You are on page 1of 7

KUMPULAN 5 - PK (MODUL 1)

KESIHATAN FIZIKAL

AHLI KUMPULAN :

1. ZAINAL BIN JAMALUDIN


2. THAM SAI HONG
3. LILI SURIATI BINTI ABD LATIB
4. HASLIZAMASTURA BINTI DAUAD
MODUL : KESIHATAN FIZIKAL
TAJUK : KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

STANDARD KANDUNGAN :
1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2.5 Menjaga kesihatan gigi
- menggosok gigi dengan cara yang betul dan
mengurangkan makanan yang boleh merosakkan
gigi

MASA : 10.35 – 11.05 pagi


BBM : Model Gigi, Berus Gigi,
Ubat Gigi, Gelas Plastik
EMK : Kreatif dan Inovatif
( Fasa Persediaan & Fasa Tindakan)
Langkah Pengajaran……

LANGKAH 1  FASA PERSEDIAAN

1. Guru meminta murid menyanyikan lagu


“Bangun Pagi Gosok Gigi” seperti lirik di bawah :

Bangun pagi gosok gigi,


Cuci muka terus mandi,
Minum susu makan roti,
Pergi sekolah senang hati.

- Murid menyanyi sambil menunjukkan


gaya mengikut kreativiti sendiri.
LANGKAH 2  FASA IMAGINASI
Guru bersoal jawab dengan murid.

1. Berapa kalikah kita perlu menggosok gigi?


2. Berapa banyak dos ubat gigi yang perlu kita
gunakan semasa menggosok gigi?
3. Berapa kalikah kita perlu berjumpa dengan
doktor gigi dalam setahun?
4. Apakah jenis makanan yang boleh merosakkan
gigi?
5. Bagaimanakah teknik yang betul semasa
menggosok gigi?
LANGKAH 3  FASA PERKEMBANGAN

1. Guru meminta murid membuat demonstrasi


cara-cara menggosok gigi dengan
menggunakan model gigi.

2. Guru membimbing murid cara-cara menggosok


gigi dengan kaedah yang betul.
LANGKAH 4  FASA TINDAKAN

1. Murid mempraktikkan teknik tersebut secara


praktikal.

2. Murid diminta melukis sebatang berus gigi


mengikut daya kreativiti dan inovatif
masing-masing.( Lembaran kerja )
LANGKAH 5  REFLEKSI / IMPAK

 Semua murid mencapai standard pembelajaran.


- murid menggosok gigi dengan cara yang
betul.

“ KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN


LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN ”

You might also like