You are on page 1of 1

Tema

Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, temanya ialah kegigihan dan kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi
cabaran-cabaran dalam hidupnya. Doktor Fikri dilahirkan sebagai budak balar, iaitu cacat dari segi kulit sehingga dia
kelihatan berbeza daripada budak-budak lain. Sehubungan dengan itu, dia sering dipandang hina dan diejek oleh pelajar
lain. Bagaimanapun, Doktor Fikri tidak pernah berputus asa dan sentiasa tabah untuk menghadapi cabaran-cabaran di
sekolah, contohnya dia pandai menyesuaikan diri di sekolah baru dan sabar menghadapi tuduhan mencuri serta lain-lain
lagi. Atas kasih sayang dan bimbingan ibu bapa, iaitu Cikgu Saiful dan Puan Halipah, Doktor Fikri reda atas takdir tuhan
sebagai anak balar tetapi sanggup berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya seperti sentiasa berjimat
cermat, rajin membaca, mempraktikkan ilmu dalam pelajaran misalnya menanam sayur-sayuran dan berniaga. Novel ini
membuktikan bahawa kelemahan fizikal seseorang bukan halangan untuk seseorang menuju ke arah kejayaan.

Persoalan

a. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak . Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah sentiasa mencurahkan kasih
sayang terhadap anak tunggal mereka. Walaupun Doktor Fikri merupakan anak balar, mereka sentiasa
membimbing anak mereka supaya tidak bersikap pesimis dan sabar menghadapi pandangan negatif orang lain.
Cikgu Saiful turut membantu anaknya Doktor Fikri mengutip tahi lembu untuk menanam sayur-sayuran.
b. Keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka. Contoh setiap petang Puan Halipah akan memeriksa
latihan Doktor Fikri dan menanyakan keadaannya di sekolah. Puan Halipah dan Cikgu Saiful sentiasa menemani
anak membaca dan memupuk anak mereka supaya mempunyai tabiat membaca.
c. Ketabahan dalam menerima takdir Tuhan. Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah tabah menerima takdir
Tuhan apabila anak mereka mempunyai kecacatan dari segi kulit, iaitu balar. Walaupun pada permulaannya
Cikgu Saiful enggan menerima bayi balar sebagai anaknya, atas nasihat doktor, dia sedar dan menerima
anugerah Tuhan. Dia dan isteri memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak mereka.
d. Setia kawan dalam kalangan rakan. Contohnya Josy merupakan rakan yang setia kawan. Dialah sahaja yang
mempercayai Doktor Fikri ketika Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Ketika semua rakan telah memulaukan
Doktor Fikri yang mencuri buku-buku dan barang-barang pelajar lain, Josy tetap berbual-bual dan
menasihatinya .
e. Kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi kehidupan. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa tabah
menghadapi kelemahan fizikalnya dan berusaha gigih untuk membuktikan kebolehannya dalam pelbagai segi,
seperti rajin membaca dan menyertai acara lumba lari 1500 meter dalam hari sukan di sekolah.
f. Tanggungjawab pihak sekolah untuk menangani kegiatan salah laku dalam kalangan pelajar. Contohnya guru
disiplin bertindak tegas terhadap kelewatan pelajar, peras ugut, gengsterisme, kecurian dan lain-lain. Pengetua
sanggup merotan pelajar yang melakukan peras ugut secara terbuka untuk menegaskan disiplin sekolah.
g. Kemuliaan hati seorang remaja. Contohnya Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan sanggup meminta ayahnya
menjamin Narius yang sentiasa menganiayainya seperti memeras ugut, mencuri basikalnya malah
menganiayainya sebagai pencuri. Dia membantu Narius dengan hati yang ikhlas dan sanggup berkawan dengan
mereka yang menganiayainya.
h. Sikap berdikari seorang remaja. Contohnya Doktor Fikri tidak bergantung pada ibu bapanya untuk membeli
basikal baru. Dia telah mengeluarkan wang simpanannya untuk membeli basikal baru. Sebaliknya wang
simpanan adalah daripada perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumahnya.

You might also like