You are on page 1of 6

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… 

Dialog di atas menunjukkan perkara-perkara yang berikut:

1.Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang yang berjaya).
2.Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan.
3.Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam berteraskan ilmu, ibadah,
solat, iman dan akhlak mulia).
4.Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu dan pengaruh rakan-rakan.
5.Pendirian yang teguh dan tidak terpengaruh dengan pengaruh keseronokan masa muda dan
rakan-rakan (Istiqomah).

(Surah As-Syura Ayat 15)


Ertinya : “Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada
beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang
diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka;
sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh

Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami
dan Tuhan kamu.  Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
(kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari
kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).”

PENGERTIAN ISTIQAMAH

Istiqomah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan
melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa
keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqomah:

 Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.

 Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah


Sallallahu Alaihi Wassalam.

 Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.

 Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.

 Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan


kebenaran.

Istiqomah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan
Rasul-Nya.

(Surah Fusilat Ayat ‘ 6)


Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia
seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka
hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai
keredhaan-Nya)……”

(Rawahul Muslim)
Ertinya:  Katakanlah: ”Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.”

Ruang lengkap Istiqomah


Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam
melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh
badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada
fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqomah:

Contoh Istiqomah
 Istiqomah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.

 Istiqomah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.

 Istiqomah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan
kezaliman.

Istiqomah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang
diizinkan oleh syaraq.

Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah
Taala.

Tahap-tahap Istiqomah
Ada tiga tahap Istiqomah yang perlu berlaku serentak iaitu:

 Istiqomah hati:  sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara
menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan
menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqomah
hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.  Firman Allah Taala.

(Surah Al-Furqan ‘ ayat 32 )


Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu
kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran  dengan
cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan
kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.”

 Istiqomah lisan:  memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa
berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur,
tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
Istiqomah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan
kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.  Firman Allah Taala:
(Surah Ibrahim ‘ Ayat 27)
Ertinya: “….Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang
tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat…..”

 Istiqomah perbuatan:  Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja
usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah.  Dengan kata-kata lain istiqomah
perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau
perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. 
Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqomah.

Hikmat Istiqomah
Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan
cabaran.  Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat
daripada usaha dan pengorbanannya.  Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama
kejayaan.

Dengan kata lain istiqomah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama
ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. 
Peribahasa melayu ada menyebutkan, “berpantang maut sebelum ajal.”

Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai dengan sikap
istiqomah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)


Ertinya: ”Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :  “Tuhan
kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah
Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  “Janganlah kamu
bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu
berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di
janjikan kepada kamu.”

“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu
akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu  ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan
beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya.”  “(pemberian-pemberian
yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani !”

Membentuk Sikap Istiqomah


Sikap Istiqomah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam
diri:

1.Matlamat yang unggul  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi
Wassalam.
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.

Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat,
para mujahid, syuhada” dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Manusia dalam perjuangan hidup


Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya.  Ada perjuangan yang kecil dan ada
perjuangan yang besar.  Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan
untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia.  Sedangkan perjuangan yang besar ialah
segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia.  Sedangkan perjuangan
yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.  Asas bagi
menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:

1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Namun begitu ada orang yang keliru.  Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai
kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk
mencapai kejayaan di akhirat.  Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di
dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan
orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan
di dunia dan di akhirat. 

Firman Allah Taala:


(Surah Al-Hadid” Ayat 20-21)
Ertinya: “Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara
kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak;  (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka
dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa
yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur
bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan
bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan
besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). 
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-
orang yang terpedaya.”

“Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari
Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian
ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah
sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

Malangnya ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan langsung dalam hidupnya,
mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai.  Mereka diracuni oleh fahaman jabariah iaitu
berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa
prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak
mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.

Istiqomah dalam perjuangan


Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan
menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat.  Cabaran itu
hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqomah, bersabar dan tidak
berputus asa.

Firman Allah Taala:


(Surah Yusof ‘ Ayat 87)
Ertinya: ”Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. 
Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang
kafir….”

 wallahu’alam….

(al-azim.com)

dalam kajian ini Syaikh menjelaskan 10 kaidah dalam upaya untuk mendapatkan dan
menjaga istiqomah yang setiap kita mendambakannya hingga akhir hayat kita,diantara kaidah
tersebut adalah :

1. kita harus menyakini bahwa istiqomah adalah karunia dari Allah Ta’ala
2. hakikat istiqomah adalah mengikuti Jalan dan petunjuk Allah Ta’ala
3. Pokok Istiqomah adalah Istiqomahnya Hati
4. Istiqomah yang dikehendaki Allah Ta’ala adalah kita berupaya untuk bisa menjalankan dan
mendekati sunnah Rosulullah dalam kehidupan kita.
5. Istiqomah berkaitan erat dengan perkataan perbuatan dan niat
6. Istiqomah haruslah Lillah (ikhlas hanya karena Allah), billah (memohon kepada Allah
ta’ala) dan ala amrillah (sesuai dengan perintah Allah Ta’ala)
7. tidak boleh terpedaya atas istiqomah yang dia rasakan dengan ujub dan merasa lebih dari
manusia yang lain,jangan menyandarkan istiqomah kepada dirinya akan tetapi jadikan Allah
sebagai sandaran bagi kita agar menerima istiqomah kita.
8. barangsiapa yang bisa istiqomah di dunia maka Allah akan memberikan istiqomah di
akhirat ketika melewati as shiraat dan selamat dari api neraka.
9. Menjauhi fitnah syahwat dan syubhat yang bisa memalingkan manusia dari istiqomah
10.Menjauhi tasyabuh terhadap orang-orang kuffar

Untuk penjelasan lebih rinci silahkan simak kajian bermanfaat ini. Semoga kita bisa
Istiqomah diatas Islam dan Sunnah dengan pemahaman generasi salaful ummah

You might also like