You are on page 1of 7

FALSAFAH

DAN
LOGIKAL MELAYU
( JXEA 1104 )

TOKOH FALSAFAH : AL-GHAZALI

SESI : 2008/2009

SEMESTER : 1

NAMA :MOHD LOKHMAN BIN MOHAMAD


NO.MATRIK : JEA 080046
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM )
UNVERSITI : UNIVERSITI MALAYA.
Tokoh untuk kajian falsafah yang saya pilih ialah Imam al-Ghazali. Menurut

kajian yang diperolehi daripada beberapa sumber yang telah dijalankan, nama sebenar

bagi Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Imam al-

Ghazali dilahirkan di Tus, Parsi iaitu pada tahun 450 Hijrah. Beliau dikatakan sejak kecil

lagi telah menunjukkan kebolehan yang istimewa dan mempunyai kebolehan yang luar

biasa . Beliau juga telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau

juga merupakan seorang yang sangat arif dalam pelbagai bidang ilmu dan ilmu

pengetahuannya pula sangat mendalam. Dalam pada itu, Imam al-Ghazali juga dikatakan

seorang yang arif, produktif serta dinamik dalam menghasilkan sesebuah buku hasil

daripada nukilan pemikirannya sendiri.

Imam al-Ghazali juga sangat cinta akan ilmu pengetahuan dan disebabkan itu

beliau sanggup mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu daripada Ulama-

ulama yang sezaman dengannya. Selain daripada belajar ilmu dan mengkaji, Imam al-

Ghazali juga banyak menulis tentang pemikirannya. Menurut sumber yang saya perolehi,

dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai ilmu pengetahuan

seperti mantik, akhlak, tafsir, dan falsafah. Imam al-Ghazali juga banyak menulis ilmu-

ilmu tentang tasawuf dan akidah. Hasil daripada penulisan tersebut telah menjadikan

beliau seorang penghasil karya falsafah berteraskan akidah islam. Falsafah yang

dihasilkan oleh beliau lebih kepada mengkritik pemikiran seseorang yang tidak berfikir

berlandaskan hukum dan akidah islam. Falsafah Imam al-Ghazali lebih menekankan

kepada pemikiran yang mendalam serta luas tetapi tidak sesekali mensyirikkan Allah.

Sememangya Imam al-Ghazali banyak menulis tentang falsafah. Falsafah yang

ditulis oleh beliau lebih kepada mengkritik untuk tujuan baik dan berfaedah. Kritikan
Imam al-Ghazali banyak kepada mengkritik falsafah yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh

ilmuwan yang terkenal seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi. Kritikan dibuat berdasarkan

rasional pemikiran, keterbukaan fikiran dan rasa tangungjawab beliau untuk mengkritik

apabila selain, kebanyakkan penulis-penulis karya pada masa tersebut telah

menggolongkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang tidak suka kepada falsafah dan

tidak mementingkan ilmu yang terdapat dalam sesuatu falsafah. Terdapat juga

sebahagian penulis lain pada masa itu telah menggolongkan Imam al-Ghazali sebagai

seorang yang suka memerangi individu yang mengeluarkan falsafah dan bersikap anti-

falsafah Penulis lain menganggap beliau sedemikian rupa adalah kerana Imam al-Ghazali

teah banyak mengkritk, mengecam, mengata falsafah didalam hasil penulisan karyanya

yang bertajuk’Tahafut falsafah’.

Di dalam karya tersebut, Imam al-Ghazali banyak membicarakan tentang

kritikannya terhadap falsafah yang dikeluarkan penulis-penulis lain yang pada

pandangannya tidak baik dan tidak sesuai untuk dikeluarkan. Imam al-Ghazali mengkritk

karya falsafah orang lain berdasarkan ilmu dan pengetahuan luas yang dimilikinya

bukannya berdasarkan emosi dan nafsu beliau semata-mata. Didalam karya falsafah

tersebut juga, Imam al-Ghazali juga menjelaskan tentang tujuan beliau menyusun dan

menghasilkan karya tersebut adalah untuk menghancurkan falsafah yang telah dibuat

serta untuk menggugat kepercayaan dan keyakinan orang terhadap sesuatu falsafah yang

dikeluarkan. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa orang sarjana ilmu pada masa

itu tidak bersetuju terhadap pandangan dan kecaman yang mengatakan al-Ghazali

seorang anti-falsafah serta kebanyakkan sarjana tersebut sangat marah.


Dalam pada itu, biarpun tidak ada seorang pun yang dapat menafikan kecaman

Imam al-Ghazali terhadap falsafah seperti mana yang ditulis dan dihasilkan beliau dalam

karya ‘Tahafut Falsafah’ itu, akan tetapi perlu diingatkan di sini bahawa sikap curiga,

was-was, skeptis(ragu) dan kritikan Imam al-Ghazali terhadap sesuatu falsafah yang

dikeluarkan oleh orang lain merupakan punca serta sebahagian daripada proses ilmu

falsafah wujud dan terhasil. Perkara tersebut juga merupakan sebahagian daripada proses

ilmu falsafah itu sendiri. Sikap ragu-ragu dan curiga Imam al-Ghazali terhadap falsafah

yang dikeluarkan oleh orang lain telah membuatkan Imam al-Ghazali berasa terpanggil

untuk mengkritik falsafah tersebut yang dirasakannya perlu untuk dinilai dan

diperbetulkan kesalahannya.

Hasil daripada tindakan dan kritikan Imam al-Ghazali tersebut, ia telah

menghasilkan satu bahan karya yang sangat bernilai dan penting yang dipanggil sebagai

falsafah. Hal ini demikian kerana, tugas dan tanggungjawab seseorang ahli falsafah

bukan hanya semata-mata untuk mencari kebenaran dan cara penyelesaian kepada

permasalahan tersebut, akan tetapi menjadi tugas meraka juga untuk membangkang,

mencabar serta melawan cara penyelesaian yang dibangkitkan atau dikemukakan oleh

satu-satu pihak kepada permasalahan tersebut. Hal ini demikian kerana, tindakan

tersebut akan dapat menghasilkan cara atau kaedah penyelesaian yang lebih baik,

produktif, efektif dan menepati kehendak yang di cita-cita kan. Dalam pada itu, hasil

daripada cara atau kaedah penyelesaian tersebut akan menjadikan sesuatu masalah yang

timbul pada masa hadapan akan lebih untuk diselesaikan dan diatasi. Menurut falsafah

Imam al-ghazali, sesuatu masalah yang timbul pasti ada cara penyelesaiannya dan cara
penyelesaian tersebut hendaklah benar-benar sahih, benar dan menepati kehendak agama

dan tidak sesekali menduakan Allah apabila cara penyelesaian tersebut tidak berhasil.

dapat mengetahui bahawa beliau ialah seorang ilmuwan islam pertama yang mengetahui,

mengenal, dan mendalami ilmu falsafah. Beliau kemudiannya mengambil sikapnya yang

mengkritik sebagai satu cara dalam proses untuk menghasilkan falsafah. Dalam pada itu,

walaupun beliau bukanlah seorang yang meminati falsafah dan bukan ahli falasifah,

tetapi dalam bukunya yang bertajuk’Maqasid al Falasifah’, beliau telah mengemukakan

kaedah falsafah bagi menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan

dan fizikal.

Kaedah tersebut timbul daripada pemikiran yang suka mengkaji dan berdasarkan

kepada ilmu. Menurut beliau, falsafah boleh diceraikan kepada enam aspek ilmu

pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bagi Imam al-

Ghazali, bidang-bidang tersebut kadang kala selari dengan agama dan kadang kala sangat

berlawanan dengan agama. Namun Islam tidak menghalang umatnya daripada

mempelajari ilmu tersebut sekiranya ia mendatangkan manfaat. Selain itu, Imam al-

Ghazali juga menyatakan bahawa tidak salah berpegang kepada logik tetapi hendaklah

mempunyai fakta yang benar dan tidak terpesong pegangan akidah. Dalam pada itu,

terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut al-Ghazali bertentangan dengan

Islam iaitu qadimnya alam ini, tuhan tidak mengetahui perkara atau peristiwa kecil, dan

ingkar terhadap kebangkitan jasad. Imam al-Ghazali juga tidak menolak penggunaan

akal dalam perbicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan lain kerana

penyelidikan menggunakan fikiran boleh menguatkan keyakinan dan keimanan. Selain

itu, Imam al-Ghazali sangat benci kepada golongan falsafah Islam yang menggunakan
pemikiran daripada ahli falsafah Barat seperti Aristotle. Hal ini demikian kerana menurut

beliau, tindakan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu hampir kepada syirik kerana

ia pandangan ahli falsafah Barat bertentangan dengan ajaran Islam.

Kesimpulannya, Imam al-Ghazali ialah seorang ilmuwan Islam yang sangat agung

dari segi ketinggian ilmu pengetahuannya. Beliau sangat cinta akan ilmu

pengetahuannya sehingga sanggup merantau dan melakukan apa sahaja untuk

menambahkan ilmu pengetahuannya. Menurut al-Ghazali daripada satu sumber yang

saya perolehi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan

kepada kepuasan akal fikiran semata-mata untuk mengembangkannya, akan tetapi ia juga

perlu mengambil kira aspek perasaan jiwa dan hati nurani seseorang . Ilmu hendaklah

tidak terbatas tetapi ia perlu berlandaskan kepada agama dan tidak sesekali terpesong

pemikiran yang boleh mengakibatkan seseorang itu syirik serta menduakan Allah. Asas

ilmu falsafah al-Ghazali bermula dengan kritikan dan ianya bukanlah semata-mata

kritikan tersebut dilakukan untuk kepentingan dirinya tetapi adalah untuk

memperbetulkan kesalahan yang pada pandangannya salah dan perlu diperbetulkan.

Imam al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan

menjadikan al-Quran sebagai sumber asas dan utama bukannya berdasarkan pemikiran

akal semata-mata. Dalam pada itu, Imam al-Ghazali juga seorang yang amat berpegang

kepada ajaran akidah agama Islam. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa

Imam al-Ghazali ialah seorang tokoh falsafah yang agung pada zamannya dan sehingga

hari ini.
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan.2008.Falsafah dan Logikal


Melayu.Selangor:Synergate sdn bhd.

Hashim bin Haji Musa,Ph.D.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya:Kuala Lumpur.

Http://www.google.com/Imam Al-ghazali

Dipetik daripada wikipedia; http://m.s wikipedia.org/wiki/ tokoh falsafah

You might also like