlibat dengan kurikulum berfikir, setiap orang belajar daripada orang-orang lain, dan tidak ada pelajar yang seharusnya disekat peluang untuk

memberi sumbangan dan menghargai sumbangan orang lain.

Oleh itu, ciri yang penting di dalam bilik darjah kolaboratif ialah pelajar-pelajar tidak diasingkan mengikut kebolehan yang sepatutnya, pencapaian,minat atau ciri-ciri lain. Pengasingan melemahkan kolaborasi dan menghalang, dengan tidak memberikan

peluang kepada pelajar untuk belajar daripada rakan-rakan serta belajar bersama-sama mereka.

3.2.3

Kaedah Kelas dan keseluruhan kelas.

Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas sebagai pengajaran langsung didapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas

(http://www.teachernet.gov.uk ). Akan tetapi, untuk menggunakan potensi pengajaran secara keseluruhan, guru-guru perlu memastikan bahawa struktur pelajarannya dan perkembangan kandungan seharusnya jelas kepada pelajar.

Bagaimana ia boleh dilaksanakan? Mari kita mengemukakan setiap langkah dalam kaedah pengajaran secara keseluruhan kelas: Menstruktur Dan Menentukan Kadar Pengajaran Struktur pelajaran yang hendak diajar mestilah jelas supaya pelajar dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan mudah dan dapat pula mengaitkannya dengan apa yang mereka tahu.

Guru perlu memulakan pengajaran dengan membuat ulangkaji latihan tentang apa yang telah dipelajari pada pelajaran yang lepas. Contohnya, meneliti kerja rumah yang diberikan. Selain itu, mereka perlu menyatakan dengan jelas objektif pengajaran ( hari ini kita akan belajar tentang ..) atau menulisnya di papan hitam atau di atas carta flip.

Semasa pengajaran, guru perlu memberi penekanan kepada isi-isi penting supaya pelajar tidak hilang punca; guru perlu menunjukkan dengan jelas peralihan antara bahagian-bahagian pelajaran (topik baru atau latihan tajuk yang lepas).

Di akhir pengajaran,

guru-guru perlu membuat ringkasan atau lebih baik lagi dengan

meminta pelajar meringkaskan isi-isi penting sekali lagi.

Walau bagaimanapun, guru-guru perlu mengetahui bahawa pada tahap persekolahan yang lebih tinggi atau untuk isi kandungan yang lebih berat kadar kelajuan pengajaran perlulah dikurangkan.untuk memberikan masa kepada pelajar untuk

memperkembangkan kefahaman. Pengajaran yang berkadar laju adalah sangat sesuai untuk mengajar kemahiran asas diperingkat rendah dan untuk pelajar-pelajar yang lebih

muda, kerana guru dapat mengekalkan momentum dan minat pelajar serta dapat membolehkan banyak bahan diajar. Menyampaikan Maklumat Kepada Kelas

Untuk pengajaran jenis ini dijelaskan dengan jaya, guru-guru perlu menyampaikan maklumat secara jelas dan bersemangat dengan :

(a) memberi fokus pada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur;

(b) mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu pelajar mengekalkan dan memahami topik yang diajar;

(c) menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran hendaklah disampailkan dalam langkah-langkah kecil mengikut tahap pelajar dan

kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar ke langkah yang seterusnya;

(d) menjadikan penyampaian anda tentang sesuatu topik sejelas mungkin dengan menggunakan model yang sesuai seperti: ·

Model deduktif: mulakan dengan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan umum dan kemudian beralih kepada contoh-contoh yang lebih terperinci dan spesifik.

·

Model induktif: mulakan dengan contoh-contoh sebenar dan beralih kepada peraturan dan prinsip-prinsip am.

·

Format

bahagian-keseluruhan

(part-whole):

Perkenalkan

tajuk

dalam

bentuknya yang paling umum, kemudian bahagikannya kepada sub bahagian yang jelas dan dapat difahami.

·

Penyusunan secara berurutan: Mengajar kandungan atau peraturan dalam susunan kejadian sebenar (Contoh mengajar proses pembuatan besi hinggalah kepada hasil yang telah siap)

·

Hubungan bergabungan: menggabungkan pelbagai keputusan atau unsur yang mempengaruhi penggunaan peraturan, fakta atau urutan dalam satu format (Contoh; mengajar undang-undang dengan menggabungkan semua perkara yang mempengaruhi proses membuat undang-undang.

·

Hubungan

komparatif/perbandingan:

menempatkan

unsur-unsur/elemen-

elemen yang berlainan bersebelahan supaya pelajar dan membandingbezakan unsur-unsur tersebut (Contoh: membandingkan dua fahaman yang berbeza dalam mata pelajaran agama)

Teknik-teknik berikut akan membantu guru mengajar dengan lebih jelas menggunakan kaedah keseluruhan kelas. · Pemodelan: Apabila menyampaikan topik-topik tertentu ianya adalah baik untuk memodelkan atau menunjukkan sesuatu kemahiran atau prosedur kepada pelajar. Cara ini adalah lebih berkesan daripada menerangkan secara lisan terutamanya kepada pelajar yang lebih muda atau kepada pelajar yang lebih suka kepada stail pembelajaran visual. Tunjukkan tingkahlaku tersebut dengan melakukannya, kaitkan kepada kemahiran dan tingkah laku yang ada pada pelajar. Terangkan bahagianbahagian tingkahlaku yang berbeza dengan jelas,berstruktur dan mengikut urutan dengan menerangkan apa yang dibuat pada setiap langkah. Pelajar hanya perlu mengingat langkah-langkah yang diperhatikan dan menirunya. · Pemetaan konseptual: Ini ialah kerangka yang boleh diberikan kepada pelajar sebelum topik pengajaran disampaikan. Guru akan menyediakan gambarajah ringkasan dengan mengaitkan bahagian-bahagian topik yang berbeza dengan struktur yang sedia ada (skema). Ia dapat membantu pelajar menyimpan,pakej dan mengekalkan konsep dan menghubungkait pengajaran-pengajaran yang lain. Anda akan dapati cara ini berguna apabila mengajar topik-topik yang kompleks yang mengambil beberapa sesi pengajaran untuk dihabiskan.

Cuba renung a. b.

Fikir sejenak dan cuba bezakan antara kaedah koperatif dan kolaboratif. Dalam kaedah keseluruhan kelas, apakah di antara model yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu topik sejelas mungkin ?

3.2.4 Pengajaran Kumpulan. Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik pengajaran kumpulan. Pengajaran kumpulan menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran membantu pelajar menanggap apa yang penting, untuk mempelajari sesuatu prinsip dan mengaplikasikannya secara berkesan pada masa akan datang dalam pelbagai situasi. Dalam pengajaran kumpulan pelajar akan mengalami variasi situasi yang luas semasa pembelajaran sebenar. Pelajar juga akan dapat mengaitkan hubungan yang terdapat antara prinsip baru dan prinsip serta konsep yang telah dipelajari untuk menjadikan satu hubungkait yang bermakna.

Tiga alternatif asas mengumpulkan pelajar-pelajar ialah: pelajar boleh dikumpulkan mengikut kebolehan, minat dan kadar pencapaian. Perlu diingat bahawa pelajar boleh ditempatkan dalam kumpulan mengikut mata pelajaran dan kerja kumpulan yang berbeza.

3.2.4.1 Pengumpulan mengikut kebolehan.

Pengumpulan homogen merujuk kepada pengumpulan pelajar mengikut kebolehan mereka . Adalah dipercayai bahawa pelajar yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya ditempatkan di dalam kumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka yang maksimum jika mereka diberi cabaran dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama.

3.2.4.2 Pengumpulan mengikut minat.

Pengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri.

Biasanya, ia

berorientasikan projek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang mahu membuat kajian tentang pengangkutan dalam komuniti mereka dalam mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama. Pelajar-pelajar yang ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu boleh membentuk kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar yang berminat untuk sama-sama berbincang tentang sumber manusia boleh membentuk satu kumpulan yang lain.

3.2.4.3 Pengumpulan mengijkut kadar pencapaian

Biasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama. Sebagai contoh, kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut. Sebaliknya, kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan. 3.2.4.4 Mengurus pengajaran kumpulan.

Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya bergerak daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain untuk membimbing dan menyelia mereka sekiranya perlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan. Guru juga sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk memotivasikan pelajar berusaha

untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik boleh dipamerkan dalam kelas.

Cuba renungkan kembali.

Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajar digalakkan. Bolehkah anda senaraikan beberapa kelemahan pengajaran kumpulan? Bandingkan jawaban dengan rakan anda.

3.2.5

Pengajaran individu

Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia membawa makna yang berbeza kepada orang yang lain. Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat yang sama, tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pengajaran jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.

3.2.5.1 Jenis-jenis Pengajaran. Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masingmasing tetapi juga memilih (selalunya dengan bantuan guru) matlamat yang spesifik dan tugasan individu. Sebagai contoh, pelajar dan guru akan menentukan objektif pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif. Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab,memenuhi kehendak-kehendak tertentu, membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan.

Walau bagaimanapun, kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal, mengambil banyak masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. Perlu diingat bahawa latihan dan perkembangan manusia, sama ada dalam urusan perniagaan atau sekolah, adalah dicipta/dibuat untuk pelajar dan tidak untuk memudahkan guru.

3.2.6

Pemudahcara

Pemudahcara melibatkan pewujudan persekitaran dan aktiviti yang baik untuk menghubungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada, menyediakan peluang-peluang untuk kerja kolaboratif dan penyelesaian masalah dan menawarkan kepada pelajar pelbagai tugasan yang autentik. Ini melibatkan tumpuan kepada persekitaran fizikal. Sebagai contoh, guru-guru menyusun meja agar pelajar dapat

melihat satu sama lain, dengan itu dapat mewujudkan suasana yang dapat menggalakkan perbincangan. Guru juga mungkin mengalih mejanya dari hadapan kelas ke bahagian-bahagian lain dalam bilik darjah.

Untuk mewujudkan iklim yang positif guru perlu mewujudkan perasaan saling mempercayai yang dapat menyokong dan menggalakkan perasaan dihormati dan terbuka dalam perkongsian idea, pendapat, sikap dan tingkah laku. Iklim ini dapat diwujudkan dengan memberi peluang-peluang kepada pelajar bekerja dengan satu sama lain, menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan menerima ideaidea yang bernas dan isi-isi yang menarik dan bersifat terbuka, bertindak balas positif terhadap kritikan.

Guru juga boleh membentuk sumber-sumber dalam bilik darjah untuk menyediakan pelbagai genre dan perspektif, untuk mengguna dan membina daripada artifaks,

budaya dari rumah dan masyarakat pelajar dan untuk menguruskan pelbagai aktiviti pembelajaran. Dengan itu, kelas kolaboratif selalunya mempunyai pelbagai projek dan sudut-sudut aktiviti menggunakan objek-objek biasa bagi mewakili maklumat berkaitan nombor (numerical) dengan cara yang bermakna dan untuk menjalankan ujikaji yang dapat menyelesaikan masalah sebenar. Bilik darjah ini juga mempunyai pelbagai

variasi ,majalah, jurnal,surat khabar,pita audio dan video yang membolehkan pelajar mengalami dan menggunakan pelbagai media untuk menyampaikan pelbagai idea.

Sebagai contoh, dalam konferen video 1, ditunjukkan konsep penyiasatan sains menggunakan bahan-bahan seharian seperti kertas dan penyedut minuman yang terdapat disekeliling mereka.

Dari pengalaman anda sebagai guru, bagaimanakah anda dapat mewujudkan persekitaran pemudahcaraan yang kondusif? Pertamanya, pemudahcaraan dalam bilik

darjah kolaboratif melibatkan individu-individu. Pelajar ditempatkan dalam kumpulan heterogen dengan memberi peranan sebagai ketua kumpulan,penggalak, pencerita kembali, perekod dan jurucakap.(Rujuk kerja Elizabeth Cohen untuk keterangan lanjut). Guru kolaboratif juga bekerja untuk melibatkan ibu bapa dan ahli masyarakat. Sebagai contoh, sebuah pusat bengkel di New York menjemput ibu bapa datang dan mengalami proses pemikiran yang melibatkan ujikaji menggunakan objek-objek biasa untuk memberi pengalaman pembelajaran di rumah (konferens video 1) guru di Tucson melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam tugasan akademik yang dijalankan pelajar (Konferens video 3), pelajar-pelajar luar bandar melakukan kerja-kerja amal komuniti seperti menerbitkan surat khabar tempatan (konferens 5)

Cara lain guru menjalankan pembelajaran kolaboratif ialah untuk mewujudkan bilik darjah yang mempunyai struktur sosial yang pelbagai dan fleksibel untuk menggalak jenis tingkah laku bilik darjah yang difikirkan sesuai untuk komunikasi dan kolaborasi di kalangan pelajar-pelajar. Struktur ini adalah peraturan-peraturan dan standard tingkah laku, memenuhi beberapa fungsi dalam interaksi kumpulan dan mempengaruhi sikap kumpulan. Peraturan-peraturan bergantung pada konteks bilik darjah. Oleh itu, guru selalunya memperkembangkan secara kolaboratif dengan pelajar dan mengkaji semula atau menukarkannya seperti mana yang diperlukan. Contoh-contoh peraturan ialah memberi peluang untuk mengambil bahagian, menghargai komen-komen orang lain dan membahaskan idea-idea. Contoh fungsi-fungsi pengalaman ialah : bertanya untuk mendapatkan maklumat, menjelaskan, meringkaskan, menggalakkan dan melegakan tekanan. Untuk memudahcarakan interaksi kumpulan yang berkualiti tinggi, guru

mungkin perlu mengajar dan pelajar perlu berlatih peraturan-peraturan dan fungsi-fungsi untuk interaksi kumpulan.

Akhir sekali, guru memudahcara pembelajaran kolaboratif dengan mewujudkan tugasantugasan pembelajaran yang menggalakkan pelbagaian, tetapi matlamat pencapaian yang tinggi untuk semua pelajar. Tugasan-tugasan ini melibatkan pelajar dalam proses pemikiran tahap tinggi seperti membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang dapat dicapai secara kolaboratif. Tugasan-tugasan ini membolehkan pelajar membuat perkaitan dengan objek kejadian-kejadian dan situasi-situasi sebenar dan menimba pelbagai perspektif dan pengalaman darinya. Tugasan pembelajaran dapat

meningkatkan keyakinan pelajar dan juga mencabar.

Fikirkan

Jika anda baru dalam pemudahcaraan, cuba fikirkan prinsip-prinsip asas yang anda perlu tahu. Bagaimanakah anda memudahcara ?

Adakah anda berjaya menyenaraikan beberapa prinsip? Bandingkan nota yang akan dikongsi dengan anda. Saya percaya anda akan dapat menyenaraikan beberapa prinsip dengan betul. Prinsip-prinsip tersebut ialah : · · · · · · · Pemudahcaraan anda adalah berdasarkan pengalaman pelajar sendiri. Mengambil kira keperluan pembelajaran pelajar. Semasa memudahcara, guna situasi-situasi harian pelajar, rekabentuk semula konteks dalam mana pembelajaran dilaksanakan Aktiviti pembelajaran perlulah dipilih berdasarkan pengalaman sebenar pelajar. Gunakan bahasa dan istilah yang bermakna kepada pelajar. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran pelajar Mengambil kira hubungan dengan rakan sebaya dan fasilitator.

Secara ringkasnya fasilitator seharusnya melibatkan pelajar secara aktif dalam prosesproses yang boleh menggerakkan pembelajaran, menghabiskan kandungan yang bersesuaian dan mengaplikasikan kemahiran interpersonal yang baik. 3.2.7 Kaedah Perbincangan

Perbincangan adalah penting dalam semua disiplin kerana ia membantu pelajar memproses maklumat dan bukan sahaja menerimanya. Sesi perbincangan berbeza dengan syarahan dalam banyak cara. Dua perbezaan yang penting ialah pelajar akan menjadi lebih aktif dan terdapat lebih banyak hubungan peribadi. Akan tetapi perbincangan ialah satu aktiviti pengajaran yang boleh digunakan dalam semua bilik darjah dan disiplin. Pelajar boleh dan seharusnya bercakap dengan rakan dan guru sama ada di dalam bilik darjah yang besar,kecil dan sederhana. Perbincangan yang baik akan memberi peluang untuk membina prinsip-prinsip dengan perkataan sendiri dan

mencadangkan aplikasi prinsip-prinsip tersebut; perbincangan-perbincangan ini dapat membantu pelajar menyedari dan dapat mengenalpasti masalah masalah yang timbul dalam pembacaan dan syarahan; ia juga akan meningkatkan kepekaan pelajar kepada pandangan-pandangan lain dan penerangan alternatif (diubahsuai dengan kebenaran dari Unruh,1986) Untuk mengadakan satu sesi perbincangan, kita perlukan kemahiran-kemahiran yang lain berbandingkan syarahan. Tujuan sesuatu perbincangan adalah untuk mendapatkan pelajar bercakap secara sebagai seorang bertujuan tentang bahan kursus. Anda memoderasikan Peranan anda adalah dan bukan

fasilitator.

perbincangan

menyampaikan maklumat. Sekiranya anda ingin mengadakan sesuatu perbincangan, jangan hanya bercakap sepanjang sesi perbincangan dan jangan bersyarah kepada kumpulan atau bercakap kepada seoarang guru pada satu-satu masa. Anda perlu ingat bahawa perbincangan bukan sahaja komunikasi anda dengan pelajar anda, ia adalah merupakan peluang untuk pelajar anda berkongsi idea dan mengumpul sumber. Ramai guru yang terlepas pandang potensi ini dan mereka akhirnya cuba menjalankan keseluruhan perbualan itu sendiri. Perlu ingat bahawa pelajar tidak boleh bercakap selagi guru terus bercakap (Ubahsuai dengan persetujuan dari Ronkowski,1986). Mari kita lihat langkah-langkah yang diambil oleh guru semasa menjalankan sesi perbincangan dalam bilik darjah. Ini akan lebih jelas lagi kepada anda tentang bagaimana untuk menjalankan sesi perbincangan.

a. Persediaan Untuk Perbincangan Ada guru yang tidak memahami tentang persediaan yang perlu dalam perbincangan. Ramai guru mengandaikan yang kita boleh masuk ke bilik darjah dan memulakan perbincangan yang bermakna. Mereka beranggapan bahawa dengan adanya

kefahaman asas sesuatu pelajaran, mereka dapat bergantung kepada pelajar mereka untuk mengisi masa selama 40 atau 50 minit dengan soalan dan jawapan. Walau bagaimana pun, sesuatu perbincangan yang baik memerlukan peranan awal dan kajian semula isi kandungan.

b. Putuskan banyak mana masa diperlukan. Adakah anda mahu perbincangan ini diadakan pada masa rehat lima minit dalam syarahan? Dua minit pada permulaan pengajaran untuk memastikan mereka membaca tugasan yang diberi atau adakah anda akan menggunakan keseluruhan waktu

mengajar untuk pelajar memperkembangkan idea mereka? Kesemua di atas adalah sesuai, bergantung kepada matlamat perbincangan tersebut.

c. Tetapkan matlamat yang jelas untuk perbincangan. Mengetahui kandungan untuk diajar tidak mencukupi. Menamakan bab yang akan dibaca oleh pelajar juga tidak mencukupi. Sekiranya anda berfikir tahu saya mahu pelajar

anda belum lagi memikirkan dengan cukupnya apa yang perlu diajar. Anda

seharusnya dapat menyatakan dengan jelas apa yang dapat dilakukan oleh pelajar dengan matlumat atau idea. Sebagai contoh, dalam kelas falsafah dimana pelajar telah membaca satu bab tentang epistemologi atau teori pengetahuan anda mungkin mahukan pelajar anda membahaskan tentang epistemologi yang telah mereka baca. d. Timbulkan Permasalahan Untuk Perbincangan Tajuk

Merancang sesuatu perbincangan supaya menjadi lebih mudah sekiranya anda mempunyai matlamat yang jelas. Anda tahu apa yang anda mahukan pelajar dapat. Akan tetapi, itu tidak mencukupi: beberapa tahun lalu seorang guru di IU telah menceritakan bagaimana beliau meminta pelajarnya membincangkan isu-isu tentang prejudis, beliau memulakan perbincangan dengan berkata., Bincangkan prejudis . Tiada seorang pun pelajarnya bersuara. Beliau kemudiannya bertanya sama ada terdapat di kalangan pelajar yang pernah melihat prejudis berlaku. Seorang pelajar mengangkat tangan. Apabila beliau bertanya bagaimanakah situasi tersebut, pelajar itu menjawab teruk . Beliau mempunyai matlamat, tetapi bukan satu masalah atau aktiviti yang boleh melibatkan pelajar menyumbang idea-idea untuk mencapai matlamat. Bertentangan dengan perspektif di atas, Bincangkan Prejudis terdapat juga suatu masalah. Pernyataan

adalah terlalu luas dan terbuka. Bertanya tentang fakta-fakta

asas juga tidak membantu. Anda mungkin pernah mendengar seorang Profesor

memberikan satu set soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas dan kurang melibatkan pelajar. Soalan seperti : Soalan: Bilakah berlakunya peperangan Hasting? Jawapan: 1066

Ini tidak boleh dikatakan sebagai perbincangan. Oleh itu, berikan kepada pelajar anda permasalahan untuk diselesaikan, tugasan untuk disiapkan, penilaian yang perlu dicapai, dan keputusan yang di ambil atau satu senarai untuk direkacipta. f . Pilih satu aktiviti yang dapat mengatasi masalah .

Banyak aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam bilik darjah. Anda perlu memilih aktiviti yang membantu pelajar mencapai matlamat yang anda telah tetapkan untuk perbincangan. Semakin spesifik anda memberikan tugasan, semakin besar

kemungkinan pelajar anda akan berjaya melakukannya. Beberapa tugasan yang boleh diberikan adalah seperti berikut iaitu Think pair share , sumbang saran, kumpulan

buzz (berfikir secara berpasangan dan berkongsi), menganalisis kes , main peranan dan konferens media. Beberapa teknik ini dijelaskan dalam artikel laman web ini. g. Pilih satu kaedah pengumpulan Bentuk kumpulan mengikut saiz, kaedah pemilihan dan tempoh · Mengikut saiz: Dua hingga enam orang dalam satu kumpulan adalah ideal. Kumpulan yang lebih kecil (2 -3 orang) adalah lebih baik untuk tugasan yang mudah untuk mencapai persetujuan. Pelajar juga di dapati akan bercakap (mengeluarkan pendapat) dalam kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan lebih besar (4-5 orang) adalah lebih baik untuk tugasan-tugasan yang lebih kompleks dan memerlukan pencetusan idea yang banyak. · Mengikut pemilihan : Pemilihan ahli kumpulan secara rawak dapat mengatasi masalah pelajar yang mengelak dari membuat tugasan. Bagi kumpulan yang dibentuk untuk jangka masa lama, anda mungkin mahu membuat pemilihan berdasarkan sesuatu ciri atau kemahiran (contohnya; pakar statistik,

pengkhususan geologi dan seorang penulis) atau mengikut minat dalam tajuk sekiranya setiap kumpulan mempunyai tugasan berbeza. · Mengikut tempoh: Untuk aktiviti ini dan untuk sepanjang semester. Berhentikan perbincangan kumpulan semasa mereka mereka akan melipat gandakan usaha. sedang giat berbincang; lain kali, Kumpulan jangka masa panjang

memberi pelajar peluang untuk menggunakan kemahiran kolaboratif dan menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan ahli-ahli kumpulan. Akan tetapi, kadang kala mereka akan merasa bosan dengan satu sama lain. h. Pilih kaedah penyoalan.

Banyak teknik menggalakkan pelajar berkongsi hasil perbincangan kumpulan mereka: secara lisan, kertas/carta flip, papan hitam atau projecktor lutsinar membuat salinan dan sebagainya. Anda tidak perlu mendengar pembentangan dari semua kumpulan, memadai dengan memilih beberapa kumpulan secara rawak. Debriefing kepada pelajar merupakan bahagian terpenting dalam suatu perbincangan. Ini sesuai untuk meringkas dan membuat sintesis. Sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika perbincangan semasa debriefing. Jadi, gunakanlah hanya satu pertiga daripada perbincangan untuk debriefing. Anda boleh menggunakan debriefing untuk membetulkan fakta-fakta yang salah. Anda boleh menyumbangkan isi-isi yang penting yang telah ditinggalkan oleh pelajar. Anda boleh memilih seorang dari setiap kumpulan untuk membuat laporan. Anda seharusnya memaklumkan tentang perkara ini terlebih dahulu. Ini akan membuatkan setiap ahli dalam kumpulan merasa bertanggungjawab. Anda tidak perlu mendengar laporan dari setiap kumpulan tetapi pilih beberapa kumpulan secara rawak. Apabila idea dari kumpulan mula bertindih, anda perlu memberhentikan sesi laporan tersebut. i. Memudahcarakan Perbincangan.
·

Wujudkan iklim selamat supaya pelajar berasa selesa dengan satu sama lain dan selamat dari perasaan buruk sangka bagi menggalakkan penglibatan pelajar.

Tiada siapa mahu perkataan/percakapan mereka ditolak. Pelajar juga peka terhadap apa yang mereka fikir tentang apa yang kita mahu. (Contoh: adakah dia mahu berbincang atau bermonolog ? Adakah dia hendak mempertahankan pendapat dan berasa marah apabila seseorang tidak bersetuju dengan

pendapatnya?) Pelajar anda akan cuba membaca fikiran anda supaya mereka dapat memberikan tindakbalas yang sewajarnya. terhadap klu yang anda berikan kepada mereka.
·

Anda perlu bersikap peka

Wujudkan jangkaan penglibatan dengan menyusun bilik darjah sebegitu rupa bagi membolehkan pelajar melihat satu sama lain. Bentukkan cara-cara yang membolehkan pelajar berbincang pada awal semester. Sekiranya perbincangan merupakan sebahagian besar kursus, adalah tidak terlalu awal sekiranya ia dimulakan pada hari pertama.

·

Tetapkan jangkaan-jangkaan yang jelas. Berikan arahan-arahan yang jelas untuk aktiviti perbincangan. Terangkan bahawa peranan anda adalah sebagai fasilitator dan bukan penyampai maklumat. Pelajar perlu mengemukakan komen di antara mereka dan bukan kepada anda. Elak daripada menguasai sesi

perbincangan sebagai pakar. Sebagai contoh, apabila mereka merujuk kepakaran anda, cuba minta pandangan daripada mereka.

·

Berikan permasalahan untuk diselesaikan, tugasan untuk dibuat, atau peranan yang perlu dimainkan. Jangan hanya memberi topik dan berharapkan perbincangan akan berlaku.

·

Memantau perbincangan dengan mendengar dan memerhati. Pastikan pelajar faham tugasan yang diberi. Pelajar yang kurang memberi fokus kepada

tugasan perlu dibantu agar mereka mengalih perhatian melalui beberapa siri soalan-soalan untuk mendapatkan fokus . Elak daripada memberi jawapan kepada mereka.
·

Buat ringkasan perbincangan. Perbincangan yang kurang berhasil boleh diperbaiki dengan mengalih perbincangan dari sub-topik yang telah

dibincangkan secara mendalam kepada aspek lain dalam topik yang utama. Kita

perlu sentiasa membuat ringkasan dan sintesis pada akhir sesi perbincangan. Pada masa ini, anda boleh menambahkan isi-isi perbincangan disebut oleh pelajar. j. Masalah-masalah dengan perbincangan. Mengadakan perbincangan yang baik memerlukan guru mewujudkan konteks spontan dan bersistem agar seorang ketua bahagian yang baik dapat memberi peluang dan insentif kepada pelajar untuk meluahkan perasaan dan yang tidak

mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam suatu kuliah yang agak pasif (Segerstrale, 1982). Kunci utama untuk memudahcarakan perbincangan ialah untuk membimbing sesi perbincangan tanpa diperlihatkan. Berikut adalah antara

masalah-masalah yang dihadapi guru dalam mengadakan perbincangan yang berkaitan dengan masalah kawalan dan beberapa cara untuk mengatasinya (McKeachie, 1994).
·

Sekiranya anda tidak dapat memulakan perbincangan, anda perlu memberi perhatian yang lebih kepada topik yang dipilih; mungkin topiknya kurang luas atau pun anda mungkin tidak menggunakan kemahiran menyoal yang baik menyebabkan pelajar segan untuk mengambil bahagian

·

Sekiranya pelajar tidak gembira atau tidak boleh berbincang secara kumpulan, cuba tempatkan mereka dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menjawab soalan. Kemudian, minta beberapa kumpulan untuk melaporkan kesimpulan mereka kepada kelas. Anda juga boleh meminta pelajar menulis untuk satu atau dua minit,

kemudian adakan perbincangan. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berfikir tentang isu tersebut secara persendirian sebelum dibincangkan. Dengan ini, pelajar merasa penting untuk berkongsi idea-idea yang tercatat.
·

Sekiranya ada satu atau dua orang pelajar menguasai perbincangan, anda mungkin perlu mengambil salah satu pendekatan berikut. Sama ada anda boleh

menggunakan komen-komen mereka untuk dibincangkan bersama dalam kelas (Anda telah mengemukakan isi yang baik, mungkin ada yang ingin komen) atau pun menerima komen-komen tersebut serta berpeluang untuk dibincangkan dengan

lebih lanjut (idea-idea ini perlu diberikan lebih perhatian,mungkin kita boleh bincangkan selepas kelas)
·

Sekiranya perbincangan terhenti, cuba bertenang.

Ini bukan bererti anda telah

gagal. Ini mungkin bererti topik tersebut kehabisan idea atau pelajar perlu berhenti sebentar untuk mencerna apa yang mereka dengar. Sekiranya hentian tersebut terlalu kerap, anda perlu memberi perhatian kepada jenis-jenis topik yang dipilih. Biasanya tidak memadai dengan adanya topik, anda perlu sediakan soalan-soalan yang terbuka sebelum ke kelas. Anda juga secara tidak disedari menghentikan perbincangan apabila cuba mendominasikan perbincangan dan bukannya

memudahcarakannya. · Ramai guru tidak sabar menunggu jawapan selepas memberi soalan kerana bilik darjah yang senyap menimbulkan kerisauan yang tinggi pada guru. Kajian menunjukkan bahawa purata masa menunggu ialah 0.9 saat. Cuba kita kira secara perlahan sehingga 10 setelah mengemukakan soalan yang anda sendiri ingin

memberi respons. Pelajar juga tidak suka bilik darjah yang senyap. Apabila mereka merasa yakin yang anda akan memberikan mereka masa untuk memikirkan jawapan, mereka akan melibatkan diri dengan lebih bebas. ·

Sekiranya pelajar hanya bercakap dengan anda dan tidak bercakap dengan rakanrakannya, ini mungkin bermakna anda terlalu memberikan perhatian kepada pelajar yang bercakap. Anda boleh membantu pelajar bercakap sesama mereka dengan menggunakan gerak mata anda, iaitu dengan melihat pelajar lain dalam bilik darjah. Ini akan menggalakkan pelajar yang sedang bercakap berbuat demikian juga.

·

Sekiranya terdapat pelajar yang jarang atau tidak bercakap, cuba lihat sama ada mereka berasa malu, keliru atau tidak berminat. Perhatikan petanda-petanda yang menunjukkan mereka mungkin ingin bercakap ( Alan, anda nampaknya tidak begitu bersetuju dengan idea Dan. Apakah pendapat anda? ) Walau bagaimanapun

jangan memalukan seseorang pelajar semasa meminta mereka melibatkan diri. Anda mungkin perlu bercakap dengan pelajar tersebut untuk mengatakan kehendak anda sebelum atau selepas kelas.

·

Sekiranya anda kehabisan bahan sebelum selesai sesi pengajaran, minta pendapat pelajar tentang tajuk-tajuk yang diminati untuk dibincangkan. Kalau tidak, lepaskan mereka awal. Jangan biarkan mereka menunggu semata-mata hanya kerana waktu pengajaran belum habis.

·

Sekiranya timbul perbahasan tentang sesuatu isu, anda perlu memudahcara. Tugas utama anda ialah memastikan perdebatan tersebut berfokus kepada isu. Jangan biarkan ia menjadi terlalu peribadi dalam apa jua keadaan. Jangan lupa meminta bukti dan alasan, tetapi jangan mengejek/perli. (Diubah suai dengan kebenaran Middendorf dan Kalish,1994)

3.2.8 Tunjukcara atau Demonstrasi Cuba fikirkan sejenak tentang teknik ini bagaimanakah teknik tunjukcara berbeza dari syarahan? Perbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajar pelajar mendengar manakala tunjukcara pula memerlukan pelajar pelajar memerhati. Dalam proses tunjukcara, terdapat komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk

memerhatikan proses, ,maklumat atau idea. Biasanya ia adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif.

Tunjukcara membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi. Terdapat jenis tunjukcara semata-matanya, tunjukcara dengan komentar atau tunjukcara yang melibatkan pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru menunjuk cara sesuatu perlakuan atau aktiviti sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti tersebut secara individu. Untuk ramai pelajar, tunjuk cara menyediakan model atau contohcontoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan.

Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan tunjuk cara dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, membuat latihan tunjukcara, membina kerangka untuk mengadakan tunjukcara, memastikan semua pelajar dapat melihat tunjukcara, memperkenalkan

tunjukcara untuk mendapatkan perhatian, menyoal serta menggalakkan penyoalan dan merancang aktiviti susulan mengenai tunjukcara tersebut.

Cuba renung

Adakah anda fikir pengajaran topik Sains menyedia dan menguji ciri-ciri kandungan hidrogen paling baik diajar secara tunjukcara atau secara penerangan ? Sila berikan alasan anda :

3.2.9 Penyelesaian Masalah ( Theory of Constraint (TOC)) Theory of Constraint (TOC) boleh digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk membentuk sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan generik ialah untuk menterjemahkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional, menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. Ia digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi, kerjasama dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut.

TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Ketiga-tiga objektif itu menentukan: ·

Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa, dan diagnosis menentukan teras masalah atau konflik dan andaian-andaian yang

mengekalkannya. · Apa yang hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk mendapatkan apa yang diingini perkembangan penyelesaian. · Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik preskripsi, membuat keputusan dan

yang boleh menjelaskan apa yang perlu berlaku dan menyelaraskan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategi merancang, pembinaan pasukan.

Pada bila-bila masa masalah seseorang berdepan dengan masalah, penyelesaian biasanya berkaitan dengan satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di atas.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai TOC.

3.2.10 Simulasi Simulasi adalah situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal. Ini bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran tertentu. Dalam kebanyakan kes, keadaan terkawal menyerupai situasi sebenar.

Apakah kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu teknik mengajar dalam bilik darjah? Kelebihannya yang utama ialah pertama, pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat. Ini amat penting apabila melibatkan bahaya terhadap nyawa dan kesihatan. Kita boleh melihat kelebihan penggunaan alat simulasi dalam melatih juruterbang, dan model gigi yang digunakan semasa melatih doktor pergigian.

Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar. Kaedah ini berkesan apabila penyeliaan dalam situasi sebenar adalah mustahil. Contohnya penyelia tidak berupaya memberhentikan perkembangan sesuatu peristiwa untuk membuat analisis. Ketiga, dalam simulasi, pelajar boleh mencuba semula sekiranya percubaan pertama mereka gagal. Berdasarkan situasi kehidupan seharian, peristiwa yang berlaku dalam situasi yang sama tidak akan berulang.

Prinsip-Prinsip Melaksanakan Simulasi Dalam Bilik Darjah

1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas 2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pilih pelajar yang sesuai untuk berlakon 3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi

4. Pastikan pelajar memberi perhatian semasa simulasi 5. Adakan perbincangan dan rumusan selepas simulasi

Berhenti dahulu dan buat refleksi.

Simulasi memakan masa. Guru memerlukan masa yang lama dan persediaan yang rapi untuk mencari bahan yang diperlukan. Cuba gunakan teknik ini dalam beberapa sesi pengajaran anda. Kongsi pengalaman anda.

Apakah pengalaman anda menggunakan teknik simulasi? Adakah ia merupakan gambaran sebenar kehidupan bagi pelajar anda? Apakah pengajaran yang diperolehi daripada pengalaman tersebut? 3.2.11 Sesi Bercerita Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara yang pernah berlaku, sama ada khayalan, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca. Bagaimanakah kita melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan? Mari kita lihat langkah-langkahnya: (a) Persediaan sebelum sesi bercerita: i. Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita. ii. Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: · ·

Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka dan tangannya

· · ·

Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.

iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu · ·

diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.

(b) Semasa sesi bercerita:

i.

Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya.

ii. Pastikan pelajar menumpukan perhatian iii. Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka (c ) Selepas sesi bercerita:

i.

Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita

ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari. 3.2.12 Sosio-drama

Sosio drama adalah satu bentuk main-peranan atau penambahbaikan secara dramatik (dramatic improvisation). Aktiviti ini memberikan pelajar identiti baru yang sementara dalam situasi terpelihara. Ini memberi peluang pelajar melahirkan perasaan dan pemikiran yang sebenar. Teknik ini memberi peluang kepada pelajar menyuarakan pendapat yang bertentangan mengenai sesuatu isu.

Bagaimanakah ia dilaksanakan?

Sebarang situasi konflik, benar atau yang mungkin berlaku, boleh digunakan untuk teknik ini. Mulakan dengan aktiviti-aktiviti yang berstruktur. Jelaskan peranan setiap watak. Pada peringkat awal, pilih pelajar yang tidak bermasalah sebagai pelakon. Hentikan aktiviti ini apabila ia sudah tidak lagi memberikan faedah. Satu cara untuk menyeronokkan lagi aktiviti tersebut ialah dengan menambahkan watak-watak baru semasa aktiviti sedang berlangsung. Anda boleh juga membenarkan pelakon-pelakon menambah watak jika perlu, atau menukar watak yang sedang mereka lakonkan.

Setelah selesai sesi main-peranan, perbincangan dalam kumpulan besar atau kecil amat bermakna. Soalan-soalan yang dicadangkan ialah:

1. Apakah perasaan anda sebagai pelakon? 2. Bagaimanakah anda sebagai penonton mengubah lakonan ini? 3. Mungkinkah keadaan yang serupa wujud dalam kehidupan seharian? 4. Apakah pengajaran dari peristiwa atau situasi ini?

Sosio drama membolehkan kita melakonkan situasi kehidupan sebenar. Ia berhubung dengan perasaan dan sikap. Aktiviti ini menekankan kepentingan perasaan apabila dijalankan. 3.2.13 Projek

Apakah kaedah projek?

Projek ialah kajian mendalam tentang aspek kehidupan

sebenar yang sesuai dengan perhatian dan kebolehan kanak-kanak. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur boleh mengambil bahagian.

Kanak-kanak akan bermain dan meneroka serta melibatkan diri dalam projek. Hasil projek kanak-kanak yang lebih tua menjadi pelengkap kepada program pengajaran yang sistematik.

Apakah kepentingan menggunakan projek? Pertama, projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan cara ini, projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan di luar sekolah. Kedua, projek memberi peluang kanak-kanak yang lebih tua menjalankan kajian sendiri dalam sains dan kajian sosial serta membentangkan dapatan mereka dalam pelbagai cara. Ketiga, kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek. (a) Kriteria Pemilihan Topik Untuk Projek

Apabila memilih topik untuk satu-satu kriteria-kriteria berikut: · · · · · · · · · · · · · ·

projek, kita mesti memberi perhatian kepada

Adakah topik itu menarik kepada kanak-kanak? Adakah ianya topik mengenai kehidupan sebenar? Adakah kanak-kanak mempunyai pengalaman peribadi berkaitan dengan topik? Betapa mudahkah kajian lapangan dengan pengalaman hands-on terhadap kanak-kanak itu? Sejauh manakah mereka dapat merujuk kepada buku atau orang lain untuk mendapat maklumat? Siapakah orang luar yang boleh menceritakan pengalaman mereka tentang topik ini? Banyakkah soalan yang akan ditanya berhubung topik ini? Adakah kanak-kanak berpeluang menyiasat sendiri persoalan yang mereka timbulkan? Bolehkah mereka mendapat pelbagai bantuan untuk membentangkan dapatan kajian mereka? Wujudkah peluang kanak-kanak memegang peranan dalam main drama? Adakah terdapat binaan besar yang kanak-kanak akan bina dan bermain? Perlukah kanak-kanak mengira, mengukur dan membanding beza? Adakah bentuk, warna, tekstur dan saiz penting dalam kajian ini ? Apakah kepakaran yang boleh disumbangkan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut?

·

Bolehkah kajian lanjutan dibuat berhubung dengan projek ini?

Setelah membaca criteria di atas, anda akan dapat memilih topik yang baik untuk sebarang projek yang anda ingin melaksanakan pengajaran. Projek yang berjaya memberi peluang tersendiri kepada kanak-kanak untuk menunjukkan kefahaman mereka dalam pelbagai cara. Dalam melaksanakan projek, pelajar boleh melukis, mewarna, berbincang, melakonkan, menulis, mengumpul data, mengira, mengukur, meramal, membina model, melukis rajah dan graf, merekod pemerhatian, membaca untuk mendapat maklumat dan keseronokan, menyanyi dan bermain muzik.

Projek terdiri dari tiga fasa. Pelajar boleh membuktikan kefahaman mereka pada peringkat awal kajian, semasa kajian dilaksanakan dan semasa mebuat refleksi. Fasa 1. Pelajar mengingat semula pengalaman lepas berkaitan dengan peristiwaperistiwa, objek-objek dan orang lain. Fasa 2. Pelajar mendapat pengalaman baru melalui penyelidikan, melukis dan merekod dapatan berdasarkan pemerhatian, membina model-model, meneroka, meramal, membuat eksperimen dan mereka, bincang dan lakonkan. Projek dalam pelbagai peringkat dan berjangka masa lebih panjang dilaksanakan dalam fasa ini. Fasa 3. Pelajar menilai hasil kerja mereka, merumuskan dan mengolahnya semula untuk dibentangkan kepada pihak lain sebagai hasil kelas. Mereka juga melaksanakan lebih banyak kerja-kerja imaginatif untuk menghasilkan kerja yang lebih asli dan berbentuk personal.

Berhenti dahulu dan buat refleksi.

Berdasarkan pendekatan projek yang pernah anda jalankan, tentukan sama ada anda telah mematuhi fasa-fasa berbeza yang telah dicadangkan dalam model projek.

3.2.14 Lawatan Pendidikan atau Lawatan Luar Pernahkan anda merancang lawatan pendidikan ke tempat-tempat yang menarik bersama pelajar anda? Apakah rancangan anda sebelum, semasa dan selepas lawatan tersebut? Fikirkan apa yang telah anda lakukan. Sekarang, mari kita tumpukan

perhatian kepada cara merancang lawatan luar secara berkesan.

Lawatan luar merujuk kepada kaedah memberi pengalaman sebenar kepada pelajar. Ia beza dengan lawatan biasa di mana lawatan luar dibuat untuk satu lokasi sahaja.

Lawatan pendidikan yang terancang ini bertujuan untuk membuat pemerhatian secara terus. Dalam lawatan ini, kita perlu berhenti beberapa kali dan membuat pemerhatian. Ia boleh merangkumi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang lain seperti demonstrasi, perbincangan kumpulan, temuduga, kajian kes atau penghakiman. Perbincangan berikut boleh diaplikasikan kepada lawatan biasa atau lawatan lapangan. Ciri-ciri utama dan kebaikan lawatan luar adalah: · · · · · · · · ·

Ia dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat pendidikan yang jelas. Ia boleh disesuaikan dengan kemudahan dan peluang yang ada. Ia berkesan dalam mempengaruhi penggunaan pelbagai amalan pendidikan. Ia memerlukan perancangan yang rapi pengangkutan, sumber dan peralatan.

Ia memberi peluang menjelas, menilai dan mengesahkan maklumat yang sedia ada. Ia boleh meningkatkan dinamika kumpulan. Ia merupakan motivasi alternatif bagi pengajaran dalam bilik darjah. Ia memberikan pengalaman sebenar yang sukar ditiru dalam bilik darjah. Ia menggalakkan peserta-peserta mencuba idea-idea baru.

Apakah kelemahan merancang lawatan luar? Di antaranya ialah: · Kesukaran merancang disebabkan minat yang berbeza dan boleh menyebabkan peserta hilang minat jika perancangan tidak sesuai dengan apa yang mereka inginkan. · · Ia adalah sukar untuk merancang Banyak halangan boleh berlaku. Kita mudah hilang kawalan.

· · · ·

Rancangan terbaik mungkin terhalang oleh kos yang tinggi. Cuaca boleh menjadi faktor penghalang. Isu-isu keselamatan mengambil banyak masa dan tenaga. Satu atau dua peserta yang enggan bekerjasama turut menjadi faktor penghalang.

Apabila menggunakan kaedah ini, kita perlu mempunyai senarai semak untuk menilai lawatan tersebut. Tiga peringkat penilaian adalah: (a) Perancangan · · · · · · · Adakah keperluan peserta telah dikenal pasti? Adakah peserta melibatkan diri dalam proses merancang? Adakah matlamat dan objektif lawatan jelas dan berunsur pendidikan? Adakah laluan dan tempat-tempat berhenti ditunjukkan dengan jelas? Adakah masa yang cukup diberi untuk memikirkan pilihan dan merancang lawatan terbaik? Adakah perancangan lawatan dan peranan setiap peserta yang terlibat dicatatkan dengan jelas? Adakah penyata perbelanjaan disediakan?

(b) Persediaan · · · Adakah hubungan awal dibuat? Adakah pra-lawatan diperlukan? Adakah pengurusan dan kos pengangkutan memuaskan? Adakah peserta-peserta benar-benar faham tentang tujuan, atur cara lawatan and tanggung jawab mereka terhadap lawatan ini dan maklumat berkaitan dengannya? · · · · · · · Adakah pemandu lawatan disediakan? Adakah persetujuan bertulis diperolehi dari semua pihak? Adakah bekalan peralatan disahkan? Adakah pemandu lawatan mempunyai kepakaran? Adakah insurans telah diuruskan. Adakah isu-isu keselamatan diambil kira? Adakah publisiti yang dibuat sesuai?

( c) Implementasi · · · · · · · · · Adakah peserta tahu apa yang perlu dicari? Adakah bertanya soalan-soalan yang bermakna? Adakah arahan diberi untuk membuat pemerhatian yang berguna? Adakah peserta-peserta membuat pemerhatian tersebut? Adakah kumpulan peserta diurus dan diselia dengan baik semasa lawatan? Adakah peluang diberikan untuk pembelajaran yang aktif (latihan)? Adakah para peserta mencatat nota untuk rujukan masa akan datang? Adakah perbincangan kumpulan dijalankan pada masa-masa yang sesuai? Adakah kesimpulan dibuat selepas perbincangan? Adakah sikap yang berhemah dan penghargaan ditunjukkan kepada tuan rumah dan orang-orang sumber? Adakah teknik pembelajaran/pengajaran lain lebih berkesan daripada lawatan?

( d) Susulan · · · Adakah nota/surat penghargaan dihantar kepada tuan rumah? Adakah para peserta disoal di akhir lawatan luar untuk membuat rumusan? Adakah peserta terlibat dalam menilai lawatan luar tersebut?

3.2.15 Inkuiri-penemuan Inkuiri, seperti mana kaedah penemuan, membenarkan pelajar melibatkan diri dalam proses penemuan. Ini dilakukan dengan membolehkan mereka mendapatkan jawapan atau membuat kesimpulan daripada soalan-soalan atau permasalahan-permasalahan yang dikemukakan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini berbentuk induktif. Guru-guru membimbing pelajar semasa mereka

menemui makna-makna baru, mengamalkan kemahiran-kemahiran dan mengalami pengalaman yang mencorak pembelajaran mereka. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan agak kurang eksplisit daripada kaedah lain. Kaedah inkuiri adalah penemuan terbimbing. Salah satu kekuatan kaedah ini adalah kedua-dua kandungan pelajaran dan proses penyelidikan diajar secara serentak.

Pernahkah anda dengar tentang John Dewey?

Sebenarnya,langkah-langkah inkuiri

mematuhi model pemikiran reflektif John Dewey. Langkah-langkah itu merangkumi (i) mengenal pasti dan menjelaskan masalah, (ii) membentuk hipotesis, (iii) mengumpul data, (iv) menganalisa dan mentafsir data untuk menguji hipotesis dan (v) membuat kesimpulan. 3.2.16 Modul

Pengajaran menggunakan modul adalah satu pendekatan yang terbukti berkesan dalam proses pembelajaran pelajar. Pelajar diberi modul dan perlu membaca serta memahami konsep. Seterusnya pelajar akan melaksanakan aktiviti yang diberikan, di dalam atau di luar bilik darjah. Dia melakukannya mengikut kadar yang sesuai dengannya. Dia belajar secara persendirian mengikut gayanya yang tersendiri. Guru memudahcara

pembelajaran melalui perundingan. Kaedah ini disesuaikan dengan keupayaan pembelajaran pelajar, minatnya dan pengetahuan sedia ada pelajar tersebut. Modul pembelajaran kendiri ini adalah cara terbaik seorang guru membimbing pelajarnya meningkatkan kefahaman baru dan verifikasi konsep-konsep.

Kandungan modul yang diperlukan Ada penulis mungkin mencadangkan bahagian penting tertentu dalam modul yang mana kita tidak masukkan. Guru boleh mengubah suai sesuatu modul asalkan sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajarnya. Modul perlu mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Pendahuluan Ini memberikan gambaran apa yang akan dipelajari dari modul tersebut. Ia mungkin berbentuk rasional atau pengenalan. Perkara yang dinyatakan dalam bahagian ini termasuk kepentingan modul tersebut dan kaitannya dengan keadaan persekitaran. (b) Ujian pra

Ia mengandungi 10-item ujian aneka pilihan yang dikelolakan dan diperiksa sendiri. Ia bertujuan untuk disediakan. mengetahui kesediaan pelajar melaksanakan tugas yang telah

(c ) Objektif. Ini menyatakan apa yang pelajar boleh lakukan setelah selesai mempelajari modul itu. (d) Sumber Pembelajaran

Untuk mencapai objektif yang dinyatakan, satu senarai rujukan perlu disediakan. Contohnya buku, majalah, surat khabar dan lain-lain media pengajaran. (e) Aktiviti Pembelajaran atau Panduan Belajar Ini merujuk kepada aktiviti yang akan pelajar lakukan seperti menjalankan eksperimen, menyelesaikan masalah dan membuat pemerhatian di luar bilik darjah. (f) Aktiviti-Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pilihan disediakan untuk pelajar yang berminat mempelajari konsep-konsep dengan lebih mendalam atau untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tahap tinggi. (g) Latihan Penilaian-Kendiri

Ia diberi di akhir setiap aktiviti. Ia bertujuan memastikan objektif yang ditetapkan telah tercapai. (h) Ujian Pos

Ujian ini ditadbirkan selepas tugasan pembelajaran dalam modul dilaksanakan. Pelajar dibenarkan mempelajari modul seterusnya setelah memperolehi skor minima yang ditetapkan. Peranan Guru dalam Pengajaran Bermodul Apakah peranan guru semasa menggunakan pengajaran bermodul? Guru menjadi pemudahcara dan pelajar boleh meminta bantuannya sekiranya menghadapi kesulitan.

Guru perlu mahir dalam semua aspek topik tersebut supaya boleh membimbing pelajar yang mungkin berada pada tahap pembelajaran yang berbeza. Guru juga perlu membantu pelajar memeriksa ujian-kendiri pada akhir modul. Kemajuan pelajar boleh diketahui. Sekiranya mereka telah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki, mereka boleh segera meneruskan pembelajaran menggunakan modul berikutnya. Kebaikan mengguna pendekatan modul

Pernahkah anda menggunakan modul sebagai satu kaedah pengajaran di bilik darjah? Jika pernah, apakah kelebihan menggunakannya? Fikir dan bandingkan jawapan anda dan rakan anda. Kita akan bincangkan kelebihan-kelebihan penggunaan modul. Pertamanya, masa yang tidak digunakan untuk pengajaran boleh digunakan untuk membuat pemerhatian yang signifikan/penting terhadap tingkah laku pelajar ketika melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Keduanya, guru berperanan sebagai pemudahcara/fasilitator dan pembimbing, bukan sebagai penyampai maklumat dan akhirnya modul yang baik akan menjamin kelancaran urutan aktiviti dan penemuan faktor dan maklumat yang berjaya apabila selesai dibuat.

Apakah kelebihan dan kelemahan menggunakan modul dari perspektif pelajar? Modul ini adalah mengikut kadar kebolehan pelajar. Pelajar akan dapat menjadualkan pembelajarannya mengikut masa yang paling sesuai untuk dirinya. Selain itu, ia berbentuk arahan kendiri dan dengan itu pelajar akan dapat memilih mod pembelajarannya seperti menjalankan eksperimen sendirian atau dalam kumpulan. Dengan cara ini, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Di akhir modul terdapat penilaian kendiri di mana pelajar mendapat maklum balas tentang pencapaiannya. pembelajarannya. Ini akan memaklumkan pelajar tentang perkembangan

Kelemahan modul adalah ia digunakan untuk pengajaran berpusatkan individu. Oleh itu, interaksi pelajar dan guru adalah terhad. Ia lebih kepada interaksi sehala antara pelajar dan modul. Oleh kerana pelajar boleh memilih mod pengajaran sendiri, ia mungkin

memilih kaedah yang pasif. Maka perkembangan kemahiran manipulatif mungkin diabaikan.

Pelajar lembam mungkin membentuk perasaan tidak cekap atau rendah diri. Perkaraperkara ini mesti dipertimbangkan pada peringkat awal. Galakan perlu diberikan untuk memotivasikan pelajar supaya meneruskan tugasan mereka.

Sejauh manakah modul itu memberi kesan terhadap proses pembelajaran? Apakah pandangan penyelidik berhubung dengan keberkesanan modul-modul dalam

pembelajaran? Rata-rata mereka menunjukkan dapatan yang berbeza-beza.

Dari kaca mata pelajar, kelebihan kaedah ini adalah isi kandungan pelajaran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil, oleh itu ia mudah difahami. Ia

memudahkan ulangan bahagian-bahagian tertentu yang perlu dipelajari semula atau dinilai semula. Pendekatan modul membolehkan seluruh program pembelajaran disusun secara logik dan rapi berbanding mengguna kaedah pengajaran secara tradisional.

Berhenti sebentar dan buat refleksi.

Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan modul sebagai satu bentuk pengajaran. Berikan contoh-contoh.

Latihan (3)

Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran, guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Apakah sebabnya?

5.3

Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah dipelajari.

·

Beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran telah dibincangkan. Ini termasuk pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan

berpusatkan sumber. Kaedah pengajaran yang dibincangkan ialah kaedah induktif dan deduktif, kaedah eklektik dan bersepadu. Teknik-teknik pengajaran termasuk pengajaran secara individu dan berkumpulan, kaedah koperatif dan kolaboratif, perbincangan, tunjuk cara, penyelesaian masalah, simulasi, projek, lawatan luar dan penggunaan modul. · · · · · Strategi berpusatkan guru memerlukan guru menyampai dan mengarahkan pemikiran serta penyertaan pelajar dalam pembelajaran. Strategi berpusatkan pelajar merujuk kepada pelajar yang bertanggung jawab dan melibatkan diri dalam pembelajaran Strategi berpusatkan sumber memerlukan penggunaan lebih banyak bahanbahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru Pendekatan pengajaran induktif menggunakan contoh-contoh untuk

menjelaskan dan membuat generalisasi tentang peraturan konsep Pendekatan pengajaran deduktif bermula dengan memberikan peraturan konsep. · · · · Seterusnya contoh-contoh diberikan untuk membuktikan

peraturan/prinsip-prinsip Pendekatan pengajaran. Unit-unit bertema adalah berdasarkan tema Pembelajaran masteri menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang lebih kecil Kaedah pengajaran bersepadu menyelaraskan program pengajaran supaya pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dikaitkan antara satu sama lain. · · Pendekatan infusi menggunakan isu-isu dalam kehidupan harian sebagai konteks mengajar kemahiran dan pengetahuan akademik Kaedah koperatif merupakan strategi yang melibatkan kumpulan kecil bekerjasama semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran interdisiplin, aktiviti pembelajaran dirangka pengajaran eklektik adalah gabungan pelbagai kaedah

· · · · · · · · · ·

Pembelajaran kolaboratif bantu meningkatkan pembelajaran individu melalui proses kumpulan. Pelajar berinteraksi, berbincang dan meneroka bersama. Pengajaran kumpulan mementingkan interaksi sosial Pengajaran berpusatkan individu adalah pembelajaran berkadar kendiri Pemudahcaraan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelajar bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dan idea Perbincangan melibatkan perbualan antara guru dan pelajar atau antara pelajar dalam kumpulan kecil Tunjuk cara membolehkan pelajar membuat pemerhatian terhadap bahan konkrit dan bagaimana ia berfungsi Penyelesaian masalah digunakan untuk membina penyelesaian terhadap masalah dan untuk tujuan pemudahcaraan Pengajaran dalam kumpulan merangsangan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Simulasi membolehkan pelajar membuat latihan untuk menguasai kemahiran atau mempelajari sesuatu prinsip. Projek adalah kajian mendalam tentang topik dalam kehidupan sebenar

Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

Teks Bacaan Asas Burden, P.R. Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Rujukan Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational Inc. Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4 Merrill Prentice Hall.
th

Edition. New Jersey:

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page. Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division. Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.

http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/technks.html) http://www.teachernet.gov.uk/professionaldevelopment/opportunities/nqt/behaviourmanagement /wholeclassteaching/) http://www.toceducationalforall.com http://www.ed.gov/pubs/OR/ConsumerGuides/cooplear.html http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.html#group http://www.upd.edu.ph/~ismed/elink/ismed6.htm#intro

TOPIK 4

Merancang Untuk Mengajar

Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan untuk merancang dalam kehidupan anda. Contohnya, merancang untuk melanjutkan pelajaran anda atau merancang untuk bercuti. Ada juga pengalaman yang tidak memerlukan perancangan. Anda boleh membahagikan pengalaman anda ke dalam dua kategori iaitu merancang dengan baik dan kurang merancang dedngan baik. Apakah ciri-ciri biasa yang terdapat dalam pengalaman yang dirancang dengan baik?

Sekarang fikirkan mengenai kemahiran merancang. Adakah anda seorang yang suka merancang ? Adakah anda memikirkan tentang setiap langkah dalam sesuatu aktiviti? Apakah tugas yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru sebelum memberi arahan? 4.1 Merancang untuk mengajar

Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar disekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang produktif. Marilah kita melihat bagaimana guru merancang pengajarannya. Sebelum guru merancang, beliau patut ikuti prinsip merancang pengajaran: · · · · 4.1.1

Menentukan apa yang hendak diajar Merancang bagaimana hendak mengajar Mencari cara memudah cara pembelajaran Pengurusan pembelajaran. Menentukan apa yang hendak diajar.

Peringkat ini memberi tumpuan kepada matlamat umum dan idea untuk pengajaran. Secara umum, guru perlu memperkembangkan keperluan dan keutamaan pelajar.

Dalam menentukan apa yang diajar, guru seharusnya mengikut prinsip-prinsip seperti di bawah: · ·

Dapatkan pengetahuan yang mantap tentang syarat-syarat dan isi kandungan kurikulum. Rancang pengajaran berdasarkan pengetahuan dan kefahaman pelajar maklumat yang tepat mengenai pengetahuan pelajar tentang topik dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada pelajar.

· · ·

Menekankan sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada bagi menghubungkan dengan topik baru. Sediakan objektif pengajaran yang khusus bagi setiap pelajaran Mengharapkan satu standard yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Cuba renung

Adakah anda mengikuti prinsip di atas apabila anda merancang untuk mengajar ? Apakah prinsip-prinsip yang anda patut ikut apabila menyediakan untuk mengajar dalam bilik darjah?

4.1.2

Rancang bagaimana untuk mengajar.

Setelah anda membuat keputusan tentang apa yang hendak diajar, langkah seterusnya ialah merancang cara yang berkesan untuk mengajar isi kandungan yang dipilih. Ia berkaitan dengan perancangan prosedur pengajaran, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta cara untuk membolehkan pelajar mencapai objektif pengajaran. Antara garis panduan ialah: · · ·

Menyediakan ringkasan dan idea-idea penting dan konsep-konsep dimasukkan dalam pengajaran.

penting

Memilih strategi pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar dan syarat kurikulum Merancang segala pengajaran sebagai satu siri aktiviti berurutan secara terancang untuk mengekalkan minat dan perhatian.

· · · · · ·

Merancang pengalaman pembelajaran yang menarik dan mencabar bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif Merancang pengajaran yang membolehkan mereka melakukan pemindahan pembelajaran dalam situasi yang lain. Merancang tugasan yang digredkan mengikut kebolehan pelajar. Merancang jadual pemilihan yang membolehkan pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan mereka. Merancang pengajaran untuk memenuhi keperluan individu. Bersedia untuk sesuaikan perancangan yang tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

4.1.3

Mencari Cara Untuk Memudahcara Pembelajaran.

Apabila merancang prosedur pengajaran guru perlu memilih strategi dan kaedah yang boleh meningkatkan pembelajaran. Bolehkah anda fikir beberapa cara yang boleh

digunakan untuk membolehkan pelajar belajar dengan berkesan? Marilah kita membaca mengenai garis panduan untuk memudahcara pembelajaran. · · · ·

Merancang penggunaan alat bantu mengajar dan contoh untuk menerangkan dan mengajar mengikut isi kandungan Mereka bentuk prosedur untuk teknik dan strategi pengajaran yang membantu dalam kefahaman Merancang alternatif kaedah dan strategi pengajaran untuk membantu individu yang berbeza Merancang pelbagai motivasi ekstrinsik yang mengambilkira minat,nilai, sikap dan matlamat pelajar.

Fikirkan

Senaraikan cara-cara yang anda gunakan untuk memotivasikan pelajar anda?

4.1.4

Pengurusan pengajaran

Setelah selesai merancang di peringkat awal, bagaimana anda menggunakan pengajaran anda? Bolehkah anda senaraikan apa yang perlu anda lakukan? Sebagai guru, anda di perlukan untuk menyedia dan menguruskan bilik darjah serta sumber pengajaran yang dirancang dengan baik dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini melibatkan aspek amali dalam penyediaan bahan pengajaran dan pengurusan mutu kerja yang berkesan.

Pengurusan masa dalam bilik darjah oleh guru akan memainkan peranan dalam menentukan kecekapan pelajar .tanpa membuang masa dan penglibatan pelajar dalam pelajaran boleh dimaksimakan sekiranya aktiviti diuruskan dengan baik.

Semua bahan pengajaran disediakan sebelum pengajaran bermula. Sekiranya alat audio-visual digunakan, ia sepatutnya diperiksa sebelum pengajaran. Persediaan yang awal boleh memperlihatkan keberkesanan pengajaran. Ini adalah untuk menentukan aktiviti berjalan lancar.

Latihan

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru bincangkan prinsip-prinsip yang anda gunakan apabila anda merancang untuk mengajar. Beri contoh-contoh. Semak jawapan dengan rakanrakan anda

4.2 Rumusan

Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita membuat ringkasan isi penting dalam topik ini.: · ·

Perancangan adalah penentu utama apa yang diajar disekolah. Perancangan yang baik boleh mengakibatkan pengurusan masa yang berkesan dan penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai

·

Prinsip asas merancang adalah menentukan apa yang diajar, merancang bagaimana hendak mengajar, mencari cara untuk memudahcara pembelajaran dan mengurus pengajaran.

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas Arends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill. Cole,P.G. & Chan,L.K.S.(1987). Teaching Principles and Practice. New York: Prentice Hall Rujukan Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall. Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division. Mok, S.S. (2003). An Education Course for KPLI (Theme 2). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications. Richard I. Arends (1994). Learning to Teach. 3th Edition. N.Y:McGraw Hill http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.html#group

TOPIK 5

Merancang Untuk Pengajaran

Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda alami sepanjang hayat yang memerlukan perancangan. Adakah anda telah membuat perancangan yang baik ? Sila buat refleksi mengenai kemahiran merancang anda. Adakah anda merupakan seorang yang suka merancang?. Adakah anda fikir bahawa sikap anda terhadap perancangan boleh mempengaruhi pengajaran dan keperluan perancangan anda sebagaimana yang diperlukan oleh guru ? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk pengajaran. Ini termasuklah membuat analisis kurikulum, sukatan pelajaran, persediaan rancangan sepanjang tahun dan penggal serta rancangan mengajar. Kita juga akan membincangkan bagaimana guru membuat keputusan tentang apa yang hendak diajar berdasarkan kepada kurikulum, isi kandungan yang hendak diajar, skedul kerja dan persediaan mengajar. 5.1 Analisis Kurikulum

Apa yang patut dilakukan oleh guru bila merancang pengajaran? Salah satu tugasan perancangan yang penting untuk guru adalah untuk menganalisis kurikulum untuk mata pelajaran yang akan diajar. Semua kurikulum adalah dirancang oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan tugasan untuk guru ialah untuk menyalurkan isi kandungan yang terdapat di dalam kurikulum dalam masa yang diperuntukkan. Contohnya sukatan pelajaran Bahasa Malaysia telah menyenaraikan kemahiran yang hendak dicapai oleh pelajar untuk tahap satu dan tahap kedua di peringkat sekolah rendah. Objektif dan kemahiran yang hendak dicapai pada setiap tahap akan memberi kesan terhadap perancangan untuk mengajar dalam dua cara. Ia menyediakan suatu konteks kepada guru untuk mengetahui apa yang telah didedahkan kepada pelajar dan ini membolehkan guru tersebut membuat keputusan tentang apa yang hendak diajar dan juga apakah tahap-tahap yang sepatutnya guru mengajar. Objektif ini boleh

membantu guru mengetahui aras pencapaian yang sepatutnya diharapkan daripada pelajar dengan menunjukkan apa yang semua pelajar akan belajar dalam negara ini.

Apabila menganalisis sukatan pelajaran, guru dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan guru untuk setiap mata pelajaran. Buku panduan itu telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran menetapkan objektif untuk negara. Walau bagaimanapun sebahagian pelajar tidak

dapat mencapai semua pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Oleh itu sekolah yang terlibat perlu menganalisis kurikulum untuk membuat keputusan apakah terbaik untuk pelajar mereka. yang

Sila buat refleksi

Sila renungi sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang anda mengajar untuk tahap 1/ 2 KBSR. Apakah jenis soalan yang akan anda kemukakan dan sila jawab bersama rakan sejawat sebelum melaksanakan sukatan pelajaran di sekolah anda?

5.2

Rancangan Kerja

Perancangan sepanjang tahun yang teliti boleh membantu guru mengelakkannya daripada gagal menghabiskan sukatan pelajaran. Perancangan untuk menghabiskan semua topik yang ditentukan memerlukan guru untuk membuat keputusan apa yang sebenarnya penting untuk diajar, membuat keputusan mengenai keutamaan dan melibatkan diri dalam jumlah jam interaksi sebenar bagi sepanjang tahun. Oleh itu rancangan kerja mengandungi perancangan tahunan, mingguan, perancangan unit dan persediaan pengajaran. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan kerja?

Rancangan kerja ialah satu perancangan yang menentukan apa yang akan diajar untuk satu semester/ tahun dan dalam cara mana ia akan diajar. Rancangan kerja perlu berdasarkan kepada objektif yang ditentukan di dalam sukatan pelajaran untuk sepanjang tahun persekolahan.

Siapakah yang akan merancang rancangan kerja? Ia menjadi pengetahuan umum bahawa semua guru yang mengajar pada tahap tertentu bekerjasama untuk menyediakan rancangan kerja untuk tahun berkenaan. Dengan cara ini ujian bulanan

dan peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi bersama.

Merancang rancangan kerja perlu mengambil kira aspek berikut:· · · · ·

Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester. Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan. Urutan isi kandungan yang hendak diajar Aktiviti seperti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan yang diperlukan perlu dimasukan. Integrasi kesemua kemahiran

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa merancang rancangan seperti berikut:-

kerja adalah

(a)

Tentukan jumlah minggu mengajar untuk setiap semester dan darabkan dengan jumlah minit yang diperuntukkan untuk setiap minggu.

(b)

Terjemahkan sukatan pelajaran dan rujuk kepada buku panduan yang terdapat bersama buku sukatan pelajaran.

(c)

Dalam urutan isi kandungan yang hendak diajar, kriteria yang perlu diambil kira adalah tahap berkaitan dengan kesukaran belajar, jenis kemahiran yang perlu diajar, perkaitan antara unit-unit pembelajaran.

Ringkasnya, prosedur untuk merancang rancangan kerja sepanjang tahun adalah: ·

Penggunaan sukatan pelajaran, buku teks, buku lembaran kerja dan garis panduan yang terdapat di atas untuk dibahagikan kepada jumlah tema atau tajuk yang hendak diajar

· ·

Penggunaan inventori kemahiran, isi kandungan untuk setiap topik Buat keputusan terhadap urutan yang bersesuaian untuk mengemukakan tema tersebut

·

Membuat keputusan tentang jumlah masa yang anda gunakan dengan baik bagi setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira cuti umum dan cuti sekolah

5.3

Perancangan Unit

Perancangan unit ialah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan beberapa prinsip yang tersusun. Sukatan pelajaran KBSR dan buku panduan mengkhususkan jumlah topik yang sesuai untuk pelajar. Dalam perancangan sesuatu unit, topik umum dan topik-topik kecil didalamnya dikenal pasti. Pada asasnya, unit merupakan selonggok isi kandungan dan kemahiran yang berkaitan digabungkan bersama dalam cara yang logik. Perancangan unit berhubung kait dengan pelbagai matlamat, isi kandungan dan aktiviti yang difikirkan oleh guru. Ia menentukan kelancaran beberapa siri pengajaran sepanjang beberapa hari, minggu atau mungkin juga beberapa bulan.

Sebagai seorang guru, mengapa anda perlu ada perancangan unit? Ramai antara kita tidak boleh mengingati tentang urutan aktiviti untuk beberapa hari atau minggu. Kebiasaannya, kita perlu menulis rancangan unit dengan lebih terperinci. Perancangan unit berfungsi sebagai peta yang menghubungkan beberapa pengajaran dan memberi idea kepada guru, pelajar dan orang lain tentang perlaksanaan pengajaran itu.

Cuba renungkan apa yang anda tulis didalam perancangan unit. Adakah ia berhubung kait dengan pelbagai matlamat, isi kandungan dan pelbagai aktiviti yang anda akan mengajar? Ia sebenarnya menentukan perlaksanaan keseluruhan beberapa siri pengajaran selama beberapa hari, minggu dan juga beberapa bulan. 5.4 Persediaan Mengajar

Persediaan mengajar merujuk kepada struktur unit-unit pembelajaran yang sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kurikulum sekolah (apa pembelajaran yang harapkan daripada pelajar) selalunya distrukturkan dalam bentuk unit-unit. Unit itu boleh mempunyai tema atau sebaliknya, tetapi ia termasuklah beberapa topik yang bergabung dengan ciri yang sama. Unit ini, yang melibatkan kerja selama beberapa hari atau minggu boleh dibahagikan kepada persediaan mengajar

setiap hari. Persediaan mengajar ditulis oleh guru untuk membantu mereka menstruktur pembelajaran kepada mereka dan juga pelajar.

Banyak dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pelajar mendapat manafaat dan menghargai jika struktur pengajaran itu baik.

Semua pengajaran adalah berasaskan kurikulum; iaitu apakah pembelajaran yang diharapkan daripada pelajar. Adakalanya kurikulum mengambarkan hasil pembelajaran yang diharapkan seperti belajar untuk mengkaji sesuatu topik atau mempelajari konsep bahagi dalam matematik. Kadang kala kurikulum menggambarkan hasil pembelajaran yang berkaitan dengan hafalan maklumat seperti jadual sifir atau keadaan yang menyebabkan kawasan gurun terbentuk dalam Kajian Tempatan. Kadangkala hasil kurikulum adalah mengenai pembentukan dasar untuk membuat penilaian. Kadangkala hasil kurikulum berkaitan dengan mengaplikasikan pengetahuan seperti menulis esei atau membuat analisis dan menyelesaikan masalah atau menganalisis tentang hubungan antara ibubapa dengan sekolah.

Persediaan mengajar tidak ditulis untuk guru membacanya dalam bilik darjah. Ia digunakan untuk menstruktur pengajaran dan membantu dalam kelancaran dan penyampaian pengetahuan terutamanya apabila sesuatu telah berlaku untuk menarik perhatian orang lain termasuklah guru tersebut. Persediaan mengajar adalah satu proses pemikiran. Pada asasnya proses pemikiran ini boleh diselesaikan dalam empat bahagian.Pertama, tentukan kurikulum tersebut iaitu apa yang pelajar akan belajar, apa yang boleh mereka lakukan selepas sesuatu aktiviti atau lembaran kerja selesai. Kedua, tentukan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum bermulanya pelajaran yang boleh menuju kepada kurikulum baru hari tersebut. Ketiga, tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk membantu pelajar untuk belajar kurikulum baru itu. Keempat, tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai hasil pembelajaran pelajar.

5.4.1

Format Penulisan

Terdapat pelbagai jenis format yang boleh digunakan untuk menulis persediaan mengajar. Format yang paling berguna adalah mudah untuk diikuti dan berstruktur dengan baik. Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah semasa dalam bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru. Ia boleh diikuti dan digunakan dengan pantas oleh guru jika sekiranya terdapat gangguan. Berikut adalah salah satu jenis kerangka format untuk menulis persediaan mengajar:
Mata pelajaran : Kelas : Tarikh : Masa : Bil. Pelajar dalam kelas : Tajuk : Kemahiran : Pengetahuan sedia ada : Hasil pembelajaran : Nilai : Sumber pengajaran/pembelajaran : Langkah/tahap/ Masa (minit) Set induksi Langkah Penyampaian Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penilaian Penutup Isi kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran dan Catatan

Strategi Proses kajian masa depan

Nilai alam sekitar masa depan sumber pengajaran/pembelajar an kemahiran berfikir kajian Kajian

Catatan Refleksi:

Format Umum Satu Persediaan Mengajar

Bahagian pertama persediaan mengajar mengandungi maklumat umum tentang kelas: mata pelajaran, kelas, tarikh, masa, bilangan pelajar dalam kelas, topik dan kemahirankemahiran yang hendak diajar, berdasarkan sukatan pelajaran.

5.4.2 Pengetahuan Sedia ada

Pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan relevan, pengalaman atau pengetahuan di mana pelajar mesti tahu atau boleh lakukan supaya berjaya dalam pelajaran. Maklumat ini berguna untuk membantu guru menentukan tahap kesukaran hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan bahan sumber yang digunakan.

5.4.3 Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran adalah objektif-objektif pembelajaran tingkah laku yang

menghuraikan apa pelajar akan dapat melakukan setelah melalui pelajaran. Ia adalah suatu huraian hasil pembelajaran yang diharapkan dan merupakan asas untuk

pelajaran yang lain. Ia membekal kriteria untuk membina penilaian untuk pelajaran dan prosedur-prosedur pengajaran yang guru rekabentuk untuk melaksanakan pelajaran. Objektif tingkah laku menentukan kriteria untuk sebarang aktiviti penilaian yang akan digunakan dalam bilik darjah. Seperti yang kita tahu, tanpa objektif tingkah laku, adalah sukar untuk menentukan secara tepat sesuatu pelajaran dijangka tercapai. Objektif

tingkah laku merupakan fokus dalam sesuatu persediaan mengajar.

Untuk menulis objektif tingkah laku, anda perlu bermula dengan kefahaman tentang isi kandungan tertentu yang ada kaitan dengan objektif. Kefahaman tentang pelbagai cara untuk mempelajari isi kandungan patut dijadikan matlamat kepada guru dan pelajar. Ini bermaksud guru dan sesiapa sahaja yang menyediakan objektif sebagai sebahagian daripada persediaan mengajar atau dokumen kurikulum dan panduan perlu mempunyai pengetahuan yang lebih isi kandungan yang sesuai.

Menulis beberapa objektif yang terdapat dalam lingkungan isi kandungan yang tidak mempunyai ketekalan secara dalaman atau luaran dengan lingkungan isi kandungan adalah membuang. Walau bagaimanpun, tujuan ini bukanlah untuk menyelidiki bidang ketekalan kurikulum tetapi lebih kepada mengemukakan beberapa petunjuk untuk membantu guru baru menulis objektif yang lebih. Oleh, marilah kita mulakan.

Objektif tingkah laku mengandungi elemen seperti berikut: 1. Keadaan ( satu penyataan yang menerangkan tentang keadaan di mana tingkah laku itu berlaku)

Bahagian keadaan sesuatu objektif mengkhususkan sesuatu keadaan, arahan, bahan, arah dan lain-lain, yang diberikan kepada pelajar untuk memulakan tingkah laku. Semua tingkah laku yang berkaitan dengan hasil pembelajaran pelajar yang diharapkan boleh difahami dengan baik dalam konteks keadaan di mana tingkah laku itu berlaku atau ditunjukkan. Bahagian keadaan sesuatu objektif biasanya bermula dengan penyataan pengakuan yang mudah seperti berikut:

Atas permintaan pelajar ini akan........ ( ini bermaksud pelajar itu diberi permintaan secara lisan atau bertulis untuk melakukan sesuatu).

Diberi....... ( beberapa objek fizikal ) pelajar ini akan ( ini bermaksud pelajar ini sebenarnya diberi sesuatu seperti peta, beberapa masalah mengenai hasil darab, satu keratan penulisan sastera dan lain-lain yang mempunyai kaitan dengan perlakuan tingkah laku yang diharapkan).

Dalam dua contoh di atas, tidak disentuh tentang huraian mengenai pengajaran yang mendahului tingkah laku itu. Arahan yang menjurus kepada tingkah laku itu sepatutnya tidak dimasukkan dalam objektif sebenar. Arahan yang menjuruskan pelajar untuk mencapai sesuatu objektif adalah satu isu yang lain. Di sini kita hendak menumpukan perhatian dalam menghuraikan keadaan di mana tingkah laku yang diharapkan boleh berlaku. 2. Kata kerja Tingkah Laku ( perkataan perbuatan yang bermaksud tingkah laku pelajar yang boleh diperhatikan)

Semasa di sekolah rendah, kita belajar yang kata kerja ialah kata perbuatan. Dalam objektif tingkah laku, kata kerja adalah kata perbuatan tetapi ia adalah kata perbuatan yang istimewa. Kata kerja dalam objektif tingkah laku ialah kata perbuatan yang membawa maksud tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Sebagai contoh, walaupun kita sebagai guru berkehendakkan pelajar kita menghargai sesuatu atau yang lain adalah mustahil untuk kita melihat bila pelajar kita menghargai sesuatu . Memahami ialah suatu kata hikmat yang membawa maksud apa yang kita mahu pelajar kita lakukan tetapi kita tidak dapat melihat konsep memahami . Langkah terbaik yang boleh dilakukan ialah

membuat inferen yang pelajar itu menghargai atau memahami sesuatu berdasarkan apa yang pelajar itu lakukan atau berkata dalam situasi terkawal. Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja tingkah laku? Jawapannya adalah mudah. Kata kerja tingkah laku ialah satu perkataan yang bermaksud perbuatan yang boleh diperhatikan atau pembinaan sesuatu produk yang boleh diperhatikan. Kata kerja seperti mengenal pasti, nama dan keterangan adalah tingkah laku kerana anda boleh memerhatikan perlakuan atau mengenal pasti hasil tingkah laku, menamakan atau menerangkan. Beberapa kata kerja terkandung dalam frasa yang menjelaskan sesuatu maksud tingkah laku yang spesifik. 3. Kriteria ( penyataan yang menjelaskan perakuan tingkah laku sebaik mungkin yang ditunjukkan oleh pelajar )

Bahagian

kriteria

sesuatu

objektif

tingkah laku

ialah

penyataan

yang

menjelaskan perlakuan tingkah laku sebaik mungkin yang ditunjukkan oleh pelajar untuk memenuhi kehendak kata kerja tingkah laku. Biasanya kriteria diperjelaskan dalam nombor yang mudah termasuklah respon pelajar.

Sebagai contoh, sesuatu objektif mungkin terdapat dalam bentuk; dalam senarai 100 nombor yang disusun secara meningkat ( keadaan/conditions ) , pelajar boleh mengenal pasti (kata kerja) sekurang-kurangnya sembilan nombor perdana dalam (kriteria).

Adakah anda sedar yang objektif tidak menjelaskan secara khusus bilangan sembilan nombor yang mana, dan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sembilan nombor yang minima. Cara di mana pelajar mengenal pasti sembilan nombor utama yang minima tidak dinyatakan. Ini sebenarnya ditentukan dalam

penilaian. Pelajar boleh membulatkan nombor, menonjolkan, melukis garisan pada nombor tersebut dan sebagainya.

Ini juga bermaksud pelajar berkenaan dikira betul sekiranya ia berjaya mengenal pasti lebih daripada sembilan nombor yang betul tetapi tidak dinyatakan tentang butiran samada ia boleh diterima atau mengenal pasti sembilan nombor dengan betul dan satu atau lebih yang salah. Mengikut objektif, ia boleh diterima dengan membulatkan nombor-nombor dan masih juga memenuhi kehendak objektif itu: 2-3-5-7-11-13-17-19-23-24-26, sebab terdapat sembilan nombor betul, dan 2 ( 24-26) salah. Sekiranya pelajar itu mesti mengenal pasti hanya nombor utama, objektif itu perlu diubahsuai untuk memenuhi syarat tersebut. Sebagai kesimpulan, penulisan objektif tingkah laku yang baik adalah intipati sesuatu persediaan mengajar. Jika objektif yang anda buat adalah sukar dan kabur, adalah mustahil untuk dinilai keseluruhan persediaan mengajar yang anda hasilkan berdasarkan objektif yang kurang tepat. Sebelum anda mula menulis sesuatu objektif, peruntukan sedikit masa untuk memikir tentang apa yang anda sedang terangkan dan pastikan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan.

Setiap kali anda menulis objektif tingkah laku, tanya diri anda soalan ini. Adakah objektif ini jelas dan menerangkan hasil pembelajaran yang dikehendaki? . Sekiranya anda boleh mencari kelemahan dalam memenuhi syarat objektif tersebut, objektif itu perlu ditulis semula. Belajar untuk menulis objektif tingkah laku yang menghuraikan apa yang anda hendak dan ini memerlukan kesabaran dan amalan. Pastikan anda mendapat sebanyak mungkin maklum balas tentang usaha anda.

5.4.2

Kemahiran Berfikir

Dalam bahagian ini kita akan menghuraikan dengan ringkas kemahiran berfikir yang digunakan dalam pengajaran. Sebagai contoh, pelajar mungkin perlu menggunakan kemahiran berfikir melalui satu pengurusan grafik untuk menjelaskan kebaikan dan kelemahan antara pengangkutan udara dengan pengangkutan darat sebagai dua jenis pengangkutan.

5.4.3

Nilai

Nyatakan nilai itu samada secara implisit dan eksplisit yang anda harap pelajar boleh mencapainya diakhir sesi pengajaran. Berikan satu huraian yang ringkas bagaimana anda boleh membuat pemerhatian mengenai nilai semasa melakukan kerja ketika pengajaran anda. Jika kebersihan adalah nilai yang anda ingin terapkan di kalangan pelajar, pastikan anda menyebutnya dalam pengajaran tersebut di mana pelajar anda perlu membersihkan sudut pembelajaran mereka. 5.4.4 Sumber Pengajaran Pembelajaran

Dalam bahagian persediaan mengajar ini, anda perlu senaraikan semua bahan dan peralatan yang akan digunakan oleh guru dan pelajar serta bagaimana

menggunakannya. 5.4.5 Penyampaian

Bahagian kedua persediaan mengajar ialah penyampaian yang mengandungi dua bahagian: set induksi dan aktiviti pengajaran pembelajaran.

Set induksi adalah bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tujuan utama set induksi ialah untuk mengalakkan pelajar untuk memebri penumpuan terhadap pembelajaran topik yang baru, untuk menarik minat dan perhatian mereka terhadap penyampaian berikutnya. Biasanya masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah pendek dan jarang mengambil masa lebih daripada lima minit.

Berhenti seketika dan buat renungan

Pernahkah anda menggunakan set induksi sepanjang pengalaman mengajar anda? Berikan beberapa contoh set induksi yang pernah anda laksanakan. Apakah kesannya terhadap pelajaran anda?

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah bahagian penting dalam sesuatu persediaan mengajar. Dalam bahagian persediaan mengajar ini, isi kandungan

pengajaran itu disusun dengan teliti kepada beberapa langkah yang berurutan berdasarkan kepada pelbagai prinsip pedagogi. Ia mengandungi huraian tentang apa yang anda akan lakukan semasa pengajaran. Ia termasuklah huraian tentang bagaimana anda ingin memperkenalkan pengajaran kepada pelajar, apa sebenarnya teknik pengajaran yang akan anda gunakan dan bagaimana menamatkan sesi pengajaran tersebut. Masukkan beberapa perkara spesifik yang sebenarnya pelajar

akan lakukan. Dalam kebanyakan kes, anda akan menyediakan ringkasan untuk pelajar. Dalam bahagian persediaan mengajar ini, anda perlu senaraikan semua bahan dan peralatan yang akan digunakan oleh guru dan pelajar serta bagaimana ia boleh digunakan. Anda juga perlu menghuraikan bagaimana anda boleh menentukan sejauhmana pelajar telah mencapai objektif pengajaran. Pastikan yang latihan penilaian dihubungkan secara terus dengan tingkah laku objektif pengajaran diperingkat permulaan persediaan mengajar tersebut.

Sebagai kesimpulan, tentukan bagaimana lain-lain aktiviti/bahan akan digunakan untuk mengukuhkan dan menambahkan pengajaran ini. Anda mungkin hendak memasukkan kerja rumah, tugasan dan projek.

Catatan reflektif perlu ditulis selepas sesuatu pengajaran. Anda harus beri perhatian terhadap komponen utama persediaan mengajar, memberi perhatian terhadap kekuatan dan bahagian yang perlu dibaiki. Tentukan di sini bagaimana anda rancang untuk mendapatkan maklumat yang boleh digunakan untuk perancangan akan datang. Idea yang baik adalah untuk menganalisis perbezaan antara apa yang anda kehendaki (objektif) dan apa yang telah dicapai ( keputusan penilaian). Ringkasnya, guru yang berjaya sebenarnya adalah seorang perancang dan pemikir yang baik. Mereka tidak memperolehinya dengan mudah. Jalan menuju kejayaan memerlukan komitmen dan amalan terutamanya kemahiran yang melibatkan rancangan pengajaran, pelbagai aktiviti dan pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah. Merancang pengajaran adalah satu kemahiran asas yang mesti diperkembangkan oleh guru walaupun implementasi kemahiran ini dalam pengajaran sebenar mengambil masa yang agak lama.

Latihan (4)

1.

2.
5.5

Sila tulis lima objektif tingkah laku tentang sesuatu topik daripada mata pelajaran major anda. Adakah ia memenuhi tiga elemen yang dibincangkan di atas? Bincangkan kepentingan persediaan mengajar.

Rumusan

Anda telah sampai ke bahagian akhir topik ini. Marilah kita mengingati apa yang anda telah pelajari: ·

Perancangan dan membuat keputusan tentang pengajaran adalah antara aspek paling penting tentang pengajaran kerana ia adalah penentu utama apa yang perlu diajar di sekolah dan bagaimana ia dilaksanakan.

· ·

Rancangan kerja ialah satu rancangan yang menunjukkan apa yang akan diajar untuk satu semester/tahun dan bagaimana urutannya. Suatu perancangan unit adalah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan beberapa prinsip yang tersusun. Ia meliputi selonggok pengajaran yang meliputi beberapa hari dan minggu. Satu perancangan unit mengandungi keseluruhan objektif untuk unit tersebut, isi kandungan utama untuk diselesaikan, tugasan dan penilaian.

·

Persediaan mengajar merujuk kepada unit pembelajaran yang berstruktur secara sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan yang relevan pengalaman atau pengetahuan yang pelajar telah tahu atau boleh melakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pengajaran.

· · · ·

Hasil pembelajaran adalah objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa yang pelajar boleh buat selepas selesai pengajaran. Set induksi ialah bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah Aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan penyampaian utama bahagian sesuatu persediaan mengajar. Kesimpulannya, aktiviti/bahan akan digunakan untuk mengukuh dan melanjutkan pengajaran.

·

Catatan refleksi perlu ditulis selepas selesai sesuatu pengajaran dan memberi penekanan terhadap kekuatan serta bahagian yang perlu diperbaiki.

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Teks Bacaan Asas Arends,R.I. (1994). Learning to Teach. 3th Edition. N.Y:McGraw Hill Rujukan Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Cole,P.G. & Chan,L.K.S. (1987). Teaching Principles and Practice. New York: Prentice Hall Inc. Edmund T. Emmar (1994). Classroom Management for Secondary School. 3th Edition. N.J: Allyn & Bacon Graham Pike & David Selby (1988). Global Teacher. London: Hodder & Stoughton Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall. Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division. Mok, S.S. (2003). An Education Course for KPLI (Theme 2). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.html#group

Setakat itu sahaja, selamat maju jaya..

Tamat ,bye

You're Reading a Free Preview

ダウンロード
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->