Professional Documents
Culture Documents
Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua
sebab, iaitu:
Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan
OS ke dalamnya.
Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP
merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali
berfungsi seperti biasa.
Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install
Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar
rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak
artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini
untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat
ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party
SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke
atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan
bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3.
(Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada
disket, ikuti langkah ini)
3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan
anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah
ini.
5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya
anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install
Windows XP yang baru.
10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan
dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut
ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows
XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
Install Windows XP
1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan
restart sekali lagi.
4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan
langkah ini dengan menekan butang Skip.
5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan
butang Next.
8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula
menggunakannya.
Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak
perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer
anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)