You are on page 1of 39

Ustaz Mohd Azrin bin Samsudin

B.A Syari`ah
Univ al-Iman, San`a Yaman
AIR
 7 jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci
dengannya:-
1. Hujan
2. Laut
3. Sungai
4. Telaga
5. Mata air
6. Salji
7. Embun
4 BAHAGIAN AIR
 Air yang suci dan boleh menyucikan = Air Mutlaq
 Air yang suci dan boleh menyucikan, tetapi makruh
menggunakannya = Air Musyammas
 Air yang suci tapi tidak boleh menyucikan = Air
Musta`mal
 Air najis
KULIT BANGKAI
 Ia suci apabila dihilangkan lebihan yang ada padanya
(boleh digunakan).
 Kecuali kulit Babi dan Anjing, atau binatang yang lahir
daripada keduanya.
 Adapun tulang dan bulu2 bangkai adalah najis (tidak
boleh dimakan).
BEKAS MAKAN DAN MINUM
 Dilarang menggunakan bekas minum dan makan yang
diperbuat daripada emas dan perak.
SIWAK
 Disunatkan bersiwak pada setiap masa, kecuali bagi
orang yang berpuasa.
 3 keadaan yang sangat2 disunatkan bersiwak:-
1. Ketika bau mulut berubah.
2. Ketika bangun dari tidur.
3. Ketika hendak mendirikan solat
FARDHU WUDHU’
 6 fardhu wudhu’ :-
1. Niat
2. Basuh muka
3. Basuh tangan hingga siku
4. Sapu sebahagian kepala
5. Basuh kedua kaki hingga buku lali
6. Tertib
SUNAT-SUNAT WUDHU’
 11 sunat-sunat wudu’ :-
1. Basmalah
2. Basuh tangan hingga pergelangan
3. Berkumur
4. Masukkan air ke dalam hidung
5. Sapu keseluruhan kepala
6. Sapu kedua telinga, dalam dan luar dengan air baru
7. Menyelat-nyelat janggut yang tebal
8. Menyelat-nyelat jari-jemari, kaki dan tangan
9. Mendahulukan kanan
10. Basuh tiga-tiga
11. berturutan
ISTINJA’
 Wajib beristinja’ selepas buang air besar dan kecil
 Yang afdhal, batu kemudian diikuti dengan air
 Istinja’ dengan air sahaja sudah memadai
 Istinja’ dengan batu sahaja pun sudah memadai
 Jika ingin memadai dengan salah satu daripadanya,
maka dengan air lebih afdhal
ADAB KETIKA QADHA’ HAJAT
1. Jangan menghadap dan membelakangi qiblat di
tempat yang terbuka
2. Dilarang membuang dalam air yang tidak mengalir
3. Dilarang membuang di bawah pohon yang berbuah
4. Dilarang membuang di jalanan
5. Dilarang membuang di tempat berteduh
6. Dilarang membuang di dalam lubang
7. Dilarang bercakap ketika membuang
8. Dilarang menghadap dan membelakangi matahari
atau bulan
BATAL WUDHU’
 6 perkara yang membatalkan wudhu’ :-
1. Keluar sesuatu daripada dua jalan
2. Tidur dalam keadaan yang tidak tetap punggungnya
3. Hilang akal
4. Sentuh antara lelaki dan perempaun yang bukan
mahram (tanpa lapik)
5. Sentuh faraj dengan tapak tangan
6. Sentuh lubang dubur
WAJIB MANDI
 6 perkara yang meawajibkan seseorang itu mandi :-

1. Tiga perkara (membabitkan lelaki dan perempuan) :


a) Bertemu dua khitan
b) Keluar mani
c) Mati

2. Tiga perkara yang khusus untuk perempuan :


a) Haid
b) Nifas
c) Bersalin
FARDHU MANDI
 3 fardhu mandi wajib :-
1. Niat
2. Menghilangkan najis daripada anggota badan (jika
ada)
3. Menyampaikan air ke seluruh anggota badan
SUNAT KETIKA MANDI
 5 perkara sunat ketika mandi wajib :-
1. Basmalah
2. Berwudhu’ sebelum mandi
3. Melalukan tangan atas anggota badan
4. Berturutan
5. Mendahulukan kanan
MANDI-MANDI SUNAT
 17 jenis mandi yang disunatkan :-
1. Hari jumaat
2. Dua hari raya
3. Minta hujan
4. Al-Khusf (gerhana bulan)
5. Al-Kusuf (gerhana matahari)
6. Mandi selepas mandi mayat
7. Selepas peluk Islam
8. Sedar dari gila & pitam
9. Mandi ketika hendak ihram
10. Untuk masuk dalam kota Makkah
11. Wuquf di Arafah
12. Mabit di Muzdalifah
13. Melontar tiga Jamrah
14. Tawaf
15. Sa`i
16. Ketika masuk ke dalam Madinah al-Munawwarah
SAPU ATAS KHUF
 3 syarat untuk sapu atas khuf :-
1. Mula menyarungnya selepas selesai bersuci
2. Khuf itu mestilah menutup tempat yang fardhu
disapu
3. Khuf itu boleh digunakan untuk berjalan
TEMPOH PEMAKAIAN KHUF
 Bagi yang bermuqim = sehari semalam
 Bagi yang bermusafir = tiga hari tiga malam
 Tempoh itu bermula selepas orang itu memakainya
setelah bersuci
 Jika orang yang bermuqim menyapu atas khuf
kemudian dia bermusafir, atau dia musafir kemudian
cancel = hukumnya mengikut hukum “bermuqim”
BATAL KHUF
 3 perkara yang membatalkan khuf :-
1. Menanggalkannya
2. Tamat tempoh
3. Kena mandi wajib
TAYAMMUM
 6 syarat tayammum :-
1. Terdapat keuzuran kerana musafir atau sakit
2. Masuknya waktu solat
3. Setelah mencari air
4. Terhalang menggunakan air
5. Berhajat kepada air untuk kegunaan lain
6. Tanah bersih yang berdebu
FARDHU TAYAMMUM
 4 fardhu tayammum :-
1. Niat
2. Sapu muka
3. Sapu tangan hingga siku
4. Tertib
SUNAT TAYAMMUM
 3 sunat ketika tayammum :-
1. Basmalah
2. Mendahulukan yang kanan
3. Berturut-turut
BATAL TAYAMMUM
 3 perkara yang membatalkan tayammum :-
1. Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’
2. Terlihat air sebelum masuknya waktu solat
3. Murtad
TAYAMMUM BAGI PEMAKAI
BALUTAN LUKA
 Bagi orang yang memakai balutan di atas anggota
wudhud’ yang luka :-
1. Sapu debu atas balutan
2. Tayammum
3. Solat
4. Tidak perlu ulangi solat
TEMPOH TAYAMMUM
 Bertayammum bagi setiap waktu solat fardhu
 Solat-solat sunat boleh didirikan dengan hanya satu
tayammum
HUKUM CECAIR DARI DUA
JALAN
 Setiap yang keluar daripada dua jalan hukumnya
adalah najis kecuali mani
 Wajib membasuh semua jenis “kencing dan kotoran”
kecuali kencing bayi lelaki yang tidak makan
makanan, hukumnya adalah suci, cuma perlu direnjis
dengan air pada tempat yang terkenanya
HUKUM NAJIS-NAJIS LAIN
 Tidak dimaafkan daripada semua jenis najis kecuali :-
1. Darah yang sedikit
2. Nanah yang sedikit
3. Bangkai binatang yang darahnya sedikit

 Semua jenis haiwan adalah suci kecuali babi, anjing


dan binatang yang lahir daripada keduanya
(kacukan)
 Semua bangkai adalah najis kecuali ikan, belalang
dan manusia
SAMAK
 Hendaklah disamak bekas yang terkena babi atau
anjing dengan 7 kali basuhan, salah satunya dengan
air tanah
 Najis-najis lain hanya dibasuh dengan sekali basuhan,
afdhalnya tiga kali
HUKUM ARAK
 Jika arak itu menjadi cuka dengan sendirinya
hukumnya suci
 Jika ia bertukar menjadi cuka dengan proses manusia,
hukumnya najis
DARAH WANITA
 3 jenis darah yang keluar dari faraj wanita :-
1. Haid
2. Nifas
3. Istihadhah
HAID
 Adalah darah yang keluar dari faraj wanita dalam
keadaan sihat
 Sifatnya :
1. Kehitaman
2. Panas
3. Sakit bila keluar
TEMPOH HAID
 Paling singkat = sehari semalam
 Paling lama = 15 hari
 Kebiasaannya = 7 hari
 Sekurang-kurang tempoh masa di antara dua haid = 15
hari
 Sebanyak-banyak tempoh masa di antara dua haid =
tiada had
 Kebiasaan wanita datang haid = 9 tahun
NIFAS
 Adalah darah yang keluar dari faraj wanita selepas
bersalin
TEMPOH NIFAS
 Seekurang-kurangnya = seketika
 Paling lama = 60 hari
 Kebiasaannya = 40 hari
 Sekurang-kurang tempoh hamil = 6 bulan
 Sebanyak-banyak tempoh hamil = 4 tahun
 Kebiasaannya = 9 bulan
ISTIHADHAH
 Adalah darah yang keluar dari faraj wanita bukan
kerana haid atau nifas (darah penyakit)
 Hukumnya : wajib solat seperti biasa
HUKUM KETIKA HAID & NIFAS
 8 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh wanita haid &
nifas :-
1. Solat
2. Puasa
3. Membaca al-Qur’an
4. Memegang & membawa mushaf
5. Masuk masjid
6. Tawaf
7. Jima`
8. Istimta` (kecuali antara pusat ke atas dan lutut ke bawah)
HUKUM KETIKA SEDANG JUNUB
 5 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang
yang sedang dalam keadaan hadas besar :-
1. Solat
2. Baca al-Qur’an
3. Memegang mushaf & membawanya
4. Tawaf
5. Duduk dalam masjid
HUKUM KETIKA HADAS KECIL
 3 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang
yang sedang dalam keadaan hadas kecil :-
1. Solat
2. Tawaf
3. Memegang mushaf & membawanya
‫واهلل أعلم بالصواب‬

You might also like