Professional Documents
Culture Documents
1. PENDAHULUAN
Sistem Fail adalah sebahagian daripada Pengurusan Rekod yang melibatkan urusan
penyusunan dan penyimpanan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan
diperoleh dengan cepat apabila dikehendaki.
Setiap organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau profesional, kecil atau besar
adalah memerlukan penyimpanan rekod yang baik untuk rujukan di kemudian hari. Faktor-
faktor penting mengenai produk, data statistik, maklumat mengenai pekerja dan klien boleh
didapatkan melalui fail-fail yang disimpan secara sistematik.
o Kulit fail dan cara penulisan fail berbeza. Kulit fail mungkin daripada fail
tegak, lipat, spring dan sebagainya.
o Pengetua / Guru Besar atau Pembantu Tadbir atau Guru Bimbingan dan
Kaunseling baru terpaksa mengambil masa untuk memahami sistem / nombor
fail sesebuah sekolah. Proses ini berulang jika berlaku pertukaran Pengetua /
Guru Besar atau Pembantu Tadbir atau Guru Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah baru.
3.3 Salah satu daripada cara bagi melicinkan Pentadbiran Sekolah ialah dengan
mewujudkan suatu sistem fail yang baik dan seragam.
4.5 Rekod mudah dicari bila diperlukan tanpa membuang masa yang banyak.
6.3 Ekonomi - menentukan sistem penyimpanan fail adalah dengan kos yang
minima
6.5 Lokasi - hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dan segera diperoleh
tanpa berlengah.
6.6 Rujukan Silang- supaya memberi kemudahan dalam mengesan lain-lain dokumen
yang berkaitan atau rekod dapat dicari di bawah berbagai tajuk.
6.7 Rentention - bagi memperolehkan fail-fail yang tidak lagi aktif dipindahkan
• 01 - Kurikulum
• 02 - Kokurikulum
• 03 - Hal Ehwal Murid
• 04 - Perjawatan & Perkhidmatan Kakitangan
• 05 - Kewangan dan Akaun
• 06 - Pentadbiran Am Sekolah
• 07 - Perhubungan Masyarakat
• 08 - Kemudahan Fizikal
• 09 - Asrama
• 10 - Audit
Fail hendaklah dikelaskan dan diberi nombor Kod yang sesuai. Fail boleh disusun
mengikut tajuk - besar atau ‘Level Pertama’. Tiap-tiap satu level pertama dipecahkan
kepada perkara / tajuk kecil (Level Kedua) dan seterusnya tajuk-tajuk level Kedua
dipecahkan lagi kepada tajuk-tajuk lebih kecil / aktiviti (Level Ketiga).
Perkara - Peperiksaan 01
Aktiviti - PMR 01
Kod Fail:
01 / 01 / 01
Tajuk Besar Perkara Aktiviti
Satu cara merekod segala fail-fail yang telah dibuka dengan sistematik.
A) SISTEM DOKET
i. Sistem ini ialah satu sistem yang menunjukkan pergerakan fail yang mudah
dikesan.
ii. Sistem ini merupakan satu pendaftaran berpusat (Central Registry), dengan
menggunakan borang Am 89A tiap-tiap pergerakan fail hendaklah melalui
pusat pendaftaran untuk didaftar pergerakannya dengan menggunakan borang
Am 89. Tiap-tiap fail hendaklah dicatat pergerakannya.
iv. Apabila sebuah fail perlu diedarkan, fail itu hendaklah direkodkan dalam
doket Am 89 senarai fail dan dituliskan di muka fail kepada sesiapa fail itu
diedarkan - seterusnya pegawai berkenaan akan membuat catatan selanjutnya
hingga selesai dan fail itu dikembalikan kepada pegawai menjaga fail. Butir
pengedaran, nama pegawai, tarikh dikeluarkan & tarikh dikembalikan.
vii. Bagi fail ‘SDF’ satu buku senarai fail hendaklah disediakan. Maklumat-
maklumat mengenai Nombor Fail, tarikh dikeluarkan dan tarikh untuk
dikembalikan dimuatkan dalam catatan dalam buku Rekod SDF.
B) SISTEM KAD
C) SISTEM BUKU
D) SISTEM KOMPUTER
Di peringkat sekolah kita boleh menggunakan tiga (3) sistem, iaitu Sistem Kad, Sistem
Buku atau sistem Komputer. Sistem Kad adalah lebih sesuai dan digalakan kerana sistem
ini adalah yang terbaik dan digunakan di kebanyakkan sekolah pada masa ini. Dalam
sistem kad, kita hanya menggunakan tiga (3) perkara penting yang perlu dicatat dalam
kad tersebut.
a) Nombor Rujukan
b) Tajuk
c) Tarikh dibuka
Satu fail sementara dibuka kerana fail asalnya tidak ditemui. Fail ini mengandungi
satu tajuk sahaja. Bila sudah digunakan ianya hendaklah ditutup dan dimasukkan ke
dalam fail besar. Fail ini tidak aktif.
Tiap-tiap fail perlu disediakan kertas minit dan salinan surat-surat yang dihantar dan
dimasukkan surat-surat berkenaan dengan memberi nombor rujukan (enclosure
number). Surat-surat yang dimasukkan ke dalam fail hendaklah direkod pada kertas
minit. Hanya Borang Am 6 hendaklah digunakan. Bila memerlukan fail hendaklah
ditentukan borang Am 6 (Kertas Minit) disematkan di sebelah kiri fail bagi tujuan
merekod keluar masuk surat menyurat. Bila mencatat tentukan:
Contoh:
ii) 6 Surat Bertarikh : 23/7/2006 Kepada : Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional
Tarikh Surat Dihantar: 23/7/2006 Ruj. No. …SMKTK/ 03/03/03/07 (6)
iii) Nombor turutan hendaklah ditulis di sebelah kiri dalam garisan dan
dibulatkan.
iv) Pada surat yang dikandungkan hendaklah ditulis nombor bilangan kandungan
surat di sudut atas sebelah kanan seperti nombor urutan yang telah tercatat
atau nombor turutan berikutnya bagi surat masuk dan dibulatkan nombor itu.
9.2 Fail hendaklah ditutup apabila mengandungi 100 kandungan atau bila difikirkan terlalu
tebal.
9.3 Setelah fail itu penuh catatkan bilangan jilid pada nombor rujukannya, buka fail lain
dengan menggunakan jilid 2 – dan nombor yang sama digunakan. Hanya bilangan
kandungan dimulakan dengan baru (mula dari 1)
9.4 Fail yang memerlukan tindakan segera, maka tanda-tanda bercetak yang menunjukkan
jenis tindakan perlu disematkan pada kulit fail. Misalnya ‘Tindakan Serta Merta’ (AM
99) atau ‘Segera’ (Am 99B).
Berikut adalah penerangan kepada pengelasan dan kod fail untuk Unit Bimbingan dan
Kaunseling:
Perkara Kod
Cara menulis:
CONTOH :
SMKTK 03 / 03 / 01 / 01 ( 01 )