Professional Documents
Culture Documents
Projek blok T dan U adalah untuk melatih pelajar-pelajar menggunakan alatan tangan
dan mesin. Selain itu, projek ini juga dapat menjadikan pelajar-pelajar lebih berdisiplin dan
menanam sikap bekerjasama di antara mereka. Di samping itu, projek ini dapat membantu
pelajar-pelajar mengenalali alatan tangan dan kegunaanya dengan lebih tepat. Projek ini juga
membantu pelajar menggunakan alatan tangan dan mesin dengan betul dan tepat selain
melatih pelajar membiasakan diri menggunakan alatan tangan dan mesin.
PENGHARGAAN
Saya Azizi Al Bakrie bin Abd Wahab, kelas DAD1S1 merupakan salah seorang pelajar
yang terbabit dalam projek ini turut memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,
Tuhan sekalian alam kerana memberi nikmat-nikmat dan segala kemudahan untuk saya
melakukan projek ini. Selain itu, jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya serta keluarga saya
kerana memberi dorongan dan semangat untuk saya melakukan projek ini. Tidak lupa juga
kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melakukan
projek ini. Akhir sekali, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana banyak memberi kerjasama walaupun projek ini dilakukan secara individu.
Langkah-langkah penghasilan blok T
1) Pertama sekali, potong mild steel flat bar kepada 50mm dengan menggunakan gergaji
besi.
2) Selepas itu, kikrkan logam tersebut kepada bentuk yang bersaiz 70mm x 48mm.
3) Kemudian, tanda dengan menggariskan garis 25mm dan 20mm di semua sisi.
4) Tebukkan sedikit di persilangan garisan yang ditandakan, kemudian tebukkan dengan
gerudi.
5) Tebukkan lubang yang ketiga seperti lubang tadi.
6) Gergaji dan bentukkan kepada bentuk T.
7) Buat lekungan di dua bucu di atas dan kemudian menyiapkan kerja-kerja akhir.
1) Pertama sekali, potong mild steel flat bar kepada 50mm dengan menggunakan gergaji
besi.
2) Selepas itu, kikirkan logam tersebut kepada bentuk bersaiz 70mm x 48mm.
3) Tandakan garisan melintang yang berada 25mm dari sisi atas dan garisan menegak, iaitu
20mm dari sisi tepi.
4) Tandakan lubang pada persilangan dan tebukkannya dengan gerudi.
5) Tandakan dan tebukkan lubang di sepanjang dalam dan bawah slot U yang berukuran
30mm.
6) Potong garisan menegak yang berada di dalam.
7) Pahatkan di sepanjang lubang yang ditebuk di sepanjan dalam dan bawah slot U.
8) Tandakan dan tebukkan lubang yang ketiga.
9) Bentukkan blok kepada saiz yang diberi.
10) Buat lekungan di bucu bawah dan menyiapkan kerja-kerja akhir.
ALATAN-ALATAN TANGAN
Sikap- Antara faktor kelemahan projek saya ialah sikap saya yang tidak terlalu mengambil serius
ketika menjalankan projek. Selain itu, saya juga kurang berdisiplin dan kurang teliti ketika
menjalankan projek ini.
Kemahiran- Selain sikap, kurang berkemahiran juga merupakan salah satu faktor kelemahan
projek saya. Kurang biasa dengan alatan tangan dan mesin serta kurangnya pengalaman dalam
melakukan projek sebegini turut menyumbang faktor kelemahan projek saya.
Cuai- Sikap cuai menjadikan projek saya kurang kemas kerana ingin cepat siap sekaligus
menjadikan saya kurang teliti dalam meneliti projek. Ini menyebabkan projek saya kurang
menjadi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam menjalankan sesuatu projek haruslah ada sikap berdisiplin dan
sikap kerjasama yang kuat antara rakan-rakan. Sikap cuai dan ingin cepat siap harus dijauhi agar
sesuatu projek dapat disiapkan dengan kemas. Selain itu, memberi fokus yang secukupnya
adalah penting untuk kita menjalankan projek ini dengan betul dan tepat.
RUJUKAN
Buku modul teknologi woksyop- MENANDA- ALAT-ALAT MENANDA DAN MENGUKUR dan ALAT-
ALAT TANGAN.