You are on page 1of 5

Mohd Shahril bin Abdul Malek

Fakulti Pendidikan UKM

IMAN DAN HAKIKATNYA

Iman Adalah Iktikad dan Amalan

Sesungguhnya, iman yang diterima dan yang sebenar-benar iman adalah


iktikad yang tidak bercampur baur dengan syakwasangka. Ianya dapat dihasilkan
melalui amalan jihad dengan harta dan diri di jalan Allah SWT. Namun demikian,
lantaran iktikad hati itu tidaklah mencukupi bagi penerimaan iman. Iblis juga
beriktikad dengan Allah SWT sebagai Tuhannya dengan lidahnya.
Oleh itu, iman yang hak adalah meliputi tiga cabang iaitu :
i. Amalan hati umpamanya sifat takut akan Allah, kembali kepadaNya dan
bertawakal denganNya.
ii. Amalan lidah umpamanya bersaksi dengan dua kalimah syahadah, tasbih dan
istighfar dan berdakwah kepada Allah.
iii. Amalan Aggota badan umpamanya sembahyang, puasa, zakat, berjihad di
jalan Allah dan sebagainya.

Iman Bertambah dan Berkurang

Terdapat banyak sebab yang menguatkan dan melemahkan iman. Firman


Allah SWT :
        
      
 
Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

Jika kita benar-benar mahu menghasilkan hakikat keimanan, hendaklah kita


berusaha ke atasnya seperti cara berikut :

i- Islah Hati
Mohd Shahril bin Abdul Malek
Fakulti Pendidikan UKM

Hati yang sejahtera adalah hati orang-orang yang beriman sebagaimana tanah
yang baik untuk bercucuk tanam mempunyai sifat-sifat ataupun ciri-ciri yang tertentu.
Demikian juga hati orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat-sifat tertentu.
Orang yang mempunyai hati yang sejahtera, amat mencintai yang hak dan
melapangkan dadanya untuk mempelajari ajaran Islam. Maka dengan yang demikian
itu, ia berhak dengan hidayah Allah. Adapun orang mempunyai hati yang berpenyakit,
dia membenci yang hak dan dadanya sempit untuk mendengar tentang agama Islam.
Oleh itu, ia mendorong dirinya untuk menerima balasan Allah dengan
menyesatkannya.
Orang yang mempunyai hati yang sejahtera mencintai seruan kepadanya dan
senantiasa inginkan peningkatan dalam imannya.

ii- Memperingati Diri Sendiri dan Ingat Mengingati Antara Satu Sama Lain
Manusia itu adalah pelupa, tetapi mempunyai hati yang sejahtera, sentiasalah
ingat dan celik dan tidaklah ia buta. Disebabkan sifat pelupa inilah Allah SWT
mensyariatkan ingat mengingati antara satu sama lain. Firman Allah SWT :
        
         
Maksudnya :
”Oleh sebab itu berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut
akan mendapat pengajaran. Orang-orang yang celaka akan menjauhinya. Orang-orang
yang akan memasuki api yang besar. Kemudian dia tidak mati di dalamnya dan tidak
pula hidup”.

iii- Yakin
Adalah disaksikan bahawa mereka yang mempunyai hati yang sejahtera iaitu
mereka yang senantiasa bertafakur, belajar dan mengambil pelajaran akan mencapai
pada peringkat yakin.
Adapun mereka yang lalai yang berpaling dari peringatan senantiasa di dalam
keadaan syak-wasangka dan penuh keraguan.

iv- Kelembutan Hati Untuk Mengingati Allah


Mohd Shahril bin Abdul Malek
Fakulti Pendidikan UKM

Mereka yang mempunyai hati yang sejahtera akan menjadi lembut hati mereka
itu untuk mengingati Allah SWT dan tanda-tanda kebesaranNya. Adapun orang-orang
kafir itu hati mereka keras seperti batu. Mereka mempunyai perasaan takabbur,
engkar dan menafikan tanda-tanda kebesaran Allah.
Mereka adalah orang-orang yang membesarkan diri dan akan diazab oleh
Allah sebagaimana firmannya :
        
: Maksudnya
Aku akan memalingkanorang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi ini“
”...tanpa alas an yang benar dari tanda-tanda kekuasaanNya

v- Mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah


Mereka yang mempunyai hati yang sejahtera melazimkan diri mereka dengan
mentaati Allah dan pesuruhnya iaitu Muhammad SAW. Mereka berjalan di atas muka
bumi, melakukan setiap amal perbuatan dan di dalam setiap keadaan sejajar dan
bertepatan dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.
Manakala mereka yang mempunyai hati yang keras membatu senantiasa
mengikuti telunjuk syaitan, mentaati hawanya dan memperhambakan dirinya untuk
yang selain dari Allah. Mereka menyesal pada hari kiamat dimana penyesalan tidak
membawa sebarang manfaat.
Sekiranya hati kita mempunyai sifat-sifat baik yang dinyatakan, maka kita
akan tergolong ke dalam golongan mereka yang mempunyai kesejahteraan hati. Yang
tumbuh didalamnya adalah pokok iman yang kian membesar dan mengeluarkan buah-
buah amalan soleh. Apabila kita tidak mendapati diri kita dengan sebarang amalan
soleh maka periksalah kelemahan pokok iman yang tumbuh dalam hati.

BERIMAN DENGAN KITAB

Beriman dengan kitab-kitab maksudnya adalah Tasdik yang jazim iaitu tanpa
keraguan bahawa kesemua adalah diturunkan oleh Allah SWT dan ini dibuktikan
dengan firman Allah :
      
          
Mohd Shahril bin Abdul Malek
Fakulti Pendidikan UKM

      


    
Maksudnya :
“Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya
(Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu
daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya,
dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia
telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.”

Al-Qur’an

i- Kedudukannya di Samping Kitab-Kitab Yang Terdahulu


Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat ke-48 yang
bermaksud “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa
kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya dan batu ujian terhadap kitab-kitab
yang lain”.
Al-Qur’an membenarkan isi kandungan yang benar kitab-kitab terdahulu dan
menafikan isi-isi kandungan kitab-kitab tersebut yang telah diubah, dipinda dan
ditambah. Oleh itu, ramai orang yang terdahulu tunduk kepada kebenaran al-Quran.

ii-Tanggungjawab Ummat Mengamalkannya


Wajib untuk sekalian umat untuk mengikutinya secara zahirn dan batin dan
berpegang dengannya serta melaksanakan hakNya. Sebagaimana firman Allah :
      
 
Maksudnya :
“Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami turunkan, Yang ada berkatnya (banyak
manfaatnya). oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah),
Mudah-mudahan kamu beroleh rahmat”.

iii- Berpegang Dengannya dan Melaksanakan Haknya


Islam telah menggesa pengikut-pengikutnya supaya menghafal dan
membacanya di waktu malam dan siang. Merenungi ayat-ayatnya, mengharamkan apa
Mohd Shahril bin Abdul Malek
Fakulti Pendidikan UKM

yang diharamkan dan menghalalkan apa yang dihalalkan. Mematuhi setiap


perintahnya, meninggalkan setiap larangannya. Mengambil iktibar setiap
perumpamaanya, menjadikan semua kisah-kisah Al-Quran sebagai panduan. Beramal
dengan hukum yang diputuskan, menyerah kepada ayat-ayat Mutasyabihat.

iv- Janji Allah SWT Untuk Memeliharanya


Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil tanggungjawab untuk memelihara
Al_quran ini daripada sebarang cubaan oleh tangan-tangan yang ingin merubah dan
meminda, menyeleweng, menguragkan dan menambahkan isi kandungan.
Maksud janji Allah itu supaya hujah Allah SWT ke atas manusia akan
berkekalan bahawa dia telah menurunkan Al-Quran sebagai peringatan kepada
sekalian manusia supaya beriman dengannya. Hujah tersebut akan berkekalan dengan
kewujudannya di kalangan manusia hinggalah hari Kiamat dijagai, dihafali, dirujuki,
di dalam permasalahan akidah-akidah agama, asas-asasnya, pengantar dan maksudnya
dan pengenalan kepada hukum-hukum syariatnya.

v-Pemilihan Ke Atas Umat Yang Terbaik Untuk Memelihara Al-Qur’an dan As-
Sunnah
Oleh kerana Muhammad adalah penutup segala nabi, maka baginda telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk memelihara agamahingga ke hari kiamat
daripada perubahan dan pindaan. Untuk itu Allah SWT telah menyediakan sahabat-
sahabat Rasulullah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Begitu juga Allah SWT telah berfirman mengenai umat Rasulullah SAW :
       
    
Maksudnya :
”Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus),
Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi
orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. ”

You might also like