You are on page 1of 4

Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu

berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895,
kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-
negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama
Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan
Tanah Melayu.

Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang
kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang
Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan
baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini
berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan
1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang
telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia
Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama
Persekutuan kepada Malaysia.

Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan
kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan.
Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu,
dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan
Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan
Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union
juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka
memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi
perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang
mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.

Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada


Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Malayan Union – 1946


Maayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah
Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu
telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan
Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa
menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk
menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan
Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946


Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan
Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk
menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union
dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan
dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja
Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.

Penubuhan UMNO – 1946


Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil
perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan
dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada
beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada
2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja
bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu.
Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah
dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan
Union.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948


Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan
dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21
Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan
ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian
tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan
1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari
1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat
undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang
rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan
Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun
1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Pilihanraya Pertama
Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada
penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan
untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955.
Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan
yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan,
dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Rundingan Kemerdekaan
Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding
dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri
daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan
Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai
persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18
Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera
Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

Suruhanjaya Reid
Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan
merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa
yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En.
B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu
Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat
dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat
dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa
tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak
yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan,
suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan
laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan
telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang
dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum
yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan.

Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan


Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi
ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11
orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan,
Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk
mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Kemerdekaan Tanah Melayu


Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena
pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil
toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan
India.

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura


Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai
di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah
memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang
sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa
dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang
dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan
sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan
berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang
cadangan penubuhan Malaysia.
Penubuhan Malaysia
Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan
British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini
Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada
Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi
Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang
dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah
diluluskan pada 26 Ogos 1963.

http://www.blogged.my/gotopingbar.php?ping=124395

You might also like