You are on page 1of 2

Kanak-kanak adalah individu yang sangat unik.

lahirnya kanak-kanak di dunia ini mampu


membahagiakan kedua-dua ibu bapa yang merupakan insan yang sangat menantikan kehadiran mereka.
Setiap perkembangan kanak-kanak tersebut akan menghiburkan hati kedua-dua orang tua mereka.
Mana tidaknya, senyum tawa kanak-kanak tersebut menjadi penawar suka duka dalam kehidupan
rumah tangga. Sekadar perkongsian ilmu yang dirasakan sangat berguna kepada bakal ibu bapa atau
guru yang berada diluar sana. " When speech is ambigous, gesture steps in: sensitivity to discourse-
pragmatic principles in early childhood ". Jjika dirujuk pada kamus oxford, cetakan ketiga, muka 749,
speech diertikan sebagai kemampuan seseorang untuk bertutur ( the ability to speak ). Ambiguous
didefinisikan sebagai kata-kata yang mempunyai banyak makna ( Having more than one possible
meaning ). Gesture pula bermaksud pergerakan tangan, kepala dan lain-lain yang menunjukkan ekspresi
sesuatu ( a movement of hand, head, etc that expresses sth). Daripada ketiga-tiga kata kunci ini, dapat
dinyatakan apabila kanak-kanak bertutur atau berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang
mempunyai lebih dari satu makna, mereka akan menggunakan isyarat untuk memastikan percakapan
mereka itu dapat difahami oleh orang lain.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan menggunakan isyarat tubuh badan ketika berkomunikasi
sekiranya berlaku ketidaksampaian maklumat kepada penerima. " Young children often underspecify
their intended referents starting in the two word stage and continuing until 4 to 5 years of age, whether
or not their ambient language permits underspecification" ( Allen, 2000; Serratrice, 2005; Valian, 1991).
Isyarat tubuh badan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis isyarat iaitu, object-referring iconic gesture,
pointing gesture, dan hold up gesture ( Gullberg, de Bot, & Volterra, 2008 ). Object-referring iconic
gesture adalah salah satu cara yang sering digunakan oleh kanak-kanak dalam perbualan mereka.
melalui cara ini, kanak-kanak meniru objek yang mereka ingin nyatakan. Sebagai contoh, kanak-kanak
akan mendepakan tangan dan menggerakkannya keatas dan kebawah bagi menunjukkan ciri-ciri burung
dalam perbualan mereka. Pointing gesture pula merujuk kepada kanak-kanak yang menunjukkan jari
telunjuknya kearah sesuatu objek yang mereka maksudkan. Hold up gesture pula diertikan sebagai
perbuatan mengangkat objek yang dimaksudkan untuk ditunjukkan kepada orang kedua atau ketiga
dalam perbualan.

Berdasarkan jurnal yang dikaji, sampel kajian yang terlibat ialah seramai enam orang
kanak-kanak yang bertutur dalam Bahasa Inggeris dan enam orang kanak-kanak yangbertutur dalam
Bahasa Mandarin. Setiap kanak-kanak yang dipilih juga mempunyai latar belakang, taraf ekonomi,
kawasan serta negeri yang berbeza. Sampel kajian juga tidak mempunyai sebarang masalah
pendengaran dan tiada antara ahli keluarga mereka yang tahu bertutur dalam bahasa lain selain bahasa
yang sering mereka gunakan. Pertuturan kanak-kanak dengan orang yang lebih dewasa dirakam dengan
menggunakan pita video dan segala pertuturan dan isyarat yang digunakan oleh kanak-kanak direkod
sebagai rujukan. Dapatan kajian jurnal ini menunjukkan kedua-dua kumpulan kanak-kanak yakni yang
berbahasa Inggeris dan yang berbahasa Mandarin sering menggunakan isyarat tubuh badan dalam
komunikasi mereka khususnya apabila berlaku ketidaksampaian maklumat dalam perbualan. Tujuan
kajian dijalankan adalah untuk mengetahui waktu yang sering kanak-kanak gunakan isyarat dalam
komunikasi mereka.
Prosedur kajian berdasarkan jurnal yang dikaji ialah semua sampel kajian perlu melibatkan diri
dalam permainan bebas dan komunikasi spontan bersama dengan penjaga seperti ibu bapa dan juga
pengkaji. Pengkaji dan penjaga juga telah diarahkan untuk berbual dan berkomunikasi seperti
kebiasaannya dengan kanak-kanak bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat. Dalam jurnal ini, satu beg
permainan, buku gambar, dan puzzle telah digunakan sebagai medium untuk memudahkan seiap sesi
rakaman yang dijalankan. Setiap sesi rakaman dijalankan selama kira-kira 45 minit untuk setiap
kanak-kanak. Setiap perbualan kanak-kanak dengan penjaga dan pengkaji akan ditranskrip oleh
pembantu pengkaji yang mahir dalam bahasa Inggeris atau Mandarin. Transkrip tersebut akan diperiksa
semula oleh pencatat kedua yang juga merupakan seorang yang mahir dalam bahasa Inggeris atau
Mandarin. Aspek lain yang turut akan dicatat ialah saat kanak-kanak berhenti seketika ( pauses ), dan
kekacauan bertutur seperti mencelah sendiri, pembetulan, dan pengulangan kata juga termasuk dalam
transkrip yang dicatat. Namun begitu, soalan sintaksis, bunyi yang sukar difahami, lagu atau puisi tidak
termasuk dalam analisis ini. Aspek yang dikaji adalah klausa, yakni tatabahasa yang melahirkan
kenyataan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak.

Dalam ujian yang pertama, kajian telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang
bagaimana subjek dan objek dihasilkan bagi menyampaikan maklumat. Melalui kajian ini dapat
dinyatakan kanak-kanak dalam kedua-dua kumpulan tidak mempunyai perbezaan yang ketara dalam
penghasilan pertuturan yang jelas ketika berkomunikasi. Hal ini kerana, mereka kerap menggunakan
kata benda dalam pertuturan mereka. Apa yang berbeza antara kedua-dua kumpulan kanak-kanak
hanyalah jenis ekspresi tertentu yang mereka gunakan. Kanak-kanak yang bertutur dalam bahasa
Inggeris kerap menggunakan kata gandi nama diri yang sesuai berbanding kanak-kanak yang bertutur
dalam bahasa Mandarin, mereka kurang mahir dalam penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai.
Dalam ujian kedua pula, kajian telah dijalankan bagi mengetahui faktor yang mempengaruhi ekspresi
kanak-kanak. Melalui kajian ini, telah diklasifikasikan faktor yang mempengaruhi terbahagi kepada 3
bahagian iaitu orang pertama dan kedua, kehadiran orang ketiga, kehadiran orang yang seterusnya.

Kesimpulanya, dapat dinyatakan bahawa isyarat tubuh badan boleh diertikan kepada 3 bahagian
iaitu mengajuk ciri-ciri objek yang dimaksudkan, tunjuk kearah objek yang dimaksudkan dan
mengangkat objek yang dimaksudkan untuk ditunjukkan kepada individu kedua atau ketiga.
Kanak-kanak sering menggunakan isyarat tubuh badan dalam kehidupan seharian mereka terutamanya
apabila berlakunya ketidaksampaian maklumat kepada individu kedua dan ketiga. Namun begitu,
isyarat tubuh badan yang sering digunakan oleh kanak-kanak ini akan semakin berkurangan apabila
mereka semakin dewasa dan mereka hanya akan menggunakan isyarat tubuh badan apabila perlu
sahaja.

You might also like