You are on page 1of 29

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SEMESTER : SEPTEMBER 2010

Nama : SITI RADHIAH BINTI SHAMSUDIN

No. Kad Matrik: 741014105128002

NRIC : 741014-10-5128

No Telefon : 019-3941084

Alamat E-mail: bondanani@yahoo.com.my

Nama Tutor: DR MOHD SANI BIN MADON

Pusat Pembelajaran: KAMPUS OUM, SHAH ALAM

Semester September 2010

Prakata
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Dengan nama Allah Permurah, lagi Maha Pengasih. Syukur kehadrat Illahi di atas
kesempatan serta peluang bagi diri ini untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh
pihak Universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tutor Program Bersepadu Sekolah Sihat pada


semester ini Dr Mohd Sani bin Madon, diatas bimbingan yang berterusan. Segala tunjuk ajar
serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan banyak memudahkan proses menyediakan tugasan
yang telah diberikan.

Jutaan terima kasih kepada pihak Pentadbir SK Kampung Jawa Klang, khususnya
pada Guru Besar, Puan Hajah Ismawati Ismail atas kebenaran dalam kajian RMT yang
menyeluruh dijalankan. Begitu juga kepada Unit Hal Ehwal Murid yang diterajui oleh Puan
Zulikha Omar atas kerjasama yang diberikan.

Sokongan keluarga juga meningkatkan semangat dalam mempermudahkan urusan


penyediaan tugasan. Kepada suami tercinta, En Fakhruzzaman Mohamad atas bantuan serta
sokongan yang diberikan khususnya ruang masa dan pembahagian tugas dalam
mengendalikan urusan rumahtangga.

Kepada sahabat-sahabat sekuliah, terima kasih atas perbincangan serta wacana ilmu
dari masa kesemasa ketika didalam serta diluar kuliah pengajian.

Sesungguhnya dalam proses pemerolehan maklumat, banyak kajian telah dibuat


melalui pembacaan tambahan dari pusat-pusat sumber seperti di Perputakaan Negeri
Selangor, di Shah Alam. Banyak maklumat serta ilmu yang baru diperolehi dalam penyediaan
tugasan ini. Penyelidikan serta kajian ini meningkatkan pengetahuan serta dalam pendidikan
kesihatan.

Sekian Terima Kasih

1 – PENDAHULUAN

1
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diwujudkan bermula tahun 1976 oleh Jabatan
Perdana Menteri. Ianya merupakan sebahagian dari Rancangan Amalan & Pemakanan
Kebangsaan yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat melalui peningkatan taraf
kesihatan, pertanian serta pendidikan. Pada peringkat awal penubuhan RMT, pelaksanaa
ditumpukan kepada murid sekolah rendah di kawasan luar bandar. Namun, bermula tahun
1980, pengurusan RMT telah diambil-alih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
serta diperluaskan sepenuhnya meliputi semua kawasan di Malaysia.

Mulai tahun 2005, pemilihan pelajar yang layak untuk menerima bantuan RMT
disalurkan melalui Sistem Maklumat Murid (SSM) dan paras kelayakkan adalah bagi pelajar
warganegara Malaysia yang dari keluarga berpendapatan RM 400 dan kebawah atau bagi
mereka peroleh pendapat perkapita RM 80. Dan kini, RMT masih dijalankan disekolah-
sekolah yang berkelayakan serta diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah ditetapkan
bermula sejak hari pertama persekolahan sehingga diakhir penggal persekolahan pada tahun
semasa.

Antara rasional mengapa kerajaan memperkenalkan program RMT; berkaitan dengan


penemuan dalam satu hasil kajian hampir 15 % hinggga 20% pelajar hadir kesekolah tanpa
sarapan atau makan tengahari. Dan 1/6 hingga 1/3 pelajar telah dikesan mengalami kelaparan
tersembunyi. (Kementerian Pelajaran, 2005).

Antara objektif am RMT di peringkat sekolah ialah memberi makanan kepada murid
disekolah rendah luar bandar dan golongan keluarga yang berpendapatan rendah dalam
mempertingkatkan taraf kesiahatan selaras dengan usaha kerajaan dalam peningkatan kualiti
taraf hidup rakyat yang di selaraskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan objektif
khusus RMT adalah untuk membekalkan makanan tambahan yang berzat serta berkhasiat
pada pelajar yang berkelayakan untuk membantu mereka dalam pertumbuhan fizikal serta
mengatasi masalah malnutrisi. RMT juga membantu pihak sekolah dalam menyelenggarakan
pendidikan kesihatan serta pemakanan secara langsung serta tidak langsung dikalangan anak-
anak murid yang terlibat. Seterusnya, RMT berperanan dalam memupuk budaya sopan-
santun, disiplin diri, serta timbang rasa khususnya berkaitan dengan kebersihan diri,
kebersihan makanan serta kebersihan alam sekitar.

2
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
2 – MANUAL KERJA PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
DISEKOLAH

Rajah 1: Carta Aliran Prosedur Program Rancangan Makanan (RMT) Sekolah

MULA

SEKOLAH MENUBUHKAN
JAWATANKUASA RMT

SEKOLAH MENGEDARKAN BORANG


PERMOHONAN KEPADA MURID

SEMAKAN BORANG PERMOHONAN YANG


DIHANTAR IBUPA/PENJAGA

SEKOLAH MENGEDARKAN BORANG


PERMOHONAN KEPADA MURID

TIDAK LENGKAP
LENGKAP

SEKOLAH MEMPROSES MURID LAYAK


RMT

PERMOHONAN TIDAK LULUS


LENGKAP BOLEH
MERAYU

Sumber : Manual Pengurusan HEM 2010 (RMT),


MULA PROSEDUR RMT
KPM

3
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

Rajah 1 diatas telah menunjukkan carta alir manual prosedur kerja pengendalian Program
RMT sekolah. Pada peringkat asas, jawatankuasa RMT perlu merupakan pelaksana secara
terus bagi program RMT disebuah sekolah. Penubuhan jawatankuasa ini perlu ada bagi setiap
tahun dan dipengerusikan oleh Guru Besar dan berada di bawah unit Hal Ehwal Murid
(HEM). Pengagihan borang dijalankan melalui guru kelas dan melalui Sistem Maklumat
Murid (SMM) . Secara automatik, guru kelas dapat mengenal pasti, kelayakan murid untuk
menyertai program RMT mengikut piawai garis pendapatan yang telah ditetapkan.

Murid yang layak akan menerima surat tawaran dan makluman ibubapa/penjaga akan
disusuli dari pihak sekolah. Apabila ibubapa bersetuju dengan penyertaan RMT, maka
penyertaan murid akan direkodkan dan setiap hari sekolah, murid berkenaan akan menerima
makanan percuma pada waktu rehat sekolah. Kelompok murid ini juga terlibat dengan
beberapa aktiviti yang berkaitan dengan program RMT seperti taklimat, ceramah
pemakanan, sesi timbang berat serta tinggi setiap penggal dan lain-lain mengikut
perancangan unit RMT mengikut sekolah masing-masing.

Ahli Jawatankuasa perlu bermesyuarat serta memastikan segala manual kerja program
RMT mengikut ketetapan pihak Kementerian Pelajaran serta dipantau secara berkala oleh
pihak Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Segala urusan kewangan yang berkaitan
dengan program RMT sekolah perlu selari dengan ketetapan Kementerian Pelajaran melalui
Surat Pekeliling Kewangan Bil 7/2010.

Satu sampel kajian manual pengurusan kerja program RMT telah dijalankan di SK
Kampung Jawa Klang, bagi melihat keberkesanan serta kepatuhan dalam pelaksanaan prgram
ini. Dan satu refleksi susulan akan disimpulkan seiring dengan segala isu atau permasalahan
yang dapat dikenalpasti. Cadangan penambahbaikan turut dinyatakan untuk penulisan
akademik bagi tujuan penyelidikan tugasan yang telah diberikan ini.

4
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
2.1) Pentadbiran Organisasi Program RMT Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang

Jadual 2: Jawatankuasa RMT & Jadual Guru Bertugas

JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROGRAM


SUSU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA KLANG
TAHUN 2010
PENGERUSI : Puan Hajah Ismawati binti Ismail
(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI : Puan Zulikha binti Omar
(PK Hal Ehwal Murid)
Puan Hajah Hazimah binti Johari
(PK Pentadbiran)
Puan Hajah Sumilah binti Karim
(PK KO-KURIKULUM)
SETIAUSAHA : Puan Fauziah binti Abdul Jalil
AJK PELAKSANA : Puan Siti Yazura bint Hamzah
Puan Jamilah binti Osman
Encik Yaakob bin Tamrin
Encik Paisal bin Tahir
Puan Serifah Mahani binti Syed Ghaffar
Cik Ilyanni binti Baharom
YM Raja Sofiah binti Raja Roslan
Puan Hazrena binti Abdul Rahman
Puan Nor Hazniza binti Abdul Aziz
Puan Suhaila binti Asnawi
Puan Nor Afizati binti Zainol
Puan Razila binti Misuan
JADUAL BERTUGAS GURU
MASA / 9.40-10.00 am 10.10-10.30 am 10.40 – 11.00 am 3.35-3.55 pm
HARI TAHUN 1 TAHUN 4 TAHUN 5&6 TAHUN 2 & 3
ISNIN Puan Siti Yazura bint Hamzah Encik Yaakob bin Tamrin Cik Ilyanni binti Baharom Puan Afizati Zainol
Puan Jamilah binti Osman Encik Paisal bin Tahir YM Raja Sofiah binti Raja Roslan Puan Razila Misuan
SELASA Encik Paisal bin Tahir Cik Ilyanni binti Baharom Encik Yaakob bin Tamrin Puan Suhaila Asnawi
Puan Serifah Mahani binti Syed Ghaffar YM Raja Sofiah binti Raja Encik Paisal bin Tahir Puan Hazniza Ab. Aziz
Roslan
RABU Encik Yaakob bin Tamrin Puan Jamilah binti Osman Puan Serifah Mahani binti Syed Puan Hazrena Abd Rahman
Encik Paisal bin Tahir Puan Fauziah Abdul Jalil Ghaffar Puan Afizati Zainol
KHAMIS Cik Ilyanni binti Baharom Puan Siti Yazura Hamzah Encik Paisal bin Tahir Puan Razila Misuan
YM Raja Sofiah binti Raja Roslan Puan Fauziah Abdul Jalil Puan Jamilah binti Osman Puan Hazniza Ab. Aziz

JUMAAT Puan Siti Yazura Hamzah Encik Paisal bin Tahir Encik Yaakob bin Tamrin Puan Suhaila Asnawi
Puan Fauziah Abdul Jalil Puan Serifah Mahani binti Puan Fauziah Abdul Jalil Puan Hazrena Abd Rahman
Syed Ghaffar
 Guru Bertugas – Menyelia agihan makanan/ Memantau adab makan pelajar /Menulis laporan harian RMT

2.2) Sumber Kewangan RMT Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang

5
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Setiap tahun pihak sekolah akan menerima makluman peruntukan kewangan dari
Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta disalurkan melalui
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk program RMT sekolah. Dan apabila pihak sekolah
sudah mengenalpasti bilangan calon penerima bantuan, maka pihak pengurusan sekolah akan
mengisi borang NOTA MINTA serta disahkan oleh Guru Besar tentang amaun tuntutan
penyediaan makan RMT setiap bulan.

Bagi pelajar di Semenanjung Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran telah


menetapkan kadar sehari ialah RM 1.80 manakala RM 2.05 bagi Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan. Dan tempoh perlaksanaan RMT meliputi 190 hari setahun.1

Segala prosuder kewangan tuntutan kewangan RMT perlulah tertakluk dibawah


ketetapan kewangan mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 3/1987, dibawah tajuk
Permohonan Tuntuntan Pembayaran Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah dan
Program Susu Sekolah. Urusan pentadbiran disediakan oleh Pegawai Kewangan Sekolah
berkenaan. Segala bukti pembayaraan perlulah disertakan dengan sebut harga, invois
tempahan, resit pembayaraan serta akuan terima pembayaraan yang sah dan diakui oleh pihak
Guru Besar.

2.3) Kaedah & Kriteria Pemilihan Peserta RMT

Syarat utama pemilihan peserta RMT ialah murid adalah warganegara Malaysia dari Tahun 1
hingga Tahun 6, yang berdaftar di semua sekolah kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Data kelayakan dilihat dari perolehan pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR), melalui Sistem
Maklumat Murid (SMM) serta dari maklumat Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah
diselaraskan oleh Unit Penyelarasan & Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Melalui
sistem yang dibangunkan oleh pihak ICU, kategori rakyat miskin atau miskin tegar dapat
disahkan dan seterusnya melayakkan kelompok murid ini mendapat bantuan RMT. Data
SMM yang diproses oleh guru kelas, akan mengenalpasti kelompok murid yang tergolong
dikalangan keluarga yang berpendapat RM 400 dan kebawah atau RM 80 perkapita.
Maklumat pelajar akan diperolehi dan seterusnya surat tawaran bantuan RMT akan
dipanjangkan kepada ibubapa serta penjaga murid yang berkenaan.

2.4) Kaedah & Kriteria Pemilihan Tender untuk RMT

1
Surat Pekeliling Kewangan Bi.7/2010

6
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Bagi nilai pemerolehan bantuan RMT yang tidak melebihi RM 50,000, pemilihan tender
penyediaan makanan adalah lantikan terus dari pihak sekolah kepada pengusaha kantin
sekolah yang mempunyai perkhidmatan kantin. Guru Besar sekolah akan mengeluarkan surat
lantikan kepada pengusaha kantin sekolah bersama-sama menu yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa RMT sekolah. Pihak sekolah menyediakan dokumen perjanjian tawaran
penyediaan makan RMT serta syarat-syarat yang tidak lari dari ketetapan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang adalah salah satu sekolah
yang nilai pemerolehan bantuan RMT kurang dari RM 50,000, maka pihak sekolah telah
bersetuju melantik pengusaha kantin sekolah untuk menyediakan makanan bagi tujuan
berkenaan. Segala ketetapan pemilihan telah diminitkan melalui Mesyuarat RMT kali
Pertama tahun 2010.

Sekolah yang mencapai nilai bantuan RMT yang melebihi RM 50,000; tawaran
dikeluarkan oleh pihak sekolah. Sekurang-kurangya 5 sebutharga dari pengusaha atau
pembekal makanan perlu diperolehi. Jawatankuasa RMT perlu bermesyuarat dan memilih
satu sebutharga dari satu syarikat untuk menyediakan makanan untuk RMT sekolah pada
tahun semasa.

2.5) Kaedah Pembayaran Pihak Penyediaan Makanan

Melalui kajian yang dibuat, didapati pengusaha kantin Sekolah Kampung Jawa Klang akan
menghantar surat permohonan tuntutan RMT setiap 2 atau 3 bulan bagi setiap kali tuntutan.
Sebagai contoh, pengusaha membuat tuntutan bayaran untuk bulan Januari – Februari (2
bulan) dalam satu kali tuntutan. Rasional mengapa pihak kantin berlaku sedemikian kerana
ingin memudahkan prosedur tuntutan dan tuntutan setiap bulan agak kecil. Maka segala resit
dilampirkan bersama-surat butiran perbelanjaan mengikut bilangan hari yang terlibat.

Setelah pengesahan telah dilakukan, pembantu kewangan akan memproses tuntutan


berkenaan melalui dokumen baucer bayaran. Segala pengesahan dibuat oleh Guru Besar
sekolah.

2.6) Kaedah Pengagihan Makanan kepada Murid RMT

7
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Jawatankuasa RMT sekolah seperti yang ditunjukkan di Jadual 2, telah menetapkan jadual
tugasan bagi setiap guru yang berkenaan dalam proses pengagihan makanan kepada peserta
yang terlibat. Di sekolah ini, terdapat satu sudut kantin sekolah yang dikenali sebagai
SERAMBI RMT khas bagi murid-murid RMT menikmati juadah makanan dengan keadaan
yang selesa serta tenteram

Gambar 1: “Serambi RMT” SK Kg Jawa Klang.

Tugas pertama guru yang bertugas pada hari berkenaan ialah memastikan bilangan juadah
yang disediakan mengikut bilangan peserta RMT yang telah ditetapkan. Kualiti makanan juga
diperiksa sebelum dihidangkan kepada murid. Maka, guru yang bertugas perlu hadir beberapa
minit lebih awal seblum waktu rehat atau mula peserta RMT turun waktu rehat. Sekiranya,
berlaku ketidakpatuhan oleh pihak pengusaha kantin, gantian makanan akan di minta
mengikut nilai yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru juga
perlu pastikan susun atur pihak kantin memuaskan dan mudah diperoleh oleh murid dan
selesa.

Gambar 2 : Guru Tugasan Harian RMT SK Kg Jawa Klang

8
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

Murid akan dilatih untuk tertib ketika proses pengambilan makanan seperti berbaris
serta tidak membuat bising. Dan guru bertugas akan mencatat kehadiran serta agihan
mengikut nama pelajar yang telah ditetapkan seperti yang digambarkan di bawah.

Gambar 3: Peserta RMT SK Kg Jawa Klang beratur dan guru catat kehadiran mereka

9
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Gambar 3: Peserta RMT SK Kampung Jawa Klang menikmati hidangan pada waktu rehat.

2.7) Pemilihan Bahan-Bahan Mentah


Kantin sekolah atau pembekal yang telah dilantik, bertanggungjawab sepenuhnya dalam
urusan mengurus bekalan, menyedia, menghidang makanan, membersih peralatan serta
tempat hidangan. Maka, dari sudit kajian ini, pengusaha kantin sekolah SK Kampung Jawa
bertanggungjawan sepenuhnya dalam pemilihan bahan-bahan mentah.

Malang sekali, agak sukar untuk mendapat kerjasama dengan pihak pengusaha kantin
sekolah dalam kajian bahagian ini. Pihak kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang
gambar yang berada di “dalam” dapur pihak pengusaha , namun dari melihat cara penyediaan
makanan; pihak sekolah berpuashati dengan kualiti serta kuantiti bahan mentah yang
disediakan untuk program RMT sekolah ini. Bahan mentah dibeli secara harian dan konsep
“habis-guna” dilaksanakan iaitu bahan mentah disediakan dan dihabiskan pada hari yang
sama. Ikan, daging atau sayur-sayuran tidak disimpan untuk kegunaan hari berikutnya. Ini
untuk memastikan kesegaran dan bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan makanan.
Pihak pengusaha juga memaklumkan mereka tidak mahu menanggung sebarang risiko
penyimpanan bahan-bahan mentah di dalam peti dingin beku kerana ditakuti ketiadaan
bekalan elektrik khususnya pada waktu malam. Ini boleh menyebabkan bahan-bahan mentah
rosak dan akhirnya boleh meluaskan risiko keracunan makanan dikalangan warga sekolah.

Melalui pemerhatian, bahan mentah ditempatkan ditempat yang sesuai, dikendalikan


dengan baik oleh pekerja-pekerja kantin. Kualiti kebersihan tempat memasak, tempat
penyediaan makanan, bekas minuman serta makanan sentiasa diambil berat dan mengikut
Garis Panduan Kantin Sekolah dan Akta Makanan 1983.
10
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
2.8) Menu Makanan RMT

Pihak Kementerian telah mencadangkan 20 menu.2 Pihak sekolah wajib memilih 5 hingga 10
dari 20 menu yang telah ditetapkan mengikut citarasa setempat, kemampuan bekalan
makanan serta kesesuaian dengan peruntukan kewangan. Dengan kadar peruntukan RM 1.80
mulai Mac 2007, pihak SK Kampung Jawa Klang telah bersetuju dengan pemilihan menu
RMT seperti yang dinyatakan di Jadual 3 , dibawah:-

MENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2010

SK KAMPUNG JAWA KLANG

HARI MENU MINGGU 1/3/5 MENU MINGGU 2/4


ISNIN Nasi Lemak, Telur Rebus, Air Milo, Nasi Goreng Cina, Air Milo, Buah
Buah Tempatan Tempatan
SELASA Bihun Udang , Air Horlick, Nasi Putih Berlauk, Telur Masak
Buah Tempatan Kicap, Air Mineral, Buah Tempatan
RABU Nasi Putih Berlauk, Ayam Masak Roti Telur Berkuah Dal, Air Milo,
Kicap, Air Ribena Buah Tempatan Buah Tempatan
KHAMIS Mee Kari, Telur Rebus, Air Milo, Bihun Sup Ayam, Air Milo, Buah
Buah Tempatan Tempatan
JUMAA Nasi Ayam, Ayam Goreng, Nasi Tomato, Ayam Goreng,
T Air Mineral, Buah Tempatan Air Mineral, Buah Tempatan

2.9) Cara Penyediaan Makanan RMT

Di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Klang, semua murid yang terlibat dengan RMT akan
turun rehat 5 minit lebih awal dari waktu rehat yang biasa. Ini bertujuan agar murid makan
dengan lebih selesa dan urusan agihan makanan dapat dijalankan dengan lebih teratur. Guru
bertugas akan turun lebih awal dalam memastikan segala makanan telah disediakan oleh
pihak pengusaha kantin sekolah.

2
Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT KPM

11
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Semua pekerja kantin semua perlu dalam keadaan sihat serta menjaga kebersihan
sepanjang masa, khususnya dalam pengendalian makanan. Semua pekerja kantin perlu telah
mendapat suntikan TY2 (Typhoid) dan memiliki kad pengesahan immunisasi TY2 oleh
Jabatan Kesihatan setempat. Semua pengendali makanan perlu memakai apron dan bagi
pekerja wanita, rambut perlu ditutup .

Gambar 4: Penyediaan Makanan Kantin SK Kampung Jawa Klang

Di sekolah ini, makanan disediakan pada waktu yang sesuai dengan waktu
dihidangkan.Kadar suhu makanan memuaskan dan tidak panas atau terlalu sejuk. Suhu
hidangan makanan yang paling ideal ialah 65°C. Ini dapat mengelakkan pembiakan mikro
organisma pada makanan.3

3 – LIMA SAMPEL PROFIL PELAJAR YANG LAYAK MENERIMA RMT 2010


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA, KLANG

3.1) Profil Sampel Peserta RMT

Pendapatan Jumlah Profil Taraf Pendidikan


Bil Sampel Kelas Ketua Isi Tanggungan Jenis Ibubapa /Penjaga
Rumah (KIR) (Adik Beradik) Penempatan Catatan
1. Sampel A 1 Berlian RM 380 6 orang Rumah Tiada Miskin
Kampung Tegar
2. Sampel B 2 Zamrud RM 400 8 orang Rumah Tiada Ibubapa

3
Pengawalan Keracunan Makanan (2008), http://balannambiar.wordpress.com/2008/11/01/pengawalan-
keracunan-makanan-di-kafeteria-sekolah/

12
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Kampung OKU
3. Sampel C 3 Intan RM 712 12 orang Rumah SRP Anak Yatim
Pangsa
4. Sampel D 5 Zamrud RM 560 7 orang Rumah SRP Ibu Tunggal
Kampung
5. Sampel E 6 Zamrud RM 572 6 orang Rumah Sekolah Rendah Miskin
Pangsa

3.2) Profil Akademik

Bil Kelas % Peperiksaan % Peperiksaan Akhir +/-%


Sampel Per. Tahun Tahun
1. Sampel A 1 Berlian 67.2% 66.2%  1.0%
2. Sampel B 2 Zamrud 57.9% 55.% 2.9%
3. Sampel C 3 Intan 77.2% 78.1% 0.9%
4. Sampel D 5 Zamrud 65.4% 64.9% 0.5%
5. Sampel E 6 Zamrud Percubaan UPSR Keputusan UPSR sebenar  Gred A
2A, 1B ,2C 1A, 3B , 1C Gred B

3.3) Profil Kesihatan

BERAT TINGGI
Bil Sampel Awal Akhir Pertambahan Awal Akhir Pertambahan
1. Sampel A 33kg 36kg 3kg 138cm 138cm 0
2. Sampel B 28kg 29kg 1kg 139cm 139cm 0
3. Sampel C 39kg 43kg 4 kg 156cm 156cm 0
4. Sampel D 37kg 41kg 4 kg 144cm 144cm 0
5. Sampel E 46kg 46kg 0 kg 152cm 152cm 0

3.4 ) Keberkesanan program RMT dari Rujukan Profil Sampel

Secara keseluruhan, dapatan kajian mendapati profil akademik murid di atas, mencatatkan
penurunan 4 sampel murid RMT berbanding 1 sampel murid yang meningkat dari segi
peratus keputusan akademik. Dan Sampel E yang menduduki UPSR pada tahun ini
menunjukkan pengurangan dari pemerolehan gred A namun dapat diseimbangkan dengan
penurunan pemerolehan Gred C. Kesimpulan yang dapat ditafsirkan dengan hubung kait
program RMT; ianya tidak banyak memberi impak dari sudut pembangunan akademik. Rata-
rata pelajar ditahap sederhana namun tidak begitu lemah.

13
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Namun, jika ditinjau dari sudut pembangunan fizikal, khususnya dari sudut
pertambahan berat badan, 4 sampel murid mencatatkan peningkatan berat dah hanya satu
sampel yang tiada sebarang pertambahan. Tapi sebaliknya pada faktor ketinggian. Semua
sampel tidak mencatatkan sebarang pertambahan dari segi ketinggian. Kajian tidak dapat
memastikan samada pertambahan berat badan ini disumbangkan oleh program RMT atau
disebabkan proses semulajadi yang dilalui oleh kanak-kanak pada tahap ini. Menurut Haliza
dan Samuel (2009), perkembangan fizikal kanak-kanak.; oleh dibahagikan kepada peringkat
prenatal, bayi (lahir sehingga 2 tahun), awal kanak-kanak (2 hingga 6 tahun), kanak-kanak (7-
12 tahun) dan awal remaja (12 hingga 15 tahun). Dan kemungkinan besar pertambahan ini
adalah satu pertambahan semulajadi yang dilalui oleh fasa-fasa kanak-kanak iaitu dari 7
hingga 12 tahun.

Manakala dari sudut afektif, kajian yang terperinci sukar untuk diukur
memandangkan tiada instrumen yang khusus dalam memperolehi maklumat berkenaan.
Namun dari laporan guru yang bertugas, murid-murid RMT ini dilatih sejak awal penyertaan
tentang adab serta kesantunan dalam beratur, menunggu giliran untuk mengambil makanan
serta cara makan dengan tertib. Kebersihan diri serta tempat makan sering diingatkan oleh
guru bertugas. Setakat ini, belum ada berlakunya perlanggaran kes yang berat yang
melibatkan peserta murid RMT ketika dalam alir kerja prosedur RMT itu sendiri. Pelajar
selesa dengan penyertaan RMT dan tahap keyakinan mereka masih dalam keadaan yang
memuaskan. Murid bercampur serta mampu menjalani aktiviti sosial dengan baik dan tiada
masalah bergaul dengan pelajar yang tidak dibawah kelompok skim RMT. Keberkesanan
jadual tugasan AJK guru RMT dilihat sebagai sumbangan yang terbesar disamping sokongan
dari pihak pengusaha kantin yang tidak berbelah bagi disekolah SK Kg Jawa Klang ini.

4 - PANDANGAN ANALITIKAL KEBERKESANAN DAN PENAMBAHBAIKAN


RMT SK KAMPUNG JAWA KLANG

Dari sudut pengurusan Program RMT di sekolah ini, jelas dalam kadar yang amat
memuaskan dari sudut prosedur kerja, aspek teknikal sehingga kepada aspek pengurusan
kewangan. Penanda aras keberkesanan RMT banyak diukur dari perkembangan murid yang
menyertai program berkenaan. Pentadbir sekolah bersama-sama Jawatankuasa pelaksana
berjaya mengujudkan satu team-work yang hebat dalam pengurusan RMT sekolah ini.

14
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Namun, jika diukur dari sudut perkembangan akademik, maka RMT belum mampu
berupaya untuk melonjakkan peratus kecemerlangan akademik sekolah ini. Tapi berbalik
dengan rasional RMT mula-mula diperkenalkan disekolah atas dasar perkembangan
pertumbuhan fizikal serta taraf kesihatan murid di Malaysia, kejayaan yang cemerlang telah
dapat diperolehi. Tiada didalam senarai sampel kajian atau diluar sampel profil yang di
berikan , pelajat mengalami masalah malnutrasi. Tahap kesihatan dan perkembangan pelajar
baik serta memuaskan.

Usaha RMT bukan sahaja menyediakan makanan, pada waktu yang sama mendidik
murid tentang budaya pemakanan yang sihat, seimbang serta berkhasiat. Pendidikan awal
kanak-kanak untuk memilih makanan dari segi kualiti serta kuantiti dapat menghalang
pelbagai jenis penyakit sperti darah tinngi, masalah koronari dan obesiti ( Edge, 1976)

Menurut Fullen (1993), guru adalah agen perubahan profesional yang mampu
membawa kebaikan dari hasil pengajran yang baik dan berkesan. Guru perlu lebih ikhlas dan
rapat ketika proses alir kerja RMT agar murid-murid yang terdiri dikalangan yang kurang
mampu ini, dapat menikmati serta mengalas perut mereka dalam meneruskan masa mereka di
sekolah. Dicadangkan guru makan bersama-sama dengan murid RMT ini agar interaksi serta
tauladan serta adab serta tabiat makan yang betul dapat disampaikan dengan lebih akrab.
Melalui kajian Satter (1987) dan Suriani (2003), persekitaran interaktif akan mengalakkan
kanak-kanak untuk mencuba, menerima dan menikmati makanan dengan lebih selesa.

Dan akhir sekali, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sewajarnya membuat


semakan semula kadar peruntukan RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung & RM 2.05 di
Sabah, Sarawak serta WP Labuan yang telah ditetapkan pada Mac 2007 yang lalu. Harga
yang ditetapkan kini sudah tidak relevan dengan kuantiti makanan yang disediakan oleh
pihak pembekal memandangkan peningkatan kos penyediaan bahan mentah dan sebagainya.
Pihak Kementerian patut mengambil serius tentang konsep penyediaan makanan yang
lengkap dari sudut nutrien serta kualiti bahan itu sendiri. Pihak pengusaha banyak mengeluh
tentang peruntukan kewangan yang diberikan. Jelas sekali, penyediaan menu yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian itu jauh lebih tinggi berbanding dengan peruntukan.
Bolehkah kita jumpa kedai makanan yang menyediakan Nasi Ayam bersama Buah serta Air
Milo dengan KOS RM 1.80 sepinggan. Harga yang ditetapkan ini patut di semak semula serta
ditingkatkan agar murid yang menyertai RMT ini benar-benar menerima manfaat dan bukan
sekadar program yang dijalankan sekadar melepaskan batuk ditangga.

15
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
Guru yang diberi tanggungjawab untuk memantau RMT ini boleh diberikan dari sudut
insentif atau imbuhan elaun bulanan memandangkan tugasan serta bebanan tugas mereka
agak mencabar. Pihak Kementerian boleh menyalurkan sedikit insentif dari sudut bayaran
atau elaun bagi guru–guru yang memikul tanggungjawab dalam memastikan agihan
makanan, pemantau pematuhan menu RMT serta, urusan dokumentasi serta laporan yang
dibuat setiap hari. Guru yang bertugas ini perlu ke kantin sekolah setiap masa sebelum waktu
rehat bermula, dan memastikan semula peserta RMT dapat menikmati makanan yang telah
disediakan. Mereka perlu tunggu hingga semua murid habis juadah dan laporan harian perlu
siapkan untuk simpanan dokumentasi serta perfailan. Namun, kebanyakkan guru-guru RMT
ini berkhidmat dengan sabar serta penuh rasa keikhlasan memandangkan kelompok murid
yang dikendalikan adalah dikalangan yang kurang berada.

5 – PENUTUP

Pihak kami ingin menyeru agar ramai pihak akademik meneruskan kajian yang lebih
terperinci tentang keberkesanan Program RMT yang beralaku di sekolah-sekolah di seluruh
Malaysia. Kajian yang menyeluruh patut ditingkatkan agar pihak Kementerian Pelajaran
dapat menjalankan penambahbaikan serta memperkukuhkan lagi kelangsungan program yang
telah bertapak di sepada sekolah sejak tahun 1976 lagi. Penyeliaan yang lebih bersepadu
perlu diteruskan. Suatu pengurusan program banyak dipengaruhi oleh faktor kewibawaan
pelaksana program memahami objektif utama program berkenaan. (Boone, 1985)

Senarai Rujukan :

1.

1.

2.

16
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
3.

4.

5.

2. AROP, M. S. (2003). NUTRITIONAL STATUS OF SCHOOL CHILDREN RECEIVING


SUPPLEMENTARY FEEDING PROGRAM IN PENINSULAR MALAYSIA. Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. LAN, N. C. (2010). HBHE 2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT. KUALA LUMPUR:
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.

4. Mazlan, Z. Z. (2010, JANUARY 24). Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak. Retrieved


NOVEMBER 19, 2010, from MISI FAKTA:
http://misifakta.blogspot.com/2010/01/perkembangan-fizikal-kanak-kanak.html

5. MURID, U. H. (2007). PERLAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


SEKOLAH DI MALAYSIA. Kuala lumpur: KPM.

17
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)
6. Othman, P. H. (2010). Maklumat Murid RMT (BOR KP/RMT/A) . Klang: SK Kebangsaan Kg
Jawa .

7. YUSOFF, M. R. (2008). AMALAN PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI


SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA. FPP 2008/7 , 63.

18
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

19
BORANG SISTEM MAKLUMAT MURID

(SMM) UNTUK SEMAKAN KELAYAKAN


RMT
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

SURAT LANTIKAN PEMBEKAL

MAKANAN RMT

20
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

PERJANJIAN PENYEDIAAN MAKANAN


RMT ANTARA PIHAK PENGUSAHA
KANTINPERJANJIAN
DOKUMEN & PIHAK SEKOLAH

21
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

22
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

MINIT MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA RMT 2010

23
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

DOKUMEN KEWANGAN BAGI


TUNTUTAN PERBELANJAAN
PROGRAM RMT SEKOLAH

24
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

25
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

BORANG LAPORAN HARIAN &


MAKLUMAT PELAJAR PROGRAM
RMT SEKOLAH

26
HBHE 21O3 - SITI RADHIAH SHAMSUDIN (741014-10-5128)

BORANG PEMANTAUAN RMT

JABATAN PELAJARAN NEGERI 27


KESEKOLAH

You might also like