You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT HEM

UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU
TAHUN 2011

TARIKH : 27hb JANUARI 2011


HARI : JUMAAT
MASA : 3:00 PETANG
TEMPAT : BILIK GURU

KEHADIRAN : /
SEMUA AJK UNIT DAN AJK PIBG KECUALI:
i) PN. JUNAIDAH BT ISMAIL

AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi (Pn. Salina bt Masukidar)
1.1 Dimulakan dengan bacaan Ummul-Kitab Al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kehadiran dan kerjasama yang
diberikan.
1.3 Memaklumkan tentang penghantaran senarai nama murid SK Kampong Baharu
yang menerima bantuan KWAPM dan RMT bagi tahun 2011 ke PPD.
Pengerusi memaklumkan murid yang layak dipertimbangkan untuk menerima
mestilah mempunyai pendapatan keluarga sekurang-kurangya < RM720 dan
perkapita bagi bantuan KWAPM manakala < RM400 dan perkapita RM80 bagi
bantuan RMT.

2. Ucapan Penasihat (Tn. Hj. Khalillullah bin Hj. Nawawi)


2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG yang
terlibat kerana sudi hadir dan meluangkan masa bersama-sama untuk membuat
pemilihan bantuan ini.
2.2 Penasihat memaklumkan bahawa pemilihan kali ini adalah dengan persetujuan
ramai yang menggabungkan pendapat dari pihak guru-guru, wakil PIBG, HEM
dan pentadbir sekolah.

3. Pembentangan Mesyuarat (Pn. Salina bt Masukidar)


3.1 Pn. Salina membacakan senarai nama murid yang perlu di pertimbangkan
untuk menerima bantuan KWAPM dan RMT.

3.1 Pemilihan Bantuan KWAPM 2011


3.1.1 Senarai nama yang dikemukakan disemak dan dibincangkan oleh ahli
mesyuarat.
3.1.2 Memaklumkan jumlah murid yang layak menerima bantuan KWAPM
ialah seramai 50 orang termasuk yang layak mendapat E-Kasih.

3.2 Pemilihan RMT 2011


3.2.1 Senarai nama yang dikemukakan disemak dan dibincangkan oleh ahli
mesyuarat.
3.2.2 Memaklumkan jumlah murid yang layak menerima bantuan RMT ialah
seramai 47 orang termasuk yang layak mendapat E-Kasih.
Tindakan: Semua ahli mesyuarat
4. Hal-hal lain
4.1 Tn. Hj. Khalillullah memaklumkan tentang kelas tambahan murid tahun 5 dan
6 yang akan diakan dalam cuti perayaan Tahun Baru Cina ini akan bermula.
Beliau mengharapkan ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan
menggalakkan anak-anak mereka untuk datang ke sekolah mengikut jadual
yang telah diedarkan.
4.2 Pn. Salina memaklumkan tender kantin sekarang berakhir pada tahun ini dan
untuk memohon tender kantin tahun depan mestilah bukan terdiri dari AJK
PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NOR AMALINA BINTI MUSA) (SALINA BINTI MASUKIDAR)


Penyelaras, Pengerusi.
Unit Bantuan dan Kebajikan, Organisasi Hal Ehwal Murid,
Hal Ehwal Murid, SK Kampong Baharu,
SK Kampong Baharu, 45200 Sabak Bernam, Selangor.
45200 Sabak Bernam, Selangor.

You might also like