You are on page 1of 6

BIDANG 1 : MENGGAMBAR

TAHUN :1

BIDANG : Menggambar

Aktiviti : Kolaj

Tema : Alam Benda

Tajuk : Kereta impian

Masa : 60 minit

Media : Alatan : Gunting dan gam

Bahan : Kertas lukisan dan kertas warna

Bahan Bantu Mengajar : Contoh – contoh gambar kereta dan hasil kerja murid

terdahulu.

Elemen Merentas Kurikulum : Elemen kreativiti dan Inovatif

Elemen Keusahawanan

- Sikap Keusahawanan
- Pemikiran Keusahawanan
- Aplikasi Teknologi dan Vokasional
- Nilai moral dan etika.
STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik: Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui

bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni .

1.1.1 Mengenal dan menamakan unsur seni :

1.1.1.1 Rupa – organik

1.1.1.2 Warna – primer dan sekunder

1.2 Aplikasi Seni : Murid boleh mengaplikasi pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni .

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media .

1.2.1.1 Media Kering – pensel warna dank rayon

1.2.1.2 Alat - : Gunting , pembaris .

Bahan : Kertas lukisan, kertas warna, gam

1.2.2 Mengetahui penggunaan media ,teknik dan proses dalam

penghasilan karya .

1.2.2.1 Teknik – kolaj

1.3 Ekspresi Kreatif: Murid boleh mengaplikasi pengetahuan,kefahaman dan

kemahiran bahsa seni visual dalam menghasilkan karya

seni .

1.3.1 Memilih dan memanipulasai bahan secara kreatif .

1.3.2 Menggunakan unsur seni (rupa dan warna ) dalam penghasilan

karya .

1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahan seni visual .

1.4 Apresiasi Seni : Murid boleh membuat apresiasi sendiri terhadap karya

sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual .

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan .

1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

1.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan nilai-nilai komersil

1.4.4 Menghargai karya sendiri dan rakan .


STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetika.

Guru menayangkan gambar kereta.


Bersoal jawab dengan murid-murid tentang kereta ibu bapa masing-
masing.Contoh:
“Ali ,sebutkan nama kereta yang ibu bapa kamu ada”.

Guru menunjukkan contoh gambar-gambar kereta .

Guru menerangkan tentang unsur-unsur seni yang terdapat di dalam


contoh gambar kereta itu dari segi :
-rupa
-warna
-bentuk

Aplikasi Seni

Guru menunjukkan cara menghasilkan gambar kereta dengan


menggunakan teknik kolaj.

Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan bahan media


dalam menghasilkan teknik kolaj.

Guru menunjuk cara langkah demi langkah membuat kolaj kereta


tersebut.
Ekspresi Kreatif

Guru meminta murid memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.


(Gambar 1)

Langkah 1 Gambar 1

Guru mengedarkan gambar berkaitan(kereta) mengikut kumpulan yang


telah ditetapkan.(Gambar 2)

Langkah 2

-Murid mendengar arahan guru


-Murid menggunting kertas warna yang telah disediakan oleh guru.
(Gambar 3) Gambar 2

Langkah 3

Murid menampal cebisan kertas warna menggunakan teknik kolaj


tersebut pada gambar tadi mengikut kreativiti masing-masing.(Gambar
4)

Guru memantau dan membimbing . Gambar 3

Penutup

Guru memaklumkan kepada murid yang mempunyai facebook dan


bolehlah mempromosikan hasil karya mereka ini untuk dijual kepada
rakan-rakan dan kenalan.(Gambar 5)
Gambar 4

Gambar 5
Apresiasi Seni :

Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing mengikut kumpulan .

Guru meminta murid lain memilih hasil kerja terbaik dan


mempamerkan hasil tersebut di hadapan kelas .(Gambar 6)

Guru berinteraksi dan bersoal jawab tentang hasil kerja murid dengan
memberi penekanan laras bahasa seni . Gambar 6

Guru meminta murid menulis harga pada hasil kolaj kereta untuk
dipamerkan .

Guru memberi ulasan tentang perbezaan hasil seni yang menarik dan
hasil yang kurang menarik mengikut gabungan warna unsur seni yang
digunakan .

You might also like