You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 27 Desember 2011


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran

1. Pn.Hajah Rashidah Bte Muhamed GPK HEM


2. Pn. Zalila bte Hamzah
4. Pn Rosnah Bte Roslan
5. Pn. Nor Farahin Binti Arshad
6. Pn. Norlida Bte Othman
7. Pn. Syuhadah Bte Masri

Agenda
1. Ucapan pengerusi
- Mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua guru pada mesyuarat
RMT kali pertama ini.
- Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru RMT yang telah
memberikan komitment didalam menjalankan tugas sebagai guru RMT
disepanjang tahun 2010.

2. Ucapan GPK HEM


- Pn. Rashidah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.
- Memaklumkan nilai makanan sama seperti pada tahun lepas iaitu bagi satu
kepala hanya RM1.80 sahaja.
- Beliau berharap murid dapat memberi sambutan yang baik terhadap menu
yang disediakan nanti.
- Beliau menyatakan pemberian makanan pada awal pagi tetap diteruskan
manakala projek susu sekolah telah diwujudkan semula.
- Beliau mengimbas kembali pesanan puan guru besar supaya murid-murid
diberi penerangan terlebih dahulu tentang kelebihan meminum susu
sekolah tersebut sebelum diedarkan kepada murid-murid RMT.
- Murid-murid akan diberi susu sekolah pada waktu rehat dan tidak
dibenarkan membawa pulang ke rumah susu tersebut kerana dikhuatiri
tidak diminum atau diberikan kepada kakak atau adik mereka.

3. Syarat-syarat muridyang layak mendapat RMT


- Syarat utama murid yang layak mendapat RMT ialah pendapatan ibubapa/
penjaga mestilah tidak lebih daripada RM400.00 sebulan.
- Bagi keluarga yang pendapatan perkapitanya kurang daripada RM80.00
juga layak mendapat bantuan RMT.
- Menyatakan pada tahun ini pihak sekolah tidak terlibat dengan pemilihan
murid yang layak mendapat RMT kerana pemilihan tersebut dibuat
berdasarkan e-kasih
- Jumlah murid yang layak mendapat RMT pada tahun ini ialah seramai 5
orang sahaja dan tiada pengganti.

4. Menu RMT
- Menu RMT pada tahun ini hendaklah berpandukan menu yang diberi oleh
pihak jabatan pendidikan.
- Menu tersebut belum diterima oleh pihak sekolah memandangkan
pemberian RMT kepada murid-murid yang layak belum dimulakan lagi
sehingga mendapat arahan daripada PPD melalui surat.
-
5. Jadual masa makan murid RMT
- Tiada perubahan jadual masa makan bagi murid RMT bagi tahun 2011
- Murid akan turun makan makanan RMT Isnin hingga Jumaat pada pukul
7.00 pagi sebelum perhimpunan pagi dimulakan
- Pn. Norlida mencadangkan supaya memaklumkan kepada pengusaha
kantin untuk menyediakan makanan RMT lebih awal supaya tidak
menjejaskan waktu P&P guru dan murid RMT.
6. Sudut RMT.
- Semua AJk diminta memberikan kerjasama mencari bahan-bahan yang
berkaitan dengan RMT , kesihatan , makanan dan pemakanan untuk
diletakkkan disudut RMT.

7. Hal-hal lain
-

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10.45 pagi

Dicatat oleh Disahkan oleh

…………………………
(PN.ROSNAH BTE ROSLAN)
Setiausaha RMT
SKDWI

You might also like