You are on page 1of 12

Bukan ‘A`Ishah Pencetus Fitnah Perang Jamal(1)

Muqaddimah: Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan kesalahan di atas bahu ‘A`ishah dengan menuduhnya sebagai
punca berlakunya fitnah perang Jamal yang berakhir dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina ‘Ali. Beliau
didakwa mempunyai maksud untuk menjatuhkan Khalifah ‘Ali yang telahpun dibai’ah. Mereka mengaitkan juga dengan
kegagalan Sayyidatina ‘A`ishah di dalam peperangan Jamal itu dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sekali-kali tidak akan berjaya golongan yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya adakah benar begitu
pendirian Sayyidatina ‘A`ishah, isteri Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru kepada sekalian sahabat dan juga ibu
kepada orang-orang mu`min? Apakah maksud memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina ‘Ali dan adakah
wanita sama sekali tidak boleh menjadi pemimpin?
 

‫ال لَقَ ْد نَفَ َعنِي هَّللا ُ بِ َكلِ َم ٍة أَيَّا َم ْال َج َم ِل لَ َّما بَلَ َغ‬
َ َ‫ف ع َْن ْال َح َس ِن ع َْن أَبِي بَ ْك َرةَ ق‬ ٌ ْ‫َح َّدثَنَا ع ُْث َمانُ بْنُ ْالهَ ْيثَ ِم َح َّدثَنَا عَو‬
ً‫م َولَّوْ ا أَ ْم َرهُ ْم ا ْم َرأَة‬:ٌ ْ‫ال لَ ْن يُ ْفلِ َح قَو‬ َ َ‫ ق‬:‫ارسًا َملَّ ُكوا ا ْبنَةَ ِكس َْرى‬ ِ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَ َّن ف‬ َّ ِ‫النَّب‬
َ ‫ي‬
 
Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah katanya: “Allah memberi satu faedah dan pengajaran
kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila sampai kepada Rasulullah orang-orang Parsi melantik
anak perempuan Kisra sebagai raja. Baginda bersabda: “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan
memegang urusan mereka”. (al-Bukhari, no: 7099)
 
Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah sebenarnya adalah hasil kesimpulannya dan pemahamannya  sendiri.
Padahal peperangan Jamal tercetus bukan kerana permusuhan dan perebutan kuasa  di antara Sayyidatina
‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali tetapi kekeliruan akibat pertempuran yang dirancang di antara dua kumpulan
Saba`iyyah (golongan Syiah) yang menyelinap masuk dalam kumpulan ‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali. Kumpulan
Saba’iyyah inilah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Uthman.
 
Sayyidatina ‘A`ishah, yang mempunyai kedudukan dan berwibawa di kalangan umat Islam, telah didatangi oleh
sekumpulan dari mereka supaya mencari jalan supaya tindakan diambil ke atas pembunuh-pembunuh Sayyidina
Uthman. Untuk memenuhi permintaan tersebut, beliau bercadang menemui Sayyidina ‘Ali untuk menasihatinya
supaya mengambil tindakan ke atas pembunuh Sayyidina Uthman demi mengelakkan fitnah yang lebih besar.
Bersama dengan beliau ada dua orang sahabat besar iaitu Talhah dan al-Zubair r.a. Mereka berdua telah pun
berbai’ah dengan Sayyidina ‘Ali dan meminta keizinan dari beliau (‘Ali) untuk menyelesaikan masalah darah
Khalifah.
 
Pada masa itu, Sayyidatina ‘A`ishah dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah menunaikan haji. Demi untuk
menyelesaikan kekusutan tersebut beliau terpaksa berpatah balik ke Mekah.
 
Tujuan Sayyidatina ‘A`ishah pergi ke Mekah ialah untuk mendamaikan bukan untuk menonjolkan dirinya untuk
menjadi khalifah. Fakta sejarah telah diselewengkan dengan mengatakan tujuan kedatangan ‘A`ishah adalah
untuk merampas jawatan khalifah. Sedangkan yang sebenarnya, beliau datang adalah untuk kedamaian iaitu
untuk menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah ‘Uthman.
 
Golongan munafikin yang membunuh Khalifah ‘Uthman membuat perhitungan iaitu jika Sayyidina ‘Ali dan
‘A`ishah berdamai maka keselamatan mereka akan tergugat dan mereka akan dibunuh. Mereka segera mengatur
rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak ‘A`ishah manakala
satu lagi kumpulan  akan menyelinap ke dalam kumpulan Sayyidina ‘Ali. Sebelum Sayyidina ‘Ali dan para
Sahabat mencapai apa-apa persetujuan, mereka secara senyap telah mencetuskan kekacauan dengan saling
menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak. Orang-
orang yang berada di pihak Sayyidatina ‘A`ishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina ‘Ali dan
begitu juga sebaliknya.
 
Keadaan  menjadi kelam-kabut dan berselerakan dan terjadilah pertumpahan darah sesama muslimin. Tercapai
lah hajat musuh-musuh Islam tersebut.
 
Semuanya ini berlaku disebabkan oleh perancangan licik  pembunuh-pembunuh Khalifah ‘Uthman. Pada hal,
kedua-dua pihak Sayyidina Ali dan Sayyidatina ‘Aishah masih lagi berunding  untuk menyelesaikan kes
pembunuhan Sayyidina Uthman.
 
Amat malang niat  mereka yang  datang untuk berdamai dan memulihkan keadaan tetapi muncul pula fitnah
yang lain.
 
Dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, Sayyidina ‘Ali berjaya menguasai  pasukan Sayyidatina ‘Aishah
kerana pada masa itu, pasukan Sayyidatina ‘A`ishah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah
kerana tujuan kedatangan mereka adalah  bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian. Malah
amat jauh sekali untuk memberontak dan merebut jawatan khalifah daripada Sayyidina ‘Ali.
 
Walaupun telah menguasai pertempuran, Sayyidina ‘Ali tetap menunjukkan sikap hormatnya kepada Sayyidatina
‘A`ishah. Beliau menghantar Sayyidatina ‘Aishah pulang ke Madinah dalam keadaan tidak diapa-apakan dan
terhormat.  Kepada pasukannya, beliau berpesan supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan lain
kerana perang ini berlaku sesama sendiri. Harta pihak ‘A`ishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah. Mereka
yang lari tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam(2).
 
Abu Bakrah yang  berpendapat bahawa  apa yang berlaku adalah kesilapan ‘A`ishah kerana beliau seorang
perempuan dan tidak layak memimpin sesuatu  pasukan. Beliau memahami hadis “tidak akan berjaya satu kaum
yang melantik perempuan memegang urusan mereka” sebagai berlaku kepada ‘A`ishah. Apa yang difahami oleh
Abu Bakrah sebenarnya adalah pendapatnya sendiri dan bukan mewakili pendapat semua sahabat.
 
Dengan bersandarkan pendapat Abu Bakrah inilah, ada ulama menyimpulkan bahawa wanita tidak boleh
menjadi pemimpin baik di peringkat mana pun, sama ada di peringkat rendah, apatah lagi diperingkat tinggi.
 
Boleh atau tidaknya seorang perempuan menjadi pemimpin adalah merupakan  khilaf di kalangan ulama dan kita
tidak boleh berhujah dengan hadis ini dengan mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama sekali. Ini
kerana apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu mempunyai latar belakang dan sebab yang khusus iaitu
merujuk kepada Kisra Parsi yang melantik anak perempuannya sebagai raja.
 
Sekiranya  wanita adalah secara mutlak tidak boleh menjadi pemimpin tentu sekali  Sayyidina ‘Umar tidak akan
melantik Shifa` binti ‘Abdullah menjadi ketua yang bertanggunjawab terhadap bandar Madinah. Keluarnya
Sayyidatina ‘A`ishah menemui ‘Ali dengan tujuan untuk menasihatinya menunjukkan wanita boleh keluar dari
rumahnya sekiranya ada keperluan dan dengan maksud yang baik malah  dia juga boleh terlibat dengan urusan
politik. Sekiranya ‘A`ishah mengetahui dan memahami hadis tersebut iaitu  perempuan tidak boleh menjadi
pemimpin (seperti yang difahami oleh Abu Bakrah) tentu dari awal lagi beliau tidak akan terlibat dengan urusan
negara ini. Ini menunjukkan bahawa ‘A`ishah berpendapat bahawa harus keluar  jika mempunyai  maksud yang
baik .
 
Cuma apa yang berlaku kepada ‘A`ishah adalah sesuatu yang di luar jangkaannya. Kedatangan beliau dan
rombongannya dengan tujuan yang baik dan suasana yang damai telah bertukar menjadi fitnah akibat konspirasi
dan perancangan jahat golongan munafikin atau Saba`iyyah. Adalah tidak benar untuk meletakkan kesalahan ini
kepada beliau  dengan semata-mata  beralasan bahawa beliau seorang wanita.
 
Pada kenyataannya, jatuh bangun sesebuah kerajaan bukan terletak kepada jantina pemerintahnya, tetapi
berdasarkan kepada kebijaksanaan, ketelusan dan keadilannya. Sekian banyak negara yang ma’mur dan maju di
bawah pemerintahan wanita yang adil dan bijaksana. Sementara itu, berapa banyak kerajaan yang telah hancur
walaupun diperintah oleh orang lelaki bilamana pemimpin tersebut  lemah dan korup.
 
Malah ada ulama yang berpendapat wanita boleh menjadi pemimpin di semua peringkat kecuali di peringkat
wilayah kubra iaitu kepimpinan tertinggi negara.
 
Yang menariknya, al-Qur`an merakamkan kisah Baqis yang menjadi raja sebuah negara yang ma’mur dan maju.
Kehebatan kerajaannya itu tidak dapat dikalahkan kecuali oleh kerajaan Nabi Sulaiman.
 
Sifat atau keadaan pendapat Abu Bakrah ini sama seperti pendapat sahabat yang lain di mana mereka
mengemukakan pendapat mengikut pemahaman masing-masing. Sebagaimana adanya khilaf di kalangan sahabat
dalam masalah-masalah fiqh maka begitu juga dalam masalah ini. Tidak semestinya seseorang itu terikat dengan
pendapat salah seorang sahabat.
 
 
SISIPAN:
 
Sedutan dari artikel bertajuk: Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam
Sejarah Islam Karangan Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin, Dekan Fakulti Dakwah
dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.
 
 

Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.


 
Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup
sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh
mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati
makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di
sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat
yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh
dengan barat.
 
Hakikat Pertama
 
Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-
orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-
orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk
kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud
untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn
Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk
menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan
kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke
Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu
Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab:
“Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya
`Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-
Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau
menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka
berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”
 
Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya
untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah
telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan
daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan
orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini
(darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab:
“Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan
menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan
Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa
masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap
mereka mendapat satu sahaja.
 
Hakikat Kedua
 
Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas
kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun
golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka
mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah  peperangan Jamal.
 
Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk
menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka
menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang
dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui
Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali
menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap
membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada
Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira.
Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti
ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan
membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi
berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa
kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali
menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad.
Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh
Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk
mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar
menyinsing. Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang
berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan
bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari
tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang
kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan
orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi
kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam.
Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun
di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu
ketetapan yang pasti berlaku.
 
 
  
 
 
Artikel Berkaitan: Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam Sejarah Islam
 

[1] Artikel ini ditulis oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya berdasarkan kepada kuliah Sahih al-Bukhari, hadis
nombor 7099, Kitab al-Fitan yang disampaikan oleh Maulana Muhammad ‘Asri Yusuf pada 18 Disember 2006.
Segala kekurangan dan ketidaktepatan maksud adalah tanggungjawab penulis bukan pengkuliah.
[2] Lihat Dr. ‘Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi,  Asma al-Matalib Fi Sirah Amir al-Mu`minin ‘Ali bin Abi
Talib, hal. 548

Siapakah Ibnu Saba'?apa itu Aliran Sabai'yah?


Salam Alaikum...

Bismillah...
Saia mengajak untuk membahas disini Yaitu:
*Siapakah Ibnu Saba'?
*Apa itu Aliran Sabai'yah?
*Benarkah Abdullah Ibn Saba' Asal Muasalnya Syiah dan pertengkaran dlm islam sejak
Zaman Para Sahabat??

Saia Akan coba Copy brp Tulisan tentang Ibn Saba'... Semoga menjadi manfaat..

Tuduhan bahawa madzhab syiah adalah ajaran daripada si Yahudi yang bernama Abdullah
bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat Islam dan semacam sudah sebati
dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba' yang berpura-pura
memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam.

Beliau dikatakan mempunyai madzhab Saba'iyyah mengemukakan teori Ali adalah wasi
Muhammad SAWA. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan nama Ibn al-Sawda' atau ibn
'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam. Pada hakikatnya cerita Abdullah ibn Saba'
adalah satu dongengan semata-mata.

Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita Abdullah ibn
Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M),
Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M).
Mereka ini sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf
ibn Umar dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa
Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal
seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M),
Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-
Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn
Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).

Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman,
dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat
untuk menghasut orang ramai supaya bangun memberontak menentang khalifah Uthman.
Sayf dikatakan sebagai pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat).
Menurut Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga
telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa
orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah
ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-
Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn
Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin. Allamah al-Askari
mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi
telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut
bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai
nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut,
dan disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup
(walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke Madain
dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah
ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-
Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba'
menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang
mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-
hidup adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari
madzhab Syi'ah atau Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh
sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir,
ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum
berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah
tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri
(w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya
dalam buku Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS
berkata: " Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-
Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan
bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah (w276H/889M) dalam
bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah
menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah
ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq menyebutkan
namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn
Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi
(w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ',
menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar
(w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu
kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi
(w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini
sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'

Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak seorang pun daripada para
penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan nasabnya - satu perkara yang agak ganjil
bagi seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah
Arab tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada
zaman awal Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan berasal dari San'a
Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan
Sabai'yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-
cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn
Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn
Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi dan Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang
terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.

Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu untuk
melukiskan watak khayalan yang menjadi orang pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS.
Watak ini tiba-tiba muncul untuk memimpin pemberontakan terhadap khalifah Uthman,
menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal, mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian
dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan
seterusnya selepas kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan
hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang musuh-musuh Ali
AS.

Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum
untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman.
Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal
dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi
ibn Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman ibn
Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut
ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika
mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan bertukarnya maksud
istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya
yang juga terdiri daripada puak-puak yang berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani
Umayyah. istilah Saba'iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah
pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi'ah yang mempersoalkan hak Bani
Abbas sebagai khalifah.

Walau bagaimanapun Ziyad mahupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba'iyyah sebagai


golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahawa Hujr bin Adi dan teman-
temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh
Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan
kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'.
Diambil dari:http://id.wikipedia.org/wiki/Abdullah_bin_Saba
ABDULLAH BIN SABA’:TOKOH FIKTIF YANG MENJADI SENJATA ANDALAN
SUNNI MENGHANCURKAN NAMA BAIK MAZHAB AHLUL BAIT

Mereka semua itu sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba’ dari satu sumber
yaitu; Sayf ibn Umar at-Tamimi dalam bukunya “al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal
wal-masir Aishah wa Ali”. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil
cerita Abdullah ibn Saba’ tersebut. Padahal pribadi Sayf adalah seorang penulis yang tidak
dipercaya oleh kebanyakan penulis-penulis kitab rijal seperti Yahya ibn Mu’in, Abu Dawud,
al-Nasai, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Sukn, Ibn Hibban, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Firuzabadi, Ibn
Hajar, al-Suyuti, dan al-Safi al-Din. Istilah Saba’iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh
Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan
kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba’.

Abdullah Bin Saba’ Pendiri Syiah, Benarkah?

Tuduhan bahwa madzhab syiah adalah ajaran dari si Yahudi yang bernama Abdullah bin
Saba’ telah lama diketengahkan kepada masyarakat muslim dan semacam sudah merasuk di
tengah masyarakat bahwa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba’ yang berpura-pura
memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam.

Abdullah bin Saba’ dikatakan sebagai pendiri madzhab Saba’iyyah yang mengemukakan teori
bahwa Ali adalah wasi Muhammad SAWW. Abdullah ibn Saba’ juga dikenali dengan nama
Ibn al-Sawda’ atau ibn ‘Amat al-Sawda’- anak wanita kulit hitam. Pada hakikatnya cerita
Abdullah ibn Saba’ adalah satu dongengan (fiktif) semata.

Allamah Murtadha Askari telah membuktikan bahwa cerita Abdullah ibn Saba’ yang terdapat
dalam beberapa kitab Ahlusunah bersumber dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir
(w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka
semua itu sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba’ dari satu sumber yaitu; Sayf
ibn Umar at-Tamimi dalam bukunya “al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir
Aishah wa Ali”. [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran,
1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercaya oleh kebanyakan penulis-penulis kitab rijal
seperti Yahya ibn Mu’in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai
(w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban
(w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi
(w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din
(w923H/1517M).

Abdullah ibn Saba’, kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman,
dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat
lain untuk menghasut orang banyak supaya bangun dan memberontak menentang khalifah
Uthman bin Affan. Sayf menyatakan bahwa Abdullah bin Saba’ adalah sebagai pengasas
ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari, pribadi
Abdullah ibn Saba’ ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah berhasil mencipta beberapa
pribadi, tempat, dan kota lain hasil khayalannya. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang
penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba’ tersebut. Beberapa orang yang erpengaruh
dengan kisah bohong Sayf seperti: Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi
(w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti
(w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-As’ari (w324H/935M)
dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin.

Allamah al-Askari mengupas hakekat cerita Abdullah ibn Saba’ dari riwayat syiah dari Rijal
oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa’d ibn Abdullah al-Ashari al-
Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba’ mempercayai kesucian Ali sehingga
menganggapnya sebagai seorang nabi. Hal itu karena mengikut dua riwayat ini, Ali AS
memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan keengganannya itu
Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup. Walau bagaimanapun menurut Sa’d ibn
Abdullah, Ali telah menghalau Ibn Saba’ ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS
menemui kesyahidannya. Pada ketika itu Abdullah ibn Saba’ mengatakan: Ali AS tidak wafat,
sebaliknya, ia akan kembali semula ke dunia.

 
Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba’
menyatakan bahwa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang
mengumumkan tentang Imamah (kepemimpinan) Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahwa
hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bid’ah yang bertentangan dengan hukum
Islam, tiada beda antara madzhab Syi’ah ataupun Sunnah.

Kisah tersebut tidak akan pernah kita jumpai dalam kitab-kitab karya tokoh-tokoh sejarah
yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn
Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Saba’ sebelum peristiwa
pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS tidak pernah disebut oleh
para penulis yang terdahulu seperti Ibn Sa’d (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M)
atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang hanya sekali saja menyebut namanya dalam buku
Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS. Al-Baladuri
berkata: ” Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-
Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani – ibn Saba’ datang kepada Imam Ali AS dan
bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakar dan Umar…”. Ibn Qutaybah (w276H/889M)
dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah
menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identitas orang ini sebagai
Abdullah ibn Saba’. Sa’d ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq
menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba’ pengasas ajaran Saba’iyyah – sebagai
Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-
Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan
‘Sabaiyyah ‘, menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba’i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar
(w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba’iyyah sebagai ‘ satu
kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba’i’. Al-Maqrizi
(w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba’ ini
sebagai ‘Abdullah ibn Wahb ibn Saba’, juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda’ al-Saba’i.’

Allamah Askari mengemukakan rasa keheranannya disaat tidak seorang pun dari para penulis
tokoh Abdullah ibn Saba’ ini menyertakan nasabnya, satu perkara yang agak ganjil bagi
seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab
tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada
zaman awal Islam. Tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba’, yang dikatakan berasal dari San’a
Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba’ dan golongan
Sabai’yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-
cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn
Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn
Zayd ibn Kahlan ibn Saba’, seorang Rasibi, Azdi dan Saba’i adalah pemimpin Khawarij yang
terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.

Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu (Sayf bin
Umar at-Tamimi) untuk melukiskan pribadi khayalan yang menjadi orang pertama
menyebarkan Imamah Ali AS. Nama pribadi ini tiba-tiba muncul untuk memimpin
pemberontakan terhadap khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal,
menyebarkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh
Ali AS dan tinggal dalam buangan, selepas wafat Imam Ali AS. Abdullah bin Saba’
dinyatakan sebagai penyebar ajaran kesucian Ali AS, dan Ali tidak mati melainkan akan
hidup kembali. Ia digambarkan sebagai pribadi yang paling vokal dan lantang di hadapan
musuh-musuh Ali AS.

Menurut Allamah Askari, perkataan Saba’iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum
untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman.
Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal
dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi
ibn Hatim, Qays ibn Sa’d ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman ibn
Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut
ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. Justru Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika
mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai ‘Saba’iyyah.’ Dengan bertukarnya maksud
istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya
yang juga terdiri dari kelompok-kelompok yang berasal dari Yaman. Selepas runtuhnya Bani
Umayyah, istilah Saba’iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah
pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi’ah yang mempersoalkan hak Bani
Abbas sebagai khalifah.

Walau bagaimanapun Ziyad maupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba’iyyah sebagai


golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahwa Hujr bin Adi dan teman-
temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba’iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh
Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan
kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba’.

Filed under: Uncategorized

« Salafi Gencar memfitnah Syi’ah… Tapi semua tuduhan mereka mampu kami patahkan
bagaimana dengan hadits shohih yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib ra ini: “Dari Ali
bin abi Thalib berkata: Sesungguhnya Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melarang
nikah mut’ah dan memakan daging himar jinak pada perang khaibar” (HR. Bukhari 5115,
Muslim 1407). »

You might also like