You are on page 1of 12

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

PERATURAN PERTANDINGAN

UNDANG-UNDANG

KEJOHANAN BOLA KERANJANG M.S.S.S.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA


KERANJANG
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1Untuk sekolah menengah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-


undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan peraturan-
peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

1.2Untuk sekolah rendah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-


undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan undang-
undang yang dicadangkan sesuai dari Persatuan Bola Keranjang Malaysia
(MABA) serta peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah

2.2Masa bermain ialah 20 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan rehat
selama 5 minit. Di samping setiap separuh masa dibahagikan kepada 2
waktu dengan masa rehat 2 minit antaranya. Masa pertandingan terus
berjalan melainkan : ‘jump ball’, ‘free throw’, ‘foul’, ‘substitution’,
‘time-out’ atau diminta oleh pengadil.

2.3Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pertandingan


disambung semula selama 5 minit setelah 2 minit berehat. Jika
keputusan seri lagi, pertandingan bersambung semula selama 5 minit
sehingga keputusan kemenangan diperolehi.
2.4Masa 2 minit terakhir dalam waktu ke 4 atau masa tambahan, apabila
berjaring atau pengadil meniup wisel, masa pertandingan perlu
diberhentikan.

2.5Permainan terpaksa ditangguhkan kerana hujan atau sebab-sebab lain,


pertandingan akan disambung semula pada tarikh dan masa yang akan
ditetapkan oleh pihak pengelola. Segala mata yang diperolehi dan masa
yang telah digunakan dikekalkan.

3. PENDAFTARAN

Pasukan yang hendak mengambil bahagian dikehendaki menghantar tidak


lebih dari 12 nama pemain bagi tiap-tiap kumpulan umur. Butir-butir yang
dikehendaki dalam borang penyertaan itu perlu diisi dengan penuh. Penukaran
pemain yang telah didaftarkan perlu diberitahu dengaan butir-butir yang lengkap
dan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua ataupun Pengerusi Pertandingan
Daerah sebelum pertandingan pertama dimulakan.

4. SISTEM PERTANDINGAN

System pertandingan yang dijalankan secara liga atau cara kalah mati adalah
seperti betikut :

4.1 Liga 4 kumpulan (A,B,C dan D) –minimum 12 pasukan

Tidak terlibat (MSSS 9 pasukan sahaja)

4.2 Liga 3 kumpulan (A,B dan C)

4.2.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian


mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaiyu A, B dan C

Pertandingan akan dijalankan secara liga.

b. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu
akan di tempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan - kumpulan A

Naib Johan - kumpulan B

Ketiga - kumpulan C

c. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan


tersebut dengan cabutan-cabutan undi.

d. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira
kedudukannya dan pasukan yang lain hendaklah diundi.

4.2.2 Pusingan kedua

a. Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap setiap kumpulan akan


ditempatkan dalam kumpulan kumpulan X dan Y dengan mengadakan
undian

b. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama,

c. Dari 3 pemenang 1, satu akan ditempatkan di kumpulan lain.

d. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari


pemenang 1 kumpulannya.

e. Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga


dalam kumpulan masing-masing.

4.2.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1 Kumpulan Y


untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

b. Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2 Kumpulan Y


untul menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

4.3 Liga 2 Kumpulan (A dan B)

4.3.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, mereka


hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
b. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Tempat Ketiga
tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan B. Pasukan-pasukan lain
akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi.

c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira
kedudukannya dan pasukan yang lain hendaklah diundi.

4.3.2 Pusingan kedua (Separuh Akhir)

a. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 kumpulan B


(Kumpulan X) dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang
2 kumpulan A (Kumpulan Y)

b. Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati.

Separuh Akhir

Pemenang 1 Kumpulan A ----------------- Akhir

(Kumpulan X) -------------

Pemenang 2 Kumpulan B ----------------- Johan

---------------

Pemenang 1 Kumpulan B -----------------

(Kumpulan Y) --------------

Pemenang 2 Kumpulan A -----------------

4.3.3 Pusingan Akhir


a. Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y
untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

c. Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untul


menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

4.4 Liga 1 Kumpulan

Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan


secara liga satu pusingan akan dijalankan.

4.5 Sistem Pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Permainan Sekolah-


sekolah Negeri melainkan jika ada diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja.

5. CARA MEMUTUS KEPUTUSAN

5.1Cara Liga

5.1.1 Cara memberi mata

Menang 2 mata

Kalah 1 mata

Menarik diri 0 mata

5.1.2 Jika dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama,


pemenang akan ditentukan seperti berikut:

a. Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat akan


menentukan kedudukan mereka.

b. Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh pihak lawan
adalah sama anatra dua pasukan, maka pemenang akan ditentukan
oleh purata jaringan.

5.1.3 Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama,
maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang


(cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).

b. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan yang


tertinggi akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara
pasukan yang sama mata).
c. Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan mengambil kira
purata jaringan dari keputusan semua permainan yang dimain dalam
kumpulan. Jika ada apa keraguan, rujuk peraturan FIBA.

d. Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.

6. PAKAIAN

6.1Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam dengan satu set
berwarna gelap dan satu lagi berwarna putih.

6.2Untuk pertandingan, maka mana-mana pasukan yang disebutkan dahulu


di jadual pertandingan dikehendaki memakai pakaian berwarna putih
sementara lawannya berwarna gelap.

7. PENGADIL

7.1 Jawatankuasa teknik Bola Keranjang MSSD/MSSS bertanggungjawab atas


perlantikan pengadil-pengadil yang bertauliah untuk mengadil di semua
perlawanan.

7.2 Pengadil-pengadil yang bertugas mestilah meneliti kelayakan peserta-


peserta sebelum permainan dimulakan.

8. GELANGGANG/ALATAN

Rujuk undang-undang Bola Keranjang antarabangsa (FIBA)

9. KELEWATAN

Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan


yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan. Keputusan yang
dicapai sebelum itu tidak akan diambil kira.

10 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak


dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

10.2 Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah


kalah dengan sengaja dari pertandingan-pertandingan semua keputusan
yang dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan
tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan
tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta yang
berkenaan.

10.3 Mana-mana pasukan/peserta/sekolah/daerah yang telah mengesahkan


penyertaan sesuatu pertandingan tetapi menarik diri akan dikenakan
denda sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) atau digantung
penyertaan selama setahun atau kedua-duanya sekali.

11. Bantahan

11.1 Sekiaranya selepas tamat perlawanan pasukan yang ingin membuat


bantahan, ketua pasukan hendaklah menandatangani di ruang protest
dalam score sheet supaya bantahannya dapat dipertimbangan.

11.2 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan


hendaklah disertakan kepada setiausaha pengelola atau wakilnya tidak
lewat daripada 20 minit selepas perlawanan dengan bayaran RM200.00.

12. JURI RAYUAN

Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang
(maksimum). Mereka terdiri daripada :

12.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

12.2 Setiausaha Agung MSSS atau wakilnya.

12.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSS.

12.4 Dua atau empat orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan
bantahan/kes tersebut.

13. LEMBAGA TATATERTIB

13.1 LEMBAGA Tatatertib Permainan Negeri Terdiri daripada :

13.1.1 Yang DiPertua MSSS

13.1.2 Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya

13.1.3 Naib yang diPertua


13.1.4 Setiausaha Agung MSSS

13.1.5 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan

Lembaga ini bertanggungjawab untuk :

a. Mengambil tindakan mengenai perlanggaran peraturan pertandingan


yang berkenaan bagi semua perkara semasa kejohanan/pesta
dijalankan seperti berikut :

i. Memberi amaran.

ii. Mengantung dari pertandingan berikutnya bagi


jangka masa tertentu.

iii. Menyingkirkan daripada keseluruhan


kejohanan/pesta.

a. Menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada


Lembaga Tatatertib MSSS selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat
kejohanan/pesta dan membuat syor atau cadangan mengenai jenis
tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan
displin pegawai-pegawai hendaklah dilaporkan kepada Lembaga
Tatatertib MSSS untuk tindakan selanjutnya.

14 PINDAAN DAN TAMBAHAN PERATURAN.

14.1 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan berhak meminda atau
menambah peraturan dan undang-undang di atas.

15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua yang tidak disebutkan di dalam peraturan ini, akan diselesaikan oleh
Jawatankuasa Pengelola Permainan Negeri yang berkenaan mengikut kuatkuasa
Peraturan dasn Undang-Undang Permainan itu.
Perubahan peraturan FIBA 2004

Sila rujuk (rule changes) di web ini

Alatan tambahan di meja pegawai meja

Anak Panah yang digunakan untuk ‘Alternate possession’ jika berlaku situasi jump-
ball

http://sueteckhua.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/panduanteknikalperaturanbas200
4ipoh.htm