You are on page 1of 2

JILID DUA

Fasal 1: KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

Kepentingan Beriman Kepada Allah Taala

Kewajipan pertama manusia ialah mengenali Allah (makrifatullah) dan beriman


dengan-Nya.

Sekiranya manusia tidak mengenali Allah maka ia akan:

a) Jika kita tidak mengenal Allah, kita hidup seperti haiwan yang hanya makan, tidur
dan menghabiskan usia kita tanpa mengetahui siapa pencipta kita dan tujuan hidup di
dunia ini. (Muhammad : 12).

b) melakukan kebinasaan di dunia dengan perbuatan dan tindakannya yang buruk


disebabkan dia tidak mengetahui manakah amalan soleh dan amalan buruk. Dia juga
tidak mengetahui perbuatan apakah yang dapat meraih redha Allah serta apakah yang
akan mengundang murka-Nya. (Al- Baqarah: 27)

c) meninggalkan dunia dengan keadaan dia tidak mengetahui apakah tujuannya


berada di dunia ini. Hatinya menjadi keluh resah kerana mengingati mati sehinggakan
dia tidak mahu berfikir tentangnya.(Al-Jumuah:8)

d) dia diharamkan daripada mendapat keredhaan, pertolongan dan bantuan Allah. (Al-
Hajj: 40)

Kepentingan Beriman Kepada Rasulullah s.a.w

Tanpa mengenali Rasulullah manusia itu diharamkan daripada mendapat


hidayah Allah dan kehidupan baik di dunia serta diharamkan daripada menikmati
syurga yang kekal pada hari Kiamat. Ia juga mudah dikuasai oleh penipu, ahli sihir,
diktator dan orang yang zalim.

Kesimpulan.

a) kewajipan pertama umat manusia adalah mengenali Allah s.w.t

b) orang yang tidak mengenali Allah hidupnya umpama binatang, tidak mengetahui
tujuan hidup, melakukan kerosakan dan tidak mengetahui amalan soleh dan amalan
buruk.

c) orang yang tidak mengenali Allah akan diharamkan daripada mendapat keredhaan-
Nya dan nikmat syurga serta mengundang dirinya ke neraka di samping diharamkan
mendapat bantuan dan pertolongan Allah.

d) orang yang tidak mengenali rasul Allah yang diutuskan kepadanya diharamkan
daripada mendapat nikmat hidayah Ilahi di dunia dan nikmat syurga di Akhirat.

e) orang yang tidak mengenali rasul Allah akan mudah dikuasai oleh ahli sihir, para
penipu dan orang zalim.

You might also like