You are on page 1of 6

Laporan Razak 1956

Lebih kurang 3 tahun setelah penguasaan Ordinan Pelajaran, iaitu pada tahun
1955, Kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran. Jawatankuasa ini
diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, Menteri Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu.

Antara bidang tugas jawatankuasa tersebut merangkumi seperti yang


berikut:

(i) Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang


terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952; dan
(ii) Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan.

Laporan Jawatankuasa Pelajaran di atas yang dikenali sebagai Penyata


Razak dikemukakan pada 6 Mei 1956. Untuk membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan yang mempunyai cirri-ciri seperti di bawah:

(i) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar

utama;

(ii) Kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air;


(iii) Sukatan pelajaran yang mempunyai isi kandungan yang sama bagi
semua sekolah.

Laporan Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira


matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di
antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah
dan menengah;
2. Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahasa
pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan;
3. 2 jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik: sekolah-sekolah
rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah-sekolah
menengah yang menerima bantuan atau persendirian;
4. Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah
Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti;
5. Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua;
6. Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan;
7. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional;
8. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
Laporan Rahman Talib 1960

Lanjutan kepada Laporan Razak, kerajaan meneruskan usaha untuk


memantapkan lagi system pendidikan di negara ini. Lantaran itu, pada Jun 1960,
Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaaan telah ditubuhkan dan
dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu ketika itu.

Antara cadangan-cadangan Penyata Rahman Talib yang lain termasuk seperti di


bawah:

1. Pendidikan secara percuma di sekolah rendah;


2. Sistem kenaikan darjah secara automatic sehingga Tingkatan 3;
3. Peperiksaan penilaian Darjah 5 diwujudkan;
4. Pendidikan moral dititikberatkan;
5. Pendidikan teknikal dan vokasional dipertingkatkan lagi;
6. Pelajaran agama Islam diajar jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang
murid;
7. Kawalan mutu pelajaran ditingkatkan di sekolah rendah oleh Jemaah
Nazir;
8. Program latihan perguruan diberi penekanan.

Akta Pelajaran 1961

Aspek Huraian
Tahap pendidikan Terdiri daripada:
1. Pendidikan tahap rendah;
2. Pendidikan tahap menengah
rendah;
3. Pendidikan tahap menengah
atas;
4. Pendidikan di institusi
pendidikan,cth: kolej, maktab
perguruan, dan sebagainya.
Pendidikan rendah 1. Wajib bagi semua kanak-kanak
yang mencapai umur
persekolahan;
2. Diberi secara percuma;
3. Ditawarkan di sekolah-sekolah
kebangsaan; dan sekolah-
sekolah jenis kebangsaan.
Pendidikan menengah Ditawarkan di sekolah-sekolah
1. Menengah rendah biasa;
2. Menengah atas biasa;
3. Menengah atas trade;
4. Menengah atas teknik;
5. Menengah atas vokasional;
6. Menengah yang diluluskan
oleh Menteri Pelajaran.
Pendidikan Islam 1. Ditawarkan jika terdapat 15
orang atau lebih murid yang
beragama Islam;
2. Diajar oleh guru-guru agama
yang terlatih;
3. Diadakan sekurang-kurangnya
2 waktu seminggu pada waktu
persekolahan.

Laporan Hussein Onn 1971

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Menteri
Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan
pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur
bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu,
Inggeris, Cina dan Tamil.

Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih


dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Menurut laporan ini:

  

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi


keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya,
sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah
mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat
sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem


pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh
mempertingkatkan pembangunan negara.
  

Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana


kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan
juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa
Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa
mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan
untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa
kedua.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Laporan Mahathir (1985)

Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa


Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana
Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:

  

Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan


sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan
memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam
jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan
sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

(Laporan Mahathir, 1976)

Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam Laporan
Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan
rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah
utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah
bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini
matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu,
bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah
lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai
panduan pengajaran harian mereka.

Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-
guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah
mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin.
Antara cadangan-cadangan laporan ini termasuk seperti yang berikut:

1. Tumpuan diberi kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan
mengira;
2. Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan;
3. Fokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
didiplin yang diingini;
4. Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada 2 jurusan, iaitu akademik
dan vokasional;
5. Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11
tahun;
6. Kurikulum ala Malaysia ditegaskan;
7. Semakan semula dibuat ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa
Malaysia. Secara keseluruhan, didapati bahawa walaupun pada dasarnya
laporan tersebut menekankan unsur perpaduan, ia juga bertujuan untuk
memantapkan lagi sistem pendidikan dari pelbagai aspek seperti yang
disenaraikan di atas.

Akta Pendidikan 1996

Dikenali juga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Penambahbaikian

Tujuan:

Akta Pendidikan 1996 mempunyai 2 tujuan utama, iaitu

1. Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi


muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi;
2. Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang
pendidikan.

Akta ini mempunyai 3 peruntukan perundangan umum, iaitu:

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikemukakan pada tahun 1988


dijadikan asas dan landasan;
2. Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan lagi dan
merangkumi:
 Semua tahap persekolahan, iaitu bermula dari pra sekolah
hingga pendidikan tinggi;
 Semua kategori sekolah, yakni sekolah kerajaan, sekolah
bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
 Status Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan kebangsaan. Juga merupakan mata
pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi
pendidikan.

Bagi memudahkan perbincangan seterusnya, peruntukan


perundangan yang termaktub dalam Akta tersebut akan
dibincangkan mengikut tahap persekolahan seperti yang berikut:

i. Prasekolah
ii. Rendah dan menengah
iii. Teknik dan vokasional
iv. Latihan perguruan
v. Pendidikan tinggi

Laporan Barnes

Pada tahun 1950, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan bertujuan untuk


mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu. Jawatankuasa ini
telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Bahagian Latihan Sosial
Universiti Oxford ketika itu. Malangnya, Jawatankuasa ini gagal untuk
mencadangkan sebarang penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu
tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhann. Oleh itu,
Laporan Barnes pun mengemukakan satu cadangan radikal seperti yang
terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran Melayu, Persekutuan
Tanah Melayu (1951), iaitu menghapuskan sekolah-sekolah vernakular yang
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Sebagai rumusan, cadangan-cadangan Laporan Barnes termasuk seperti


yang berikut:

i. Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
ii. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-
ansur kepada sekolah kebangsaan;
iii. Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini
bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa
menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang
kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan.

You might also like