You are on page 1of 22

KEELEKTROMAGNETAN

&
&
SEPARUH
PENGALIR
MAGNET
 Magnet dikenali sebagai besi berani kerana
dapat menarik bahan yang mengandungi besi.
 Bahan magnet terbina daripada zarah atom
yang disebut domain.
 Domain membentuk susunan yang menghala
ke arah yang sama dan bertindak sebagai
magnet halus.
 Bahan yang tidak ditarik oleh magnet
dinamai bahan bukan magnet.
 Ada tiga ciri utama bahan magnet iaitu :
 Medan Magnet
 Fluks Magnet
 Kutub Magnet

 Medan Magnet wujud di kawasan sekeliling


magnet dan merupakan ruang yang
dipenuhi fluks magnet.
 Fluks Magnet ialah lingkaran garis urat daya
magnet yang mempunyai ciri-ciri berikut:
 Garis fluks menunjukkan arah ke luar dari kutub utara
dan arah masuk ke kutub selatan,dengan membentuk
lingkaran lengkap.
 Garis fluks tidak bersilang antara satu dengan yang
lain.
 Garis fluks mudah membentuk dan elastik
 Pada bahagian kutub dan kawasan berhampiran
magnet,fluks lebih padat ,ketumpatan fluks magnet
tinggi dan kesan magnetnya kuat.
 Garis fluks yang sama arah akan bergabung dan saling
menarik antara satu sama lain,manakala garis fluks
yang berlawanan arah saling menolak antara satu
sama lain.
 Kutub Magnet mempunyai dua kutub iaitu
utara dan kutub selatan.
 Zaman dahulu pengembara menggunakan
magnet sebagai kompas.
 Magnet bukan sahaja kompenan utama di
dalam meter laju kenderaan,perakam
pita,mikrofon,dan pembesar suara.
KESAN MAGNET
 Kesan yang dihasilkan oleh elektromagnet boleh
menghasilkan arus elektrik.
 Penggunaan arus elektrik untuk menghasilkan kesan magnet
berlaku dalam motor elektrik manakala penggunaan kesan
magnet untuk menghasilkan arus elektrik berlaku pada
dinamo.
 Kesan magnet yang dihasilkan dengan menggunakan arus
elektrik dikenali sebagai keelektromagnetan.
Dawai Pengalir Lurus

 Apabila arus elektrik mengalir dalam suatu


dawai pengalir lurus,medan magnet
terbentuk di sekeliling pengalir tersebut.
 Terdapat dua kaedah untuk menentukan arah
fluks magnet dan arah arus elektrik yang
mengalir melalui pengalir lurus iaitu dengan
menggunakan:
 Petua Genggaman Tangan Kanan
 Petua Skru Maxwell.
Kaedah Menentukan Arah Fluks
PeTUA GENGGAMAN PETUA SKRU MAXWELL
TANGAN KANAN
 Arah pacuan skru menunjukkan
 Ibu jari menunjukkan arah arus elektrik yang mengalir
arah arus yang mengalir melalui pengalir
 Arah putaran skru menunjukkan
melalui pengalir
 arah fluks magnet di sekeliling
Jari – jari lain pengalir.
menunjukkan arah fluks  Arah pancuan skru masuk
magnet di sekeliling menandakan arus masuk dan arah
fluks magnet mengikut putaran
pengalir jam.Sebaliknya,arah keluar
menandakan arus kelua dan arah
fluks magnet melawan putaran jam.
 Bagi memudahkan pemahaman tentang
keelektromagnetan,tanda arah arus keluar
( ) dan arus masuk ( ) digunakan.
 Apabila arus masuk melalaui pengalir, arah
fluks mengikut putaran jam.Jika arus keluar
melalui pengalir,arah fluks melawan putaran
jam.
 Jika dua pengalir mengalirkan arus sama
arah,fluks magnet di sekeliling pengalir
bergabung lalu mewujudkan daya tarikan.
 Fluks magnet yang berlawanan arah
terbentuk dan menghasilkan daya tolakan
antara kedua-dua pengalir.
 Keelektromagnetan semakin kuat jika
pengalir berdiameter besar digunakan dan
nilai arus ditingkatkan
Dawai Pengalir Lengkung

 Medan magnet pada dawai pengalir


lengkung yang mengalirkan arus lebih kuat
berbanding pada dawai pengalir lurus.
 Nilai arus ditingkatkan,kekuatan
keelektromagnetannya semakin bertambah.
Gegelung

 Apabila arus dialirkan melalui pengalir bertebat


yang berbentuk gegelung,fluks magnet yang
terhasil menyerupai medan magnet bar.
 Arus gegelung ditentukan dengan
menggunakan Petua Genggaman Tangan
Kanan.
 Ibu jari menunjukkan arah kutub utara
manakala jari-jari yang digenggam
menunjukkan arah arus gegelung
Faktor yang mempengaruhi kekuatan
keelektromagnetan

Semakin besar nilai arus yang
melalui gegelung,kekuatan
keelektromagnetan semakin
bertambah

Arus Elektrik


Gegelung yang mempunyai lilitan yang
banyak mempunyai medan magnet
yang kuat jika dibandingdengan
gegelung dengan lilitan yang sedikit.

Bilangan Lilitan Pengalir


Pengalir berbentuk gegelung

mempunyai kesan magnet yang


lebih kuat berbanding pengalir
lurus

Bentuk Pengalir


Fluks magnet di sekeliling gegelung berteras
adalah lebih padat jika berbandingkan dengan
fluks magnet gegelung berteras udara.Teras
besi merupakan bahan feromagnet yang
mempunyai kadar ketelapan tinggi dan
berupaya memadatkan fluks magnet.

Jenis Teras
PRINSIP KEELEKTROMAGNETAN
Hukum Faraday
 Kehadiran daya gerak elektrik dapat dikesan
dengan menggunakan meter galvano.
 Daya gerak elektrik yang teraruh pada
pengalir diperoleh dengan dua cara iaitu
sama ada fluks memotong pengalir atau
pengalir memotong fluks.
A. Fluks memotong pengalir
 Keadaan ini dihasilkan menggerak-gerakkan
bar magnet keluar masuk ke dalam gegelung
pengalir yang disambungkan dengan meter
galvano.
B. Pengalir memotong fluks
 Pesongan jarum penunjuk meter galvano
menunjukkan terdapat arus teraru mengalir
menerusi pengalir.
Hukum Lenz

 Arah dge dan arus teraruh dinyatakan oleh


hukum lenz.
 Kutub Selatan dihasilakan pada hujung
gegelung oleh arus teraruh yang mengalir
pada arah yang berlawanan supaya dapat
menarik magnet yang keluar dari gegelung.
Petua Tangan Kiri Fleming

 Apabila pengalir yang membawa arus elektrik di


medan magnet,terdapat dua medan yang saling
bertindak iaitu antara medan magnet di sekeliling
pengalir dengan medan magnet
kutub.mewujudkan suatu medan elastik
menghasilkan suatu daya tak seimbang,F.
 Arah daya tolakan F ini dapat ditentukan dengan
melukis fluks magnet dan arahnya di sekeliling
pengalir yang membawa arus dan fluks kutub
magnet.
PE NGGUNANA PRINSIP
KEELEKTROMAGNETAN
Solenoid
A. Binaan solenoid
 Solenoid terdiri daripada gegelung elektromagnet yang dililit pada
pembentuk silinder dan teras besi yang boleh gerak di dalamnya
B. Kendalian
 Keadaan lazi,tiada arus yang mengalir melalui gegelung.
 Keadaan ini berlaku kerana kutub selatan yang berbentuk pada
teras pegun menarik pelocok yang berkutub utara dan
memampatkan pegas.Apabila bekalan diputuskan,pegas menolak
semula pelocok ke luar.
Geganti
 Geganti ialah suis yang dikawal secara
elektronik dan berkendali menggunakan
prinsip keelektromagnetan.
 Geganti terdiri sebuah gegelung dan satu set
sesentuh.
 Dua jenis geganti yang dibincangkan iaitu:
Geganti Angker
Geganti Dedaun
 Geganti Angker menggunakan bingkainya
sebagai teras elektromagnet.
 Geganti Dedaun terdiri daripada sesentuh
yang berada di dalam tiub kaca yang diliit
dengan gegelung elektromagnet.
A. Litar Kawalan Geganti
 Litar kawalan geganti menggunakan
geganti yangberupaya menghidupkan litar
beban yang menggunakan punca voltan
yang besar iaitu 240V.
Loceng Elektrik
 Loceng elektrik merupakan alat yang terdiri
daripada gegelung
elektromagnet,angker,gong dan pemukul.
 Apabila angker bergerak mendekati teras
elektromagnet,sesentuh skru pelaras terbuka
dan arus litarb terputus.

You might also like