You are on page 1of 1

Assalamualaikum wbt,

 
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah pemilik alam semesta ini dan selawat dan
salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.
 
Saya panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk mengikuti
Mesyuarat Agung (AGM) MAM kali pertama, yang dijadualkan pada 17 Feb 2011 ini.
Mudah-mudahan segala usaha yang kitab rancang mendapat perkenan dan keberkatan di
sisi Allah SWT.

Dato’/Datin, Tuan/Puan, Seluruh Ahli Kariah Bandar Sri Damansara, para pecinta masjid
sekalian,
 
 
Bagi pihak Jawatankuasa MAM, saya memohon maaf kerana kita agak terlambat sedikit
mengadakan AGM ini, atas ketidaksempatan waktu dan kesibukan pihak masjid
mengendalikan bermacam-macam aktiviti. Sepatutnya AGM ini hendaklah dibuat pada Julai
tahun lalu, tetapi memandangkan surat arahan daripada JAIS dikeluarkan bulan September
2010, masjid pada ketika itu agak kesibukan dengan sambutan ramadhan, aidilfitri, disusuli
pula dengan sambutan idul adha, maal hijrah dan sebagainya. Jadi kita terpaksa mencari
masa yang sesuai, yang mana turut mengambil-kira kelapangan waktu ahli-ahli
jawatankuasa yang masing-masing sibuk dengan urusan di pejabat, urusan di luar Negara,
perniagaan dan sebagainya. Setelah ditangguh-tangguh, saya kira ini lah masa yang paling
sesuai untuk kita sama-sama berhimpun untuk bermuhasabah dan berkongsi idea dan
pendapat, pada malam jumaat yang berkat ini oleh kerana ramai jamaah yang hadir.
 
Selaku Nazir, saya bertanggungjawab di atas perjalanan masjid kita, setakat ini
alhamdulillah dapat berjalan baik dengan pelbagai program, insyaAllah saya
mengharapkan ahli kariah dapat memberi idea yang lebih menarik bagi melaksanakan
konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita haruslah mempunyai
pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan
Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah.
Berkenaan aktivi-aktiviti masjid kita boleh dapatkan melalui website
masjidalmukarramah@org. Dalam kesempatan ini juga saya merakamkan jutaan terima
kasih kepada ahli kariah kerana banyak membantu dari segi kewangan dan sebagainya.
 
Semoga perjalanan AGM MAM kita ini mendapat rahmat dan taufiq dari Allah swt.
 
 
Sekian,

SYEIKH AHMAD NAWAWI GHAZALI


Nazir MAM

You might also like