You are on page 1of 2

DOA QUNUT

Allah humah dini fiman hadait.


Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha
'alait. Wainnahu layadziluman
walait. Walaa ya'izzuman
'adait.
Tabaa rakta rabbana
wata'alait.
Falakalhamdu 'ala
maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina
Muhammadinin nabiyil ummiyi
waala aalihi wasahbihi
wasalam.

Maksudnya:
 
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah
Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang
yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti
orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah
aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan
lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau
qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan
Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah
Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah
Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami
dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas
apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan
maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan
sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang
ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

 
 
Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar,
manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah
kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya
dengan Amin sahaja.:-
 
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"
 

You might also like