Professional Documents
Culture Documents
oleh
1 PENGENALAN
1
Plato. Syarahan ini akan mengimbas empat teori pembelajaran
yang kerap dirujuk oleh para pendidik dan penyelidik sebelum
ini, iaitu:
• Behaviurisme
• Kognitif
• Humanistik
• Konstruktivisme
2
ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya
melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau
sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak
menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan
tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya
dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses
rote-learning.
3
Teori humanistik Rogers (1983) dan Bandura (1986)
mencadangkan bahawa pembelajaran berlaku melalui proses
modeling atau meniru tingkah laku orang lain atau secara
demonstrasi. Teori ini digambarkan dengan pepatah berikut:
4
hubungan serta interaksi sosial dalam kumpulan membantu
pelajar membina pemahaman yang lebih kukuh. Hal ini kerana
terdapatnya aktiviti cabar-mencabar pengetahuan sedia ada
(construction), yang akhirnya menghasilkan deconstruction dan
reconstruction bagi membentuk pemahaman yang lebih
bermakna. Melalui kajian-kajian selanjutnya, penulis telah
membina pemahaman tentang bagaimana pembelajaran
berlaku dan lebih penting lagi mengapa terlalu banyak perkara
yang dipelajari (diajarkan) tidak "terpahat" dalam minda
pelajar seperti yang sepatutnya.
5
2.1 Kajian-Kajian Neurosains
6
Rajah 2a. Profesor Davidson Rajah 2b. Teknik neuroimaging
sedang menyediakan alat fMRI menggunakan alat fMRI
Sumber: Davidson, R. (2001)
Gambar ihsan: Jeff Miller
7
2.2 Struktur dan Fungsi Otak Manusia
dalam Pembelajaran
Otak luar:
Otak tengah: korteks dan
Sistem limbik
neokorteks
Pangkal otak
8
• Hipotalamus – mengawal suhu badan, lapar/dahaga,
aktiviti sistem saraf, rembesan hormon oleh kelenjar
pituitari dan pusat keseronokan
• Amigdala – pusat keagresifan
• Hipokampus – lokasi pembentukan ingatan
3 TEORI OTAK
9
Menurut De Porter dan Hernacki (1992), otak kiri mengawal
proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik,
analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula mengawal aktiviti
kreatif, irama, rima, muzik, visual, warna, gambar serta
pemikiran metaforikal yang boleh menggambarkan analogi
dan metafora, corak dan pola. Ringkasnya, otak kanan adalah
untuk pembelajaran holistik, subjektif, estetik, kreatif dan
berbentuk naluri, manakala otak kiri melakukan pembelajaran
objektif dan akademik. Sebagai pendidik, perkara ini perlu
diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan gaya belajar
dan cara pelajar membina pemahaman. Ada pelajar membina
maklumat langkah demi langkah dan kaedah ini disebut
sebagai linear-type of learner. Ada pelajar yang lebih suka melihat
gambaran secara keseluruhan atau global-type of learner (Daniel
& Aminah, 2002). Misalnya, apabila melihat wajah, kita tidak
mengimbas wajah tersebut dari atas ke bawah atau dari kiri ke
kanan dalam bentuk linear, tetapi kita menggunakan otak
kanan untuk melihat corak pada wajah itu secara keseluruhan.
Begitu juga dalam menyelesaikan masalah, sesetengah orang
melihat perkara kecil (remeh-temeh), tetapi sesetengah orang
melihatnya dari perspektif yang lebih luas dan besar.
10
apabila perkataan digabungkan dengan muzik atau gambar,
atau apabila perkataan dikeluarkan dengan emosi, ia akan lebih
mudah diingati atau dipelajari. Ornstein (1997) mendapati jika
satu hemisfera otak yang lemah digalakkan bekerjasama
dengan otak di hemisfera yang lebih kuat, maka hasilnya
memberikan prestasi yang lebih baik. Demikianlah orang yang
cerdas biasanya menggunakan keseluruhan otak untuk berfikir
atau disebut juga sebagai whole brain thinking.
A: Logik-analitikal
B: Teratur
C: Sensitif
D: Holistik
11
Berdasarkan Rajah 6, empat gaya belajar telah dikenal pasti
seperti berikut:
Kuadran Kuadran
A Proses berfikir mod serebrum C
Logik Holistik
Analitik Intuitif
Berasas fakta Bersepadu
Kuantitatif Sintesis
Tersusun Interpersonal
Berturutan Berasas perasaan
Terancang Kinestetik
Terperinci Beremosi
Kuadran Kuadran
B D
Proses berfikir mod limbik
12
• Pembelajaran prosedur (kuadran B): belajar secara
langkah demi langkah, mengikut arahan dan berlatih
secara berulang kali untuk memastikan penguasaan
kemahiran.
Menurut Felder (1996: 18), jika guru menggunakan kaedah
yang tidak selari dengan gaya belajar pelajar, mereka tidak akan
merasa selesa ketika belajar. Sebaliknya, jika guru hanya
menggunakan kaedah yang sama dengan gaya belajar pelajar,
perkembangan gaya belajar yang lain tidak akan berlaku.
13
Kajian gelombang otak menunjukkan gelombang alfa
merupakan keadaan yang paling sesuai untuk menggalakkan
proses pembelajaran berlaku. Dalam keadaan ini, otak lebih
bersedia untuk menerima pembelajaran. Manakala dalam
keadaan beta, otak terlalu sibuk menumpukan perhatian dan
tiada ruang untuk imbasan intuisi. Penulis mendapati tahap
kesedaran yang selesa dapat membina pemahaman dan
ingatan yang lebih mantap. Penyelidikan tentang pemikiran
separa sedar yang berlaku di kalangan pelajar sekolah semasa
penulisan esei Bahasa Melayu menunjukkan bahawa mereka
sangat kerap menggunakan otak separa sedar untuk
memikirkan cerita yang hendak ditulis (Suppiah, 2003). Idea
untuk menulis esei hanya dapat dikeluarkan apabila pelajar
berada dalam keadaan yang bersedia dan selesa di dalam kelas.
14
untuk kita fahami bagaimana pembelajaran berlaku, iaitu
(a) proses elektrokimia yang terlibat dalam penghantaran
mesej, (b) cara ingatan disimpan, (c) cara ingatan digunakan,
dan (d) pengaruh emosi dalam pembelajaran dan ingatan.
15
Rajah 9. Jaringan sinaps antara sel neuron
Sumber: http://ghj-associates.co.uk/index2.html,
dicapai pada 10 Februari 2005
16
Apabila hubungan terbentuk di antara sel neuron, satu
ruang kecil pada minda akan menjadi tapak kepada maklumat
yang dipelajari dan maklumat ini akhirnya menjadi memori.
Rajah 11 menunjukkan gambaran struktur memori selepas
proses pembelajaran.
17
peranan emosi, perasaan, dan tahap sedar atau separa sedar
dalam pembelajaran, pengkonsepan dan pemikiran.
Pembelajaran dan interpretasi maklumat dikatakan boleh
berlaku semasa persepsi separa sedar dan tanpa pengetahuan
sedar (Koch, 1995). Pembelajaran begini jarang sampai pada
tahap sedar dan tahap pengetahuan eksplisit. Dengan
perkataan lain, semasa pembelajaran, pelajar boleh
dipengaruhi (secara tidak sedar) oleh kiu-kiu dari
persekitarannya yang menghasilkan perasaan atau emosi
sensitif yang menyebabkan beliau membina interpretasi
tertentu tentang pembelajaran tersebut. Misalnya, suasana
ceria, gembira dan kerjasama dalam kelas, dan tingkah laku
guru yang memberangsangkan akan menghasilkan
pemahaman dalam minda pelajar (secara tidak sedar) dan
pengalaman pembelajaran yang menggalakkan terhadap
sekolah, guru, rakan-rakan dan subjek yang dipelajari. Menurut
Crebbin (2000: 7),
18
dihubungi melalui jaringan dan rangkaian. Apabila mengingat
semula, maklumat itu akan diaktifkan melalui proses
pengaktifan semula dan salinan semula yang kompleks.
Namun, ini tidak bermakna bahawa setiap kali mengeluarkan
atau mengingat semula maklumat memerlukan proses yang
sama seperti pengalaman pertama. Malah, maklumat yang
selalu "diingat" berulang-ulang boleh mengukuhkan hubungan
atau jaringan sinaps, iaitu laluan pembelajaran yang ditentukan
oleh struktur protein pada sinaps-sinaps (Flanagan, 1996).
Proses ini meningkatkan kekuatan sinaps yang berlaku
sepanjang masa (Diamond, 2003). Kemampuan ingatan yang
dikesan oleh otak bergantung pada darjah huraian dan
kompleksiti makna yang diberikan semasa perhubungan itu
dibentuk (Haberlandt, 1998).
19
Peta minda Roda matahari
20
Shamshun Nisa, 2005), didapati kaedah pengajaran aktif yang
melibatkan deria adalah lebih berkesan dalam membantu
pelajar mengingat fakta dan isi pelajaran.
All learning involves our body, emotions, attitudes, and physical well
being. Brain-based learning advocates that we address these multiple
variables more often and more comprehensively.
21
orang tersebut, tindakan seumpama itu mempunyai makna
tertentu. Bahagian dalam otak yang mengawal emosi,
khususnya perasaan "takut" ialah amigdala (LeDoux, 1996)
dan perasaan "benci" ialah ganglia basal (Rozin, 1976).
22
pembelajaran. Guru seharusnya faham bahawa minat dan
motivasi belajar hanya boleh dicetuskan dalam suasana
pembelajaran yang selesa dan pergaulan yang sihat. Dalam
keadaan ini, neurotransmiter seratonin dirembeskan untuk
melekatkan sinaps yang dibina semasa pembelajaran.
23
4. Pembelajaran tidak boleh dipisahkan daripada emosi.
Makna yang diberikan oleh individu kepada sesuatu
maklumat yang diterima dipengaruhi oleh elemen-
elemen tanpa sedar atau separa sedar, persepsi dan
penilaian emosinya pada ketika itu. Ini termasuklah
responsnya terhadap kiu dan konteks, persekitaran
atau latar ketika itu, pengalaman lama, kepercayaan
atau pemikiran yang telah terpahat dalam minda
mereka daripada latar belakang budaya dan cara hidup
mereka. Biasanya pengetahuan tasit (tersirat) ini
mempengaruhi makna yang diberikan oleh individu
tersebut kepada pengetahuan yang sedang dipelajari.
Misalnya, tanggapan "prejudis" terhadap orang
Inggeris, menyebabkan pelajar tidak mahu belajar
bahasa Inggeris atau kerana benci melihat gaya
sombong seseorang yang fasih bertutur bahasa
Inggeris, menyebabkan pelajar itu benci berada di
kalangan golongan ini dan sekali gus benci
mempelajari bahasa Inggeris.
24
pelajar adalah konsisten dengan gaya pembelajaran pasif, iaitu
pelajar meletakkan dirinya sebagai penerima maklumat. Malah
pelajar-pelajar di universiti juga mempunyai pandangan
seumpama itu. Mereka gemar meminta nota daripada
pensyarah dan masuk ke bilik kuliah untuk menyalin nota.
Mereka tidak pernah terlintas untuk mencabar ilmu itu atau
mencari sumber-sumber lain untuk menyangkal atau
menyokong ilmu tersebut. Kajian penulis menunjukkan jika
pelajar mempunyai pandangan bahawa belajar adalah untuk
lebih mengetahui atau memahami tentang sesuatu perkara,
maka dia akan belajar dengan cara aktif untuk meningkatkan
pengetahuannya (Aminah et al., 2000).
5.3 Naluri
25
Pembelajaran berasaskan minda menerangkan pentingnya
individu sebagai pelajar dan individu sebagai penterjemah
makna dan pembuat keputusan dalam proses pembelajaran,
sama ada ilmu yang diterjemah itu rasional dan logikal, atau
dipengaruhi faktor sosial dan budaya yang membina ilmu itu
mengikut interpretasinya terhadap pengalaman sedia,
pengalaman sebelum dan pengaruh-pengaruh lain. Oleh itu,
menurut Crebbin (2000: 5),
26
3. Mencari pengertian atau pemahaman adalah keinginan
semula jadi manusia.
4. Pemahaman berlaku apabila pola/corak dapat dibentuk.
5. Emosi penting dalam membentuk pola/corak.
6. Otak boleh memproses keseluruhan dan sebahagian
maklumat secara serentak.
7. Pembelajaran melibatkan penumpuan perhatian kepada
persekitaran periferal.
8. Pembelajaran melibatkan proses-proses sedar dan tanpa
sedar.
9. Terdapat dua jenis ingatan, iaitu hafalan dan spatial.
10. Pemahaman terbentuk jika fakta tersimpan dalam
ingatan spatial.
11. Pembelajaran boleh diperkukuh melalui cabaran dan
dihalang melalui ugutan.
12. Setiap otak adalah unik dan setiap individu adalah
berlainan.
27
5.4 Persekitaran untuk Pembelajaran Optimum
28
3. Kesan persekitaran periferal – merancang perse-
kitaran periferal yang sesuai adalah penting bagi
mendapatkan perhatian dan tumpuan pelajar terhadap
sesuatu pelajaran. Cuaca juga memainkan peranan
yang penting. Umpamanya, hari yang panas, sukar
untuk menarik perhatian pelajar, demikian juga hari
yang sejuk.
29
7 PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK
30
Maklumat ini jelas dilihat dalam satu program imersi yang
dijalankan di Terengganu, yang mana kanak-kanak lima hingga
enam tahun didedahkan sepenuhnya dengan perisian
berbahasa Inggeris, walaupun kanak-kanak ini tidak
mempunyai latar belakang bahasa Inggeris. Selepas enam
bulan, kanak-kanak ini boleh membaca, bercakap dan
membuat matematik dalam bahasa Inggeris (Aminah et al.,
2005a). Inilah bukti kukuh bahawa kanak-kanak perlu diberi
pendedahan awal untuk membantu mereka membina
perhubungan sinaps yang banyak. Pada umur lima hingga
enam tahun, kanak-kanak telah boleh membaca dan mengira
serta menguasai bahasa, dan mereka mampu untuk mengikuti
pendidikan peringkat Tahun Satu.
8 MASALAH PEMBELAJARAN
31
Kajian Aminah et al. (2005b) mendapati 75 peratus murid
tidak membaca atau jarang membaca di rumah, 80 peratus
tidak pernah meminjam buku dari perpustakaan, 38 peratus
tidak mempunyai tempat belajar khas di rumah, 22–47 peratus
menghadapi gangguan semasa belajar di rumah, dan 27–47
peratus tidak mempunyai sesiapa yang boleh membantu
mereka belajar di rumah. Kesemua murid ini gagal dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) disebabkan
mengalami defisit pendidikan yang besar.
(a) (b)
32
menghidu, merasa melalui hujung jari dan kulit. Otak wanita
mempunyai lebih banyak grey matter, manakala otak lelaki
mempunyai lebih banyak white matter. Grey matter membantu
otak berfungsi lebih cekap. Oleh kerana struktur kepala wanita
lebih kecil, maka grey matter membantu otak wanita berfungsi
lebih cekap. White matter berfungsi mempercepatkan impuls
dan aliran elektrik. Oleh kerana lelaki mempunyai white matter
yang lebih banyak, mereka biasanya lebih cepat bertindak
balas berbanding wanita. Perbezaan ini secara tidak langsung
menjadi sifat semula jadi bagi lelaki dan wanita.
33
Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu dirombak
supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar.
Peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah dan menengah
rendah [(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)]
sepatutnya dihapuskan. Cukup hanya satu peperiksaan akhir,
iaitu pada akhir pendidikan sekolah menengah [Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)]. Ini kerana keadaan sedia ada terlalu
menumpukan kepada peperiksaan dan pelajar hanya belajar
untuk lulus peperiksaan, bukan untuk mendapat ilmu dan
kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki universiti atau
pasaran kerja. Model kurikulum baru untuk Malaysia, yang
berbentuk tematik, bukan berbentuk bidang disiplin harus
diwujudkan. Elemen-elemen pembelajaran bermakna yang
menggalakkan mereka berfikir dan menggunakan maklumat
yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian juga harus
diselitkan dalam kurikulum ini. Dicadangkan agar penggunaan
Internet tanpa wayar atau jaringan Internet ditambah supaya
pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja
serta mendapat pembelajaran yang menyeronokkan dan
merangsangkan daripada persekitaran periferal yang banyak.
Persekolahan formal harus dimulakan dari umur enam tahun
(bukan tujuh tahun), kerana kanak-kanak sudah bersedia
untuk belajar pada umur ini.
34
• Mewujudkan mata pelajaran baru di sekolah rendah
seperti Sains dan Alam Sekitar, Kemanusiaan dan
Budaya, Matematik dalam Kehidupan, Bahasa dan
Budaya, Agama dan Nilai Peribadi, Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan, Sejarah dan Kewarga-
negaraan, dan sebagainya.
• Mewujudkan kursus-kursus baru di sekolah
menengah seperti Matematik Gunaan, Bahasa dan
Sastera, Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan
Lestari, Dunia dan Kemanusiaan, Agama dan Akhlak,
Kesihatan Jasmani dan Minda, Kemasyarakatan dan
Kebudayaan, Ekonomi dan Kenegaraan, dan kursus-
kursus pilihan (elektif) seperti Muzik Estetika, Seni
Persembahan, Reka Cipta Grafik, Seni dan Kraf,
Lakonan dan Teater, dan sebagainya.
35
10.4 Implikasi kepada Guru
36
2. Memberikan nama-nama positif kepada
kumpulan atau pasukan yang dibentuk untuk
aktiviti kelas. Elakkan melabel pelajar.
3. Menamatkan pembelajaran dengan sorakan,
nyanyian dan cara-cara lain yang menye-
ronokkan.
4. Mewujudkan suasana kelas yang tenang, selesa,
bersih dan bebas daripada tekanan (kerana otak
berfungsi sepenuhnya dalam keadaan bebas).
5. Memberikan pelbagai aktiviti yang boleh
membantu menaksir pembelajaran. Otak kita
mudah mengingat jika maklumat diakses melalui
laluan yang ia sudah biasa.
6. Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
supaya pelajar dapat berbincang, berhujah dan
bekerjasama, bertukar idea, mencabar idea dan
berkongsi idea.
37
9. Cenderung kepada simbol
10. Sosial dan suka bekerja dalam pasukan
11 PENUTUP
38
telah dapat mengesan lokasi pada bahagian-bahagian otak
manusia yang terlibat dalam proses pembelajaran dan
pemikiran, misalnya bahagian korteks pada otak kiri terlibat
dengan pemikiran analitik, logik dan matematik, manakala
otak sebelah kanan pula terlibat dengan pemikiran holistik,
kreatif dan intuitif.
39
lebih bersedia untuk belajar, walaupun umur mereka masih
muda. Demikianlah, teori pembelajaran berasaskan minda ini
telah menerangkan proses pembelajaran lebih jelas berbanding
teori behaviurisme dan teori perkembangan kognitif Piaget.
40
RUJUKAN
41
Gagne, E. D. (1985). The cognitive psychology of school learning. Boston:
Little, Brown and Company.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence: Why it can matter more than
IQ. New York: Bantam Books.
Good, T. L. & Brophy, J. E. (1990). Educational psychology: A realistic
approach. New York: Longmans Green.
Gurin, P., Dey, E., Hurtado, S. & Gurin, G. (2002). Diversity and
higher education: Theory and impact on educational outcomes.
Harvard Educational Review, 72(3), 330–366.
Haberlandt, K. (1998). Human memory: Exploration and application.
Boston: Allyn & Bacon.
Haberlandt, K. (1999). Human memory: Exploration and application (Ed.
ke-2). Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.
Herrmann, N. (1988). The creative brain. San Diego, USA: Brain
Books.
Herrmann, N. (1995). The creative brain (Ed. ke-2). Kingsport:
Quebecor Printing Book Group.
Jensen, E. (2000). Brain-based learning: The new science of teaching and
training (Ed. semakan semula). San Diego, USA: The Brain
Store.
Kandel, E. (1995). Nerve cell behaviour. Dalam E. Kandel,
J. Schwartz, & T. Jessel (Ed.), Essentials of neural science and
behaviour. Connecticut: Appleton & Lange.
Kihlstrom, J. (1996). Unconscious processes in social interaction.
Dalam S. Hameroff, A. Kasniak, & A. Scott (Ed.), Towards a
science of consciousness: The first Tuscon discussion and debates. New
York: MIT Press.
Koch, C. (1995). Towards the neuronal substrate of visual
consciousness. Dalam E. Kandel, J. Schwartz, & T. Jessell (Ed.),
Essentials of neural science and behaviour. Connecticut: Appleton &
Lange.
Kotulak, R. (1996). Inside the brain: Revolutionary discoveries of how the
mind works. Kansas City: Andrews McMeel.
Kupfermann, I. & Kandel, E. (1995). Learning and memory. Dalam
E. Kandel, J. Schwartz, & T. Jessell (Ed.), Essentials of neural
science and behaviour. Connecticut: Appleton & Lange.
LeDoux, J. (1996). The emotional brain: The mysterious underpinnings of
emotional life. New York: Simon & Schuster.
Lynch, G. (1986). Synapses, circuits and the beginnings of memory.
Cambridge, MA: MIT Press.
Marton, F., Dall Alba, G. & Beaty, E. (1993). Conceptions of
learning. International Journal of Educational Research, 19(3), 277–
287.
42
Ornstein, R. (1997). The right mind: Making sense of the hemispheres.
New York: Harcourt Brace.
Parry, T. & Gregory, G. (1998). Designing brain compatible learning.
New York: Skylight Training and Publishing.
Rogers, C. R. (1983). Freedom to learn for the 80’s. Columbus, Ohio:
Charles Merrill Publishing.
Rose, C. & Nicholl, M. J. (1997). Accelerated learning fot the 21st century.
New York: Dell Publishing.
Rozin, P. (1976) The evolution of intelligence and access to the
cognitive unconsciousness. Dalam J. M. Sprague & A. N.
Epstein (Ed.), Progress in psychobiology and physiological psychology.
New York: Academic Press.
Shore, R. (1997). Rethinking the brain: New insights into early development.
New York: Family and Work Institute.
Sousa, D. A. (2001). How the brain learns (Ed. ke-2). Thousand Oaks:
Corwin Press.
von Glaserfeld, E. (1995). A constructivist approach to teaching.
Dalam L. R. Steffe, & J. E. Gale (Ed.), Constructivism in education.
Hillsdale: Lawrence Erlbaum.
Webster, D. B. (1995). Neuroscience of communication. San Diego, USA:
Singular Publishing Group.
Sumber Elektronik
43
Haederle, T. (1999). Gender differences in the brain. Dicapai pada
10 Julai 2005 daripada http://www.hopkinsmedicine.org/
heathnewsfeed
http://wps.prenhall.com/hss_wade_mru_2/0,7992,823168-,00
.html
http://www.superteaching.org/New%20Folder/Video.htm-super
teaching video
http://www.une.edu.au/psychology/staff/malouff/problem.htm
Mind map brain. Dicapai daripada http://www.ozcountry.com/life/
twominds.html
Parenting Information Organization, USA. (2002). Making
connections: How children learn. A summary of recent brain research.
Dicapai pada 10 Julai 2005 daripada
http://www.parentinginformation.org/ howchildrenlearn.htm
Scanning the brain EEG. Dicapai pada 10 Julai 2005 daripada
http://www.pbs.org/wnet/brain/scanning/eeg.htm
Society for Neuroscience. (2000). Brain plasticity, language process and
reading. Dicapai pada 9 Januari 2005 daripada http://web.sfn
.org/content/Publications/BrainBriefings/brain-lang-reading
.html
Triune brains. Dicapai pada 6 Ogos 2002 daripada http://www.pairs
.com.triune.htm
Young, J. (2000). What is the difference between the male and female brain?
Dicapai pada 10 Julai 2005 daripada www.madsci.org/post/
archives/aug2000/967659/An.r.html
44
Aminah Ayob, Abdul Rashid Mohamed & Anna Christina. (2005a).
Kajian penilaian program Q-Dees gemilang. Projek Kerajaan Negeri
Terengganu yang tidak diterbitkan.
Aminah Ayob, Halim Ahmad & Nordin Abdul Razak. (2001).
Kajian profil bumiputera Pulau Pinang dari perspektif pendidikan.
Projek Jabatan Perdana Menteri yang tidak diterbitkan.
Aminah Ayob, Hazri Jamil, Halim Ahmad, Maznah Ali & Ahmad
Farouk Abd. Majid. (2005b). Punca kegagalan akademik pelajar
bumiputera Pulau Pinang: Kajian kes di 10 buah sekolah kebangsaan.
Laporan kajian Jabatan Perdana Menteri yang tidak diterbitkan.
Aminah Ayob, Mokhtar Ismail, & Khadijah Zon. (2000). Strategi
untuk menangani masalah sosial pelajar-pelajar sekolah menengah di
Johor Bahru. Laporan kajian Negeri Johor yang tidak diterbitkan.
Aminah Ayob, Susie See Ching Mey, Lee Lay Wah & Halim
Ahmad. (2004). Feasibiliti Kementerian Pendidikan mengambil alih
semua aspek pendidikan khas di Malaysia. Projek Kementerian
Pendidikan Malaysia yang tidak diterbitkan.
Daniel, E. S. (1992). Satu kajian pemahaman intuitif mengenai konsep
haiwan dan binatang. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
Daniel, E. S. (1999). Corak konsepsi pelajar bagi konsep pertumbuhan.
Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang, Malaysia.
Daniel, E. S. & Aminah Ayob. (2002). Corak konsepsi pelajar bagi
konsep pertumbuhan. Kertas kerja yang dibentangkan pada
Kolokium Ijazah Tinggi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 13 Disember.
Gergen, K. J. (1995). Social construction and the transformation of
identity politics. New School for Social Research Symposium, 7 April.
Mohd Yusof Yahaya. (2000). Kegagalan pelajar dalam pelajaran: Kajian
kes di Baling, Kedah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
Norazlinda Mahamud. (2003). Pendidikan sains: The effects of using PBL
in science on students' achievement and interest in science. Tesis Sarjana
yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,
Malaysia.
Sabaria Juraimi. (2003). Pendidikan sains: Kesan kaedah pembelajaran
berasaskan masalah (PBL) dalam meningkatkan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif, kemahiran proses sains serta pencapaian biologi. Tesis
Ph.D. yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang, Malaysia.
45
Shamshun Nisa Mohamed Yaacob. (2005). Pendidikan sains:
Pembelajaran pecutan – Kesan pembelajaran hipermedia terhadap
kecepatan pembinaan konsep-konsep dalam pelajaran Biologi. Tesis
Ph.D. yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang, Malaysia.
Suppiah, S. (2003). Proses kognitif dalam penulisan esei: Analisis
hermeneutik. Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
46