You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB REKA CIPTA SMK SACRED HEART SIBU

1. KELAB REKA CIPTA


SMK SACRED HEART SIBU,
KM 3, JALAN OYA,
96000 SIBU,
SARAWAK.

2. MATLAMAT
2.1 Menggalakkan pelajar berfikir secara kristis dan kreatif.
2.2 Menambahkan ilmu pengetahuan tentang sains dan teknologi.
2.3 Memupuk semangat bekerjasama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar.
3.2 Menggalakkan pelajar mempratikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas.
3.3 Mewujudkan perpaduan antara pelajar.
3.4 Menghargai usaha saintis yang telah memudahkan kehidupan manusia.
3.5 Menghargai kurniaan yang diberi Tuhan untuk kesenangan manusia.

4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua pelajar.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan memaklumkan kepada barisan ajk
ataupun menuliskan nama pada notis yang diedarkan dari kelas ke kelas.

5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru penasihat merupakan guru yang mengajar di sekolah ini.
5.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak
merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti sekiranya perlu.
5.3 Sekiranya tiada apa-apa masalah atau halangan, guru penasihat perlu hadir
dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
5.4 Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.
6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Pemilihan AJK adalah secara undian oleh barisan AJK lama dan guru
penasihat.
6.3 Tiada AJK yang boleh meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah.
6.4 AJK Kelab terdiri daripada:
Pengerusi
Timbalan Pengerusi I
Timbalan Pengerusi II
Setiausaha I
Setiausaha II
Bendahari I
Bendahari II
Tiga orang AJK Publisiti
Tiga orang AJK Kebajikan
Tiga orang AJK Keahlian
Tiga orang AJK Kecil

7. KEWANGAN
7.1 Sumber kewangan utama adalah melalui yuran yang dibayar oeeh AJK dan
ahli iaitu RM 3 untuk satu tahun.
7.2 Kelab boleh memperoleh pendapatan melalui aktiviti yang dianjurkan.
7.3 Sumber kewangan juga diperoleh melalui yuran yang dibayar oleh pelajar
untuk sesuatu aktiviti yang dianjurkan.

8. KEHADIRAN / PENYERTAAN
8.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri sebarang mesyuarat AJK atau Mesyuarat
Am.
8.2 Ahli-ahli amatlah dialu-alukan menyertai sebarang aktiviti atau pertandingan
yang dianjurkan kelab.
8.3 Ahli atau AJK yang tidak menghadiri sekurang-kurangnya tiga aktiviti boleh
dipecat sekiranya tidak dapat memberikan penjelasan yang rasional.
9. AKTIVITI
9.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat AJK atau mesyuarat
Am.
9.2 Sebarang perubahan terhadap aktiviti akan dibincangkan dalam mesyuarat
AJK sebelum dimaklumkan kepada ahli.

10. PERATURAN-PERATURAN
10.1 Peraturan kelab adalah seperti peraturan sekolah.
10.2 Ahli-ahli boleh membawa barangan larangan seperti telefon bimbit sekiranya
aktiviti yang dijalankan adalah di luar sesi persekolahan.
10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dilaporkan kepda Pengawas
sekolah. Tindakan seterusnya akan ditentukan oleh Pengawas dan pihak
pentadbiran sekolah.

11. TINDAKAN DISIPLIN


11.1 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dilaporkan kepda Pengawas
sekolah. Tindakan seterusnya akan ditentukan oleh Pengawas dan pihak
pentadbiran sekolah.
11.2 Ahli-ahli yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pentadbiran sekolah
akan kehilangan keahliannya.

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN


12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga pindaan
dilakukan.
12.2 Pindaan mana-mana bahagian dalam perlembagaan memerlukan sokongan
majority 2/3 AJK.
12.3 Satu mesyurat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan semua AJK akan
diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan tersebut.
12.4 Satu draft perlembagaan yang baru akan ditaip dan dicetak kemudian
ditandatangani oleh guru penasihat dan pengerusi setelah dipersetujui untuk
disahkan.

You might also like