You are on page 1of 63

PERKEMBANGAN FIZIKAL,

FISIOLOGIKAL DAN
SEKSUALITI REMAJA
Disediakan oleh :
ADI SYAZWAN BIN SAPARUDIN
AHMAD DUR IHSAN BIN
ZULKIFLI
PENDAHULUAN
G. Stanley Hall (1904)

Mengenengahkan istilah ’storm and stress’ bagi


menggambarkan remaja sebagai ’zaman ribut
dan tekanan dalam tempoh kehidupan manusia
dengan memiliki sifat tertentu, mengalami
perubahan dan penuh dengan keganjilan’.
Arnett (2003)

Melihat remaja sebagai ’tempoh melalui


konflik dengan ibubapa, perubahan mood
yang cepat dan perilaku yang berisiko’.
 Beberapa perubahan fizikal, fisiologi dan
psikologi berlaku semasa baligh. Perubahan-
perubahan ini membuka alam baru daripada
alam kanak-kanak kepada alam remaja.
 Baligh dikenali sebagai pertumbuhan fizikal dan
fisiologi.
 Baligh juga bererti perkembangan psikologi
individu. Kanak-kanak lelaki akan bertukar
menjadi remaja dan kanak-kanak perempuan
akan mempunyai sifat-sifat kewanitaan.
 Saiz badan, kadar tinggi dan pertumbuhan
badan berlaku dengan pantas.
Definisi Remaja
 Masa peralihan dari masa kanak-kanak ke masa
dewasa. 
 Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB
untuk kesihatan dunia) adalah 12 hingga 24
tahun.
 (Rogers, 1981) - Adolescence atau 'remaja' itu
berasal daripada perkataan Latin iaitu
"adolescere" yang bermaksud "membesar" atau
"membesar menjadi matang"
 Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) - remaja merupakan
mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup
umur untuk berkahwin dan sedang melalui
proses inginkan 'cinta'.
KONSEP REMAJA
Muss (1966) mentakrifkan :
 i) Sudut kronologi; di usia 12 hingga 13 tahun
kepada awal 20an secara umumnya,
 ii) Sudut psikologi; individu berada di pinggir
keadaan dalam mencari keselarasan baru
untuk menukar sifat dan kelakuan yang
keanak-anakan kepada sifat dan kelakuan
orang dewasa dalam masyarakat dan
 iii) Sudut sosiologi; zaman peralihan daripada
anak-anak yang bergantung kepada orang
lain menuju dewasa yang berdikari
Peringkat Usia Remaja
 Peringkat awal
Tingkatan 1 dan 2

 Peringkat pertengahan
Tingkatan 3 hingga 5

 Peringkat akhir
Tingkatan 6
Peringkat Usia Remaja
PERKEMBANGAN FIZIKAL
 Baligh merupakan perubahan biologi yang
menandakan permulaan remaja.
 Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki
saluran darah meningkat ekoran respon kepada
isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus.
 Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam
badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan
tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda
yang nyata tentang permulaan akil baligh.
 Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah
perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan
pembiakan.
 Bagi remaja lelaki perubahan yang akan
berlaku ialah suara menjadi garau, misai
dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada
menjadi bidang, jerawat mula tumbuh,
mengalami mimpi yang menghairahkan
sehingga mengeluarkan air mani serta
zakar dan buah zakar mula membesar.
Pengalaman inilah menunjukkan remaja
lelaki telah akil baligh.
 Bagi remaja perempuan pula perubahan
yang akan dialami seperti buah dada
(payudara) mula membesar, bulu tumbuh
di celah ketiak dan bahagian ari-ari,
Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri
kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula
didatangi haid, suara mungkin berubah
dari suara keanak-anakan kepada suara
yang lebih matang.
Perkembangan Fizikal Remaja
 Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami
perubahan yang ketara dan tiba-tiba.
 Sifat seksual kedua seperti bulu badan,
pertambahan lemak badan, perkembangan otot,
dan kematangan organ seksual akan timbul
dalam perubahan fizikal remaja.
 Terdapat perubahan wujud bersama pada lelaki
dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan
kekuatan tenaga dan stamina.
Perkembangan Remaja Awal
 Secara purata anak-anak perempuan lebih
pendek daripada lelaki semasa kanak-kanak,
 Mulai tumbuh pesat, menjadi lebih tinggi dan
lebih berat diantara usia 10 dan 12 tahun.
 Kebanyakan kanak-kanak perempuan
bertambah sekitar 5 cm setiap tahun.
 Pertumbuhan yang perlahan mengikutinya
hingga seseorang wanita mencapai ketinggian
maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun.
 Pertumbuhan lelaki yang secara am
ketinggalan 2 tahun dibandingkan dengan
perempuan
 Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat
diantara usia 10 dan 16 tahun, iaitu
pertambahan sekitar 7cm hingga 12 cm
setahun.
Perkembangan Remaja
Pertengahan
 Apabila remaja mula mencapai umur 14
atau 15 tahun, perubahan-perubahan
fizikal menjadi semakin perlahan.
 Mereka bersedia menerima perubahan
fizikal mereka yang baru.
Perkembangan Remaja Akhir
 Peringkat perkembangan remaja akhir adalah
yang paling panjang. Fasa ini bermula sekitar
umur 17 tahun hingga 20 tahun.
 Perubahan fizikal pada saat ini tetap terjadi,
tetapi lambat. Remaja secara fizikal kelihatan
sudah dewasa kecuali mentalnya belum.
 Keadaan fizikal mereka sangat penting dan
menentukan harga diri mereka.
(W. S. Turambi, 2001)
Perkembangan Fizikal Remaja
Lelaki
10 hingga 13 tahun (remaja awal)
 Badan bertambah gagah
 Otot-otot membesar
 Bahu melebar
 Dada menjadi bidang
 Suara menjadi garau
 Skrotum membesar
 Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna
gelap
 Saiz zakar membesar
14 hingga 17 tahun (remaja
pertengahan)
 Tubuh bertambah tinggi
 Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat
 Skrotum semakin membesar
 Kulit skrotum semakin kasar
 Saiz zakar semakin membesar
 Jerawat mula tumbuh
 Mengalami mimpi ghairah
18 hingga 20 tahun (remaja akhir)
 Ketinggian bertambah
 Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di
bahagian dada
 Misai dan janggut mula tumbuh
 Warna kulit skrotum bertambah gelap
 Saiz zakar semakin membesar
Perkembangan Fizikal Remaja
Perempuan
 Bagi remaja perempuan, peringkat
dewasa bermula apabila mereka telah
mengalami akil baligh.
 Akil baligh adalah satu peringkat dimana
remaja akan meningkat dewasa dari segi
seks terutamanya.
 Ini berlaku kerana organ proses
pembiakan dapat mencapai fungsi
kedewasaan pada waktu itu.
Perubahan Remaja Perempuan
 Perkembangan dada
 Pertumbuhan bulu kemaluan
 Pertumbuhan bulu di bawah ketiak
 Pertumbuhan badan
 Waktu haid pertama
 Pertambahan pengeluaran minyak dan
peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.
PERKEMBANGAN FISIOLOGIKAL
Kelenjar pituitari
 Ia terletak pada bahagian tengah bawah otak.
Kelenjar ini menghasilkan sejenis hormon, iaitu
bahan kimia yang melicinkan perjalanan sistem
salur darah, sistem pembekal makanan, sistem
pembekal oksigen dan sebagainya yang disebut
hormon pituitari.
 Hormon pituitari yang berlebihan akan
menyebabkan individu berbadan besar.
Kekurangan hormon ini akan menyebabkan
pertumbuhan seseorang terbantut.
Kelenjar tiroid
 Terletak di kiri kanan tengkorak.
 Menghasilkan hormon tiroksin.
 Tiroksin yang berlebihan akan
menyebabkan seseorang individu aktif
 Kekurangan tiroksin akan menyebabkan
seseorang berasa lesu.
Kelenjar pankreas
 Pankreas menghasilkan hormon insulin.
 Insulin mengawal jumlah gula di dalam
darah.
 Sekiranya pankreas tidak berfungsi
dengan betul, maka lebihan gula akan
terjadi. Ini menyebabkan penyakit
diabetis.
Kelenjar adrenal
 Sepasang kelenjar adrenal terdapat di atas buah
pinggang.
 Bahagian dalam kelenjar menghasilkan hormon
adrenalin dan nonadrenalin.
 Ketika seseorang itu hilang akal adrenalin masuk ke
dalam darah lalu menyebabkan denyutan jantung
bertambah cepat dan tekanan darah juga meningkat
tinggi.
 Hormon nonadrenalin dikeluarkan di dalam darah dan ini
mengembalikan seseorang itu kepada individu yang
normal.
 Bahagian luar adrenal mengeluarkan hormon streroid
yang mengekalkan keseimbangan garam dalam badan.
Ia membolehkan protein bertukar menjadi gula dan
selepas itu akan menjadi tenaga.
Kelenjar jantina
 Kelenjar jantina lelaki menghasilkan
semen (mani) dan hormon androgen.
 Androgen akan menghasilkan sifat-sifat
kelelakian.
 Kelenjar jantina perempuan (ovari)
menghasilkan ovum dan hormon estrogen.
Estrogen menimbulkan sifat-sifat
keperempuanan seperti kedatangan haid.
Perkembangan Fisiologikal
Remaja Lelaki
 Perubahan fizikal dikawal oleh hormon, bahan biokimia
yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.
 Hormon mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak lahir
 Bilangan pengeluaran hormon semakin bertambah pada
akil baligh.
 Hormon “lelaki” dan hormon “perempuan”  muncul dalam
kedua-dua seks, tetapi lelaki mempunya hormon
bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon
yang terpenting, testosterone berbanding dengan
perempuan
 Perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen
dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan
lelaki.
(Tanner, 1978).
Reproduktif Lelaki
Reproduktif Lelaki
 Zakar ialah organ yang boleh mengendur dan
mengembang akibat sesuatu rangsangan. Berfungsi
menyalurkan keluar air kencing dan air mani.
 Skrotum ialah pundi lembut yang mengampu dan
melindungi testis. Berfungsi untuk mengawal suhu
sekitaran testis, agar lebih sejek dari suhu badan.
Skrotum akan mengembang supaya testis akan berada
jauh dari badan apabila suhu badan meningkat. Skrotum
akan mengecut dan testis akan berada berhampiran
tubuh apabila suhu atau cuaca sejuk.
 Testis ialah kelenjar yang menghasilkan sperma (benih
lelaki) dan hormon testosteron bagi sifat-sifat kelakian.
Reproduktif Lelaki
 Kelenjar ialah yang menghasilkan cecair
membantu sperma di salurkan.
 Prostate dan Vesikal seminal ialah cecair
yang bercampur dengan air mani.
 Duktus Sperma ialah saluran yang
membawa sperma dari testis.
Perkembangan Fisiologikal
Remaja Perempuan
 Haid pertama, adalah menandakan peringkat perubahan
remaja perempuan.
 Waktu haid pertama mungkin berlaku pada umur 9 ½ atau
lewat umur 16 ½; purata perempuan Amerika Syarikat ialah
12 ½. Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku
lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya,
purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid
pertama pada umur 14 tahun, (Power, Hauser, & Kilner,
1989).
 Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir
mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia diuruskan
untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan.
 Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku
semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound
(Frisch, 1988).
Ovari
 Sepasang kelenjar berfungsi untuk mendewasakan
seorang gadis.
 Panjangnya 3 cm dan lebarnya 2cm dengan ketebalan 1
cm.
 Sewaktu kanak-kanak kedua-dua ovari tidak memainkan
apa-apa peranan.
 Selepas akil baligh, perubahan-perubahan terjadi
dikendalikan oleh ovari.
 Fungsi ovari - menghasilkan hormon estrogen dan
progesteron
 Hormon-hormon tersebut menggalakkan pertumbuhan
tubuh sejak permulaan usia belasan tahun
Ovari
Uterus
 Uterus juga dikenali sebagai rahim
 Merupakan organ yang berbentuk buah
pear.
 Ia berongga dengan dinding yang sangat
tebal, berukuran sekitar 7.5 cm,
panjangnya 50 cm dan lebarnya 1.75 cm.
 Uterus terletak di dalam garisan
pertengahan tubuh, jauh di bawah rongga
perut.
Selaput Dara
 Selaput dara ialah membran mukosa atau
selaput nipis yang menutupi sebahagian
dari mulut faraj.
 Bahagian mulut faraj yang tidak ditutup
ialah tempat darah haid keluar.
 Biasanya selaput ini menghalagi
persetubuhan dan mempunyai saiz,
struktur dan ketebalan yang berbeza.
Tiub-tiub falloppio
 Kedua tiub ini merupakan saluran dari
ovari menuju ke uterus.
 Tiap-tiap tiub kira-kira 10 cm.
 Ia tidak bersambung dengan ovari.
 Dihujung tiub-tiub itu ada rerambut yang
amat halus terletak berdekatan dengan
dua ovari atau saran telur.
Faraj
 Faraj adalah saluran di antara vulva dan uterus
 merupakan satu tiub lembut bergetah dan
dipenuhi dengan saraf-saraf berahi.
 Dindingnya diselaputi dengan pengalas lembut
dan berlendir ialah membra mukosa elastik dan
dalam keadaan berlipat lipat.
 Bukaan faraj terletak antara salur kencing dan
dubur, biasanya diselaputi oleh selaput dara.
Kedatangan Haid
 Apabila tiba akil baligh, seseorang remaja
perempuan akan mengalami kedatangan haid.
 Remaja tersebut akan mengeluarkan darah dan
tisu-tisu cecair daripada rahim menerusi faraj.
 Darah dan tisu cecair yang dikeluarkan daripada
rahim sebenarnya merupakan lapisan yang
disediakan oleh badan untuk membolehkan
seorang bayi membesar.
KESAN KEMATANGAN AWAL
DAN LEWAT
 Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya
terhadap kadar kematangan mereka sendiri (Pelletz, 1995),
kematangan awal dan lewat mendatangkan masalah, terutamanya
bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan
matang, dengan puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi
lelaki kematangan lewat adalah orang yang paling lewat mencapai
akil baligh dan paling lewat untuk mengalami pertumbuhan secara
pecut. Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot berbanding
dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam
sukan. Kanak-kanak dan dewasa berkecenderungan menganggap
kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih muda, jadi, orang
yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial yang
lebih rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang
kecekapan oleh dewasa

(Brackbill & Nevill, 1981).


Memahami Seksualiti
 Apa itu seksualiti?
 Konsep 3R dan seksualiti
 Bagaimana 3R dan seksualiti berhubung kait?
 Apakah kesihatan seksual?
 Apakah organ seks?
 Apakah itu seks?
 Adakah aktiviti seks berisiko?
 Mengapa kesihatan seksual itu penting?
 Adakah saya seorang remaja yang sihat dari segi seksual?
Apa itu seksualiti??
 Seksualiti merupakan satu ekspresi identiti gender.
 Ia juga suatu perasaan peribadi di mana ia melibatkan kefahaman diri
tentang tindak balas dan emosi terhadap seks.
 Perasaan ini melibatkan nilai peribadi dan kepercayaan, yang berinteraksi
konsep umum tentang seks. Contohnya: cinta dan orientasi seksual.
 aspek seksualiti (biologi, psikologi, budaya sosial, kerohanian)
 Terdapat banyak bentuk seksualiti dalam kehidupan. Ia terdiri daripada
aspek:
 Fisiologi
 Psiko logikal
 Sosial
 Kerohanian/agama
 Budaya
 Politik
Konsep 3R dan seksualiti
 Hak – Rights
 Hormat – Respect
 Tanggungjawab - Responsibility
Hak asasi
 Setiap individu berhak untuk mendapat
informasi yang betul mengenai seksualiti.
 Anda mempunyai hak untuk membuat
keputusan. Keputusan anda tidak
sepatutnya membawa sebarang masalah
kepada diri sendiri dan orang lain.
 Anda mempunyai hak untuk mendapat
bantuan perkhidmatan kesihatan.
Hormat
 Anda perlu menghormati hak diri sendiri,
ibu bapa, teman istimewa, rakan sebaya
dan masyarakat.
Tanggungjawab
 Setiap individu mempunyai tanggungjawab
kepada diri sendiri, keluarga dan komuniti.
 Anda juga bertanggungjawab untuk mencapai
potensi dan perkembangan kendiri.
 Anda juga bertanggungjawab untuk mengelakkan
kerosakan diri seperti:
 Kehamilan yang tidak diingini
 Melakukan pengguguran
 Jangkitan seksual
Apakah kesihatan seksual
 Kesihatan seksual bukan sahaja meliputi
perhubungan seksual.
 Ia merupakan satu konsep yang meluas, melibatkan
fizikal, mental, emosi dan sosial seseorang.
 Ia melibatkan:
 Badan yang sihat
 Minda yang sihat dan cerdas
 Emosi yang sihat
 Komuniti yang sihat
Kesihatan seksual yang sihat
meningkatkan
 Personaliti
 Komunikasi
 Perhubungan dengan orang lain
 Perancangan keluarga
 Keadaan sihat sejahtera
Perasaan seksual
 Kenaikan nafsu syahwat melibatkan satu atau
lebih peringkat tindak balas seksual
 Biasanya ia melibatkan perasaan tertarik terhadap
pihak yang lain
 Ia mungkin diikuti dengan fantasi aktiviti seksual
 Ini adalah normal, tetapi jika ia mendatangkan
keresahan, minta bantuan dari pihak profesional.
Contohnya kaunselor, ahli psikologi, doktor. Lihat
kesedaran kendiri
Apakah itu seks
 Seks bermaksud melakukan aktiviti seks.
 Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara
berikut:
 Sentuhan - contohnya membelai, berpeluk
 Rangsangan pada organ kemaluan - contohnya menyentuh kemaluan
 Rangsangan oral - contohnya ciuman
 Pergerakan badan - contohnya tarian secara seksi
 Pertuturan - contohnya kata-kata yang menggoda secara bersemuka atau melalui
telefon
 Persetubuhan - bermaksud memasukkan penis ke dalam:
 Vagina
 Dubur
 Oral

 Seks yang lazimnya, merujuk kepada persetubuhan vagina di mana penis


dimasukkan ke dalam vagina
Konsep umum mengenai seks
 Ia merupakan desakan reproduktif yang semula jadi (untuk
memulakan satu keluarga).
 Tarikan asas terhadap pasangan yang berlainan yang
merupakan sebahagian hubungan intim.
 Perasaan peribadi - tarikan seksual yang biasanya
dikongsi di antara pasangan yang telah berkahwin.
 Kebanyakan orang tidak selesa untuk membincangkan
perkara ini di khalayak ramai.
 Semua agama yang utama di Malaysia tidak membenarkan
seks sebelum berkahwin kerana ia menggambarkan sikap
tidak bertanggungjawab seseorang individu.
Adakah aktiviti seks berisiko??
 Ya!!!!
 Melakukan aktiviti seksual boleh menjurus
kepada akibat yang berisiko.
 Fizikal/perubatan
 Kehamilan yang tidak diingini
 Jangkitan seksual (STIs)
 Jangkitan salur kencing (UTIs)
 Kecederaan berhubung kait dengan seks,
contohnya kekoyakan selaput dara, selaput
kulup di penis
 Psikologi
 Bergantung kepada pasangan secara emosi
 Ketagihan kepada seks/ pornografi
 Rasa bersalah/benci diri sendiri
 Malu
 Tingkah laku mencederakan diri sendiri
kerana perasaan bersalah
 Sosial
 Gangguan seksual
 Penderaan seksual
 Mencabul
 Rogol
 Perasaan prejudis dan stigma sosial,
contohnya digelar orang buangan
Mengapa kesihatan seksual itu
penting??
 Ianya dapat menghalang situasi yang tidak
sihat seperti:
 Kehamilan yang tidak diingini
 Jangkitan seksual (STIs)
 Tingkah laku seksual di luar tabii(tidak dapat
diterima oleh komuniti)
 Penderaan seksual
 Ia dapat meningkatkan kualiti kehidupan
anda dengan peningkatan:
 Harga diri
 Komunikasi
 Perhubungan kekeluargaan, kawan-kawan,
mereka yang dikasihi dan lain-lain
PENUTUP
 Pertumbuhan dan perkembangan remaja merupakan
tempoh yang tidak wajar dikesampingkan di dalam
kehidupan manusia.
 Tempoh ini bakal menyaksikan kecenderungan individu
untuk membuat pilihan berdasarkan kepada apa yang
difikirkan betul oleh akal fikirannya, tanpa terlalu
menitikberatkan nilai-nilai dan norma-norma yang
menjadi amalan di persekitaran, malah kadang-kadang
ia dilihat terlalu janggal buat dirinya.
 Keghairahan untuk keluar dari alam kanak-kanak menuju
kedewasaan, menjadikan remaja sering hilang arah tuju
dan acap kali terjebak dengan tingkah laku songsang di
dalam masyarakatnya.
SEKIAN

You might also like