You are on page 1of 8

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA BAGI MENARIK MINAT MURID MEMPELAJARI

PENYELESAIAN MASALAH HARIAN DALAM MATEMATIK

oleh

Zairin Binti Hussin

SK. Bukit Mahkota

ABSTRAK

Penggunaan teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran boleh mempromosikan


minat murid-murid dalam mana-mana bahagian kurikulum.Selain itu ia juga dapat
meningkatkan penguasaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar
dan memotivasi murid-murid . Sehubungan dengan ini kajian ini cuba meninjau sejauhmana
berkesannya teknik bercerita ini dalam menarik minat murid-murid bagi mempelajari
kemahiran menyelesaikan masalah harian. Dalam masa yang sama pengkaji juga turut
meninjau sejauhmana penggunaan teknik bercerita ini dapat meneguhkan konsep
penyelesaian masalah harian.

1.0 Pengenalan

Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigm apabila unsur-unsur baru
dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa
hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu dirancang dan dikendalikan
dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar
bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu
diambil kira dan diberi perhatian.

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan
kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira ( Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1995 ). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah
memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam
penyelesaian masalah secara bertanggungjaab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam
Sukatan Pelajaran Matematik. Justeru penyelesaian masalah ialah focus kokurikulum dan
menjadi tujuan utama semua pengajaran dan aktiviti matematik KBSR. Oleh itu
pennyelesaian masalah bukanlah satu topic yang berasingan tetapi satu proses yang meliputi
seluruh program pengajaran.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam pengajian matematik sebab ianya menguji
kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas , menaakul
masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak
secara logic. Namun begitu, persoalannya sekarang bagaimana kemahiran ini hendak
dikuasai oleh murid-murid sekiranya mereka tidak berminat untuk belajar kemahiran
menyelesaikan masalah harian ini dan bagaimana teknik bercerita boleh digunakan bagi
mengatasi masalah ini.

3.0 Tujuan Penyelidikan Tindakan


i) Meninjau sejauhmana penggunaan teknik bercerita dapat menarik minat murid-
murid belajar kemahiran penyelesaian masalah harian .
ii) Meninjau tahap penguasaan murid-murid mengekstrak maklumat daripada cerita
dan mengenalpasti operasi yang terlibat.
iii) Menjadikan matematik sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan.

4.0 Motodologi Penyelidikan


4.1 Batasan kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar tahap 2 iaitu dari kelas Tahun 5
Jaya, Sek. Keb. Bukit Mahkota. Ketepatan data yang diperoleh bergantung
kepada sikap dan kerjasama yang diberikan oleh responden semasa menjawab
soalan dan mengisi soal selidik. Dapatan kajian ini bersifat tinjauan dan hanya
boleh digenaralisasikan kepada murid-murid Tahun 3 Sek. Keb, Bukit Mahkota
ini sahaja.
4.2 Kaedah Mengutip Data
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan dua kaedah iaitu
pemerhatian dan kaedah pensel . Murid-murid akan mendengar cerita yang
disampaikan oleh guru, dan guru akan memberikan beberapa soalan yang
menjurus kepada penyelesaian masalah berkaitan cerita yang telah didengar tadi.
Guru akan membuat pemerhatian berdasarkan respon yang diberi oleh murid-
murid ataupun sebarang tingkah laku yang dapat dikesan.
Selepas itu pengkaji akan memberi latihan untuk diselesaikan oleh murid-
murid. Pengkaji akan melihat peningkatan pemahaman murid-murid terhadap
soalan penyelesaian masalah harian.

5.0 Tinjauan Awal

5.1 Mengutip data awal


Pengkaji akan memberikan beberapa set soalan penyelesaian masalah kepada
murid-murid . Murid-murid diminta membaca dan cuba memahami maksud
soalan-soalan yang diberi secara individu. Setelah itu, pelajar diminta mencari
maklumat –maklumat daripada soalan yang diberi itu tadi.
Semasa murid-murid sedang melakukan aktiviti pengkaji membuat
pemerhatian terhadap respon dan sebarang perubahan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid-murid terhadap soalan yang diberi.

5.2 Analisis data


5.2.1 Analisis Ujian Pra
Pada peringkat ini, latihan yang diberi dianalisis berdasarkan kepada
keupayaan murid-murid mengekstrak maklumat daripada soalan yang
diberi. Pengkaji telah memeriksa jawapan daripada tugasan yang
dilakukan oleh murid. Skor soalan yang dijawab dengan betul dan
bilangan soalan yang dijawab ditujukkan dalam Jadual di bawah :
SKOR SOALAN DIJAWAB DENGAN BETUL

Bil Nama Murid Bil. Soalan Dijawab dengan Bil. Soalan


Dijawab
Betul
1 2 3 4 5 6

5.2.2 Analisis Pemerhatian


Pada peringkat kedua, pemerhatian yang dilakukan terhadap murid-murid
dianalisis bagi meninjau sejauhmana teknik tradisional yang digunakan
berjaya menarik minat murid belajar dan menjawab soalan penyelesaian
masalah harian. Berdasarkan kepada respon yang diterima semasa aktiviti
pembelajaran sedang berlangsung pengkaji mendapati bahawa murid agak
pasif semasa P&P sedang dijalankan. Terdapat beberapa orang pelajar yang
tidak pun cuba membaca dan memahami soalan-soalan yang diberi. Murid-
murid menunjukkan riak muka kurang berminat hendak belajar kemahiran
menyelesaikan masalah harian ini dan mereka merasakan soalan penyelesaian
masalah harian ini adalah satu kemahiran yang membosankan dan sukar.
Hampir 20 % daripada bilangan murid kelas ini masih tidak dapat
mengenalpasti apa maklumat yang terdapat di dalam soalan dan
menyelesaikannya menggunakan operasi yang betul

5.3 Persoalan kajian


Bagaimana cara untuk menarik minat murid-murid belajar kemahiran
menyelesaikan masalah harian kerana ia merupakan satu kemahiran yang paling
penting dan meningkatkan keupayaan mereka menjawab soalan penyelesaian
masalah dengan betul.
Kajian ini akan meninjau sejauhmana berkesannya teknik bercerita digunakan
di dalam menarik minat murid belajar kemahiran menyelesaikan masalah harian
dan kesannya terhadap penguasaan murid-murid dalam kemahiran tersebut.

6.0 Perancangan Tindakan

i) Teknik bercerita

Guru menggunakan teknik bercerita semasa mengajar kemahiran penyelesaian


masalah. Cerita disediakan oleh guru dengan penggunaan bahasa yang mudah dan
diceriakan lagi dengan gafik-grafik yang bersesuaian. Cerita-cerita yang disediakan
adalah cerita-cerita yang boleh menarik minat murid, mempunyai tema-tema yang
pelbagai contohnya kartun, haiwan, angkasa lepas dan lain-lain lagi.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah seperti di bawah :


a) Membaca semula cerita yang telah diperdengarkan – meningkatkan kemahiran
membaca dan berbahasa di kalangan pelajar.
b) Soaljawab secara lisan.

ii) Bahan-bahan yang akan digunakan

a) LCD dan laptop untuk pameran powerpoint


b) Soalan-soalan latihan
iii) Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian
a) Senarai semak pencapaian individu murid
b) Senarai semak perubahan tingkah laku murid
c) Borang soal selidik

7.0 Pelaksanaan Tindakan

i. Teknik Bercerita
Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas 5 Jaya dengan tempoh masa selama
1 jam. Pengkaji menyediakan beberapa set cerita yang disertakan sekali
dengan grafik-grafik yang menarik dan dipaparkan menggunakan LCD
projector. Pengkaji membacakan cerita dengan intonasi yang betul satu
per satu dan murid-murid pula mendengar cerita yang dengan penuh
teliti. Sebelum mula bercerita, guru memberi arahan agar murid
mendengar cerita yang disampaikan dengan teliti dan cuba mencari
maklumat –maklumat yang terdapat dalam cerita.

ii) Pelaksanaan Aktiviti 2 – Soaljawab Secara Lisan

Setelah itu, sesi soal jawab dijalankan. Guru memberi beberapa soalan
berkaitan dengan cerita tadi dan murid-murid menjawabnya dengan
betul. Tujuan soal jawab ini dilakukan adalah supaya menarik perhatian
murid-murid terhadap maklumat-maklumat yang diberikan dalam
dan mengenalpasti apakah operasi yang terlibat berdasarkan kepada kata
kunci yang terdapat dalam cerita. Secara tidak langsung murid-murid akan
didedahkan dengan Model Polya.

Menurut Model Polya ( 1973), penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat
iaitu:

1. memahami dan mentafsir masalah


- Mengenalpasti kata-kata kunci dan mendapatkan maklumat

2. merancang strategi penyelesaian


- Merancang strategi yang bersesuaian dengan permasalahan yang diberikan. Ini
termasuklah mengenalpasti operasi yang terlibat.

3. melaksanakan strategi penyelesaian


- Melaksanakan strategi dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri,
kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul.

4. menyemak semula penyelesaian.


- Menyemak semula penyelesaian untuk menentukan sama ada jawapan munasabahh atau
tidak.

iii) Pelaksanaan aktiviti 3 – Latihan bertulis


Pengkaji memberikan pelajar-pelajar soalan-soalan latihan penyelesaian
masalah. Murid-murid akan menyelesaikan tugasan yang diberikan.

iv) Pelaksanaan aktiviti 4 – Soal selidik


Pengkaji memberikan borang soal selidik di akhir pembelajaran untuk
pelajar-pelajar isi secara individu. Borang soal selidik secara temubual
tersebut mengandungi 4 soalan yang perlu dijawab oleh murid-murid.
Contoh borang soal selidik disertakan pada bahagian lampiran.

8.0 Penilaian dan Refleksi

8.1 Penilaian Berdasarkan maklum Dari pemerhatian


Hasil daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan semasa pengkaji
melaksanakan aktiviti bercerita, 92% daripada bilangan pelajar telah memberikan
sepenuh perhatian semasa aktiviti P&P sedang berjalan. Kalau sebelum ini jika
hendak mengajar kemahiran penyelesaian masalah, murid-murid selalunya tidak
berminat dan tidak berusaha untuk mencuba soalan-soalan yang diberikan. Dapat
kita lihat berdasarkan kepada skor yang ditunjukkan sebelum ini bahawa dalam
pengajaran dan pembelajaran secara tradisional, ada beberapa murid yang tidak
menyiapkan tugasan yang diberi dan ramai di antara mereka yang menyelesaikan
soalan tersebut dengan beberapa kesalahan. Tetapi setelah teknik bercerita
digunakan dalam kemahiran menyelesaikan masalah ini, didapati kesemua murid
cuba menjawab soalan dengan kesalahan yang minima. Keadaan murid dalam
kelas juga biasanya pasif sahaja. Selalunya pembelajaran hanya satu sehala sahaja
kerana murid-murid tidak memberikan respon yang sepatutnya. Berbeza dengan
pengajaran yang telah dijalankan pada hari ini, mereka nampaknya lebih gembira
jika dilihat daripada reaksi dan mimik muka murid-murid. Keadaan kelas juga
lebih aktif, murid-murid banyak memberikan soalan-soalan dan respon berkaitan
dengan cerita yang telah diperdengarkan itu tadi.

You might also like