You are on page 1of 8

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

3.0 Kaedah pengajaran Bahasa Melayu

3.1 Definisi kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak
jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur
tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga
digunakan bagi membantu pendekatan dipilih.

3.2 Jenis-jenis kaedah

3.2.1 Kaedah natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang
berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan
rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa
tertentu.
Menurut Krashen dan Terrell (1983:9), kaedah ini juga dikenali sebagai psikologikal,
fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik dan tiruan (imitative). Kaedah ini
melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini
bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam
bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai
penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.
Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk
memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan
pembelajaran (learning).
Pertama ialah Penguasaan, yakni cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti
cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara
yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui
pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.
Kedua ialah Pembelajaran, yakni proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara
sedar tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang
jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk
lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku
dan pemetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang
telah dipelajari
Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan
adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus
kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang
dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak
diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk
berbuat demikian.
Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam
bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input
untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal),
sambil memberi pembayang non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input
tersebut.
Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures,
iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara
umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.

3.2.2 Kaedah Nahu tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu
bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini
juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas
yang dapat digunakan dalam penulisan.
Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-
buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang
mementingkan bahasa tulisan daripada lisan.
Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar
kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada
pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberikan contoh-contoh.
Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan
kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan
ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya
disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu
berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

3.2.3 Kaedah terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun
1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan
unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak
sesekali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini
bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran
berbahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang
dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu perhubungan secara langsung
antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya
pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada.
Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-
kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

3.2.4 Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi.
Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan
biasa dalam bahasa ibunda.
Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat
sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu
dalam bahasa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan
persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, murid tersebut terus mendengar lagi
ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan
mendengar. Akhirnya, murid tersebut berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat
dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,
karangan-karangan lisan dan latihan cara menyebut sesuatu perkataan dengan betul
bagi tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran.

3.2.5 Kaedah linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu
dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu
harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain
seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.
Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-
dua bahasa. Dalam aspek pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah
berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka
dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam
bahasa ibunda mereka.
Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baharu dari segi bunyi.
Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan
perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

3.2.6 Kaedah kod kognitif

Kaedah ini adalag berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa
sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan
pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut Chomsky pula,
bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik.
Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak, iaitu bersifat semulajadi dan
sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus- rumus
bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat.
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari
sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum
dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa,
lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan.
Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui
pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.
3.2.7 Kaedah Bahasa Komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community Language Learning’ merupakan cara


pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-
rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.
Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi,
ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai
teori struktural. Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori
bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai ‘ Bahasa Sebagai Proses Sosial’
Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kongnitif dan afektif. Inilah
yang disebut sebagai pembelajaran ‘Whole Person’.
Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar
dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan.
Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan
yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar.
Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain.
Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap
harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam
prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar
sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara
dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

3.2.8 Kaedah Oral-Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-
empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran
menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan
diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi
perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita
rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.
Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada
awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian
barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

You might also like