You are on page 1of 7

PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia bermula sejak Tanah Melayu berlindung di bawah
naungan Kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19.

Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada


10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini
berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemudiannya telah ditubuhkan selepas Malayan Union
dimansuhkan.

Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa
pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang


kuasa Inggeris di Tanah Melayu.Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga
sekarang dengan beberapa pindaan penting iaitu memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura
serta menukar nama Persekutuan Malaysia.

ORGANISASI

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih
artikel yang relevan.

1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan.


2. Kebebasan asasi.

3. Kewarganegaraan.

4. Persekutuan.

5. Negeri-negeri.
6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri.

7. Peruntukan dan kewangan.

8. Pilihanraya

9. Kehakiman.

10. Perkhidmatan awam.

11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat.

12. Am dan pelbagai.

13. Peruntukan sementara.

14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya.

15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja.

KONSEP PERLEMBAGAAN

Menurut D.Roberttson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur
yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah Negara – hubungan autoriti
awam dengan rakyat.

 Alat penyelaras pentadbiran negara.


 Sumber rujukan bagi menggubal undang-undang

SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

i. Perlembagaan Malayan Union (1946)


ii. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948)

iii. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1947)


iv. Perlembagaan Malaysia (1963)

PERLEMBAGAAN NEGERI

 Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Negeri adalah tugas DUN Perlembagaan
Negeri adalah tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Negeri adalah tugas DUN.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

 Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.


 Menjadi punca kepada semua undang-undang.

 Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan.

 Undang-undang tersebut dianggap batal jika berlawanan

 Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.

 Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh


parlimen.

 Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda tertakluk kepada perlembagaan.

 Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan
perlembagaan.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN

 Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja


beperlembagaan.
 Agama Islam Dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan.

 Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dipelihara sebagai tanggungjawab khas YDPA.

 Bahasa Melayu Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan persekutuan

TUJUAN PERLEMBAGAAN

i. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama.

 Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan.

 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa
lain turut digalakkan.

 Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang
sewajarnya.

ii. Memperuntukan kuasa kerajaan dan rakyat

 Memperuntukkan kuasa kepada pemerintah secara berkawal ke arah kemakmuran negara.


 Mempertuntukkan kuasa kepada rakyat secara terkawal seperti kebebasan asasi.

iii. Sumber rujukan untuk penggubalan undang-undang.

 Melicinkan pentadbiran, perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN.
 Mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa
membuat akta dan enakmen.

 Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah tugas Parlimen,


kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SUMBER UNDANG-UNDANG NEGARA


i. Undang-undang Bertulis

 Perlembagaan - undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan Legislatif,


Eksekutif dan Judisiari.

 Status - Digubal sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

 Akta - Diluluskan oleh Parlimen selepas 1959 sehingga ke hari ini.

 Enakmen- Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia.

 Ordinan - Diluluskan oleh Parlimen dari tahun 1948-1959, diluluskan oleh kabinet Sabah
dan Sarawak, diluluskan dalam masa darurat.

 Undang-undang IslaM - Diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

ii. Undang-undang Tidak Bertulis

 Undang-undang Adat.
 Keputusan-keputusan Mahkamah.

 Prinsip Undang-undang Inggeris (Common-Law)

 Undang-undang Islam Tidak Bertulis.

iii. Perlembagaan Persekutuan

 Mempunyai 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.

iv. Rasional

 Mengekalkan kelicinan pentadbiran negara.

 Mengawal keselamatan negara.


 Memelihara kepentingan rakyat dan perlembagaan uang dinamik(kesesuaian mengikut
masa)

PINDAAN PERLEMBAGAAN UNDANG-UNDANG LAIN YANG


BERKAITAN DENGAN HAK-HAK ASASI

 Hak kepada nyawa dan kebebasan diri


 Bagi memastikan keamanan terpelihara- hak kebebasan bercakap.

 Kebebasan daripada pengabdian dan kerja-kerja paksa.

 Perlindungan daripada undang-undang jenayah.

 Hak kesamarataan.

 Hak tidak dibuang negeri.

 Kebebasan bercakap, bergerak, berpersatuan.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

i. Ciri-ciri perlembagaan
 Sebagai undang-undang bertulis yang adil.

 Sebagai satu sistem pentadbiran.

 Merupakan undang-undang tertinggi negara.

ii. Kepentingan Perlembagaan

 Mengikat rakyat dan kerajaan (untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan dan rakyat
aman dan damai)

 Mengatur sistem permerintahan dan pentadbiran.

 Menetapkan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia.

 Menjadi kuasa yang terpenting dalam pengubalan undang-undang.

 Menjelaskan bidang kuasa iaitu kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa
persekutuan.

 Menjamin hak dan kepentingan penduduk Malaysia.

KESIMPULAN
Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa
sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan pembahagian kuasa antara bidang
pemerintahan dan pelaksanaanya.

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia


merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.

You might also like