You are on page 1of 16

Malaysia negara plural society (masyarakat

majmuk).
Menjadi negara contoh kerana berjaya
mengekalkan perpaduan dan keharmonian
Kaum.
Hasil kerjasama semua pihak; kerajaan dan
rakyat.
Walau bagaimanapun masih berhadapan
dengan cabaran-cabaran dan halangan-
Halangan bagi memperkukuhkan lagi
perpaduan kaum.
Antaranya perbezaan dari segi agama,
budaya dan adat resam, pemisahan fizikal
antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
 DEFINISI KONSEP
Integrasi Nasional
Bererti satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia bagi
membentuk satu bangsa Malaysia yang
mempunyai identiti sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.
Menurut Sarjit Singh Gill integrasi nasional
merupakan satu proses untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia,
khususnya antara negeri di Semenanjung
Malaysia dengan Sabah dan Sarawak di
Malaysia Timur.
Integrasi Wilayah
satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa
mengira wilayah atau kawasan asal mereka.
Dalam konteks Malaysia, wilayah boleh
diertikan sebagai kawasan yang meliputi entiti
geografi serta sempadan politik iaitu wilayah
yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
PERPADUAN NEGARA
 satu keadaan sosial di mana rakyat dari

pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah


 hidup secara berinteraksi anatara satu dengan

lain dengan aman damai


sebagai satu bangsa yang bersatu
 berkongsi masa depan dengan penuh komitmen

kepada Perlembagaan dan Rukunegara.


 Pemisahan Petempatan
 Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi
 Pengasingan Sistem Pendidikan
Kerajaan
Kerajaan memainkan peranan penting dalam
proses menyubur, membentuk dan
mengukuhkan konsep masyarakat berintegrasi
di kalangan rakyat.
1. kerajaan hari ini mewujudkan pelbagai dasar,
rancangan dan kempen ke arah pembentukan
integrasi nasional.
 Antara dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pembangunan
Nasional, Dasar Wawasan Negara, Dasar Sosial Negara
2. Mewujudkan undang-undang tertentu bagi
membendung
kemungkinan berlakunya anasir-anasir negatif dalam
konteks hubungan kaum.
 Kanun Keseksaan di bawah seksyen 298A(1);
menjelaskan bahawa menjadi satu kesalahan kepada
sesiapa yang menyebabkan keadaan yang harmoni,
perpecahan atau perasaan kegusaran, benci atau sakit
hati atas alasan-alasan keagamaan.
 Akta Hasutan pula menyatakan bahawa adalah menjadi
kesalahan jika menyebut perkataan-perkataan yang
boleh membawa kepada perpecahan.
 Akta Percetakan juga diwujudkan untuk mencegah
kelakuan melakukan percetakan perkataan yang
menyebabkan perpecahan.
3. Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN) yang telah
diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPN).
 Melalui JPNIN ini, kerajaan berhasrat

memelihara, meningkat dan mengukuhkan


perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar-dasar kerajaan yang berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
 RAKYAT
 memahami identiti bangsa yang pelbagai
dengan menekankan semangat muhibbah,
hormat menghormati bekerjasama dan
bertoleransi.
 boleh berlaku melalui interaksi sosial dan
jalinan hubungan etnik yang berpanjangan
dalam kalangan anggota komuniti tanpa
sebarang perasaan negatif.
 memahami identiti bangsa masyarakat yang
pelbagai dalam usaha membentuk masyarakat
berintegrasi yang lebih erat dan berkekalan
Semangat Patriotisme
perlu ada dalam diri setiap masyarakat yang
mengaku sayang dan cintakan negara
Malaysia ini.
Setiap rakyat terutama generasi muda harus
memupuk dan memelihara semangat
perpaduan yang telah didukung sekian lama.
Apa yang lebih penting lagi adalah mereka
perlu sedar kekuatan yang dimiliki oleh rakyat
dan perasaan cinta dan sayang kepada negara
dapat dijadikan benteng pertahanan yang
kukuh bagi menangkis sebarang ancaman
luar.
 Rukun tetangga
 Rukun Tetangga (RT) memainkan peranan penting
dalam sesebuah komuniti sebagai saluran mengeratkan
perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum dan
agama dan menjadi agen perubahan dan kemajuan
masyarakat setempat.
 Penubuhan sektor Rukun Tetangga (RT) yang
diasaskan sekitar tahun 1970-an juga berfungsi
membendung serta membantu pihak berkuasa
membenteras jenayah dan gejala sosial terutama dalam
kawasan perumahann atau kejiranan.
 Malah skim rondaan sukarelawan (SRS) yang
membabitkan anggota Rukun Tetangga yang
diwujudkan sejak tiga tahun dahulu amat berkesan
mengurangkan jenayah dan meningkatkan
kesejahteraan hidup bermasyarakat di sesuatu tempat
 Kempen kibar Jalur Gemilang
 rakyat digalakkan supaya mengibarkan Jalur
Gemilang ketika berlangsungnya sambutan
bulan kemerdekaan sekitar bulan Ogos dan
September setiap tahun. Sempena dua
peristiwa penting dalam sejarah pembinaan
negara bangsa Malaysia.
 Rakyat digalakkan supaya mengibar Jalur
Gemilang pada tempat kediaman masing-
masing dan di kenderaan masing-masing
sebagai tanda memberi sokongan kepada
kempen yang dilancarkan oleh kerajaan untuk
memupuk semangat cintakan negara dan
seterusnya membina perpaduan sesama kaum.
 Media
 pihak media perlu bertindak memaparkan program
yang dapat memupuk perpaduan etnik.
 agen yang dapat merapatkan hubungan antara kerajaan
dan rakyat.
 mendedahkan kepada semua masyarakat akan
kepentingan menjaga sensitiviti setiap etnik supaya
keharmonian hubungan etnik dapat dikekalkan secara
berterusan.
 harus memperuntukkan ruang yang strategik bagi
mempromosikan agenda perpaduan ini.
 Tayangan-tayangan berbentuk drama kemasyarakatan
yang menyerapkan unsur-unsur kekeluargaan,
melibatkan semua etnik dan berjiwa kemalaysiaa.
 iklan-iklan, kempen-kempen bersifat perpaduan dan
integrasi kaum yang diadakan perlu diberi pendedahan
dan diwar-warkan agar mesejnya sampai kepada
semua pihak.

You might also like