You are on page 1of 3

( PANAS SALJU )

BAB 1 – Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di Kampung Sungai


Baru Melaka. Kemudian, mereka ternampak sebuah kereta terjunam ke dalam sungai.
Zulkifli membantu pasangan sikh yang berada di dalam kereta itu. Pada mulanya Bushrah
tidak mahu menolong namun dia terpaksa akur. Pasangan sikh itu dihantar ke Hospital
Seremban. Setelah tiba di sana hari sudah lewat malam. Keesokan harinya, mereka pergi ke
Felda Ulu Tebrau menghadiri majils perkahwinan adik Zulkifli, Narizah. Dalam perjalanan
keretanya rosak, dengan bantuan seorang lelaki Cina kereta Zulkifti dapat diperbaiki.
BAB 2 – Zulkifli melihat banyak perubahan di Felda Ulu Tebrau. Semasa majlis
perkahwinan berlangsung, Zulkifli berjumpa Maliyudi bersama isterinya Saleha Brigtte
Abdullah bersama anak-anaknya. Zulkifli menceritakan tentang penyakit yang dihadapi oleh
anaknya Nadhirah kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan kepada Nadhirah. Maliyudi
mencadangkan kepada Zulkifli supaya menceritakan perkara ini kepada pihak akhbar.
BAB 3 – Zulkifli dan Bushrah berbincang mengenai penyakit Nadhirah. Zulkifli
mengambil keputusan mendedahkan masalahnya di akhbar. Pada rnulanya Bushrah malu
namun, dia terpaksa akur dengan keputusan suaminya. Bushrah mahu Nadhirah sihat selalu.
Di samping itu Zulkifli
membuat permohonan untuk tukar kerja ke Hospital melaka kerana sudah
jemu berulang alik ke Kuala Lumpur.
BAB 4 – Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia menyatakan hasratnya.
Wartawan yang menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd Yusuf berasa
simpati terhadap penyakit Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala Lumpur untuk
membuat permohonan bertukar ke Hospital Melaka. Kemudiannya dia pergi menjemput
isterinya.

BAB 5 – Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah ke kursus ”Anak Cemerlang” anjuran Institut
Pembangunan Kanak-kanak ataupun ringkasannya NURY. Zulkifli dan Bushrah pergi ke atas
kesedaran untuk menimba ilmu bagi mendidik anak supaya menjadi cemerlang. Setelah tamat
kursus itu, Bushrah mencadangkan untuk menghantar Nazli ke Tadika NURY apabila
umurnya cukup empat tahun.
BAB 6 – Penderitaan Nadhirah yang mengidap penyakit rosak hati dan hempedu tersiar di
Utusan Malaysia. Mereka tidak menyangka Nadhirah menghidap penyakit kronik pada usia
semuda itu. Sementara itu, Nadhirah tidak ke sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar
berehat sahaja di rumah. Di sekolah, Bushrah menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah
tempat Bushrah berkerja juga telah melancarkan kutipan derma untuk keluarga Bushrah.
BAB 7 – Tan Sri Shamsuddin sedih membaca kisah Nadhirah. Dia ialah Pengarah Sapura
Holdings. Beliau kemudian segera menghubungi isterinya, Puan Sri Sapura untuk
menyatakan hasratnya. Kemudian beliau menelefon rumah Nadhirah pula. Nadhirah yang
menjawab panggilan itu. Pada sebelah malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali
lagi dan dijawab oleh Zulkifli. Tan Sri Shamsuddin memintanya datang ke pejabatnya pada
keesokan hari.
BAB 8 – Zulkifli bertemu dengan Tan Sri Shamsuddin di Pejabatnya dan membincang
mengenai kesanggupan Tan Sri Shamsuddin membantu keluarganya. Sebelum pulang, Tan
Sri Shamsuddin menyerahkan kepada Zulkifli cek RM50,00 sebagai permulaan
sumbangannya. Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank Simpanan Nasional untuk
menyimpan cek itu.
BAB 9 – Berita kesedihan Bushrah mendermakan hatinya mendapat pelbagai reaksi.
Namun dia tidak mempedulikannya. Wartwan Mohd Yusuf telah mewawancara Bushrah
mengenai perkara itu. Zulkifli pula menyokong dan menghargai pengorbanan yang dilakukan
oleh isterinya itu.
BAB 10 – Nadhirah dan ibunya, Bushrah menonton filem Panca Delima . Zulkifli menaip
skrip drama di dalam bilik dan dia tidak mahu sesiapa pun menganggunya. Nadhirah dan
Bushrah khusyuk mendengar lagu ”Berkorban Apa Sahaja” yang dinyanyikan oleh
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan lagu ”kasihnya ibu” yang dinyanyikan oleh biduanita
Saloma. Mereka terpesona mendengar lagu itu.
BAB 11 – Zulkifli menerima surat dari Muliyadi yang berada di England. Muliyadi
menyatakan bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. Dia juga berkata,
pada musim cuti panas ini dia akan pergi ke Perancis untuk ke rumah isterinya. Sebulan
selepas itu, Muliyadi menyatakan dia dilantik menjadi pensyarah kanan ITM. Akhir surat
Muliyadi, dia berharap agar Nadhirah dan Bushrah akan selamat semasa dalam pembedahan
itu dijalankan.
BAB 12 – Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah pergi ke unit hati, Hospital Kuala Lumpur.
Mereka ada temu janji bersama doktor Gheethano. Sudah bertahun Dr. Gheethan merawat
Nadhirah. Zulkifli dan Bushrah mendengar dengan khusyuk apa yang diterangkan oleh Dr.
Gheethan.
BAB 13 – Zulkfli sekeluarga pulang ke kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah mertuanya
ada bersama kerana dia sudah tidak bekerja sebagai penambang lagi berikutan pembinaan
sebuah jambatan baru. Bushrah menceritakan nasib Nadhirah kepada keluarganya. Mereka
terkejut kerana tidak tahu Nadhirah menghidap penyakit kronik.
BAB 14 – Nadhirah tidak ke sekolah berikutan penyakitnya yang semakin serius. Ketika
itu, dia sedang mendengar lagu ”Kasihnya ibu” dari radio. Cikgu Khairani selalu meberi
soalan latihan. Beliau memberi peransang agar Nadhirah tabah serta beliau mendoakan
keselamatan Nadhirah.
BAB 15 – Zulkifli mengadakan majlis kenduri doa selamat dan tahlil sempena pemergian
mereka ke London. Semua penduduk dikawasan kediamannya datang. Zulkifli membawa
Nadhirah berjumpa imam Ghazali. Imam Ghazali turut mengutip derma untuk membantu
mereka sekeluarga.
BAB 16 – Zulkifli sekeluarga akan berlepas ke London. Murid-murid Bushrah bersama
guru-guru di sekolah Bushrah turut melawat mereka. Turut hadir Tan Sri Shamsuddin
bersama isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya, mereka berangkat ke London.
BAB 17 – Akhirnya, Zulkifli sekeluarga selamat tiba di Landon. Cuaca di Landon cerah.
Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi bersimpati melihat Nadhirah yang dahulu cergas
tiba-tiba menjadi lemah.
BAB 18 – Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah solat Subuh berjemaah. Selepas itu, mereka
bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan Bushrah bertikam Iidah siapa yang patut derma hati
kepada Nadhirah. Menjelang pukul 10.30 pagi, mereka pergi ke Hospital King’s College
untuk berternu dengan Dr. Tan Kai Chah.
BAB 19 – Dr. Tan Kai Chah mula pembedahan ke atas Nadhirah dan Bushrah. Pada p
Padakul 8.00 pagi, Bushrah dibius dan dipotong sebahagian hatinya. Tepat pukul 2.00
petang, Nadhirah dibius dan dibedah. Pembedahan kembar itu mengambil masa selama 14
jam dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Doktor Tan Kai Chah menasihati Bushrah dan
Nadhirah berada di Hospital selama 2 minggu.
BAB 20 – Muliyadi dan Zulkifli menziarahi Bushrah dan Nadhirah. Mereka kelihatan
masih lemah. Seminggu kemudian, Bushrah dibernakan pulang manakala Nadhirah perlu
berada di Hospital beberapa hari lagi.
BAB 21 – Hari minggu kota Landon cerah dan Muliyadi membawa keluarga Zulkifli
bersiar-siar di beberapa tempat. Tempat pertama yang dilawati mereka ialah Istana
Buckingham yang dibuka kepada pelancong pada tahun 1993. Muliyadi mencadangkan
supaya mereka melawat Sungai Thames, Muzium British, Zoo London dan Westminster
Abbey. Pada hari itu, mereka mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang manis.
BAB 22 – Sebelum pulang ke Malaysia, Zulkifli melawat Dr. Tan Kai Chah. Zulkifli
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tan Kai Chah kerana banyak membantu
keluarganya. Muliyadi menghantar Zulkifli ke lapangan terbang Heathrow.Kemudian,
pesawat MAS meninggalkan Britain.
BAB 23 – Kapal terbang yang dinaiki Zulkifli sekeluarga terpaksa mendarat di Batu
Berendam, Melaka kerana Lapangan Terbang Subang terbakar. Mereka sekeluarga terus
menjemput Nazli di rumah ibu bapa Bushrah. Mereka terlalu rindukan Nazli.
BAB 24 – Lima tahun sudah berlalu. Nadhirah kini telah berusia 19 tahun dan telah
melanjutkan pelajaran ke ITM dan mengikuti kursus Diploma Perakaunan. Zulkifli mendapat
tawaran berkeja di Mingguan Malaysia sebagai pengarang sastera. Pada pagi Jumaat, tepat
jam 4.00 pagi, Bushrah menghembuskan nafas buat kali yang terakhir. Kini, Nadhirah
berjaya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan di Bank Islam. Dia juga bakal
berkhawin dengan doktor Bedah di Hospital Kuala Lumpur. Nazli juga berjaya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

You might also like