You are on page 1of 20

PERKEMBANGAN AWAL REMAJA

 AWAL REMAJA
Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor remaja
terjadi begitu pesat seperti berlakunya perubahan daripada segi
rangka tulang, struktur saiz tubuh, dinding pembuluh darah dan
Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh mengalami perubahan
yang ketara iaitu saiz dan berat semakin bertambah khasnya
selepas kedatangan haid yang pertama. Pada umumnya remaja
perempuan menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dan terdapat
pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan
dada. Bagi remaja perempuan saiz badan yang besar menjadi
masalah bagi dirinya. Kematangan seksual yang dialami oleh
remaja perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Anda
sudah menjadi semakin matang selepas kedatangan haid dan
mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki. Oleh itu anda cukup
risau apabila saiz badan terlalu gemuk kerana ini menyebabkan
anda dipandang rendah oleh remaja lelaki.
PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan
secara sedar atau tidak akan mengalami
perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan
emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat
tindakan hormon dalam badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja


adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan.
Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara
seorang individu dengan individu yang lain
PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA PEREMPUAN

 Buah dada ( payudara ) mula membesar.


 Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
 Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.

 Jerawat mula tumbuh.


 Mula didatangi haid.

 Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara


yang lebih matang.
TUMBESARAN BADAN
Selain daripada menjadi lebih tinggi , pinggul
dan paha akan menjadi besar.

PAYUDARA ( BUAH DADA)


Payudara akan semakin membesar .Jangan
bimbang jika sebelah lebih besar dari yang
satu lagi.Pada akhir baligh saiz kedua-duanya
akan lebih kurang sama.
PELUH DAN BAU BADAN
Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula
berfungsi pada masa ini dan akan
menyebabkan perpeluhan yang akan
mendatangkan bau badan.

JERAWAT DAN RAMBUT BERMINYAK


Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan
perlu dibasuh dengan lebih kerap lagi.
BULU BADAN
Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu
kawasan V dimana kaki anda akan
bersambung dengan badan. Bulu juga akan
tumbuh pada ketiak dan kaki.
KEPUTIHAN
Cecair jernih dan keputihan akan mula mengalir
dari kemaluan anda.Ia akan meninggalkan
sedikit kesan pada seluar dalam.
MENSTRUASI ( HAID)

Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan


berfungsi dengan baik. Apabila haid berlaku,
anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Ia
merupakan sebahagian hidup setiap wanita.
TANDA AWAL MENSTRUASI
i.kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang.
ii.Tidak lama selepas pertumbuhan bulu pubik.
iii.Selepas anda mengesan keputihan
iv.Sakit atau kekejangan bawah perut
v.Sakit pinggang
vi.Sakit di bahagian dalam paha
vii.Rasa malas dan letih
viii.Rasa sedih, cepat marah atau kekok.
xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @ tembam.
x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit

 Pusingan haid bermula hari pertama berlaku


antara 28 hingga 35 hari.
 Tempoh haid 3 hingga 6 hari
HAID SAYA YANG PERTAMA

• Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami


haid semasa berumur 8-16 tahun
• Purata umur seorang kanak-kanak perempuan
mengalami haid adalah pada umur 12 tahun
• Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan
telah matang
• Ia berlaku hasil daripada tindak balas hormon
yang berinteraksi dengan tubuh badan anda
SINDROM PRA-MENSTRUASI (PMS)
• Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda
didatangi haid
• Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan
kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu
• Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit
pada payudara dan jerawat mula timbul
• Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan
berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi
haid
SENGGUGUT
• Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid
anda
• Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea
• Anda akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen
atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki
• Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat
tahan sakit seperti parasetamol
• Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan,
berjumpalah dengan doktor anda
HAID YANG TERLALU BANYAK
 Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
 Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak,
anda akan mengalami:
• Pendarahan yang berpanjangan
• Senggugut
• Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek
• Sila berjumpa doktor anda jika anda mengalami
haid yang terlalu banyak
TIDAK DATANG HAID

• Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun


pertama haid
• Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan
hormon yang menyebabkan kitaran haid yang
tidak teratur
• Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut
HAID YANG TIDAK TERATUR
 Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak
tetap:
• Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu
lewat
• Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan
hormon yang menjadi punca haid yang tidak
teratur
CARA MENGGUNAKAN PAD ( TUALA WANITA)
 Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad.

 Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada

seluar dalam – pakailah.

Cara Membuang Pad.


 Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau

plastik
 Masukkan ke dalam tong sampah.

 Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.


KEBERSIHAN PERIBADI
 Tuala wanita perlu ditukar selalu
 Basuh kemaluan menggunakan sabun dan air
 Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya
dua kali sehari.
PERLUKAN BANTUAN DENGAN HAID ANDA?

 Seandainya anda mengalami masalah, dapatkan


nasihat daripada:
• Ibu
• Doktor atau jururawat
• Guru
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like