You are on page 1of 27

HUBUNGKAIT

PEMBANGUNAN EKONOMI
DAN HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
 Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan
dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan
kaum sehingga 1990.

 Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan.

 Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran


Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka

 Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat


perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca
dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan
Melayu.
 Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua
pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari
sikap Sultan dan pembesar Melayu.

 Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang


asing seperti Gujarati, Chulia dan peminjam wang India
(Chettiars).Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya
yang bakal menggugat kestabilan pemerintah.

 Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang


ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun
Melaka.

 Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum


ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.
 Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya
perdagangan bebas untuk seketika.

 dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan.

 Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10%


dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari
Teluk Benggal.

 Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di


Melaka.

 Pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh dan Pedir.

 Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641.


Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan

 Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari


Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan.
 Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam,
rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.

 Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5%


ke atas barangan eksport.

 Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan


urusniaga mereka;

 mengikat perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu


di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil negeri mereka,

 khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang ditetapkan dan
menghadkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India.

 Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau


Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura
pada 1819.
 Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada
1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan India.

 Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang


berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum.

 tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan
India).

 Keadaan ini berubah pada abad ke-19 apabila lebih ramai buruh asing,
khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan
sektor perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan.

 Pada abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang


Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang
menguntungkan.

 Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk
memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah.
 Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang
berjalan serentak dalam satu waktu.

 Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur
pula menumpukan kepada tanaman sara diri.

 Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di
bandar.

 Orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi
dan buah-buahan).

 Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman
untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar.
Hubungan Etnik Pada Zaman Melaka sehingga abad ke- 17

 Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan.
Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India.

 Ini kerana kerajaan Melaka di bawah pemerintah yang bijak menjalankan dasar
pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk menikmati
keuntungan perdagangan di Melaka.
 Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada
kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan
dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan Cina.

 Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas
dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-
pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga
mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan
China.

 Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu tunduk kepada


kuasa baru ini.

 Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang
tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar
perdagangan bebas.

 Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman


(hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan tanah.
 Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu
luar bandar yang mengusahakan tanah.

 Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih
oleh orang India dan kemudian pada zaman British oleh orang Cina, Arab dan
Eropah.
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18

 Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British.

 Dasar British Ini sebenarnya menjarakkan lagi status ekonomi Cina.


Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19

 Penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada


kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina.

 Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

 Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun
1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854).
 Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan
lombong di Lukut.

 Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian


keuntungan yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut.
Kerjasama Orang China –Melayu Di Johor

 Kerjasama ini bermula apabila Temenggong Johor, Temenggong


Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah untuk
mengusahakan tanaman lada dan gambir.

 Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua


Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk
mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka.

 Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk


membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai
Kesan Dominasi Langsung Orang Cina Dalam Perlombongan
 Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung
dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, peranan elit
pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai
eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada
pelabur.

 Dengan bermulanya pentadbiran British, peranan ini telah diambil


alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass)
pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British

 Kaum Cina juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan,


landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka
juga menjadi orang tengah dalam perniagaan.

 Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu


diri. Pada masa itu, rata-rata tidak menganggap Tanah Melayu
sebagai negara mereka
 Abad ke-18 juga adalah zaman kedatangan buruh India yang mula menetap di
Negeri-negeri Selat.

 Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari
India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya.

 Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat.

 Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu pada 1874, ramai


orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM)
seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan
keretapi.

 Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung
abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20

 Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah
Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi
milik British.
 Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor
perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai
buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan.

 Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang
berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.

 Pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombong-
lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan
penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi
orang Cina dalam sektor ini

 Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat


(1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis.

 kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali


sebagai “kampung-kampung baru” (New Villages) di bawah rancangan
Briggs.
 Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik
pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan orang
Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar).

 Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India


membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak
keistimewaan.

 Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman


pendudukan Jepun.

 Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina


landasan keretapi maut.

 Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan


ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran
Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut
supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina.
 Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan
asas dan perlantikan guru sekolah di estet.

 Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada


abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza.

 Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri
Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis.

 Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan
pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya
14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan
India 39%.

 Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang
menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Selepas Merdeka: Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam


Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas Merdeka
 Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu
diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah
berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali
sebagai “persetujuan bersejarah” (historic bargain).

 Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan


diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai
balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu,
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu
sebagai raja berperlembagaan.

 Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan


Persekutuan 1957.

 Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima


tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza.

 Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam


pilihanraya 1963 dan 1969.
 Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak puas hati dan
kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei.

 Ia seterusnya membawa kepada pemansuhan Parlimen,


penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan
prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan perpaduan negara.

 Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk


menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum.

 Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia


berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat
tanpa mengira bangsa dan agama.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan
Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)
 Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar
bandar;

 Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya


bergantung kepada pengeluaran getah

 Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar


kemiskinan.

 Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas merdeka adalah untuk


membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu

 Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk


perbelanjaan pembangunan ekonomi.

 Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan


keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis).
 Status Ekonomi Melayu

 Untuk membantu orang Melayu di luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai
agensi;

 RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan


masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.

 FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan
memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan

 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian
yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan.

 FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.

 1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang


Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program
pembangunan.

.
 Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta
untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta
khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.

 Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung


simpanan Melayu.

 Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia


bagi golongan kapitalis Melayu.
Status Ekonomi Cina

 Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan


kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan
Cina untuk mengumpul modal.

 Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal
dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka.

 Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah
mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik
 Status Ekonomi India

 Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang


milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset.

 Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan


meninggalkan negara.

 MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan


membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land
Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan
NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk
mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar.

 Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.


Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969
Hingga 1990
 Tun Razak menyedari bagi membangunkan
ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan
perbalahan kaum.
 Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan
pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan
ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti
politik dan mengurangkan politiking.

 Tujuan utama rancangan ini adalah untuk


memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia
adalah strategi politik yang digelar sebagai
“ethnic corporatism”.
 Status Ekonomi Melayu

 Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan


Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970).

 Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara


Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar


bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah
dan bijih timah.

 Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan


kaum adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi
antara kaum

 Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan


berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling
menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India.
 Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki
1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar.

 Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi


kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai
Dasar Ekonomi Baru (DEB).

 DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia


dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan
dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan.

 DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-


75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-
1990.
Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia
sehingga 1990 ialah;
 untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi
strategi membasmi kemiskinan dan

 menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,

 memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan


mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang
perusahaan dan perniagaan.

 Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-


an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan
negara.

 Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina


betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk
mendapat faedah ekonomi.
 Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka
daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.

 Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan


Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya
dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB
dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar
ekonomi bagi tempoh 1991-2000.

 Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil


tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar
Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah
Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan
Negara (2001-2010)
 DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

 Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi


oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara
berteknologi tinggi menjelang abad ke-21

 Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan


landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di
Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang
mempunyai kelemahan.

 Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak


bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan
membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa
meminggirkan mana-mana komuniti.

You might also like