You are on page 1of 4

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan terhadap kelas pendidikan jasmani disekolah

tersebut , didapati aktiviti pemanasan badan telah dilakukan pada awal permulaan kelas .
Aktiviti tersebut dilakukan selama 15 minit . Guru terbabit mengetuai pergerakan dan
mengendalikan aktiviti tersebut . Aktiviti pemanasan badan dimulai dengan murid – murid berlari
anak dalam kawasan yang kecil dan kemudian diikuti dengan aktiviti regangan .

( letak gambar )….

b.

Murid – murid telah berlari anak sebagai langkah awal dalam pemanasan badan . Memanaskan
badan akan meningkatkan suhu otot-otot dalaman. Oleh itu, pengaliran darah dalam tisu-tisu
otot akan bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan
seterusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot.

Tambahan lagi, kepekatan otot berkurangan dan keadaan ini membolehkan pengecutan
dan pengenduran otot berlaku pada kadar yang lebih pantas. Memanaskan badan juga dapat
merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Ini membolehkan badan berfungsi
dengan lebih cekap dan berkesan.

Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan bagi otot-otot utama dilakukan. Bagi
regangan leher ke atas, otot sternokleidomastoid dan trapezius kiri meregang manakala otot
sternokleidomastoid dan trapezius memendek semasa bengkok ke kanan. Ketika leher ke
bawah, otot sternokleidomastoid dan otot trapezius diregang ke bawah manakala otot
sternocleidomastoid mengendur dan otot trapezius mengecut. Bagi regangan leher ke atas, otot
sternokleidomastoid dan otot trapezius iaitu diregang keatas manakala otot sternocleidomastoid
mengendur dan otot trapezius mengecut.

Bagi melakukan regangan tangan. Berdiri tegak dan kaki dibuka sedikit bagi
mengimbangi badan. Memulakan dengan tangan kanan diluruskan ke hadapan dan tangan kiri
diletakkan di hadapan jari tangan kanan lalu menarik ke belakang dengan perlahan-lahan
dengan kiraan lapan. Seterusnya diulang dengan tangan sebaliknya. Bahagian yang diregang
ialah otot triseps, biseps, dan fleksor karpiradial.

Bagi melakukan regangan pinggang ke hadapan dan belakang, murid berdiri tegak dan
kaki dibuka sedikit bagi mengimbangi badan. Memulakan dengan kedua belah tangan
memegang pinggang lalu membongkokkan ke hadapan dan belakang secara perlahan-lahan
dengan kiraan lapan. Otot yang direnggangkan ialah Rectus Obdominus dan Latissimus Dorsi.
Bagi melakukan regangan peha, murid berdiri tegak dan kaki dibuka sedikit bagi
mengimbangi badan. Dimulakan dengan lutut kanan diangkat ke atas kemudian kedua belah
tangan memegang lutut lalu menariknya ke dada secara perlahan-lahan dengan kiraan lapan.
Seterusnya dengan menukarkan kaki sebaliknya. Pergerakan ini melibatkan otot-otot pada
bahagian bawah kaki belakng iaitu Kuadriseps, Hamstring, Soleus, Gastrominius dan Fibularis
Longus.

Dalam melakukan regangan kaki , dimulakan dengan membuka kekuda kaki kanan ke
hadapan. Badan direndahkan mengikut pergerakan kaki. Kaki kiri pula digerakkan ke belakang
secara condong. Kemudian badan diturunkan secara perlahan-lahan dalam kiraan yang
dihadkan dengan menukarkan kaki sebaliknya.

Jenis otot yang diregangkan ialah Kuadriseps, Hamstring, Soleus dan Gastrocnemius.
Ketika aktiviti regangan tapak kaki dilakukan, otot Gastrocnemius, Soleus dan Achilles Tendon
akan diregangkan.

c.

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah regangan dibahagian tapak kaki . Regangan tapak
kaki bawah melibatkan otot seperti Gastrocnemius, Soleus dan Achilles Tendon. Aktiviti ini
dimulakan dengan berdiri tegak dengan membuka sedikit kaki. Kemudian, hujung kaki kanan
digerakkan ke dan diulang dengan menukar kaki.

Aktiviti kedua ialah turun naik badan dari atas ke bawah , Aktiviti ini melibatkan
regangan pada bahagian kaki . Ini sebagai suatu bentuk penyediaan kepada regangan pada
bahagian lutut .

Regangan pinggang yang dilakukan semasa aktiviti memanaskan badan meregangkan


otot di bahagian pinggang iaitu Rectus Abdominis dan Latissimus Dorsi.

Regangan pinggang ini dilakukan ke hadapan, belakang dan ke sisi kanan dan kiri. Otot
Rectus Abdominis terletak di bahagian tengah badan berhampiran perut

Aktviti seterusnya yang dilaksanakan semasa aktiviti ‘warm up’ ini adalah meluruskan
tangan ke atas dan tangan kiri menarik tapak tangan kanan ke belakang dan sebaliknya.
Semasa aktiviti ini dilakukan, otot besar yang terlibat adalah otot biceps brachii dan triceps
brachii. Dalam posisi anterior, otot triceps brachii terletak di bahagian belakang otot biceps
brachii. Otot triceps brachii terletak di sepanjang lengan atas dan terbahagi kepada tiga kepala
yang berbeza iaitu long head, lateral head, dan medialis head. Otot ini membolehkan
pembengkokkan siku dan membantu pergerakan bahu semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Salah satu aktiviti yang dilakukan juga semasa memanaskan badan adalah regangan
pada bahagian lengan dan dada. Tangan kanan menyilang dada manakala tangan kiri
memegang siku tangan kanan. Siku kemudiannya ditarik ke arah bahu kiri dan regangan
dilakukan dalam kiraan lapan. Pergerakan ini diulang dengan regangan pada tangan kiri. Ini
dapat meregangkan otot deltoid serta otot triseps. Otot besar deltoid terletak berdekatan
dengan tulang klavikel dan skapula di bahu. Otot ini membolehkan pergerakan ‘abduction’ atau
tangan diangkat ke atas.

Pergerakan yang seterusnya dilakukan semasa sesi memanaskan badan adalah


regangan pada otot belakang badan iaitu latissimus dorsi. Tangan kanan menyilang bahagian
belakang badan dan tangan bersentuhan di belakang. Otot latissimus dorsi ini terletak hampir
dengan bahagian pinggang dan terletak pada tulang rangka thoracid 8 hingga 12 .

Aktiviti yang terakhir ialah mendongak dagu ke atas serta membengkokkan leher ke kiri
dan kanan. Aktiviti ini melibatkan otot besar di bahagian leher iaitu otot sternocleidomastoid.
Otot ini terletak di bahagian leher dan memanjang ke hujung tulang klavikel. Otot
sternocleidomastoid ini membolehkan leher dibengkokkan ke kiri dan ke kanan. Semasa
melakukan aktiviti ini juga, otot besar yang terlibat juga adalah otot trapezius. Otot trapezius
terletak di bahagian pangkal leher dan berfungsi menyusun struktur punggung manusia. Salah
satu sudut otot trapezius terletak di leher dan berada di bahu.

Gerakan membengkokkan leher ini dimulakan dengan berdiri tegak, kemudian, tangan
diletakkan di bahagian pinggang. Leher kemudiannya dibengkokkan ke arah kanan dan kiri sisi
pandangan. Regangan ini dilakukan dalam kiraan 8. Turut dilakukan iaitu leher didongakkan ke
atas dan ditundukkan ke bawah.

d.

Guru pendidikan jasmani tersebut memulakan aktiviti regangan bermula daripada bahagian kaki
dan ke atas . Mengikut etika dan prosedur , aktiviti pemanasan badan dan regangan haruslah
dimulai daripada bahagian atas kemudian ke bahagian bawah . ……………..Ini mampu
mengundang ciri keselamatan yang longgar kerana guru melakukan aktiviti yang bertentangan
dengan……..dan ini mampu memberi impak kepada otot – otot murid – murid .
Didapati juga , sewaktu aktiviti regangan pada bahagian kaki dan lutut , murid – murid
kelihatan seperti memaksa diri untuk meregangkan badan .Ini mampu membawa kecederaan
pada bahagian otot dan sendi paha. Begitu juga dengan aktiviti regangan lengan dan tangan .
Murid – murid kelihatan seperti memaksa diri untuk meregangkan bahagian lengan terutama
pada meregangka lengan ke belakang badan .

You might also like