You are on page 1of 3

PERIBAHASA

1. Definisi: susunan kata yang pendek, membawa makna yang luas, ada kebenaran, sedap
didengar, bijak perkataan (Za’ba)
2. JENIS-JENIS PERIBAHASA:
2.1 PERUMPAMAAN
- Sesuatu maksud dibandingkan dengan perkara atau kejadian lain. Tergolong dalam
peribahasa berlapis, mengandungi makna tersurat dan tersirat.
- Dua bentuk: a) perbandingan terang-terangan (laksana, macam, seperti, umpama)
Contoh: bagai tikus jatuh ke beras,
Ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang
Laksana katak diharung ular
Seperti katak di bawah tempurung
Umpama cincin dengan permata.
b) perbandingan tidak terang-terangan
Contoh:diberi betis hendak paha
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Gunting dalam lipatan
Sehati selembar benang, lama-lama menjadi kain
2.2 PEPATAH
Peribahasa yang bererti selapis, bersifat bernas, memberatkan sifat ringkas dan bijak
susunan katanya- Za’ba.
Pepatah berasal darpada patah-patah perkataan, hamper sama dengan bidalan, beza –
bidalan mengandungi pengajaran, pepatah – tidak berisi pengajaran.
Pepatah berasal daripada pusaka adat resam, berfungsi sebagai pedoman.
Contoh: air beriak tanda tak dalam Malu bertanya sesat jalan
Alah bias tegal biasa Takut kerana salah, berani kerana benar
Indah khabar dari rupa Ukur baju di badan sendiri

2.3 BIDALAN
Tergolong peribahasa bersifat selapis
Mengandungi nasihat, ditandai dengan kata-kata biar, ingat,jangan
Contoh: biar lambat asalkan selamat; tak kan lari gunung dikejar
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
2 bahagian: a)menyatakan maksud
b) menyatakan pematah
contoh: buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna.
Mengandungi penyataan pad awalnya, diikuti oleh pelengkap kemudiannya
Contoh: biar mati anak, jangan mati adat
Kerbau dipegang pada telinganya, manusia dipegang pada janjinya
Contoh bidalan lain:
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga
Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

2.4 KATA-KATA HIKMAT


Diungkapkan oleh orang bijaksana, befungsi sebagai panduan hidup dan menjadi
percakapan umum.
Contoh: semakin banyak kita belajar semakin banyak kita mengenal kebodohan kita
Jangan buat sesuatu yang kamu sendiri tidak suka dilakukan kepada kamu
Jangan dipandang orang yang berkata, pandang apa yang dikata
Bertangguh itu pencuri masa
Hidup bahasa hiduplah bangsa
Bersatu teguh bercerai roboh

2.5 SIMPULAN BAHASA


Rangkaian kata yang telah tetap tersimpul dengan susunan kata yang khas
Bentuknya ringkas, kebanyakannya dua patah kata.
Mempunyai makna berlapis, makna tersirat, berlainan daripada makna tersurat
Za’ba – simpulan bahasa terhasil daripada 4 perkara:
a) Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur; contoh: Abu Jahal, Abu Nawas,
Mat Jenin, Lebai Malang dll
b) Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling, contoh: jelatang kampung, lipas kudung,
telinga lintah, mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dll
c) Kepercayaan orang ramai,contoh: buruk siku,dimakan bulan, harimau berantai dll
d) Kebiasaan atau resaman bahasa, contoh: tiga suku, hentam keromo, gila bahasa, dll

2.6 PERBILANGAN
Struktur hampir serupa bidalan / pepatah, perbilangan disusun berangkap-rangkap spt puisi
Perbilangan terdiri dua baris atau lebih, disebut satu demi satu.
Menitikberatkan isi, tentang adat istiadat, undang-undang, atau peraturan masyarakat
Contoh: Bulat air kerana pembetung, Helah si laki-laki luncur,
Bulat manusia kerana muafakat. Helah perempuan ganda.

Hati kuman sama dicecah, Yang buta penghembus lesung,

Hati gajah sama dilapah. Yang pekak mencucuh meriam.

Merajuk kepada yang kasih, Raja menobat di dalam alam,


Bermanja kepada yang sayang, Penghulu menobat di dalam luak,
Meminta kepada yang ada, Ibu bapa menobat pada anak buahnya,
Berkaul kepada yang keramat. Orang banyak menobat di dalam
terataknya

You might also like