You are on page 1of 31

1.

0 Pendahuluan

Filipina merupakan koloni Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan juga tanah

jajahan Barat yang terawal mencapai kemerdekaan iaitu pada 4hb Julai 1946. Filipina

merupakan tanah jajahan Sepanyol selama lebih 300 tahun sebelum dijajah oleh Amerika

Syarikat. Perang Amerika-Sepanyol yang meletus di Cuba pada 24hb April 1898, telah

merebak ke Filipina.1 Kekalahan tentera laut Sepanyol di Teluk Manila pada 1hb Mei

1898 mengakhiri penjajahan Sepanyol di Filipina.2 Dalam Perjanjian Paris yang

ditandatangani pada 10hb Disember 1898, Sepanyol dipaksa menyerahkan Filipina

kepada Amerika Syarikat dengan bayaran sebanyak AS$20,000,000.3 Presiden McKinley

tidak bercadang menjadikan Filipina sebuah koloni Amerika Syarikat kerana

bertentangan dengan tradisi Amerika Syarikat yang menentang penjajahan.

Walau bagaimanapun, ancaman Jerman yang ingin menjadikan Filipina sebagai

koloni menyebabkan presiden McKinley bertindak menjajah Filipina sungguhpun

terdapat penentangan daripada Senat Amerika Syarikat.4 Penjajahan Amerika Syarikat ke

atas Filipina telah mencetuskan Perang Amerika-Filipina (1899-1913) yang telah

menelan belanja yang banyak serta menyebabkan banyak kematian berbanding Perang

Amerika-Sepanyol. Penangkapan Aguinaldo pada 23hb Mac 1901 telah mengakhiri

penentangan terhadap Amerika Syarikat namun penentangan di bahagian lain Filipina

1
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial Commision.
hlm 216.
2
J. S. Furnivall. Experiment in Independence: The Philippines. Manila: Solidaridad Publishing House. 1974. hlm
22.
3
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. hlm 236.
4
History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/History
of the Philippines

1
berterusan sehingga 1913 terutamanya di kawasan selatan yang dikuasai oleh orang

Islam.5

Semasa era Perang Dunia Kedua, Filipina kekal taat setia kepada rejim Amerika

Syarikat dan bersikap anti-Jepun. Filipina merupakan satu-satunya negara di Asia

Tenggara yang menyokong tetap menyokong Amerika ketika Filipina dikuasai oleh

Jepun. Para pemimpin politik Filipina menentang kehadiran Jepun di Filipina. Kesetiaan

terhadap rejim kolonial Amerika Syarikat dan sikap anti-Jepun yang diamalkan oleh

gerakan nasionalis Filipina mempunyai kaitan dengan amalan liberal dalam politik dan

sosial yang diamalkan Amerika Syarikat. Faktor sosio-politik yang menyebabkan gerakan

nasionalis Filipina ini amat taat setia kepada rejim kolonial Amerika Syarikat dan

bersikap anti Jepun akan dibincangkan dalam aspek-aspek berikut.

5
History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/History
of the Philippines

2
2.0 Faktor Politik

2.1 Pentadbiran di Filipina

Dalam sesebuah negara, keperluan untuk membentuk kerajaan sendiri dan

persediaan untuk mendapatkan kemerdekaan serta pembangunan perkhidmatan awam

memang dititikberatkan.6 Peralihan kepada Komanwel dan pengisytiharan Republik telah

menyebabkan penduduk Filipina dilatih dalam setiap pentadbiran utama. 7 Kuasa

eksekutif Commander-in-Chief dipindahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Filipina yang

menjadi Gabenor Awam pada tahun 1901. Dalam tahun 1905, kuasa tersebut diberi

kepada Gabenor Jeneral.8 Ahli Suruhanjaya membentuk penasihat Kabinet bagi

mengetuai empat jabatan iaitu Jabatan Pedalaman, Perdagangan dan Polis, Perundangan

dan Kewangan, dan Penerangan. Malah, tiga rakyat Filipina diangkat ke Suruhanjaya

tanpa portfolio. Di bawah Akta Filipina 1902, Presiden US dengan keizinan Senat telah

menguatkan perlantikan Gabenor Jeneral, Ketua Eksekutif Jabatan dan ahli-ahli

Suruhanjaya. Pada tahun 1908, orang Filipina telah dilantik sebagai Ketua Jabatan buat

pertama kalinya. Keempat-empat jabatan yang asal telah dipecahkan kepada beberapa

bahagian dan lebih banyak jabatan telah dikendalikan di bawah kelolaan orang Filipina.

Sebelum ini, pentadbiran Filipina secara majoriti dikuasai oleh orang Amerika dan

keadaan ini tidak akan membantu membentuk sebuah negara Filipina yang merdeka.

Sebagai contoh, pada tahun 1913 orang Amerika telah memenuhi kebanyakan jawatan

pentadbir manakala penduduk tempatan hanya berpeluang menjawat jawatan rendah

sahaja.9 Semasa Francis Burton Harrison menjadi Gabenor Jeneral Filipina, beliau telah
6
Robert Aura Smith. 1958. Philippine Freedom 1946-1958, New York: Columbia University Press. hlm. 68.
7
Philippine Freedom 1946-1958, hlm. 69.
8
J. S. Furnivall. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. Hlm 28.
9
Ibid. hlm. 39.

3
memberi peluang kepada rakyat tempatan menceburi bidang pentadbiran manakala

pentadbir Amerika digalakkan bersara.10 Pada Tahun 1929, didapati hanya 471 orang

Amerika berkhidmat dalam kerajaan dan kebanyakannya sebagai guru berbanding 20,332

orang Filipina.11 Usaha beberapa Gabenor Jeneral inilah yang menyebabkan rakyat

Filipina mendapat pendedahan tentang pentadbiran dan bersikap pro-Amerika.

Secara rasminya, Amerika mengamalkan polisi di Filipina melalui janji untuk

memberi kemerdekaan kepada Filipina, menghapuskan buta huruf dalam kalangan

masyarakat serta keupayaan orang Filipina untuk membentuk kerajaan sendiri.12 Pada

tahun 1916, Jones Law atau juga dikenali sebagai Akta Autonomi Filipina menjanjikan

kemerdekaan kepada Filipina seperti berikut:

“It is, as it always has been, purpose of the people of the United States to

withdraw their sovereignty over the Philipine Islands and to recognize

their independence as soon as a stable government can be established

therein.”13

Kesungguhan pihak Amerika untuk membantu menunaikan janji mereka dapat

dilihat apabila Sekretari Peperangan dalam Pentadbiran Wilson iaitu Newton D. Baker

telah menyapa Presiden Wilson dengan misi kemerdekaan Filipina semasa di Eropah.

Seterusnya, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Kemerdekaan Filipina atau

dikenali sebagai Akta Tydings-McDuffie yang pada dasarnya memberikan keuntungan

10
Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 353.
11
J. S. Furnivall. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. hlm. 39.
12
Paul H. Kratoska (editor). 2001. South East Asia Colonial History. New York & London: Routledge. hlm. 366.
13
South East Asia Colonial History. hlm, 366.

4
kepada Filipina.14 Berdasarkan akta ini, sebuah Perlembagaan Komanwel cuba dirangka

bagi melahirkan sebuah kerajaan Republik.

2.2 Perundangan.

Pada 1933, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Hare-Hawes-Cutting

sebagai Akta Kemerdekaan Filipina sungguhpun diveto oleh Presiden Herbert Hoover.

Akta Hare-Hawes-Cutting menjanjikan kemerdekaan kepada Filipina dalam tempoh 10

tahun. Walaupun rang undang-undang tersebut dirangka dengan bantuan suruhanjaya dari

Filipina namun rang undang-undang tersebut telah dibantah oleh senat Filipina iaitu

Presiden Manuel L. Quezon kerana menganggap bahawa rang undang-undang tersebut

tidak adil kerana beberapa sebab. Pertama, syarat undang-undang perdagangan antara

Filipina dengan Amerika Syarikat hanya menguntungkan Amerika Syarikat. Kedua,

perkara tentang kawalan imigrasi orang Filipina ke Amerika Syarikat ditentang. Ketiga,

presiden Amerika Syarikat mempunyai hak meluluskan atau tidak meluluskan pindaan

perlembagaan dan keempat, Amerika Syarikat dibenarkan menubuhkan pangkalan tentera

di Filipina. Akta Hare-Hawes-Cutting telah ditolak oleh Dewan Perundangan Filipina.

Tahun berikutnya, akta yang disemak semula dikenali sebagai Akta Tydings-

McDuffie akhirnya diluluskan oleh Presiden Roosevelt pada 24hb Mac 1934. Menurut

akta ini, kemerdekaan Filipina akan diberi dalam tempoh 10 tahun iaitu pada 4hb Julai

1946. Dalam tempoh 10 tahun, Filipina akan mendapat taraf Komanwel dan menjadi

wilayah jajahan Amerika Syarikat. Oleh itu, warga Filipina akan menyatakan kesetiaan

kepada kerajaan Amerika Syarikat dan warga Filipina dilayan dengan hak yang sama

dengan warga Amerika Syarikat. Akta Tydings-McDuffie ini diterima sebulat suara oleh
14
Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. hlm. 355.

5
Perundangan Filipina pada 1hb Mei 1934. Akta ini lebih kurang sama dengan Undang-

undang Hare-Hawes-Cutting tetapi memberi peruntukan yang lebih menguntungkan

pihak Filipina. Akta ini memberi kuasa kepada orang Filipina melalui konvensyen

perlembagaan yang terdiri daripada 200 orang ahli melantik anggota sebuah Kongres

yang akan bertanggungjawab merangka sebuah Perlembagaan Komanwel ini bakal

mewujudkan kerajaan Republikan.15 Komanwel yang dibentuk ini memiliki

perlembagaan sendiri serta berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat

masih bertanggungjawab dalam hal-ehwal Filipina seperti polisi luar, mata wang,

perdagangan, imigrasi serta pembetukan undang-undang tertentu memerlukan

pengesahan daripada presiden Amerika Syarikat.

Perlembagaan Filipina dirangka dan diluluskan oleh persidangan pada 8hb

Februari oleh Presiden Roosevelt pada 23hb Mac 1935. Pada 14hb Mei 1935, warga

Filipina dibenarkan mengundi untuk mengesahkan perlembagaan tersebut dan kerajaan

Filipina dibentuk atas prinsip yang sama dengan perlembagaan Amerika Syarikat. Pada

September 1935, pilihan raya pemilihan presiden diadakan dan Manuel L. Quezon dipilih

sebagai Presiden Filipina dan Sergio Osmena sebagai Timbalan Presiden. Secara

ringkasnya, Komanwel menyediakan Filipina ke arah kemerdekaan sebenar.

2.3 Pemodenan Filipina

Kemasukan pegawai-pegawai Amerika, tentera, guru dan peniaga-peniaga di

bandar telah mempercepatkan pembinaan semula negara dan perkembangan kemudahan

infrastruktur. Jalan raya, jambatan baru mula dibina dan pelabuhan Manila
15
Wan Abdul Rahman Latif.2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. hlm. 355.

6
dimodenisasikan. Pembinaan taman-taman, kawasan rekreasi awam, kelab sosial, bar dan

segala amalan yang biasa bagi orang-orang Amerika terdapat di Filipina. Perkembangan

ini telah membawa kepada perubahan landskap di Filipina. Bangunan-bangunan kerajaan

yang baru seperti hospital kerajaan, makmal kerajaan, pejabat percetakan kerajaan dan

institusi yang lain telah dibina. Kemudahan awam seperti Syarikat Keretapi dan Elektrik

Manila mula beroperasi dan lebih banyak kenderaan awam (tarmcars) dan lampu elektrik

dibawa ke Filipina.

Sistem komunikasi seperti telefon, telegraf dan radio mula digunakan di Filipina.

Pada tahun 1911, kapal terbang telah diperkenalkan buat pertama kalinya. 16 Pemodenan

di Filipina turut meningkatkan kemasukan peniaga-peniaga Amerika. Peningkatan jumlah

sekolah rendah dan menengah serta pembinaan Universiti Filipina pada 1908 telah

menjadikan Manila sebagai bandar pusat pendidikan. Sokongan kerajaan kolonial

terhadap sekolah rendah memberi peluang kepada permintaan pendidikan yang lebih

tinggi. Keadaan ini telah menyuburkan lagi pertumbuhan sekolah menengah persendirian,

kolej dan universiti. Perkembangan populasi yang cepat terutamanya sekitar tahun 1918-

1939 membawa kepada modenisasi. Peningkatan populasi ini menyebabkan perlunya

perkhidmatan kesihatan, bekalan air, pengutipan sisa buangan dan pelupusan.17

Pemodenan yang dibawa oleh Amerika ini telah menyebabkan masyarakat Filipina

bersikap pro-Amerika. Masyarakat Filipina telah menikmati keselesaan yang dibawa oleh

Amerika dalam membangunkan Filipina ke arah berkerajaan sendiri.

3.0 FAKTOR EKONOMI

16
Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. Quezon City: University of The Philippines
Press. 1999. Hlm. 48.
17
Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. hlm. 49.

7
Ketaatsetiaan gerakan nasionalis Filipina kepada rejim kolonial Amerika adalah

kerana sumbangan dan usaha Amerika Syarikat kepada peningkatan ekonomi di Filipina.

Amerika Syarikat telah memperkenalkan dasar ekonomi di Filipina yang bertujuan untuk

melindungi hak milik tanah rakyat.18 Filipina telah memperoleh banyak keuntungan kesan

daripada campur tangan Amerika Syarikat. Ramai pemodal Amerika telah datang ke

Filipina untuk menanam modal terutama dalam perusahaan perlombongan bijih besi dan

perusahaan simen. Selain itu, perusahaan tradisi Filipina seperti gula, tembakau, tali dan

minyak kelapa juga meningkat dengan pesatnya. Semua bahan keluaran Filipina ini

dieksport ke Amerika Syarikat.19 Sebagai buktinya, dalam masa pemerintahan Amerika

Syarikat (yakni sehingga tahun 1941), pengeluaran gula telah meningkat enam kali ganda

dan menjelang tahun 1930-an kedudukan gula kukuh sebagai bahan eksport yang utama

di Filipina, dengan nilai dua kali ganda lebih dari nilai tembakau, kelapa dan abaka.

Perusahaan gula di Filipina membangun dengan pesat hasil perlindungan yang diberikan

oleh Amerika Syarikat kepada Filipina melalui tarif yang dikenakan iaitu dengan

menyediakan pasaran yang terjamin di Amerika Syarikat kerana harganya adalah jauh

lebih tinggi dari peringkat purata harga dunia. Menjelang akhir tahun 1920-an, hampir

keseluruhan gula Filipina dieksport ke Amerika Syarikat dan menjadikan ekonomi

kepulauan Filipina bergantung kepada kuasa penjajah. 20 Pergantungan ekonomi Filipina

terhadap pasaran Amerika Syarikat ini dibuktikan dengan kenyataan Onofre D. Corpus

iaitu:

18
Wan Abdul Rahman. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm 316
19
Ibid. Hlm 350
20
Tate. 1980. D.J.M. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Penerbit Fajar Bakti. Hlm 505

8
“..pertanian Filipina berkembang hanya untuk membekalkan bahan

mentah bagi kilang-kilang Amerika, dan dalam mana Filipina tidak lebih

daripada merupakan sebuah pasar untuk menyerap barang-barang buatan

Amerika, iaitu daripada jarum peniti dan paku hinggalah kepada sepatu

serta daging lembu dalam tin….Perubahan ini dapat dibayangkan dari

jumlah import-eksport yang berikut. Tujuh puluh satu peratus (71%)

daripada eksport Filipina dalam tahun 1849 ialah ke Amerika Syarikat

dan dua puluh sembilan peratus (29%) ke negara-negara lain..”21

Asas industri moden pula bermula dengan kedatangan orang-orang Amerika ke

kepulauan Filipina. Dalam tahun 1935, terdapat sejumlah 120,000 buah kilang moden

yang kebanyakannya terdiri daripada kilang-kilang padi, kilang papan dan kilang

pembersihan gula atau minyak kelapa atau abaka dan pengeluaran kelapa kering.

Keadaan ini telah memajukan ekonomi di Filipina yang bergantung kepada usaha

Amerika Syarikat sehingga gerakan nasionalis Filipina memberikan taat setianya kepada

Amerika Syarikat. Pengambilalihan pentadbiran oleh Amerika Syarikat telah

menghidupkan semula dan memperkembangkan industri pertukangan dan industri lain

tempatan pada awal abad ke-20. Atas dasar sokongan ini, dalam tahun 1930-an, golongan

nasionalis Filipina berusaha untuk mengembangkan lagi ekonomi yang dimajukan

Amerika Syarikat. Beberapa kumpulan nasionalis atau yang dianjurkan oleh golongan

nasionalis telah mula menubuhkan persatuan-persatuan dan menganjurkan kempen-

kempen untuk menggalakkan industri-industri tempatan. Contoh persatuan tersebut ialah

21
Onofre D. Corpus.1982. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 15

9
’Bagong Katipunan’ yang ditubuhkan oleh Manuel Roxas dalam tahun 1930. 22 Hal ini

menunjukkan sokongan golongan nasionalis terhadap dasar ekonomi yang dijalankan

oleh Amerika Syarikat.

4.0 FAKTOR SOSIAL

4.1 Adat dan Budaya semasa pemerintahan rejim Amerika di Filipina

Filipina telah dibangunkan melalui gabungan pelbagai budaya tempatan dan

budaya penjajah iaitu Amerika Syarikat dan Jepun. Budaya luar berasimilasi dengan

masyarakat dan akhirnya membentuk budaya baru. Budaya yang membawa kepada

gerakan nasionalisme termasuklah dalam aspek kesusasteraan, tarian, muzik, pakaian,

makanan,dan seni mempertahankan diri. Sejak penjajahan Amerika Syarikat (1898 –

1946) jelas terbukti pengaruh kebudayaan Amerika dalam kebudayaan tradisional di

Filipina. Contohnya dalam bidang muzik, kesusasteraan, dan bahasa. Kesan paling ketara

adalah penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Filipina yang disebabkan

oleh pengaruh kolonialisme Amerika Syarikat. Masyarakat pra-kolonialisme Filipina

sebelum ini menggunakan kesenian untuk mempamerkan dan menyatakan fahaman

keagamaan dan hubungan dengan alam.23

4.2 Kebajikan dan kesihatan rakyat Filipina semasa pentadbiran Amerika

Syarikat

Kebajikan dan kesihatan rakyat Filipina semasa era penjajahan Amerika Syarikat

sejak tahun 1898 berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini kerana pelbagai dasar telah

22
Tate, D.J.M. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Hlm 549
23
Paul Rodell. 2002. Culture and Customs of The Philippines . London: Greenwood Press. hlm. 49

10
dilaksanakan oleh pihak penjajah bagi memastikan aspek ini terpelihara. Keadaan ini

amat berbeza jika dibandingkan dengan era penjajahan Jepun di Filipina. Peningkatan

tahap pendidikan dalam kalangan rakyat Filipina telah menyebabkan kesedaran terhadap

penjagaan kesihatan turut mengalami perubahan yang positif. Sebuah Biro Kesihatan dan

Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan pada 1916. Namun begitu, Jabatan Pelajaran telah

dipisahkan dan ditubuhkan pula Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat pada tahun

1941.24 Semenjak penubuhan jabatan ini, pelbagai penyakit merbahaya yang mengancam

nyawa rakyat Filipina berjaya dirawat antaranya ialah malaria, beri-beri dan batuk kering.

Hal ini sekaligus telah meningkatkan kadar kesihatan penduduk Filipina secara

umumnya.

Selain itu, pihak rejim Amerika juga telah menubuhkan sekolah perubatan untuk

melatih rakyat Filipina dalam bidang perubatan begitu juga golongan wanita di Filipina

yang berminat untuk menyertai bidang kejururawatan. Justeru, pada tahun 1938, seramai

900 orang pelajar dilatih sebagai jururawat di kolej kerajaan mahupun swasta.25 Di

samping itu, ramai doktor telah dilatih bagi membantu pihak rejim mengawal kadar

penyakit di Filipina. Satu Perintah Am No. 15 yang bertarikh 29 September 1898 telah

dikeluarkan di Manila yang berkisar tentang kaedah mengawal penyakit dan membasmi

kolera serta demam campak melalui penggunaan sistem pembentungan yang betul. 26

Rakyat Filipina pada asasnya tidak mempunyai sistem pembentungan yang betul kerana

mereka mengambil mudah akan aspek ini. Selain itu, rakyat Filipina juga turut

dibekalkan dengan bekalan air bersih mengikut saluran perpaipan yang sempurna. Rakyat

Filipina telah lama terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti beri-beri, kolera,

24
Robert Aura Smith. 1958. Philippine Freedom 1946- 1958. Hlm 54-55.
25
J.S Furnival. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. Hlm 66.
26
Mary- Ann Asico. 1999. 100 events that shaped the Philippines. Hlm 140.

11
batuk kering dan demam campak ekoran daripada keadaan persekitaran yang tercemar.

Tambahan pula, wabak juga mudah merebak di Filipina seperti wabak Bubonic yang

telah melanda Filipina ketika itu. Kesungguhan rejim Amerika menjaga kebajikan dan

kesihatan rakyat Filipina terbukti apabila Manila diisytiharkan sebagai bandar paling

bersih pada peringkat Asia. Justeru, Manila telah bebas daripada wabak Bubonic yang

juga dikenali sebagai Black Death yang dibawa oleh tikus. Filipina dan Amerika sama-

sama berganding bahu bagi memastikan tahap kesihatan penduduk bertambah baik.

Pelbagai program kesihatan telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada

penduduk tentang pelbagai penyakit berbahaya dan mereka turut didedahkan dengan

kaedah mencegah penyakit tersebut. Di samping itu, kebajikan rakyat Filipina di bawah

pemerintahan rejim Amerika juga turut terpelihara. Para petani telah diberikan tanah

untuk diusahakan kerana rejim colonial Amerika mahukan golongan petani

mengeluarkan hasil tanaman yang optimum. Secara tidak langsung petani bawahan

terhindar daripada penindasan golongan pertengahan. Tahap kesihatan dan kebajikan

yang bertambah baik di Filipina menyebabkan populasi rakyat Filipina semasa

pemerintahan rejim Amerika telah mengalami peningkatan seperti yang dicatatkan pada

tahun 1939 iaitu sebanyak 623, 492 orang.27 Walau bagaimanapun, populasi ini telah

mengalami kemerosotan semasa serangan Jepun di Manila pada Januari 1942. Aspek

kesihatan dan kebajikan rakyat yang terpelihara semasa era penjajahan Amerika Syarikat

di Filipina menyebabkan rakyat Filipina terutama gerakan nasionalis lebih memihak

kepada Amerika berbanding Jepun.

4.3 Pendidikan di Filipina zaman pemerintahan Amerika Syarikat


27
Manuel A. Caoili.1999. The Origins of Metropolitan Manila A Political and Sosial Analysis. Hlm 49.

12
Tiga abad pemerintahan Amerika di Filipina, telah menyebabkan rakyat Filipina terdedah

kepada sistem pendidikan Amerika seperti bahasa, sastera, seni dan sains di Filipina. 28

Polisi pendidikan Amerika yang diperkenalkan bertujuan untuk mengambil alih

pemerintahan bagi mengajar rakyat Filipina tentang cara kehidupan demokrasi. Amerika

Syarikat telah menggunakan pendidikan untuk membolehkan masyarakat Filipina

memahami bahasa Inggeris, yang sekaligus akan menjadikan tugas pemerintahan mereka

menjadi lebih mudah di Filipina29 apabila rakyat Filipina tahu berbahasa Inggeris. Malah,

penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan menjadi bahasa pertuturan bagi setiap

bandar30 di Filipina semasa imperialisme Amerika Syarikat. Pada 23 Ogos 1901, kapal

pengangkutan Tentera Amerika Syarikat ”Thomas” telah dibawa ke Manila dan

membawa 600 pelatih guru dari Amerika Syarikat bagi mewujudkan bangsa Filipina

yang baru31 sebagai perintis kepada guru Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah

menggunakan tentera sebagai guru pada peringkat awal bagi menyebarkan idea tentang

kesedaran demokrasi untuk menyedarkan masyarakat Filipina tentang kebebasan.

Amerika Syarikat mendidik rakyat Filipina dengan menggunakan cara mereka yang lebih

mengutamakan berbanding Sepanyol yang memusatkan pendidikan kepada gereja.

”As The Church was the symbol of the Spanish, so the school has been the

symbol of American civilization”32

Pada tahun 1898, sekolah pertama telah didirikan oleh Amerika Syarikat di

Corregidor dan tidak lama selepas Amerika Syarikat menawan Manila, mereka membina
28
Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the
British Invasion. Hlm 285.
29
Paul A. Rodell. 2002. Culture and Custom of The Phillippines. Hlm 201.
30
Ibid. Hlm 293.
31
Ibid. Hlm 286.
32
Ibid. Hlm 286.

13
sebanyak lapan buah sekolah di bandar tersebut. Rev. William McKinnon telah dilantik

sebagai penyelia pertama di semua sekolah di bandar Manila dan tempat beliau

kemudiannya diganti oleh Lt. George P. Anderson. Pada tahun 1900, lebih 100 000 orang

kanak-kanak dan remaja Filipina telah mula ke sekolah. Mereka diberi buku percuma,

buku nota, pensil dan lain-lain bagi mendorong mereka untuk hadir ke sekolah dan

belajar bahasa Inggeris.33

Suruhanjaya Kedua Filipina yang diketuai oleh William H. Taft telah

menubuhkan yayasan untuk sistem sekolah awam Filipina 34 yang bercorak seperti di

Amerika Syarikat. Jabatan Pendidikan berperanan mengawasi dan mengawal sistem

pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. Sistem sekolah awam merupakan ciri yang paling

penting bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, tahap kolej rendah dan Universiti

Philippines.35 Sekolah rendah akan diberi pendidikan selama 4 tahun manakala sekolah

menengah pula selama 3 tahun. Kursus di sekolah rendah diajar dengan membaca,

menulis dan mengeja, matematik, sains sosial, sains asas, muzik dan lain-lain lagi

manakala bagi sekolah menengah pula, mereka diajar tentang kursus mengikut jenis

klasifikasi iaitu akademik, perkara-perkara umum, ekonomi rumahtangga, kewangan,

pertanian dan perdagangan.

Amerika Syarikat juga telah memperkenalkan sistem pendidikan vokasional untuk

melahirkan tenaga mahir. Pada awal 1904, Jabatan Pendidikan telah mewujudkan industri

seni di sekolah rendah dan pada tahun 1909 ditawarkan pula kursus perkebunan,

pertukangan kayu, memasak dan lain-lain lagi. Contoh sekolah vokasional ialah Sekolah

Seni dan Perdagangan Filipina, Sekolah Pertanian bertempat di Luzon, Sekolah


33
Gregorio F. Zaide.1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the
British Invasion. Hlm 286.
34
Ibid. Hlm 286.
35
Ibid. Hlm 287.

14
Perdagangan dan Sekolah Tinggi di luar bandar yang telah ditubuhkan untuk memberi

sokongan dan dorongan pada pendidikan vokasional.36

Salah satu perkara yang menarik yang ditonjolkan oleh Amerika Syarikat ialah

berkaitan dengan penubuhan sekolah persendirian. Di bawah pemerintahan Amerika,

sekolah dan kolej persendirian menerima galakan daripada kerajaan kerana sekolah

persendirian tidak dapat ditangani dengan tugas pembelajaran yang amat banyak.

Superitenden Pejabat Sekolah persendirian telah ditubuhkan pada 1910 yang bertujuan

untuk mengawasi institusi pendidikan persendirian. 37 Selain itu, terdapat juga universiti

persendirian yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat. Sehingga tahun 1935, terdapat

tujuh buah universiti persendirian antaranya Universiti of Santo Thomas, Silliman

Universiti, Universiti Kebangsaan, Universiti Of Manila dan lain-lain. Universiti Santo

Thomas telah dibina pada tahun 1611 lagi semasa penguasaan Sepanyol di Filipina.

Terdapat juga universiti persendirian untuk wanita iaitu Centro Escolae University di

Manila dan merupakan sebuah institusi yang ekslusif untuk perempuan 38 sebelum perang

selain daripada Universiti Perempuan Philippines.

Kemuncak kepada sistem pendidikan awam di Filipina ialah pada peringkat

universiti iaitu University of Phillipines yang ditubuhkan pada 18 June 1908. Presiden

berkuasa dalam mempengerusikan undang-undang berkaitan dengan disiplin dan kursus

pembelajaran, malah setiap subjek memerlukan persetujuan dan kebenaran ahli badan

pentadbiran serta menjadi tumpuan kepada syarat kemasukan dan pelajar untuk mendapat

ijazah.

36
Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the
British Invasion. Hlm 288.
37
Ibid. Hlm 291.
38
Ibid. Hlm 292.

15
Pada 23 Ogos 1903, Akta Pensionados telah diperkenalkan 39 untuk menghantar

pelajar muda Filipina yang mendapat keputusan yang baik atau cemerlang dan mereka

akan dihantar ke Amerika Syarikat di bawah perbelanjaan kerajaan dan apabila mereka

kembali ke Filipina mereka akan dikenali sebagai Pensionados.40 Malah, untuk kumpulan

pertama pensionados, terdapat 100 orang rakyat Filipina yang telah dipilih daripada 20

000 orang yang memohon41 untuk belajar ke Amerika Syarikat. Jumlah wang yang

diperuntukkan sebanyak tujuh puluh dua ribu dollar Amerika telah digunakan untuk

tujuan pendidikan dan yang berkaitan dengannya bagi para pelajar Filipina di Amerika

Syarikat.42

Pendidikan bagi orang dewasa yang buta huruf telah bermula sejak pemerintahan

Sepanyol lagi dan disambung semasa zaman pendudukan Amerika Syarikat. Pada 1908,

kerajaan telah mengisytiharkan pengaruh pendidikan di bandar-bandar dan di kawasan

sempadan. Pada 1926, Amerika Syarikat telah cuba melancar kempen celik huruf bagi

mengurangkan masalah buta huruf di kalangan orang ramai. 43 Frank C. Laubach,

mubaligh Protestant Amerika Syarikat dan seorang penulis yang popular dengan

pendidikan orang dewasa di kalangan orang Moro di Lanao dan beliau telah mencipta

satu kaedah praktikal untuk mengajar orang dewasa yang buta huruf.

Golongan orang Moro dan Pagan telah mendapat peluang pendidikan yang sama

seperti yang ditawarkan oleh orang Kristian kerana mereka mendapat pendidikan bagi

orang bukan Kristian Filipina. Pada awal tahun 1901, sekolah-sekolah telah dibuka untuk

39
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events That Shaped The Philippines. Hlm 268.
40
Paul A. Rodell. 2002. Culture and Custom of The Phillippines. Hlm 201
41
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events That Shaped The Philippines. Hlm 268
42
Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the
British Invasion. Hlm 290.
43
Gregorio F. Zaide. 1957. Philippine Political and Cultural History. Volume II; The Philippines Since the
British Invasion. Hlm 289.

16
Igorots di wilayah pergunungan, sekolah lain turut dibina di kawasan orang ‘pagans’ dan

di Moroland (Mindanao dan Sulu) dengan sokongan daripada yayasan kerajaan. Sekolah

yang ditubuhkan ini lebih menekankan kepada latihan vokasional dan kesihatan. Malah,

beberapa pelajar yang pandai juga akan di hantar oleh kerajaan sebagai pensionados

untuk meneruskan pengajaran yang tertinggi di kolej dan universiti di Manila. Misalnya

salah seorang daripada mereka iaitu Puteri Tarhata yang telah dihantar ke Amerika

Syarikat sebagai pensionados untuk menyambungkan pelajarannya di kolej.

Kemajuan sistem pendidikan di bawah pemerintahan Amerika Syarikat telah

menjadi satu fenomena baru di Filipina. Penubuhan beberapa sekolah awam dan

persendirian mengalami peningkatan yang amat mendadak. Misalnya, pada akhir

pemerintahan rejim Amerika Syarikat di Filipina pada 1935, terdapat 7330 sekolah awam

dibina, dengan bilangan guru seramai 27, 855 orang menjadikan jumlah yang mendaftar

masuk secara keseluruhannya sebanyak 1 229 242 dan pada masa yang sama 400 buah

institusi persendirian telah diiktiraf oleh kerajaan.44 Secara keseluruhannya, sistem

pendidikan Amerika telah mengajar orang ramai untuk menghargai kebebasan dan oleh

sebab itu telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat Filipina. Ternyata

usaha rejim kolonial Amerika ini dalam bidang pendidikan telah melahirkan ketaatsetiaan

golongan nasionalis Filipina kepada Amerika.

Semasa penjajahan Amerika Syarikat di Filipina, bahasa Inggeris telah diajar

kepada orang Filipina. Kanak-kanak Filipina diajar bahasa Inggeris oleh guru-guru yang

didatangkan dari Amerika Syarikat. Dalam menentukan kewajaran penggunaan bahasa

Inggeris dalam sistem pendidikan Filipina, Amerika Syarikat memutuskan bahawa adalah

lebih mudah penduduk Filipina mempelajari bahasa Inggeris berbanding guru-guru


44
Ibid. Hlm 292.

17
Amerika mempelajari bahasa tempatan dan oleh itu bahasa Inggeris patut digunakan

sebagai medium komunikasi. Tujuan Amerika Syarikat memperkenalkan pengajaran

bahasa Inggeris di sekolah ialah menukarkan masyarakat Filipina kepada masyarakat

Amerika dengan matlamat mengukuhkan kesetiaan masyarakat Filipina terhadap

kedaulatan Amerika Syarikat dan menanamkan idea-idea peradaban Barat ke atas

masyarakat Filipina. Pengajaran bahasa Inggeris ke atas masyarakat Filipina juga

dilakukan Amerika Syarikat untuk menghapuskan pengaruh penjajahan Sepanyol yang

telah berakar umbi dalam masyarakat Filipina. Oleh itu, dalam pengajaran bahasa

Inggeris, buku-buku teks Sepanyol telah digantikan dengan buku-buku teks Amerika

Syarikat. Guru-guru yang mengajar murid-murid Filipina turut digantikan dengan guru-

guru Amerika Syarikat.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang digunakan dalam sistem

pendidikan di Filipina digabungkan dengan patriotisme untuk melemahkan pengaruh

kebudayaan Sepanyol dalam masyarakat Filipina. Guru-guru juga turut menyertai

pemimpin-pemimpin Filipina dalam menyebarkan doktrin kewarganegaraan dan

patriotisme Filipina. Potret Aguinaldo dan pejuang-pejuang kebangsaan yang lain

digantung di dinding sekolah, kehidupan pejuang-pejuang kebangsaan dikaitkan dalam

buku-buku sekolah dan lagu kebangsaan Filipina dinyanyikan setiap hari di sekolah.

Penggunaan bahasa Inggeris di sekolah mempunyai kelebihan politik dalam

menghapuskan pengaruh Sepanyol yang kuat dalam pendidikan serta mempunyai

kelebihan ekonomi dalam menyediakan penutur bahasa Inggeris jawatan rendah dalam

bidang pentadbiran dan perdagangan. Pengajaran bahasa Inggeris bertujuan menarik

orang Filipina untuk bersekolah dengan satu tujuan sahaja iaitu mendapat pekerjaan.

18
4.4 Peranan Media Cetak

Bidang kesusasteraan sememangnya menjadi pencetus utama kepada gerakan

nasionalisme di Filipina. Hal ini kerana Jose Rizal telah mula melibatkan diri dalam

bidang kesusasteraan sejak Sepanyol menjajah Filipina. Penulisan beliau telah membuka

minda masyarakat dan membawa satu ideologi baru dalam menentang penjajahan. Novel

popular karya Jose Rizal termasuklah “ Noli Me Tangere ” atau dalam bahasa

Inggerisnya Touch Me Not. Semasa pemerintahan Amerika Syarikat, bidang

kesusasteraan menjadi lebih luas kerana wujudnya ramai cendikiawan Filipina yang

mempamerkan semangat gerakan nasionalisme melalui penulisan. Contohnya Claro M.

Recto. Walau bagaimanapun penulisan ini dihasilkan dalam bahasa Sepanyol disebabkan

pengaruh Sepanyol yang sebati dalam diri masyarakat Filipina.

Peringkat awal penerbitan akhbar dan majalah pula adalah dalam bahasa

Sepanyol. Contohnya “El Renacimiento” (Renaissance), “La Democracy”( The

Democracy). Peranan akhbar sangat penting dalam menyebarkan dakyah dan fahaman

dalam kalangan masyarakat. Penulisan ini mempengaruhi pembaca untuk menentang

imperialisme barat dan seterusnya pendudukan Jepun. Penerbitan ini jelas membuktikan

adanya pergerakan untuk menentang penjajah dan memupuk semangat cintakan negara

dalam kalangan masyarakat. Penulisan kesusasteraan juga menggunakan bahasa Inggeris

sebelum era Perang Dunia ke-2 hingga selepas Filipina mencapai kemerdekaan 45.

Jelasnya, penggunaan akhbar dan kesusasteraan amat penting dalam membangkitkan

semangat nasionalisme.

45
Ibid..hlm.65

19
4.5 Peranan Media Massa

Media massa seperti televisyen, radio, filem dan teater turut mencetuskan gerakan

nasionalisme. Siaran radio menjadi penghubung dan penyebar maklumat ketika zaman

imperialisme. Radio diperkenalkan di Filipina pada 1920-an tetapi tidak semua penduduk

mendapat liputan kerana siarannya hanya terdapat di beberapa bandar seperti Manila dan

Cebu.46 Tambahan pula, semasa Jepun menjajah Filipina, Jepun telah mengharamkan dan

merampas radio milik masyarakat di setiap jajahan mereka bagi menyekat fahaman dan

semangat nasionalisme. Terdapat segelintir pejuang Filipina yang menghasilkan filem

berunsurkan simpati dan revolusi terhadap Filipina tetapi tindakan mereka dikecam

kerana mempunyai masalah dengan tentera Amerika yang memerintah ketika itu. 47 Filem

digunakan sebagai wahana dalam menyampaikan fahaman dan situasi sebenar

masyarakat Filipina untuk menentang penjajahan. Namun demikian, terdapat juga

masyarakat Filipina yang bekerja untuk menyiapkan filem mengenai propaganda Pro-

Jepun.48 Media massa dan media cetak turut mencetuskan gerakan nasionalisme di

Filipina.

5.0 Faktor-faktor terjadinya Gerakan anti-Jepun di Filipina

46
Ibid. hlm.165
47
Ibid. hlm.157
48
Ibid. hlm.158

20
Semasa Perang Dunia Kedua, Filipina telah dijajah oleh Jepun. Serangan Jepun ke

atas Filipina bermula pada 8 Disember 1941, 10 jam selepas serangan Pearl Harbour. 49

Tentera Filipina dan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Jeneral Douglas McAthur

telah dikalahkan oleh tentera Jepun di Semenanjung Bataan pada 9 April 1942 dan

Corregidor pada 6 Mei 1942.50 Pemerintahan Jepun di Filipina berlangsung selama tiga

tahun sehinggalah ketibaan tentera Amerika Syarikat pada 20 Oktober 1944. 51 Tidak

seperti negara lain di Asia Tenggara, pemimpin-pemimpin Filipina tidak bekerjasama

dengan Jepun dan kekal menyokong Amerika Syarikat. Pemerintahan Jepun di Filipina

telah ditentang oleh penduduk Filipina melalui perang gerila. Gerakan anti-Jepun yang

berlaku di Filipina merupakan gerakan penentangan yang paling tegar. Penduduk Filipina

menentang penjajahan Jepun di negara mereka disebabkan faktor kekejaman Jepun

sendiri serta janji kemerdekaan oleh Amerika Syarikat pada 1946.

5.1 Perjalanan Maut Bataan

Perjalanan Maut Bataan atau Bataan Death March merupakan jenayah perang

Jepun terhadap tahanan perang Amerika Syarikat dan Filipina semasa Perang Dunia

Kedua. Kekejaman Jepun ini merupakan faktor utama penggerak kepada gerakan anti-

49
José S. Arcilla, S. J. 1994. An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo de Manila University Press.
Hlm. 119.
50
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Hlm. 338.
51
History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Philippines

21
Jepun di Filipina. Selepas kekalahan tentera Amerika Syarikat dan Filipina di Bataan

pada 9 April 1942, seramai 72,000 tentera Amerika Syarikat-Filipina di bawah pimpinan

Mejar Jeneral Edward P. King telah menjadi tahanan perang Jepun. 52 Tahanan perang ini

telah dipaksa berjalan sejauh 104 kilometer selama 12 hari dari Semenanjung Bataan ke

kem tahanan di San Fernando, Pampanga.53 Dalam perjalanan maut ke kem tahanan,

Jepun telah mendera dan membunuh tahanan perang sehingga mengakibatkan kadar

kematian yang sangat tinggi. Jepun turut menyeksa tahanan perang dengan tidak memberi

makanan dan minuman sepanjang perjalanan serta memaksa tawanan yang lemah untuk

berjalan dalam kedaan cuaca panas terik. Tahanan perang yang terlalu lemah dan sakit

untuk berjalan dibunuh oleh tentera Jepun. Banyak tahanan perang yang kekurangan zat

makanan dan sakit maut dalam perjalanan tersebut.

Bagi tahanan perang yang terselamat dalam Perjalanan Maut Bataan, mereka

dihantar ke Capas, Tarlac. Dari Capas, tahanan perang terpaksa berjalan sejauh lapan

hingga 10 kilometer untuk sampai ke Kem O’Donnell. Kira-kira 5,000-10,000 orang

Filipina dan 600-650 tahanan perang Amerika Syarikat maut sebelum sampai ke Kem

O’Donnell.54 Pada penghujung Perang Dunia Kedua, daripada 72,000 tentera yang

menjadi tahanan perang hanya 7,500 sahaja yang selamat dan daripada 12,000 tentera

Amerika Syarikat hanya 1,500 yang kembali ke Amerika Syarikat. 55 Jumlah tepat

kematian sukar ditentukan namun sesetengah sejarahwan meletakkan jumlah kematian

minimum antara 6,000-11,000 orang.56 Peristiwa Perjalanan Maut Bataan ini

52
Peter Li (Ed.). 2003. Japanese War Crimes: The Search for Justice. New Brunswick, New Jersey: Transaction
Publishers. Hlm. 81.
53
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Hlm. 338.
54
Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March
55
Peter Li (Ed.). 2003. Japanese War Crimes: The Search for Justice. Hlm. 81.
56
Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March

22
mencetuskan kebencian mendalam penduduk Filipina terhadap Jepun kerana Jepun

melayan tahanan perang dengan cara yang sangat kejam. Perlu diketahui bahawa

majoriti tentera yang menjadi tawanan perang Jepun merupakan orang Filipina seramai

67,000 orang.57 Kebencian terhadap Jepun mencetuskan pemberontakan penduduk

Filipina yang kemudiannya menentang Jepun melalui perang gerila.

5.2 Dasar penjepunan

Apabila Jepun menjajah Filipina, Jepun bertindak menghapuskan kebudayaan

Filipina dengan melaksanakan dasar penjepunan atau niponisasi. Ketika menjajah

Filipina, Jepun telah mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Amerika

Syarikat. Jepun bertindak menutup semua sekolah dan kolej sehingga mereka mampu

menyediakan kurikulum dan buku teks dan menghapuskan perkara-perkara yang tidak

bersesuaian dengan tujuan mereka.58 Jepun kemudiannya membuka semula sekolah-

sekolah secara berperingkat pada pertengahan 1942. Jepun juga telah mengharamkan

penggunaan bahasa Inggeris di Filipina.59 Semasa pemerintahan Amerika Syarikat,

bahasa Inggeris telah diperkenalkan sebagai lingua franca di Filipina. Walaupun

realitinya bahasa Inggeris bukanlah bahasa Filipina tetapi bahasa asing (bahasa rasmi

Amerika Syarikat), namun orang Filipina menerima baik pengenalan bahasa Inggeris

oleh Amerika Syarikat dan menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa Filipina. Bahasa

Inggeris telah menyatukan orang Filipina dan mewujudkan identiti bahasa kebangsaan

57
Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March
58
Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 285.
59
Teodoro A. Agoncillo.1965. The Fateful Years: Japan’s Adventure in the Philippines, 1941-45. Quezon City:
University of the Philippines Press. Hlm. 30.

23
selain bahasa Tagalog. Jepun telah mengisytiharkan bahasa Jepun dan Tagalog sebagai

bahasa rasmi Filipina untuk masa depan. 60 Bahasa Tagalog dimasukkan sebagai bahasa

rasmi Filipina oleh Jepun untuk menaikkan semangat nasionalisme orang Filipina.61

Majoriti orang Filipina melihat polisi Jepun memajukan dan memperkayakan

Tagalog sebagai medium komunikasi dalam kalangan orang Filipina sebagai satu alasan

untuk menghapuskan bahasa Inggeris dan menggantikannya dengan bahasa Jepun.62

Sikap curiga timbul terhadap Jepun bahawa orang Jepun menggunakan bahasa Tagalog

sebagai alat untuk mempopularkan dan mempengaruhi orang Filipina untuk menerima

tujuan mereka. Seperti di Indonesia dan Malaya, Jepun berusaha sedaya upaya

menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa pertuturan di Filipina. ‘Prinsip Asas

Pendidikan’ yang diperkenalkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun pada 17 Februari 1942

bertujuan menjadikan orang Filipina faham kedudukan dan tanggungjawab mereka

sebagai ahli Asia Timur Raya, menghapuskan semua pengaruh Barat dan menggalakkan

budaya Filipina yang baru berdasarkan kesedaran bahawa mereka merupakan bangsa

Asia yang melawan ‘materialisme’ Barat, menggalakkan penyebaran bahasa Jepun,

menekankan pendidikan vokasional dan secara umumnya memberi inspirasi kepada

penduduk Filipina bekerja untuk Order Baru.63 Dasar penjepunan tidak mendatangkan

manfaat dari aspek politik terhadap pemerintahan Jepun. Tindakan Jepun menghapuskan

kebudayaan Filipina dan menerapkan budaya Jepun dalam kehidupan masyarakat Filipina

hanya menambahkan lagi kebencian masyarakat Filipina terhadap Jepun.

5.3 Eksploitasi ekonomi


60
Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 286.
61
South East Asia: Colonial History, Volume IV.hlm. 286
62
Teodoro A. Agoncillo. 1965. The Fateful Years: Japan’s Adventure in the Philippines, 1941-45. Hlm. 30.
63
Paul H. Kratoska (Ed.) 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 286.

24
Penjajahan Jepun di Filipina menyaksikan negara Filipina ‘dirompak’ oleh Jepun.

Walau apapun yang didakwa oleh Jepun bahawa matlamat mereka ialah menubuhkan

kekuasaan di Asia Timur, pencerobohan Jepun ke atas Filipina ternyata merupakan satu

ekspedisi rompakan. Tentera Jepun misalnya datang ke kedai di Filipina meminta

ditunjukkan barang-barang seperti kamera, jam tangan dan barangan lain dan kemudian

tentera Jepun biasanya mengambil barangan tersebut tanpa membayarnya. 64 Walaupun

adakalanya tentera Jepun membayar barangan yang diambil namun peniaga tetap

mengalami kerugian kerana barangan yang diambil dibayar menggunakan mata wang

“Mickey Mouse” Jepun. Mata wang Jepun tidak bernilai dan tidak dapat membeli apa-

apa barangan.65 Tindakan tentera Jepun yang mengambil barangan tanpa membayarnya

ataupun dibayar menggunakan mata wang Jepun amat merugikan penduduk Filipina dari

segi ekonomi.

Premis perniagaan dan rumah orang Amerika dan British juga dirompak secara

sistematik dan kebanyakan harta benda dimusnahkan oleh tentera Jepun.66 Rekod-rekod

syarikat turut dibuang oleh tentera Jepun. Di rumah-rumah persendirian penduduk

Filipina, bukan sahaja radio, kamera dan peti sejuk diambil tetapi turut merangkumi katil,

kerusi dan pakaian. Akibat rasa lapar setelah berperang dengan gerakan penentangan

Filipina, tentera Jepun merompak makanan daripada penduduk tempatan 67 dan hal ini

mendatangkan kesusahan terhadap orang awam Filipina. Perpustakaan juga dirompak

oleh tentera Jepun terutamanya perpustakaan yang menyimpan buku mengenai undang-

undang dan koleksi negara Filipina.68 Kenderaan juga dirampas oleh tentera yang tidak
64
A.V.H. Hartendorp. 1967. The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Manila: Bookmark. Hlm.
191.
65
José S. Arcilla. 1994. An Introduction to Philippine History.. Hlm. 121.
66
A.V.H. Hartendorp. 1967. The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Hlm. 191.
67
José S. Arcilla. 1994. An Introduction to Philippine History. Hlm. 121.
68
A.V.H. Hartendorp. 1967. The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I. Hlm. 191.

25
tahu memandu; kerosakan infrastruktur berlaku di seluruh negara. Di samping, banyak

kilang dan kedai yang dirampas peralatan jentera.

5.4 Pendidikan di Filipina zaman pemerintahan Jepun.

Polisi pendidikan Jepun bukan bertujuan untuk mendidik tetapi untuk menjadi

rakyat maharaja Jepun. Sama seperti negara Asia Tenggara lain yang dijajah oleh Jepun

yang melaksanakan dasar pendidikan mengikut sistem pendidikan seperti di Jepun. Polisi

pendidikan Jepun yang menggunakan dasar penjepunan adalah menekankan penggunaan

bahasa Jepun sebagai bahasa pertuturan (Nippon-go) dalam masyarakat Filipina,

menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo sebagai menghormati negara Jepun

serta rakyat Filipina diwajibkan tunduk ke arah matahari sebagai menghormati maharaja

Jepun. Tindakan ini menyebabkan rakyat Filipina tidak menyokong dan menentang Jepun

malah lebih suka berada di bawah rejim Amerika kerana dasar liberal dan pemodenan

yang diperkenalkan oleh Amerika.

6.0 Janji kemerdekaan Amerika Syarikat

Sebelum Jepun menyerang Filipina, Amerika Syarikat telah menjanjikan

kemerdekaan kepada Filipina melalui Undang-undang Tydings-McDuffie yang

diluluskan pada 1934. Filipina akan diberi kemerdekaan pada 4 Julai 1946. 69 Dalam

tempoh sebelum kemerdekaan, Filipina merupakan wilayah Amerika Syarikat

(Komanwel). Masyarakat Filipina menikmati kestabilan politik dan pertumbuhan


69
Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 280.

26
ekonomi sewaktu pemerintahan Amerika Syarikat sehingga meletusnya Perang Dunia

Kedua. Apabila Jepun menyerang pada 1941, kestabilan politik di bawah pemerintahan

Amerika Syarikat telah hilang kesan daripada huru-hara akibat peperangan. 70 Kedatangan

Jepun ke Filipina dilihat oleh masyarakat Filipina sebagai satu penjajahan dan bukannya

sebagai pembebas seperti yang didakwa oleh Jepun. Walaupun Jepun melaung-laungkan

slogan Lingkungan Kesemakmuran Besar Asia Timur Raya namun realitinya Jepun

merupakan kuasa penjajah malahan lebih kejam daripada Amerika Syarikat. Slogan

Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya hanyalah gimik politik Jepun untuk

menarik sokongan masyarakat Filipina. Walau bagaimanapun, penduduk Filipina tidak

tertarik dengan slogan Jepun. Propaganda Pan-Asia Jepun tidak berjaya menarik

sokongan masyarakat Filipina.71 Kekejaman tentera Jepun yang memerintah Filipina

menambahkan lagi rasa benci masyarakat Filipina terhadap Jepun dan menguatkan

sokongan mereka terhadap Amerika Syarikat.

Penduduk Filipina yang telah dijanjikan kemerdekaan penuh oleh Amerika

Syarikat pada 1946 tidak percaya dengan keikhlasan Jepun memberi kemerdekaan

kepada negara mereka. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, Jepun telah

menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai Preparatory Commission for

Philippine Independence (PCPI) bagi merangka perlembagaan baru Filipina. 72 Jepun

telah memberi kemerdekaan kepada Filipina pada 14 Oktober 1943. 73 Presiden pertama

Filipina ialah Jose P. Laurel. Republik Filipina yang dibentuk oleh Jepun ternyata tidak

popular dan tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Filipina.74 Seperti di


70
Peter Lyon. 1969. War and Peace in Southeast Asia. London: Oxford University Press. Hlm. 40.
71
Paul H. Kratoska (Ed.). 2001. South East Asia: Colonial History, Volume IV. Hlm. 281.
72
Jose S. Arcilla. 1994. An Introduction to Philippine History. Hlm. 121.
73
Ibid.
74
Japanese Occupation of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_occupation_of_the_Philippines

27
Myanmar dan Indonesia, kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun hanyalah pada nama

sahaja kerana Jepun masih lagi menjajah Filipina. Kekejaman Jepun masih lagi

berterusan di Filipina. Sikap kepura-puraan Jepun ini membangkitkan rasa tidak puas hati

yang mendorong kepada penentangan penduduk Filipina terhadap Jepun.

7.0 Penutup

Banyak pembaharuan yang dibawa oleh Amerika Syarikat telah membuka

peluang kepada masyarakat Filipina untuk mencapai kejayaan. Pelbagai kemudahan

dalam berbagai-bagai bidang diperkenalkan kepada masyarakat di Filipina sehingga

mereka boleh mengenal erti kesenangan. Sebelum kedatangan kuasa Amerika Syarikat

masyarakat Filipina tidak didedahkan kepada arus permodenan tetapi setelah kedatangan

Amerika Syarikat banyak yang dapat dipelajari oleh masyarakat setempat. Walaupun

Amerika Syarikat mendapat banyak keuntungan daripada negara Filipina namun mereka

mendapat lebih sokongan berbanding kuasa Jepun yang datang selepas itu. Hal ini

berlaku kerana masyarakat Filipina telah didedahkan dengan sedikit kesenangan

walaupun pada hakikatnya mereka berada di dalam kesengsaraan di bawah cengkaman

penjajah.

Setelah sekian lama dijajah, Filipina akhirnya mendapat kesedaran dan semangat

nasionalisme yang semakin bercambah dalam diri masyarakatnya. Daya-daya perubahan

sosial yang berlaku secara senyap-senyap ini menerusi generasi yang baharu yang

mempunyai nilai-nilai yang baharu dan kemahiran-kemahiran yang baharu diharapkan

pada suatu masa kelak membawa generasi baharu ini memegang teraju kepimpinan

28
politik.75 Kebangkitan pertubuhan berperanan penting dalam menyedarkan masyarakat

bahawa mereka mampu menjalankan pentadbiran di negara mereka sendiri.

Jalan untuk bertolak ansur dan berdamai menemui jalan buntu dan memaksa

pihak reformis memilih untuk mengelak daripada bangsa terus berada di bawah

cengkaman penjajah. Penilaian ini adalah penting kerana ia melibatkan cara pemikiran

orang Filipina dalam menyelesaikan masalah-masalah politik, serta menyanjungi dan

memahami pandangan atau perubahan yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Walau

bagaimanapun, orang Filipina tidak dapat menerima perubahan kejam yang dibawa oleh

Jepun. Banyak kebaikan dan keburukan yang dibawa oleh penjajah sehingga membawa

kepada usaha penduduk untuk lari daripada telunjuk penjajah. Masyarakat Filipina telah

melancarkan gerakan nasionalisme yang amat setia kepada rejim kolonial Amerika

Syarikat tetapi mereka bersikap anti-Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua.

Bibliografi

Agoncillo, Teodoro A. (1965). The Fateful Years: Japan’s Adventure in the Philippines,

1941-45. Quezon City: University of the Philippines Press.

Arcilla, José S. (1994). An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo de Manila

University Press.

Asico, Mary-Ann (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National

Centennial Commision.
75
Onofre D. Corpuz. 1982. Filipina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 20.

29
Gregorio F. Zaide. (1957). Philippine Political and Cultural History. Volume II; The

Philippines Since the British Invasion. Manila: Philippine Education Company.

Hartendorp, A.V.H. (1967). The Japanese Occupation of the Philippines, Volume I.

Manila: Bookmark.

Kratoska, Paul H. (Ed.). (2001). South East Asia: Colonial History, Volume IV. London:

Routledge.

J. S. Furnivall (1974). Experiment in Independence: The Philippines. Manila: Solidaridad

Publishing House.

Li, Peter (Ed.). (2003). Japanese War Crimes: The Search for Justice. New Brunswick,

New Jersey: Transaction Publishers.

Lyon, Peter (1969). War and Peace in Southeast Asia. London: Oxford University Press.

Manuel A. Caoili (1999). The Origins of Metropolitan Manila A Political and Sosial

Analysis. Quezon City: University Of The Philippines Press.

Mary-Ann Asico (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National

Centennial Commision.

Onofre D. Corpus. (1982). Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paul H. Kratoska (editor). (2001). South East Asia Colonial History. New York &

London: Routledge.

Paul Rodell (2002). Culture and Customs of The Philippines . London: Greenwood Press

Robert Aura Smith. (1958). Philippine Freedom 1946-1958, New York: Columbia

University Press.

Tate, D.J.M. (1980). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Penerbit Fajar Bakti.

Wan Abdul Rahman Latif (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.

30
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet

Bataan Death March (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Bataan_Death_March

History of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Philippines

Japanese occupation of the Philippines (2009). Diperoleh pada Julai 9, 2009 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_occupation_of_the_Philippines

31

You might also like