You are on page 1of 2

BAHAGIAN SEKOLAH

JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN) Telefon : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (16)
Tarikh : 11 Oktober 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1995 :


PENYERTAAN PELAJAR DALAM PERTANDINGAN
KEJOHANAN SUKAN ANJURAN PERSATUAN
ATAU BADAN INDUK SUKAN

Saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7/1988 bertarikh 10 Mac 1988 mengenai Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan atau
Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan.

2. Kementerian Pendidikan mendapati bahawa ramai pelajar sekolah yang melibatkan


diri dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk
Sukan. Oleh itu, terdapat pertandingan dan kejohanan sukan ini bertembung dengan
pertandingan dan kejohanan sukan MSSM. Didapati juga pelajar mengikat kontrak untuk
menyertai pertandingan atau kejohanan yang diadakan oleh Persatuan atau Badan Induk
Sukan menyebabkan pasukan MSS Negeri dan MSSM tidak dapat menyediakan pasukan
yang terbaik dalampertandingan atau kejohanan yang disertainya.

3. Berikut adalah perkara tambahan kepada Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 :-

3.1 Pelajar sekolah tidak dibenarkan mengikat kontrak dengan mana-mana


Persatuan atau Badan Induk Sukan untuk menyertai dalam sebarang
pertandigan Liga yang dianjurkannya.

3.2 Sekiranya pertandingan atau kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan
Induk Sukan bertembung dengan pertandingan atau kejohanan sukan
MSSM, keutamaan hendaklah diberikan kepada MSSM. Tegasnya pelajar
tersebut dikehendaki mewakili MSS Negeri di peringkat kebangsaan dan
MSSM di peringkat antarabangsa (ASEAN, Asia dan lain-lain).

4. Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah diminta memaklumkan kandungan Surat Pekeliling


Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like