You are on page 1of 4

SJK (T) TAMAN PERMATA, 43800

DENGKIL, SELANGOR.
_______________________________________

KERTAS KERJA
PROJEK
PEMBANGUNAN
KEMUDAHAN –
KEMUDAHAN SEKOLAH

“KE ARAH SEKOLAH MODEL 2015”


SJK (T) TAMAN PERMATA,
43800 DENGKIL, SELANGOR
1.0 NAMA PROJEK
Projek Pembangunan Kemudahan-Kemudahan Sekolah

2.0 TUJUAN
Program ini bertujuan untuk:
2.1 Menaiktaraf kemudahan sekolah dengan membeli meja panjang dan bangku
panjang untuk kantin sekolah.
2.2 Menaiktaraf kemudahan bilik darjah dengan membeli meja dan kerusi murid.
2.3 Memberi kemudahan penggunaan komputer kepada guru untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

3.0 LATARBELAKANG
Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu di dalam suasana yang kondusif.

4.0 RASIONAL
4.1 Projek ini secara tidak langsung akan memberi keselesaan kepada murid-
murid dan guru-guru untuk menjamu selera di kantin dengan selesa dan di
dalam suasana yang bersih.
4.2 Memberi keselesaan kepada murid-murid untuk duduk dan menulis di atas
meja dengan selesa. Ini akan menyediakan suasana kondusif kepada murid-
murid untuk belajar di dalam kelas.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menaiktaraf kemudahan kantin sekolah dan bilik darjah.

6.0 PELAKSANAAN
Sasaran : Kantin, Bilik Darjah, Bilik Guru & Kawasan Sekolah
Masa : Sepanjang tahun

7.0 ANGGARAN KOS

No. Tempat / Kemudahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah


01. Kantin
a) Meja panjang 15 RM 150.00 RM 2,250.00
b) Bangku panjang 30 RM 120.00 RM 3,600.00
c) Meja Makan Guru 3 RM 250.00 RM 750.00
d) Kerusi Guru 20 RM 25.00 RM 500.00

02. Bilik Darjah


a) Meja & Kerusi murid (1 set) 120 RM 80.00 RM 9,600.00
b) Almari 15 RM 450.00 RM 6750.00
c) Rak Buku 15 RM 120.00 RM 1800.00
d) Papan Kenyataan 15 RM 150.00 RM 2,250.00
e) Meja Guru 15 RM 150.00 RM 2,250.00
f) Kerusi Guru 15 RM 30.00 RM 450.00
03. AM
a) Papan tanda nama sekolah 1 RM 800.00 RM 800.00
b) Komputer Bilik Guru + 1 RM 5000.00 RM 5000.00
Pencetak
c) Mesin Risio 1 RM 8000.00 RM 8000.00

JUMLAH: RM44,000.00
8.0 SUMBER KEWANGAN

i) Sumbangan PIBG
ii) Sumbangan NGO
iii) Derma

9.0 PENUTUP
Keberkesanan projek ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dari luar dan
PIBG sekolah.
Tanggungjawab penjagaan rapi kemudahan asas yang diberi bergantung
sepenuhnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan staf sekolah.