You are on page 1of 4

IFFAH AQILAH BT AHMAD DAHALAN E20091000323

TUGASAN INDIVIDU – ULASAN JURNAL.

1.0 Ulasan Jurnal

Tingkah laku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu
keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah, khususnya mereka
yang mengalami masalah pembelajaran yang kritikal. Antara masalah tingkah laku yang
sering dialami oleh kanak-kanak adalah seperti tingkah laku ganas, menentang dan tidak
menurut arahan, bersikap terlalu bergantung pada orang lain dan suka mengelak serta
bertingkah laku pasif. Masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk
kepada keadaan di mana ciri-ciri seperti bertingkah laku ganas mahupun pasif akan berlaku
pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan
prestasi pembelajaran kanak-kanak. Terdapat 2 jenis faktor yang terdapat dalah masalah
tingkah laku ini iaitu faktor yang perlu diambil kira semasa penilaian dan faktor penyebabkan
berlakunya tingkah laku bermasalah. Faktor-faktor yang perlu yang perlu diambil kira
semasa menilai tingkah laku seorang kanak-kanak itu normal adalah tidak normal adalah
faktor kesesuaian umur. Kaedah yang digunakan untuk menilai haruslah bersesuaian
dengan umur kanak-kanak. Ini kerana, kaedah yang bersesuaian dengan kanak-kanak
dapat memberikan hasil penilaian samada tingkah laku kanak-kanak itu normal atau tidak
berdasarkan milestone perkembangan umur mereka. Selain itu, tempoh penilaian juga
penting dimana pemerhati harus menjalankan penilaian dalam tempoh yang lama bagi
mengenalpasti punca-punca seorang kanak-kanak itu bermasalah tingkah laku. Selain itu,
terdapat dua faktor yang lain seperti kekuatan (utensity) dan kekerapan berlakunya tingkah
laku tersebut. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius
oleh semua pihak dan ini kerana kebanyakkan perangai, tingkah laku dan kelakuan kanak-
kanak adalah dipelajari melalui peniruan di sekeliling mereka. Oleh itu, semua pihak
terutama ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak
mereka dan membimbing dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak dengan baik, sekali
gus dapat mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyebab berlakunya masalah


tingkah laku antaranya Faktor Biologi. Apa yang dimaksudkan faktor biologi ialah genitik iaitu
unit-unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa keada anak-anak. Ini terdapat dalam kromosom
sel manusia. Kerosakan gen akan membawa kepada masalah jiwa. Terdapat juga hormone
yang dikenali adrenalina dan noradrenalina yang boleh menyebabkan sesorang itu tertekan.
Selain faktor biologi, terdapat juga faktor lain seperti Faktor Psikodinamik iaitu faktor dimana
masalah tingkah laku disebabkan konflik dalaman diri yang wujud dalam bentuk tidak
disedari seperti proses represi, ingatan memilukan dan keinginan seksual tidak dapat
dipuaskan. Akibat dari konflik ini akan lahirlah satu tingkah laku seperti hysteria, kesedihan,
kerisauan dan kemurungan. Manakala, Faktor Pembelajaran pula merujuk kepada hasil dari
pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kanak-
kanak mudah pelajari sesuatu melalui persekitaran mereka. Andai persekitarannya negatif
maka tingkah laku juga akan negatif dan begitulah dengan sebaliknya. Sesetengah tingkah
laku kanak-kanak ini dapat dilihat dengan jelas dan sehubungan itu terdapat beberapa
kriteria sebagai panduan dalam mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak bermasalah.
Ketidakbolehan dan ketidakupayaan kanak-kanak bermasalah tingkah laku ini tidak dapat
dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria, kesihatan dan intelek. Kanak-kanak
bermasalah tingkah laku akan berasa kurang gembira dan sentiasa penuh dengan
kerisauan. Tingkah laku mereka juga kurang sesuai dalam keadaan normal. Kanak-kanak
seperti ini sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan
dengan masalah peribadi dan sekolah. Kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah
dalam membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain iaitu ‘interpersonal
relationship’ seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain. Keadaan sebegini,
termasuklah kanak-kanak Schizophrenic yang tidak mengenal erti dan masalah sosial akibat
gangguan emosi yang teruk.

Menurut Kerr & Nelson, tingkah laku ini dapat dikasifikasikan sebagai tingkah laku
yang mengganggui, tingkah laku yang tidak sesuai, menarik diri, tingkah laku berulangan
dan tingkah laku yang agresif. Tingkah laku yang mengganggui ataupun ‘Disruptive
Behaviour’ merupakan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian seperti mengejek kawan,
tidak mengikut arahan dan lain-lain. Tingkah laku yang tidak sesuai pula merujuk kepada
tingkah laku yang kurang matang seperti suka menangis, tantrum dan terlalu bergantung.
Menarik diri dari sosial ‘Withdrawl’ merujuk kepada individu yang cuba mengelak dari
menyertai aktiviti bersosial atau berkumpulan disebabkan rasa takut, malu dan segan.
Tingkah laku berulangan ‘Stereotype Behaviour’ merupakan tingkah laku yang dilakukan
oleh sesetengah kanak-kanak misalnya kanak-kanak autistic dan buta. Bagi tingkah laku
agresif pula, dimana seorang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain dan merosakkan
harta benda. Menurut Achenbach & Edelbrock pula, mereka mengkategorikan tingkah laku
kepada dua iaitu tingkah laku externalizing dan unternalising. Externalizing merujuk
kepada orang lain dan persekitaran bersifat ‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri seperti
agresif. Mereka ini sering mengganggu orang lain dan sentiasa menimbulkan permasalahan
tingkah laku sehingga menjejaskan pelajaran. Unternalising pula merujuk pada tingkah laku
yang bersifat pasif seperti mengasingkan diri ‘compulsive’, pemalu, selalu sedih dan hanya
fokus pada ketakutan dan fantasi. Tingkah laku ini mungkin tidak disedari kerana tidak
mengganggu orang lain tetapi ia boleh menjejaskan pembelajaran kanak-kanak.

Bagi menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku ini, terdapat
beberapa kaedah yang boleh dititik beratkan sebagai contoh peranan sistem kekeluargaan.
Keluarga merupakan asas dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa dan adik beradik
merupakan unsur sosialis utama dan keluarga adalah institusi pertama dalam masyarakat
dan Negara. Melalui keluarga, di situlah berkembangnya individu dan terbentuknya tahap-
tahap awal permasyarakatan. Cabaran keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi
yang positif dan berkesan antara anak-anak dengan ahli keluarga yang lain. Hubungan yang
harmonis antara suami dan isteri adalah asas kebahagiaan rumah tangga. Keadilan dalam
sesebuah keluarga itu perlulah ada dan sekiranya anak-anak tidak mendapat
keadilan,mereka akan memberontak dan kesannya amat negatif bagi sesebuah keluarga.
Anak-anak tidak perlu dikongkong dan anak-anak yang dikongkong ini tidak dapat
mengembangkan potensi mereka. Mereka perlu diberi pendedahan dan kepercayaan untuk
bertindak di bawah pengawasan ibu bapa.

Selain peranan sistem kekeluargaan, pendidikan anak-anak juga merupakan kaedah


bagi menangani kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Pemikiran kanak-kanak perlu
dibentuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat daripada ilmu syariat, pengetahuan
ilmiah dan kesedaran pemikiran yang matang. Pemikiran kanak-kanak perlu dijaga supaya
tidak dirosakkan oleh anasir luar seperti arak, rokok dan benda lucah yang boleh mendorong
mereka melakukan salah laku.

Kaedah lain seperti pendekatan terapi sistem keluarga juga dapat menangangi
kanak-kanak bermasalah tingkah laku. Kaunselor dianggap sebagai ejen perubahan, perlu
memahami ciri-ciri yang mempengaruhi tahap perubahan seseorang individu, kelompok atau
masyarakat. Kanak-kanak bermasalah tingkah laku ini terutamanya amat memerlukan
bantuan dalam mengenal pasti kepercayaan dan nilai yang sepatutnya mereka pegang.
Persekitaran sekolah dan peranan kaunselor dapat memupuk kepekaan kanak-kanak
kepada nilai dan kepercayaan yang sebenar agar konflik yang dialami dapat diatasi dengan
sewajarnya.

2.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, peringkat awal kanak-kanak merupakan satu peringkat yang


amat penting di mana pada peringkat ini, tingkah laku kanak-kanak sudah dapat dibentuk.
Pembentukan tingkah laku kanak-kanak dapat mencorakkan keperibadian mereka apabila
dewasa kelak. Persekitaran merupakan aspek penting dalam membentuk tingkah laku
kanak-kanak kerana kanak-kanak akan belajar dan meniru melalui persekitaran mereka.
Banyak pihak yang perlu peka akan pembentukan tingkah laku kanak-kanak terutama ibu
bapa. Sekiranya pembentukan tingkah laku sudah dibentuk salah dari awal, tidak mustahil
satu hari nanti kanak-kanak itu akan mendatangkan masalah. Apa yang perlu dititik beratkan
adalah masa depan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak yang bermasalah
tingkah laku ini mengalami masalah dalam pembelajaran dan pelajaran mereka semakin
merosot. Sekiranya tingkah laku kanak-kanak mempunyai masalah, pihak tertentu perlu
segera mengambil tindakan memperbetulkan tingkah laku kanak-kanak tersebut supaya
pelajaran mereka tidak tejejas, tingkah laku mereka tidak bertambah serius dan mereka
tidak menambahkan masalah pada orang lain.

Disediakan oleh :

Iffah Aqilah Bt Ahmad Dahalan

E20091000323

Kumpulan C

You might also like