Professional Documents
Culture Documents
KEPADA
KEMENTERIAN KESIHATAN
&
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR
DARIPADA:
JARINGAN ANTI NYAMUK TRANSGENIK
16 Dec 2010
Kami, Jaringan Anti Nyamuk Transgenik yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat
yang prihatin terhadap isu ini termasuk Malaysia Youth and Student Democratic
Movement (DEMA), serta penduduk tempatan ingin menyeru Kementerian untuk
menghentikan Projek Pelepasan Nyamuk Jantan Transgenik yang akan dijalankan
pada bulan Disember di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka.
Uji kajian tersebut telah menimbulkan kontroversi pada peringkat antarabangsa. Hal
ini terdapat suara bantahan dan setuju daripada pelbagai pihak di luar dan dalam
negeri, maka kami tidak beryakin terhadap projek itu selagi kerajaan tidak
mendedahkan segala risiko yang mungkin dihadapi. Sehingga hari ini, kerajaan hanya
mengatakan peratusan kehidupan nyamuk jantan transgenik adalah 1 hingga 3%.
Walaupun begitu, kami juga amat bimbang terhadap risiko itu dari segi kesihatan dan
alam sekitar.
Ketidakwujudan pihak ketiga untuk memantau projek ini jelas ditunjukkan apabila
kerajaan bermula melancarkan projek ini telah mengurangkan keyakinan rakyat
terhadap projek ini. Hal ini jelas nyala ditunjukkan teruatama apabila kerajaan
berkerjasama dengan sebuah syarikat Bioteknologi yang ingin mengaut
keuntungan.Kewujudan pihak ketiga daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan
kerajaan dan penduduk setempat amat penting dan wajar untuk menjaga serta
menegakkan keadilan dan keselamatan penduduk daripada projek tersebut.
Latar belakang
Pada 29hb Oktober 2010, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa uji kaji
lapangan bagi nyamuk jantan transgenik, iaitu nyamuk yang diubah suai secara
genetik bagi mengurangkan populasi nyamuk aedes akan dijalankan pada bulan
Disember tahun ini. Sebanyak 4000 hingga 6000 ribu ekor nyamuk jantan transgenik
akan dilepaskan dalam masa dua hari. Dua lokasi telah dipilih untuk uji kaji itu, iaitu
di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka.
Uji kajian dalam pusat kajian dijalankan bermula pada tahun 2006 dan pihak
berkaitan ingin menjalankan uji kajian luar lapangan pada tahun 2010. Dalam
permohonan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) terhadap National
Biosafety Board, diberitahu bahawa pelepasan akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa
pertama, melibatkan kawasan yang berhampiran petempatan penduduk manakala
fasa kedua adalah sebaliknya.
IMR menyatakan bahawa nyamuk jantan transgenik ini direka khusus agar boleh mati
dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan ianya adalah bersifat mandul. Apabila ia
mengawan bersama nyamuk Aedes Aegypti betina maka dipercayai telur-telur akan
mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes Aegypti seterusnya.
Pulau Cayman merupakan tempat pertama yang menjadi uji lapangan nyamuk jantan
transgenik pada tahun 2009 sebanyak 3 juta ekor nyamuk jantan transgenik telah
dilepaskan. Lokasi itu merupakan wilayah luar negeri United Kingdom. Mengikut
jawapan tulisan sidang Parlimen United Kingdom pada bulan 29hb dan 30hb
November 2010, Oxitec mendapatkan kelulusan undang-undang daripada kerajaan
tempatan Pulau Cayman, Unit Penyelidikan Nyamuk dan Kawalan yang
bertanggungjawab terhadapnya. Jawanpan tersebut juga menyatakan
undang-undang pelepasan nyamuk jantan transgenik Pulau Cayman tidak tertakluk
kepada undang-undang organisma transgenik Kesatuan Eropah. Selain itu, Protocol
Cartegena¹juga tidak membenarkan organisma transgenik dilepasi ke lapangan.
Sebelum eksperimen itu dijalankan, Oxitec tidak mengadakan sebarang diskusi serta
persetujuan daripada penduduk pulau tersebut. Syarikat itu hanya memberitahu
penduduk melalui akhbar tempatan dan upload video ke laman web Youtube.
Namum demikian, video itu tidak menyatakan nyamuk itu adalah transgenik.
Sebarang risiko eksperimen itu tidak dinyatakan.
Disediakan oleh
Khaw Seng Hean
Penyelaras Jaringan Anti Nyamuk Transgenik
016405348
carlitokhaw@gmail.com
¹http://bch.cbd.int/protocol/background/